Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Saturday, January 2, 2016
Merancak ekonomi Brunei
Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan beberapa reformasi penting, termasuk reformasi ekonomi yang diharap dapat mencapai matlamat mengembang dan mempelbagaikan ekonomi negara.
Dalam titah perutusan sempena menyambut Awal Tahun Baru 2016 malam ini, Baginda memperkenankan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 yang telah digubal oleh Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 untuk merealisasikan ketiga-tiga matlamatnya iaitu menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang memiliki rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi; dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
“Secara khusus, Beta juga telah memperkenankan Jawatankuasa Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Industri Hiliran (Downstream Industry) yang bertanggungjawab untuk melaksana reformasi bagi menjadikan negara ini lebih kompetitif dalam menarik para pelabur asing ke negara ini.
“Untuk keperluan perusahaan tempatan yang berskala kecil dan sederhana pula, Beta telah memperkenankan penubuhan Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana, yang akan mengambil alih pelbagai peranan, yang dulunya dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan.
“Demikian juga di peringkat antarabangsa, langkah bagi memperluaskan peluang-peluang ekonomi, juga turut diambil dan diusahakan.”
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, dalam menangani pembangunan, kita akan terus bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi yang mantap dan berdaya saing, di samping menyedari, cabaran adalah hebat berbangkit dari keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.
“Di sini, kita perlu turut melihat prestasi ekonomi kita sendiri, di mana beberapa tahun kebelakangan ini, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah agak perlahan yang memerlukan kita menggandakan usaha untuk meningkatkan keluaran dalam negara, terutama yang di luar sektor minyak dan gas.
“Di antara yang di luar sektor minyak dan gas itu, ialah seperti sektor pertanian atau perikanan, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan termasuk perkhidmatan kewangan, pengangkutan, logistik, telekomunikasi, perdagangan, pelancongan dan lain-lain.
“Kita mustahak ingat, bahawa pasaran dalam negara kecil bukanlah alasan untuk menghalangi pertumbuhan keluaran, malah setiap syarikat, sama ada ia milik persendirian atau milik kerajaan, adalah mampu untuk menyasarkan penjualan produk dan perkhidmatan mereka keluar negara sebagai eksport.
“Beta sebelum ini pernah menekankan, bahawa peningkatan pertubuhan ekonomi boleh dicapai dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti, melalui penyelidikan dan penggunaan teknologi terkini,” titah Baginda lagi.
Menurut Kebawah Duli Yang Maha Mulia, ini turut diyakini mampu untuk membantu mengurangkan unit kos pengeluaran, di samping akan membolehkan kita menembusi pasaran antarabangsa dengan menawarkan produk perkhidmatan kita.
“Dengan berlakunya ini, bererti, keluaran dan eksport kita adalah tumbuh, yang dengan sendirinya, akan meletakkan ekonomi kita juga berada di tahap berkembang dan tumbuh.”
Baginda Sultan juga bertitah, pada lazimnya, fokus adalah diutamakan untuk perkembangan dalam negara.
“Pada masa ini, kerajaan Beta sedang mengungkayahkan Projek Pembinaan Jambatan Temburong, satu projek terpenting setakat ini, yang dilihat sebagai langkah pemodenan Brunei secara besar-besaran.
“Dengan kepanjangan kira-kira 30 kilometer merentasi perairan Brunei dari Daerah Brunei dan Muara ke Daerah Temburong, jambatan ini apabila siap kelak akan memberikan banyak kemudahan dan sekali gus berpotensi untuk pelancongan.”
Baginda menambah, satu lagi projek infrastruktur ialah Projek Talian Penghantaran Elektrik Voltan Tinggi di antara Lumut–Kuala Belait dan Projek Penambahan Kapasiti Jana kuasa Elektrik Lumut yang dijangkakan siap pada pertengahan tahun 2016.
“Projek ini menelan belanja sebanyak $300 juta. Apabila ia siap kelak, dijangkakan bagi jangka masa panjang akan menjamin bekalan elektrik kita mencukupi di samping mampu untuk menjimatkan penggunaan sumber gas asli negara,” titah Baginda sambil menambah, akan banyak lagi projek yang menyusul untuk masa depan negara.
Apa yang penting bagi kita semua ialah menguatkan azam dan usaha untuk terus tabah dengan lebih progresif dalam menghadapi cabaran-cabaran zaman dan keadaan, tegas Baginda.
Sumber - Media Permata
Labels:
EKONOMI,
TITAH,
WAWASAN 2035
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment