QUITO, 10 Jan (AFP) – Ecuador akan membuat bayaran berjumlah AS$1 bilion kepada syarikat minyak Amerika Occidental Petroleum pada April, sejajar dengan satu keputusan daripada panel penimbang tara Bank Dunia, kata Presiden Rafael Correa semalam.
Pusat Antarabangsa untuk Penyelesaian Perbalahan Pelaburan (ICSID) pada mulanya mengarah Ecuador supaya membayar syarikat, dikenali sebagai Oxy, AS$1.77 bilion serta faedah dalam keputusan pada tahun 2012.
Correa dalam taklimat media mingguan berkata kerajaannya berjaya berunding untuk mengurangkan jumlah wang berkenaan, pertama kepada $1.4 bilion, seterusnya lebih rendah lagi. “Anugerah berjumlah AS$1.4 bilion. Kami akan membayar kira-kira AS$980 juta. Pengurangan adalah AS$420 juta,” kata beliau.
Occidental, juga dikenali sebagai Oxy, berkata Ecuador mencabul satu perjanjian pelaburan dua hala dengan Amerika Syarikat. Correa pada mulanya berusaha mendapatkan keputusan dibatalkan, berkata kerajaan mempunyai hak untuk membatalkan kontrak disebabkan Oxy menjual 40 peratus saham dalam syarikat itu kepada firma Kanada Encana pada 2000 tanpa kebenarannya.
Correa berkata dalam ucapannya di radio bahawa ‘secara jujur’ Ecuador membuat bayaran awal berjumlah AS$100 juta dolar pada bulan lalu, dan menetap jadual bayaran untuk menamatkan bayaran baki pada April. “Kami menandatangani satu perjanjian dengan Oxy semalam dan kami telah menyelesai masalah dalam cara yang baik,” kata beliau.
Syarikat minyak itu menyaman Ecuador sebanyak AS$3.37 bilion pada Mei 2006, hari selepas negara Amerika Selatan mengumumkan pembatalan satu kontrak yang memberinya hak untuk mengeluarkan 100,000 tong minyak sehari dari lembangan Amazon, kira-kira 20 peratus daripada keluaran Ecuador.
Bayaran sebanyak satu billion dolar itu menambah masalah belanjawan yang menghadapi Ecuador, anggota paling kecil kartel minyak OPEC, di tengah kemerosotan minyak mentah dan penurunan nilai mata wang.
Sumber - Media Permata
Petikan Ucapan Dasar Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan Ke-10 2015:
...Sebagai iktibar, dalam kes-kes sebelum ini, beberapa buah negara telah menjadi mangsa tuntutan pampasan yang melebihi 1 bilion dolar, melalui instrumen Investor-State Dispute Settlement (ISDS) yang diperalatkan oleh syarikat gergasi antarabangsa. Justeru banyak pihak yang berpendapat bahawa penerimaan ISDS itu tidak ubah seperti menggadai kedaulatan negara.
Oleh itu, sekali lagi saya menyeru supaya kerajaan bersikap berhati-hati dan menghalusi perkara ini agar Brunei tidak terperangkap dalam situasi yang memudaratkan.
Petikan daripada laman Naked Capitalism:
[T]he ISDS tribunal in the previously mentioned Occidental v. Ecuador case, brought under the U.S.-Ecuador BIT, ordered Ecuador’s government to pay $2.3 billion to the U.S. oil corporation – one of the largest-ever investor-state awards. The penalty imposed by the tribunal on Ecuador’s taxpayers was equivalent to the amount Ecuador spends on healthcare each year for over seven million Ecuadorians – almost half the population. The tribunal decided on the massive penalty after acknowledging that Occidental had broken the law, that the response of the Ecuadorian government (forfeiture of the firm’s investment) was lawful, and that Occidental indeed should have expected that response. But the tribunal then concocted a new obligation for the government (one not specified by the BIT itself) to respond proportionally to Occidental’s legal breach and, upon deeming themselves the arbiters of proportionality, determined that Ecuador had violated the novel investor-state obligation.
To calculate damages, the tribunal majority estimated the amount of future profits that Occidental would have received from full exploitation of the oil reserves it had forfeited due to its legal breach, including profits from not-yet-discovered reserves. The tribunal majority then substantially increased the penalty imposed on Ecuador by ordering the government to pay compound interest. It has become increasingly common for investor-state tribunals to order governments to pay compound rather than simple interest, often requiring that the interest be retroactively compounded from the moment of the challenged action or policy to the date of the tribunal’s decision, and prospectively until the date of payment.136 In the Occidental v. Ecuador case, these interest requirements alone cost the Ecuadorian government more than $500 million.
No comments:
Post a Comment