Posting mengikut label

Wednesday, January 29, 2014

Keprihatinan para pemimpin negara amat dihargai


Musibah yang melanda di beberapa kawasan negara ini termasuk banjir teruk dan tanah runtuh telah menonjolkan kelemahan-kelemahan tertentu yang perlu diperbaiki sama ada dari aspek infrastruktur, rancangan tebatan, persediaan kecemasan, bantuan bencana dan sebagainya.

Pada masa yang sama, kita tetap kagum terhadap kesediaan dan kesanggupan barisan pemimpin negara untuk 'turun padang' menyaksikan sendiri kesan dan akibat bencana alam tersebut. Bukannya mudah untuk menghadapi risiko dan meredah banjir semata-mata untuk meninjau sendiri dan berkongsi penderitaan mangsa yang terbabit.


KDYMM Sultan dan DYTM Pengiran Muda Mahkota semasa berangkat tiba di kawasan dilanda banjir

KDYMM melawat ke kawasan yang dilanda banjir dengan menaiki hovercraft

KDYMM dan DYTM menziarahi mangsa banjir

YB Menteri Pembangunan melawat kawasan yang dilanda banjir

YB Menteri Pembangunan melawat tapak dimasuki runtuhan tanah

YB Menteri Pendidikan melawat Sekolah Rendah Panaga

YB Menteri Hal Ehwal Ugama menerima taklimat di Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan

YB Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menaiki bot untuk melawat mangsa banjir

YB Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri melawat kawasan penempatan sementara mangsa banjir

YM Pemangku Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir


No comments: