Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Monday, January 14, 2013
Mesin pemprosesan padi baru tingkatkan pengeluaran beras tempatan
Zawiyatun Ni'mah Mohd. Akir
MUKIM PENGKALAN BATU, Sabtu, 12 Januari. - Dalam sedikit masa lagi para pengusaha tanaman padi di Kampung Wasan berupaya memproses 3.5 tan metrik padi sejam apabila Bangunan Kilang Padi Wasan yang menempatkan mesin pemprosesan padi siap dibekalkan pada penghujung tahun 2013 nanti.
Pembinaan bangunan kilang tersebut merupakan usaha positif kerajaan ke arah meningkatkan usaha sara diri pengeluaran beras tempatan.
Sehubungan dengan itu Majlis Peletakan Batu Asas bagi Bangunan Kilang Padi dan Stor Padi Wasan disempurnakan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar yang berlangsung di Tapak Kilang Padi, Wasan, Jalan Limau Manis, di sini.
Bagi menampung jumlah pengeluaran padi domestik yang semakin meningkat sejak program 'Ke Arah Sara Diri Dalam Pengeluaran Beras Negara Brunei Darussalam' pada tahun 2008 telah memberi peluang kepada pihak Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan (JPA) untuk mengorak langkah membuat perancangan-perancangan yang bersesuaian.
Pada 26 November 2012, JPA telah pun melantik sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan bangunan kilang padi berkenaan dengan mengambil masa selama enam bulan dan dijangka siap pada penghujung bulan Mei.
Bangunan ini dibina dan diubahsuai bagi menempatkan sebahagian daripada komponen mesin pemprosesan padi baru yang berkapasiti 3.5 tan metrik sejam yang mana kontrak pembeliannya telah ditandatangani pada 30 Ogos 2012 di antara JPA dengan Satake Corporation, Jepun.
Kontrak pembekalan mesin pemprosesan padi baru itu bernilai USD3,916,110 merangkumi pembelian, pembekalan dan pemasangan mesin pemprosesan padi berkenaan termasuk juga melaksanakan keperluan latihan bagi pegawai dan kakitangan jabatan dalam pengendalian mesin tersebut.
Pegawai dan kakitangan jabatan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian mesin ini akan menjalani latihan asas selama dua minggu di Thailand dan latihan pengendalian selama enam bulan lagi apabila mesin tersebut telah siap dipasang yang mana akan diadakan di Negara Brunei Darussalam dan akan dikendalikan oleh syarikat pembekal yang mana pembekalan dan pemasangan mesin itu dijangka akan siap pada penghujung tahun 2013.
Di samping itu, dengan adanya mesin pemprosesan baru yang lebih berteknologi tinggi diharap pengisaran padi akan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan efisien untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan serta membantu mengawal kualiti selepas menuai beras.
Sementara itu, JPA mempunyai sebuah kilang memproses padi yang lama dan beberapa buah mesin pengisar padi kecil yang kesemuanya hanya mampu memproses padi satu metrik tan sejam.
Manakala projek membina dua buah blok stor padi telah mula dilaksanakan pada 13 November 2012 yang akan mengambil masa selama lapan bulan dan dijangka akan siap pada pertengahan bulan Julai 2013.
Dua buah blok stor padi berkenaan boleh menampung 1,000 tan metrik padi yang akan dilengkapi dengan kemudahan asas dan pengudaraan yang bersistematik bagi mengawal keadaan suhu, kelembapan dan oksigen di dalam bangunan untuk mengekalkan kebersihan dan mutu padi sebelum diproses.
Reka bentuk bangunan stor ini mengutamakan perlindungan supaya binatang-binatang perosak padi tidak masuk seperti tikus dan burung pipit yang merupakan musuh tradisi padi yang perlu diberi lebih perhatian.
Dengan adanya bangunan stor padi yang baru ini akan dapat meningkatkan kemudahan tempat penyimpanan hasil-hasil padi dan akan membantu mengurangkan dan mengelakkan kerosakan dan pembaziran yang mana penyimpanan dilakukan dengan kaedah yang lebih teratur dan bersistematik.
Pada masa ini, JPA mempunyai lapan buah stor padi berkapasiti sederhana di Daerah Brunei dan Muara, sebuah di Daerah Temburong dan sebuah di Daerah Belait dengan anggaran kapasiti kesemuanya adalah 2,000 tan metrik padi.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Labels:
KESELAMATAN MAKANAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment