Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, December 31, 2015
Lahirnya Komuniti ASEAN
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- Komuniti ASEAN lahir secara rasmi esok, mencatat pencapaian besar dalam sejarah persatuan 10-negara itu, serta memperkukuhkan lagi integrasi rantau berkenaan demi kemakmuran dan kesejahteraan semua.
Idea komuniti berasaskan tiga bidang itu - Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosio-Budaya - tercetus pada 2003 dengan prospek penawaran peluang besar kepada setiap orang yang tinggal dan bekerja di rantau ini.
Berucap mengenai langkah besar diambil kumpulan serantau itu yang dibentuk pada 1967, timbalan ketua pengarah Komuniti Sosio-Budaya ASEAN Kementerian Luar, Duta Besar Jojie Samuel berkata:
"ASEAN memasuki tahun 2016 sebagai sebuah komuniti, hingga menghasilkan proses integrasi yang mewujudkan peluang-peluang baharu untuk penduduknya seramai 650 juta bagi merebut peluang daripada sifat berpandangan jauh dan kecergasan ekonomi komuniti ASEAN."
Gerak langkah ke arah pembentukan komuniti ASEAN bermula di Bali, Indonesia, pada Oktober 2003 bila anggota-anggotanya mengesahkan Deklarasi Kesepakatan ASEAN II, juga dikenali sebagai Kesepakatan Bali II.
Ketika itulah ASEAN merencana Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015 bagi mewujudkan sebuah pasaran dan pangkalan edaran, sebuah rantau ekonomi yang cukup kompetitif dengan pembangunan ekonomi yang saksama dan sebuah rantau yang terlibat sepenuhnya dalam ekonomi global.
Sebagaimana Samuel tegaskan, pembinaan Komuniti ASEAN merupakan proses berterusan yang menyaksikan negara-negara anggota mengusahakan inisiatif di bawah rangka tindakan bagi memperkukuhkan lagi integrasi.
"Pemimpin ASEAN telah juga menerima Wawasan Komuniti ASEAN 2025, yang merangka integrasi dan konsolidasi berterusan kumpulan serantau itu untuk sepuluh tahun akan datang," katanya.
Pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 21 Nov lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut tentang kelahiran Komuniti ASEAN: "Itulah hari yang kita tunggu-tunggu. Ia adalah hari kita - ASEAN - boleh banggakan."
Menyokong sentimen itu, Dr Muhammad Fuad Othman dari Universiti Utara Malaysia berkata pembentukan Komuniti ASEAN adalah sebuah inspirasi untuk penduduk rantau ini bagi mengeratkan lagi hubungan demi keamanan, keselamatan dan kemakmuran.
"Komuniti Ekonomi ASEAN mula melahirkan bentuknya dengan melaksanakan pergerakan bebas barangan, perkhidmatan, modal dan buruh mahir, dengan hasrat menambah baik kehidupan warga ASEAN," kata beliau.
Negara-negara ASEAN memiliki gabungan produk dalam negeri kasar (GDP) berjumlah US$2.6 trilion pada 2014, dan kadar pertumbuhan GDP 4.6 peratus.
Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Nafisah Mohamed berkata penubuhan Komuniti ASEAN adalah demi kepentingan rantau ini dan dunia yang lebih luas untuk keamanan, kestabilan dan pembangunan.
"Ini adalah cara ASEAN menilai pencapaiannya dan mengenal pasti langkah untuk ke hadapan demi menjayakan Komuniti ASEAN sebagaimana dirancang oleh pemimpin-pemimpin pengasas ASEAN.
"Prospek untuk pertumbuhan dan pembangunan lebih besar dalam ASEAN begitu menjanjikan oleh kerana kemajuan kini bergerak ke arah pemeteraian perjanjian perdagangan bilateral dan serantau dengan ASEAN dan rakan-rakan dialognya," kata beliau dalam respons e-mel kepada Bernama.
Menurut laman web sekretariat ASEAN, dianggarkan menjelang 2030, ASEAN akan muncul sebagai kuasa ekonomi keempat terbesar di dunia selepas Komuniti Ekonomi ASEAN dilancarkan menjelang 2020.
ASEAN dianggotai Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Laos akan mempengerusikan persatuan serantau itu mulai 1 Jan.
Sumber - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment