Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, January 29, 2013
Rasulullah Teladan Sepanjang Zaman
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
ALHAMDULILLAH, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan limpah rahmat-Nya dan izin-Nya jua, dapatlah kita meraikan lagi peristiwa agung, Maulidur Rasul, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu sebaik-baik makhluk yang dicipta oleh Allah Subhanahu Wata'ala di muka bumi.
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan 'selawat' ke atas Baginda, di samping menghayati dan mencontohi perjuangan Baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Kini sudah 14 abad berlalu, namun ajaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam masih saja terus hidup dan subur di jiwa orang-orang yang beriman, kerana apa yang disampaikan oleh Baginda itu adalah sesuatu yang tulen, asli dan benar, tidak bercampur dengan yang palsu walau sedikitpun, sebagaimana perkara ini diakui oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Najm ayat 2 hingga 3, tafsirnya : "Rakan kamu, (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan pelbagai tuduhan itu) tidaklah dia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan dia pula tidak sesat dan tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri."
Alhamdulillah, beta amat bersyukur, kerana kita di negara ini sudah sekian lama mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan perisian berdikir di masjid-masjid yang diadakan selama 12 malam berturut-turut. Acara kemuncaknya pula ialah Perhimpunan dan Perarakan di seluruh negara dan pada malamnya Majlis Dikir di Istana Nurul Iman. Kemeriahan seperti ini sukar dilihat di tempat-tempat lain tetapi di negara ianya adalah sebagai satu kelaziman. Tidakkah ini satu ciri kebruneian yang unik, yang boleh dibanggakan?
Pada tahun ini, beta difahamkan bahawa tema sambutan Maulidur Rasul, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 'Rasulullah Teladan Sepanjang Zaman'. Ini bermakna, Baginda itu dari aspek apa pun adalah tetap relevan untuk menjadi teladan dalam semua zaman. Baginda adalah model yang sempurna, dalam semua peringkat kehidupan baik semasa kanak-kanak, remaja, dewasa dan peringkat tua. Kita tidaklah lagi perlu untuk menoleh kepada lain-lain model.
Oleh kerana itu, kita dengan spontan akan merasa amat tersentuh apabila imej Baginda yang unggul, murni dan luhur itu cuba dicemari oleh individu-individu yang jahat yang tidak bertanggungjawab. Umat Islam di seluruh dunia akan mengutuk sesiapa saja yang menghina Baginda.
Pada hemat beta, saluran terbaik untuk menyerapkan teladan yang berharga ialah melalui pendidikan ugama. Kerana itu perlaksanaan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 pada awal tahun 2013 ini adalah amat wajar dan perlu. Ia akan menjadi wadah untuk melahirkan generasi lebih berilmu, malah lebih berakhlak serta mampu untuk menghindarkan mereka dari gejala buruk sosial dan penyakit masyarakat yang membebankan negara.
Sebagaimana dimaklumi, pendidikan agama secara formal mungkin sahaja terbatas tempohnya, sedangkan yang diperlukan adalah pendidikan sepanjang hayat. Maka sebagai kesinambungan untuk tujuan ini, kita memerlukan institusi lain untuk menampungnya. Di dalam hubungan ini, beta melihat masjid adalah di antara wadah terpenting ke arah itu.
Kerana itulah dalam Rancangan Kemajuan Negara 2012-2017, kerajaan beta telah menyediakan peruntukan lebih dari 100 juta ringgit bagi pembangunan masjid-masjid baru di seluruh negara. Kita mengharapkan dengan pembinaan masjid-masjid ini, di samping akan menambahkan lagi kemudahan untuk beribadat, ia juga berperanan untuk menjadi pusat kegiatan ummah dan tidak terkecuali sebagai tempat pengembangan ilmu secara berterusan.
Sehubungan itu, sebagai pusat kegiatan bagi kebajikan dan tempat pengembangan ilmu, masjid-masjid juga jangan dilupakan merupakan syi'ar dan mercu tanda utama bagi negara ini. Selaku syi'ar dan mercu tanda, ia tidak boleh malap dan lemah. Bahkan tidaklah memadai setakat mendirikannya semata-mata tanpa mengambil kira reka bentuk yang sesuai selaku syi'ar.
Beta perhatikan, beberapa buah masjid yang baru dibuka baru-baru ini, reka bentuknya adalah kurang menonjol dan agak mengecewakan. Kita seolah-olah mahu dibawa balik semula kepada era 'reka bentuk standard' masjid-masjid kita, sehingga tidak menghiraukan tentang syiar.
Di sini suka beta mengingatkan supaya kita bersikap lebih maju dan meningkat, bukannya menurun ataupun berpatah balik ke belakang.
Allah telah mendatangkan Islam selaku agama yang tinggi. Lalu sehubungan itu, kita pun dituntut pula untuk meninggikan syiarnya setinggi yang mungkin. Jadi kalau masjid-masjid kita rakyat-rakyat atau menyamai bangunan biasa, di manakah syiar itu di sini?
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu 'alaikumWarahmatullahiWabarakatuh.
Labels:
AGAMA,
PENDIDIKAN,
TITAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment