Posting mengikut label

Tuesday, December 1, 2015

MALAI HASSAN, PG HAJI ZAINAL - PUCUK PIMPINAN BARU NDP SESI 2015 - 2018




LIMBARUH HIJAU, 28 NOVEMBER 2015 : Limbaruh Hijau pagi tadi melakar sejarah apabila saf pimpinan baru NDP Sesi 2015 - 2018 telah dinobatkan oleh Pengerusi Tetap NDP Saudara Haji Abdul Rahman bin Mohd. Yusop.

Setelah melalui proses pencalonan dan proses eliminasi Pertama dan Kedua, Saudara Malai Hassan Othman dan Saudara Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talib, masing-masing terpilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa 2015 - 2018.

Sementara Naib- Naib Presiden Daerah Brunei Muara disandang oleh Saudara Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Daerah Belait Saudara Haji Metali bin Haji Ibrahim, Daerah Tutong Saudara Haji Jefry bin Haji Mohd Daud dan Daerah Temburong Saudara Haji Md Zaini bin Bakar

Himpunan Hal Ehwal non-Muslim dijawat oleh Saudara Mantar bin Perayam dan Himpunan Wanita pula disandang oleh Saudari Kartini binti Manap.

Lain-lain Ahli Majlis Tertinggi yang terpilih dari Brunei Muara ialah Saudara Haji Muhammad bin Haji Muhd Yassin, Saudara Haji Hamid bin Hussein, Saudara Haji Azahari bin Jais, Saudari Dr. Hajah Rayah binti Md Ali, Saudari Hadijah binti Dollah dan Saudara Juma’at bin Sulaiman.
Ahli Majlis Tertinggi dari Daerah Belait terdiri daripada Saudara Haji Mohd Ali bin Haji Mohd Yusof, Saudara Haji Sulaiman bin Haji Duraman,Saudara Mohamed bin Tuah, Saudari Hajah Sa’emah binti Kepli, Saudari Rosiah binti Alah, dan Saudari Halimah binti Janai.

Ahli Majlis Tertinggi mewakili Daerah Tutong terdiri daripada Saudara Muhammad Abdullah Peter bin Abdullah Saging, Saudara Haji Ratu bin Haji Md Tahir dan Saudara Tahir bin Radin.
Ahli Majlis Tertinggi bagi Daerah Temburong terdiri daripada Saudara Haji Tajudin bin Omar dan Saudara Haji Mohd Daud bin Abdullah.

Kongres Agung Khas yang diadakan pada pagi tadi dimulai dengan Perarakan Masuk Alat-Alat Kebesaran Kongres iaitu Mashaf Al-Quran, Cokmar yang bersalut emas dan perak serta Amar Persidangan yang berbingkai perak. Dituruti dengan Lagu Kebangsaan serta Lagu Rasmi NDP. Doa dibacakan oleh Ketua Biro Hal Ehwal Agama Islam, Saudara Haji Md Zapar bin Haji Shamsuddin.

Pengumuman Barisan Kepimpinan Baru telah disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Umum Parti 2015, Saudara Haji Yunos bin Haji Momin diikuti dengan Pengesahan oleh Kongres.
Sebaik selesai Kongres, Majlis Serah Tugas bagi Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden , di antara Mantan Presiden kepada Presiden dan Mantan Timbalan Presiden kepada Timbalan Presiden dilangsungkan.

Selesai Majlis Timbang Terima, Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi Sesi 2015 - 2018 berlangsung dan dipengerusikan oleh Saudara Malai Hassan Othman. Majlis yang dimulai dari jam 930 pagi berakhir jam 11 pagi.

Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baru. Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayah kepada mereka untuk meneruskan visi, misi dan objektif parti.


No comments: