Posting mengikut label

Sunday, January 26, 2014

NDP Menyusuri Sungai Hantar Bantuan Banjir

TUTONG , 23 Januari 2014 : Kejadian hujan berlarutan sejak bulan Disember tahun lepas hingga kini   telah menyebabkan beberapa buah mukim di negara ini telah mengalami banjir dan tanah susur. Antara daerah yang terjejas terus ialah daerah Tutong yang melibatkan beratus-ratus buah rumah di mukim-mukim Tanjung Maya, Ukong dan Lamunin terlibat dalam kejadian banjir itu.
Kerja-kerja memunggah barang-barang bantuan sedang dilakukan sebelum dihatar menggunakan bot ke kawasan-kawasan terjejas. Timbalan presiden NDP Saudara Hj Juneed Ramli (berbaju jeket coklat) sedang membantu kerja memunggah sementara Ketua Biro Penerang Saudara Ahnad Hj Timpus menyambut punggahan ke atas perahu.
Rombongan NDP yang diketuai oleh Presiden Parti Tuan Yang Terutama  Sdra. Mahmud Morshidi memulakan misi menghantar bantuan barangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Tutong dalam siri  amal ke  beberapa buah kampong yang terlibat dalam banjir berkenaan dengan menaiki dua buah boat sambil membawa sumbangan barang-barang keperluan harian untuk diagih-aghkan kepada penduduk yang terlibat banjir khususnya ahli-ahli  NDP serta jiran-jiran mereka.

Rombongan tersebut turut disertai oleh TYT. Timbalan Presiden Sdra. Juned Ramli, ahli Lembaga Penasihat Sdra. Hj. Ismail Hj. Ibrahim, ahli Majlis Eksekutif Pusat Pg. Nuurul Azadah Pg. Dato Hj. Abu Bakar, Sdra. Cikgu Hj. Mohd. Ali bin Hj. Mohd. Yusof serta beberapa orang ahli Majlis Tertinggi .

Dua buah perahu yang disewa khas yang  membawa rombongan dan barang-barang bantuan yang bertolak dari pengkalan dekat  Kampong Penapar  Mukim Tanjung Maya menuju ke Kampong Ukong menyusuri Sungai Tutong. Sepanjang perjalanan itu  rombongan NDP dapat meyaksikan rumah-rumah yang ditenggelami air terutama yang didirikan di tebing sepanjang laluan.



Persinggahan pertama ialah di rumah salah seorang ahli Lembaga Penasihat Sdra. Abdullah Bohjau bin Bundan yang rumahnya juga turut dimasuki air. Menurut beliau rumah itu jarang-jarang mengalami banjir demikian tetapi banjir kali itu paras air sungai di situ tinggi dan lambat turun. Memandangkan rumah beliau berkeadaan demikian, penyerahan  bantuan dilakukan di rumah Sdra. Binchin bin Bundan salah seorang ahli NDP.

TYT. Presiden semasa majlis penyerahan bantuan itu terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah kerana kesudian beliau membenarkan rumahnya digunakan sebagi pusat sementara pengagihan bantuan.  TYT. Presiden seterusnya melahirkan simpeti kepada mangsa-mangsa banjir  yang selalu ditimpa musibah berkenaan. Kedatangan rombongan NDP itu adalah atas rasa menzahirkan setiakawan dan melaksanakan tanggungjawab amal dan sosial NDP kepada yang terlibat sama ada ahli NDP atau bukan ahli atas dasar peri kemanusiaan.

TYT. Presiden seterusnya memaklumkan bahawa misi bantuan kedua akan menyusul lagi selepas ini kerana kesukaran untuk mendapatkan boat yang akan di sewa membawa bantuan.

Beliau juga menyentuh akan kejadian banjir yang sering melanda kawasan berkenaan dengan menyeru kepada pihak yang berkenaan supaya melihat jalan keluar yang panjang, bukan hanya sekadar membuat lawatan dan memberikan bantuan berulang-ulang apabila berlaku musibah berkenaan. "Kita amat perihatin dan sedih apabila melihat keadaan banjir berkenaan yang menjejaskan produktibiti penduduk apabila tanaman mereka musnah, ikan-ikan di kolam lepas keluar" Beliau seterusnya menambah " Mengingatkan musibah sebegini sering melanda kawasan ini, kita dalam NDP telah  mengusulkan dalam Kongres Agung Tahunan Ke-3 pada tahun 2008 supaya pihak kerajaan menangani masalah ini secara menyeluruh. Selain itu NDP juga melalui Kongres Agung Tahunan seterusnya juga mengusulkan  supaya menjadikan kawasan berdekatan sekitar Ukong dijadikan ladang rumbia yang akan dikenali dengan nama Lembah Ukong"

NDP akan berterusan  mengawasi perkembangan banjir yang melanda di situ khususnya dan di mana mana kawasan jua di negeri ini serta cuba memberi bantuan bagi meringankan bebenan yang ditanggung oleh mangsa banjir

Sumbangan tersebut dilakukan atas kesungguhan dan keprihatinan ahli NDP melihat kesusahan yang ditanggung oleh mangsa banjir.


Diakhir lawatan TYT mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli rombongan  yang turut bersama-sama dalam membantu meringankan bebenan mangsa banjir.

No comments: