Posting mengikut label

Wednesday, November 5, 2014

Ziarah ke Makam Di-Raja Sempena Haul Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien

3 Muharram 1436H bersamaan 27 Oktober 2014: Satu  rombongan warga NDP yang dikepalai oleh TYT Presiden NDP, Saudara Hj Mahmud Morshididan dan Timbalan Presiden telah berziarah ke Kubah Makam Di-Raja sempena majlis haul  dengan membaca Yaasin, bertahlil dan doa arwah kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saiffuddin Sa'adul Khairi Waddien.





Selesai ziarah di Kubah Makam Di-Raja, acara pada hari tersebut diselajurkan lagi dengan majlis tahlil dan  doa arwah bagi pejuang-pejuang kemerdekaan dan ahli-ahli NDP yg telah kembali kerahmatullah. Acara di adakan di Markas Limbaruh Hijau Jerudong. Bacaan tahlil dan doa arwah di kepalai oleh Ketua Biro Hal Ehwal Agama Islam yang mulia Saudara Hj. Mohd. Zapar bin  Shamsudin.





Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan NDP sebagai menghargai perjuangan mereka dalam sama-sama menuntut kemerdekaan.

No comments: