Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Monday, November 3, 2014
Titah KDYMM Sempena Majlis Ilmu 2014
TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Perasmian M ajlis Ilmu 2014 Sempena Hari Keputeraan Baginda
Yang Ke-68 tahun.
Selasa, 4 Muharram 1436 bersamaan 28 Oktober 2014, bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Raheem.
Alhamdulillaahi Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidinaa Muhammadin, Wa'alaa 'Alihie Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
BETA bersyukur kerana kita dapat mengadakan Majlis Ilmu 2014 sempena puja usia beta yang ke-68 tahun. Beta adalah menghargai tema yang dipilih iaitu: Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah. Mudah-mudahan apa yang dihasilkan dari Majlis Ilmu 2014 ini, sama ada melalui perbincangan dalam seminar, ceramah dan simposium mahupun kesan persembahan Pameran Majlis Ilmu 2014 akan memberi faedah yang banyak kepada kita.
Kita memang sama-sama menyedari, bahawa sains dan teknologi menjadi sukat-sukat kualiti hidup. Kita tidak boleh mengabaikan sejarah peradaban yang berasaskan ilmu, yang bertanggungjawab memastikan kelangsungan kehidupan di kalangan manusia.
Apabila kita bercakap mengenai peranan sains dan teknologi, kita tidak dapat mengabaikan sejarah Renaissance di Eropah. Sejarah ini telah melahirkan pelbagai rekacipta dan inovasi melalui ilmu sains dan teknologi, sehingga dengan itu terciptalah aneka peralatan untuk kegunaan masyarakat. Dengan adanya ini, maka meningkatlah tahap kehidupan penduduk negeri-negeri di Eropah. Lalu ilmu sains pun terus dipelajari di barat dan di timur, dengan keghairahan, untuk membina kehidupan lebih bermutu.
Namun kita orang Islam, masih perlu berhati-hati dalam perkara mengikut arus zaman dan usaha membangun bangsa. Sains dan teknologi tidak ada salahnya, malah Islam juga dalam sejarah ketamadunan manusia adalah menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi itu. Berapa banyak petunjuk-petunjuk saintifik dalam Al-Qur’an telah diguna pakai, tetapi ini, tidak pernah di highlight oleh sesiapa pun.
Kerana itu bagi kita, sains dan teknologi itu akan jadi ‘salah’ apabila ia dianggap semata-mata cetusan kudrat manusia tanpa digabungkan dengan ketuhanan. Pada hal sains dan teknologi itu cuma ‘secebis’ ilmu sahaja, sedang ilmu itu pula adalah milik Allah, bukan milik siapa-siapa. Ia dikurniakan kepada manusia selaku nikmat, dan untuk digunakan dengan cara yang selayaknya.
Menyebut nikmat, Allah telah mengingatkan kita, bahawa kita ini akan ditanya pada hari kiamat kelak, bagaimana da n untuk apa nikmat itu telah digunakan. (Boleh rujuk ayat akhir Surah At-Takaathur).
Jika ketuhanan tidak digabungkan dengan sains dan teknologi, aplikasinya kepada kehidupan akan memisahkan kita daripada ketuhanan. Akhirnya manusia akan angkuh dan ingkar terhadap Tuhannya. Perintah Allah Ta’ala dalam hal ini sangat menggerunkan, melalui kejadian Kaum ‘Aad yang mewarisi ilmu dan kemahiran, tetapi mereka membangun dengan angkuh dan ingkar, tidak mengakui ketuhanan dalam pembangunan mereka itu. Demikian juga Nabi Allah Hud ‘alaihissalam telah diutus kepada kaum Baginda, supaya mereka kembali kepada jalan yang lurus, tetapi mereka tetap angkuh dan ingkar, lalu Allah membinasakan mereka sebinasa-binasanya.
Kita bukanlah ketinggalan zaman. Kita juga menggunakan sains dan teknologi dalam pembangunan bangsa kita. Dalam melaksanakan rancangan-rancangan kemajuan, kita adalah sentiasa up-to-date dengan maklumat-maklumat sains dan teknologi, baik misalnya dalam pembinaan jalan raya, pembinaan bangunan dan rumah, pembinaan jambatan, pembekalan elektrik dan air, kemudahan perubatan, permakanan, pendidikan dan lain-lain. Tetapi kita memanfaatkan sains dan teknologi itu adalah semata-mata untuk kebaikan bukan untuk kerosakan di muka bumi.
Dengan lain perkataan, kita berusaha mencipta tamadun, tetapi asasnya adalah sains dan teknologi yang berpaksikan keyakinan kepada Allah. Kita melakar tamadun itu bermula dengan pendidikan. Kita turut mendidik anak bangsa kita dengan sains dan teknologi yang tidak bertentangan dengan hukum-hukum ugama. Kita tidak menerima sains dan teknologi untuk memperkecilkan kuasa Allah, tetapi sebaliknya mengkagumi kuasa Allah itu. Begitu juga kita menolak sains dan teknologi untuk membinasakan bumi dan segala isi di dalamnya, tetapi yang kita terima ialah sains dan teknologi yang memakmurkan bumi dengan kebajikan dan kemanusiaan.
Apabila lahir nanti sainstis dan teknologis kita, kita akan sokong dan berikan mereka kemudahan yang cukup untuk terus mengharungi penyelidikan dan pengembangan, di mana hasilnya kelak akan menjadikan kita ini bangs a yang sentiasa di hadapan dan berjaya. Semuanya itu dalam keredhaan Allah.
Apabila kita benar-benar maju dan sentiasa di hadapan, kita tidak akan berhenti dari terus berusaha untuk kesejahteraan orang lain juga, dengan menggunakan tamadun kita sambil mempromosikan kebaikan dan menentang kemungkaran demi kemanusiaan. Ertinya, orang lain pun insya Allah, akan turut mendapat faedah daripada tamadun sains dan teknologi kita, kerana tamadun kita itu seratus peratus membawa kepada kebaikan, ketuhanan dan kejayaan dunia akhirat. Adalah tidak salah untuk mengejar gelaran sebagai Ummatan Wasatan : Umat yang adil, terbaik lagi terpilih, sebagaimana yang diungkap oleh Al-Qur’an.
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta rasmikan Majlis Ilmu 2014, dengan keyakinan, ia akan menghidangkan ilmu dan maklumat yang berguna untuk pembangunan dan peningkatan hidup bangsa dalam negara.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment