Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, January 12, 2016
Perangkaan penganggur tempatan meningkat
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Janauri. - Bulan November tahun lalu, bilangan penduduk yang menganggur dalam kalangan penduduk tempatan (rakyat Brunei dan penduduk tetap) yang berumur 18 hingga 59 tahun telah meningkat dari 10,313 orang pada bulan Oktober 2015 kepada 10,385 orang pada bulan November tahun yang sama.
Menurut Siaran Akhbar Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), dari jumlah tersebut 6,789 orang (65 peratus) tinggal di Daerah Brunei dan Muara; 5,751 orang (55 peratus) adalah terdiri daripada perempuan; 6,006 orang (58 peratus) berumur di antara 20 hingga 29 tahun dan 6,563 orang (63 peratus) mempunyai taraf pendidikan tertinggi di peringkat menengah.
Perangkaan tersebut bertujuan untuk memberikan anggaran terkini bilangan berserta profil mengenai rakyat Brunei dan penduduk tetap berumur di antara 18 hingga 59 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan dan sedang aktif mencari pekerjaan, atau yang tidak menuntut di mana-mana institusi pendidikan dan sedang aktif mencari pekerjaan, atau diistilahkan sebagai penganggur.
Perubahan tersebut adalah disebabkan oleh tambahan seramai 487 orang yang baru mendaftar sebagai pencari kerja.
Pengurangan seramai 415 orang adalah terdiri daripada 96 orang yang sudah mendapat pekerjaan dan 319 orang atas sebab-sebab lain seperti tidak membaharui pendaftaran sebagai pencari kerja di Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK).
Pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani isu pengangguran di negara ini melalui dua pendekatan, iaitu untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran anak tempatan lepasan peringkat 'O' dan 'A' dengan memberikan biasiswa atau latihan seperti Skim Biasiswa Khas, Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pengajian Swasta Dalam Negeri (BPTV); Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pengajian Dalam Negeri (BPTV) - Energy Industry Competency Framework (EICF), Skim Internship Student Programme for ICT Related Education (InSPIRE) serta Skim Latihan dan Pekerjaan (SLP).
Di samping itu, untuk memberikan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada anak tempatan melalui pengurangan kuota pengambilan pekerja-pekerja asing yang berkemahiran rendah.
Mengikut hasil Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2014, dari jumlah penduduk yang bekerja, kira-kira 27.5 peratus merupakan pekerja asing.
Beberapa penunjuk pasaran tenaga kerja merupakan bilangan pencarum yang baru berdaftar di Tabung Amanah Pekerja (TAP) pada bulan November 2015, iaitu seramai 567 orang, terdiri daripada 47 orang yang bekerja di sektor kerajaan dan 520 orang di sektor swasta.
Secara keseluruhan, jumlah pancarum yang baru berdaftar di TAP dari bulan Januari hingga November 2015 ialah seramai 6,249 orang.
Sebarang pertanyaan mengenai Perangkaan Pencari Kerja Tempatan bolehlah dirujuk ke JPKE dengan menghubungi talian telefon +673 2230250 atau +673 2233344 semasa waktu pejabat atau E-mel : 'info.statistics@jpke.gov.bn' atau laman sesawang : 'www.depd.gov.bn'.
Sumber - Pelita Brunei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment