Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Friday, December 9, 2011
Titah KDYMM di Forum Demokrasi Bali IV
BALI, REPUBLIK INDONESIA, Khamis, 8 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah dengan penuh keyakinan bahawa ASEAN merangkumi "penyertaan demokrasi" dan telah melaksanakan tindak balas kepada suara-suara demokrasi seperti yang tertera dalam tema Forum Demokrasi Bali IV kali ini.
Di samping itu Negara Brunei Darussalam juga, titah baginda menyokong sepenuhnya projek yang sedang dilaksanakan oleh ASEAN untuk membangun satu "komuniti" serantau.
Baginda melihat projek tersebut adalah sebagai satu lanjutan kepada visi pelopor-pelopor ASEAN yang mana juga merupakan nilai-nilai yang dihargai di Negara Brunei Darussalam.
Nilai-nilai tersebut adalah persamaan warisan, saling menghormati, rasa muhibah dan saling membantu antara satu sama lain yang mana merupakan blok-blok pembangunan untuk satu komuniti akan datang.
Ianya juga akan menjadi satu tempat perlindungan yang sesuai bagi keluarga besar serantau ASEAN, di mana rakyatnya akan dapat mengembangkan kemampuan, kebolehan, bakat dan keyakinan dalam menghadapi masa depan mereka, tegas baginda.
Baginda seterusnya bertitah bahawa ASEAN adalah merupakan pintu laluan dunia bagi Negara Brunei Darussalam, melimpasi pesisiran dan sempadan selama 27 tahun, yang menjadikan Negara Brunei Darussalam tidak terasing dan ramai yang mengetahuinya.
Di samping itu pertubuhan tersebut juga telah membantu Negara Brunei Darussalam dan negara-negara jirannya berkongsi matlamat serantau dan identiti antarabangsa.
Baginda menjelaskan demikian ketika bertitah di Sesi Ucapan Kenyataan Pemimpin di Forum Demokrasi Bali IV yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Nusa Dua di sini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga yakin bahawa masa hadapan, kekuatan dan keselamatan masa depan yang dijanjikan bagi perlindungan tersebut sedang menghadapi ujian. Ini berlaku dengan peredaran masa yang cepat dan dunia yang terdedah kepada perubahan.
Oleh yang demikian, titah baginda, setiap generasi baru perlu bergerak cepat bagi menyesuaikan diri dengan situasi-situasi yang dibawa oleh perubahan.
Selain itu, proses perubahan titah baginda, telah berubah bentuk sejak kebelakangan ini. Ianya tidak lagi merupakan sebuah proses yang mudah untuk diramal dan mengambil masa yang panjang untuk berlaku. Akan tetapi oleh kerana kepantasan dan kekuatan proses pertukaran tersebut, perubahan boleh terjadi dengan serta-merta.
Di samping itu juga ianya boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap masa depan generasi muda. Namun adalah sukar perkara ini ditangani secara berkesan jika mendapat kurang kawalan ke atasnya.
Baginda seterusnya bertitah bahawa sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai pendekatan yang diambil untuk menangani seruan kepada perubahan di seluruh dunia. Sebahagian daripadanya adalah sangat konservatif, sementara sebahagian lagi adalah secara revolusinari dan sebahagian lainnya pula adalah secara liberal. Akan tetapi, sepertimana yang telah disaksikan, tindak balas-tindak balas tersebut boleh memecah-belahkan masalah-masalah itu sendiri.
Apa yang perlu titah baginda, dunia perlu beralih kepada "penyertaan" seperti yang dinyatakan dalam tema forum.
Ke arah itu, baginda menjelaskan bahawa negara-negara perlu bekerjasama di peringkat negara masing-masing mahu pun sebagai rakan dalam pertubuhan serantau.
Baginda kemudiannya bertitah menekankan akan perlunya untuk melaksanakan usaha-usaha praktikal untuk merealisasikan visi komuniti serantau yang akan memelihara rakyat, harapan-harapan dan cita-cita mereka.
Dalam hal ini, baginda menegaskan perlunya untuk meningkatkan keyakinan keluarga dan individu; menjana budaya saling hormat menghormati, rasa muhibah dan bersikap adil antara satu sama lain; dan secara praktikal memastikan perumahan, pendidikan, kesihatan, pekerjaan bagi semua rakyat, keselamatan yang berterusan dalam semua bentuk dan peluang kehidupan untuk semua.
Dengan demikian, baginda percaya bahawa rakyat akan dapat menyertai dalam apa jua yang berlaku di sekeliling mereka dengan kefahaman dan penghargaan.
Jika gagal, adalah dikhuatiri bahawa semua kemajuan yang telah dicapai akan menjadi musnah akibat kepantasan dan kekuatan perubahan yang menjadikan masyarakat dan rakyat akan menjadi ahli masyarakat global yang tidak dikenali dan tidak mempunyai peranannya tersendiri, titah baginda.
Oleh kerana itu, baginda bertitah menekankan bahawa jika perkara ini dibiarkan berlaku, ianya merupakan satu penolakan terhadap sejarah silam rakyat, mengaku kalah kepada cabaran-cabaran semasa, dan pengkhianatan kepada masa hadapan.
Di sesi tersebut, baginda juga bertitah melahirkan penghargaan di atas kepimpinan Indonesia dalam ASEAN pada tahun ini, di mana Indonesia juga telah menekankan bahawa ASEAN adalah sebahagian daripada dunia moden dan bertindak secara positif terhadap cabaran-cabaran dan keperluan-keperluannya, dan ini adalah dialu-alukan oleh Negara Brunei Darussalam.
Dipetik dari - Pelita Brunei Online
Labels:
TITAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment