Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, November 13, 2014
Perkasa golongan miskin
Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Meskipun Negara Brunei Darussalam tidak mempunyai tahap kemiskinan tegar, namun masih terdapat penduduk negara ini yang perlu dibantu keluar daripada belenggu kemiskinan.
Kemiskinan di Brunei lebih kepada kemiskinan relatif, berpunca daripada perbezaan dalam pendapatan dan taraf hidup, manakala golongan bekerja pula mengalami kemiskinan kerana sikap suka berhutang.
Perkara itu disentuh oleh Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Otham ketika berucap merasmikan Bengkel Membasmi Kemiskinan Keluarga, sempena sambutan Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan 2014 berlangsung di Dewan Kemasyarakatan II, Lambak Kanan hari ini.
Menurut Datin Hajah Adina lagi, kemiskinan dapat menjejaskan kualiti pertumbuhan keluarga dan pembesaran kanak-kanak, maka ia perlu segera dibendung demi kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.
Bagi membendung kemiskinan ini, satu Pelan Tindakan Membasmi Kemiskinan sudah pun diluluskan dan dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Khas Isu Kemiskinan, Majlis Isu Sosial Kebangsaan yang diperkenan Baginda Sultan.
Pelan tindakan ini mengenal pasti 10 strategi menangani kemiskinan iaitu pendidikan, kesihatan, pekerjaan, latihan, perumahan, keusahawanan, pengangkutan, pengukuhan mekanisme, kewangan dan dasar serta perundangan, kata Datin Hajah Adina lagi.
Selain itu, pelbagai dasar dan program turut dirangka untuk membasmi kemiskinan ini, antaranya Program Dokongan Sosial, Pengurusan Kemiskinan dan Pengurangan Kemiskinan.
Namun strategi dan program ini sahaja tidak mencukupi, apa yang penting ialah memperkasakan golongan miskin ini daripada jatuh ke dalam kategori golongan miskin tegar.
Derma dan bantuan kewangan serta barangan hanya bersifat sementara untuk membantu mereka, katanya.
“Untuk mencapai langkah yang mampan dan berkesan, golongan miskin ini perlulah diperkasakan melalui latihan, pekerjaan dan pendidikan agar dapat berdikari, sekali gus mempunyai harga diri,” kata Datin Hajah Adina lagi.
Maka, usaha ini ditingkatkan melalui penyediaan program pembangunan kapasiti dan kemahiran seperti PERKASA, PROPAZ, Skim Belia Berdikari serta langkah-langkah menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan yang diusahakan pelbagai pihak.
“Alhamdulillah, hasil daripada usaha ini telah mengurangkan jumlah yang menganggur dari angka 18,000 pada tahun 2012 kepada 11,000 pada tahun 2014,” jelas Datin Hajah Adina.
Beliau turut menyeru peserta bengkel dapat membina pengetahuan, berkongsi pengalaman dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman itu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Beliau turut menyeru pelbagai pihak sama ada kerajaan, persatuan NGO dan kumpulan masyarakat serta individu berjaya agar bekerjasama berganding bahu membasmi kemiskinan.
Sumber - Media Permata
Labels:
BELIA,
KEMISKINAN,
PEKERJAAN,
SOSIAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment