Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, September 27, 2011
Lagenda Awang Alak Betatar Dan Awang Semaun
“……..penulisan sejarah itu boleh direka bentuk, menurut kehendak seseorang individu, penyelidik, penulis, ataupun oleh sebuah institusi atau berdasarkan idealogi negara. Penulisan sejarah yang semacam inilah yang sangat kita takuti. Kerana ia bukan saja akan merendahkan nilai saintifik ilmu pensejarahan itu, malah ia juga akan menjadikan bidang ilmu sejarah sebagai suatu propaganda atau manifesto bagi kepentingan golongan atau puak”(Awang Haji Metassim bin Haji Jibah, Dokumentasi hal 137 (2004) Terbitan Pusat Sejarah).
Tradisi Lisan
Pada hakikatnya hampir tiga ratus tahun (1082 –1370), sejarah Brunei seperti terputus menyebabkan kebanyakan para sarjana Brunei terdorong untuk mengisi kekosongan itu dengan mengetengahkan sejarah lisan yang popular seperti kisah-kisah yang terdapat di dalam Syair Awang Semaun sebagai sumber maklumat sejarah.
Menurut pandangan Hj. Abdul Latif Hj Ibrahim (1989), “sejarah Brunei, pada pendapat setempat adalah dirangkum dalam bentuk sejarah seperti hikayat atau syair” , namun tradisi lisan atau cerita-cerita yang dibawa dari mulut ke mulut dari satu generasi ke generasi yang tidak ditapis dibimbangi mengandungi unsur-unsur penambahan atau unsur-unsur yang berlebihan kepada watak dalam sejarah tersebut sehingga menjejaskan kredibilitinya lebih-lebih lagi jika ia turut dipetik sebagai sumber sejarah. Lebih membimbangkan ia mungkin saja boleh menjejaskan aqidah.
Sejarah Lisan Yang Memesongkan Aqidah
Lagenda Sang Aji iaitu nenda Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad) yang dipamerkan di dalam “sejarah” Brunei adalah contoh terbaik bagaimana tandusnya catatan sejarah Brunei di era tersebut. Umpamanya, riwayat Sang Aji yang dipetik oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri dari Syair Awang Semaun yang digubah indah menceritakan asal usul Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad) seperti berikut, “pada suatu hari semasa Sang Aji sedang berjalan-jalan di kawasan Istana, Baginda dikatakan telah menjumpai sebiji telur yang luar biasa besarnya dan telur itu dibawa Baginda ke Istana. Pada malamnya telur itu dikatakan menetas dan keluar seorang anak lelaki (Sultan Dewa Emas Kayangan?).
Sejak Sang Aji mendapat putera dari telur itu, isteri Baginda pun hamil dan kemudian meluaran seorang puteri. Setelah kedua-duanya besar mereka telah dikahwinkan”. Hasil perkahwinan itulah dikatakan telah “meluaran seorang putera yang dinamakan Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad)” Sultan Brunei yang pertama.
Adinda kepada Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad) iaitu Awang Semaun adalah seorang Murut yang disebut dalam lagenda orang-orang Murut sebagai anak kepada Upai Samaring. Orang-orang Iban juga mendakwa, bahawa Awang Semaun itu adalah dari keturunan mereka, iaitu anak tiri kepada Derom Anak Sabatin. Menurut Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Salasilah orang Iban yang berasal daripada Awang Semaun ini hampir-hampir sama bandingannya dengan Salasilah Raja-Raja Brunei dan Awang Alak Betatar hingga keturunan masing-masing.
Antara kisah menarik mengenai Awang Semaun seperti yang diceritakan oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri (2001) pula ialah ketika Awang Semaun berteduh di sebuah lubang sebuah bukit di Long Bawan kawasan Lawas, kepalanya telah terhantuk dan hentakannya begitu kuat hingga melubangi tanah. Kononnya lubang bekas kepala yang lengkap dengan bekas telinga beliau masih didapati hingga sekarang. Malah diceritakan juga oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri , Awang Semaun ketika melompat dari sebuah batu telah meninggalkan kesan tapak kakinya di batu tersebut yang masih wujud di Ulu Lawas.
Lagenda zuriat Sultan Muhammad (Sultan I Brunei) samada berketurunan Iban atau Murut tidak menjadi persoalan, tetapi pendewaan terhadap Awang Semaun yang berlebihan dan meletakan keturunan seorang Sultan berasal dari sebiji telor adalah keterlaluan justeru tidak wajar dipamerkan apatah lagi untuk didokumentasikan bagi bacaan umum. Ianya bukan saja mengaibkan keturunan jalur sebuah kesultanan malah boleh memesongkan aqidah. Betapa tidaknya, kalau bukan burung kasawari, tentunya burung “hantu” saja yang mungkin mempunyai telor besar yang boleh menyimpan seorang bayi dalam kelongsong telornya.
Keterangan Dari Al Quran
Sebagai seorang Muslim tentulah kita akan menolak sebarang kepercayaan yang bukan-bukan lebih-lebih lagi sesuatu yang bertentangan dengan keterangan-keterangan Al Quran, umpamanya kepercayaan yang manusia itu lahir dari sebiji telor yang besar, menetas dan mengeluarkan seorang bayi sedangkan Allah telah menerangkan tentang kejadian manusia diciptakanNya dari tanah, kemudian dari setitis air benih dan benih itu menjadi seketul daging seperti di dalam firmanNya :
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى مِنْ قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلا مُسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
“Dia yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari seketul daging; kemudian ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).” (Al Ghafir : 67)
Justeru apapun justifikasi, hujah atau alasan, kita perlu berpegang kepada kebenaran hakiki, seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut:
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَذَبَ عَلَى اللَّهِ وَكَذَّبَ بِالصِّدْقِ إِذْ جَاءَهُ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِلْكَافِرِينَ
(Apabila berlaku demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir? (Az-Zumar : 32)
Wallahu'alam – (Mahmud Morshidi Othman)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Macamanatah kan melahirkan Calak Brunei yang berjiwa patrotik.. jika sejarah yang dilahirkan.. seperti cerita dongeng yang belum tentu kesahihannya..umpama ulama mendendangkan lagu khurafat dalam Negara Zikir..Masyallah..
Itulah keindahan sastera... jika kita boleh memikirkannya secara logik.. sebiji telur yang dijumpai itu bolehlah dikatakan seorang manusia yang terdampar dari luar negara.. tak ada dongeng kita tidak akan tahu asal usul sejarah.. apa2 pun wallahuaklam..
jgn terlalu ghairah memikirkan kekurafatan sesuatu perkara itu sebelum dinilai keindahan nilai sastera yang diwujudkan oleh nenek moyang kita..
jikalau lah betul, Awang semaun dan Alak Betatar beketurunan Iban, kemungkinan besar Iban di Brunei boleh dimasuk kan di dalam 7 Puak jati Brunei.
Agi Idup Agi Ngelaban
Alak Betatar dan Awang Semuan berketurunan Bisaya --- bukan kemungkinan tetapi adalah satu fakta.
komen balas dari pembaca lain dialu-alukan.
Awang Alak Betatar dan Awang Semaun berketurunan Bisaya,bukan nya Iban.Ini adalah fakta, kalau dibaca dari kesemua buku sejarah yang dibuat dari sarawak dan sabah ia ada menyatakan yang Awang alak Betatar ini berketurunan Bisaya.
Dari bahasa Bisaya "Alak Betatar" bermaksud seorang anak yang ada rupa parasnya.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com
Kaum bisaya
Asal manusia sejagat tak lain tak bukan dari adam dan hawa,walaupun berbagai suku bangsa ianya tetap dri adam dan hawa,tuhan satu atas kepeecayaan semua.
sejarah dimana2 dunia tetap memiliki sejarah masinf atau sejarah bersangkutan,sebab apa bersangkutan,brunei sabag sarawak dan kalimantan adalah borneo satu ketika dulu,borneo tanah semenajung singapura dan lain2 adalah satu dunia diciptakan tuhan yang satu walaupun berbagai nama2 benua dunia tersebut.kita tidak perlu berbahas dengan rasa marah atau bermsuhan sesama kita.
Kita baca kita lihat dan kita dengar,mana yg baik buat pedoman dan yg buruk jadikan sempadan ,buang yg keruh ambil yg jernih.kebanggaan kita pada sejarah adalah kebanggaan kepada negara.
sebagai bkn plajar sastera pun ku tau ayat 'datang dri talur' atu cumalah kata2 indah/kata umpama (catu lh)...cuma kita nda tau apa mksud talur atu...sekarang ani talur ada byk mkna...talur bulih benda bulih urg (beibun baa)hhaha
Dua2 pun bukan...awg alak betatar orang luar...awg senaun penduduk pribumi borneo...dua2 bukan adik beradik...awang semaun dan upai semaring mungkin irang yg sama tapi hakikatnya watak awang senaun/upai senaring terkenal sebagai lagenda masyarakat pribumi borneo..
Lagenda kadang2 berasaskan kejadian sebenar cuma tetlalu banyak mitos...perlu dibuang semua mitus untuk dapat fakta...berasaskan kepada cerita mitos awang alak betatar,awang semaun,upai semaring...kita kena buat filter...weleoas difilter...antara fakta yg perlu kita nilai ialah eatak awang alak betatar bukan dikira orang brunei kerana ikut logic...bagaimana awang alak betatat boleh kahwin anak raja johir tua kalai dia bukan berdatah raja?kedua...dia diberi alqt jebesaran untuk memulakan kerajaan baru..ini menunjukkan yg awang alak betatar at least seorang yg mempunyai keturunan bangsawan dimata kerajaan johor tua..kaitan dengan awang semaun?..awang senaun dlm syair awang semaun mengambarkan figura yg sangat terkenal sebagai manusia yg hebat dan kuat dan kononnya ada pwrtalian dgn awang alak betatar...satu hal yang menarik watak awang senaun mempunyai persamaan dengan watak upai srnaring/ipai semaring yg mempynyai tempat dalam cerita cerita lisan lagenda kebanyajan masyarakat pribumi borneo...mungkinkah awang senaun dan ipai s3naring ini orang yg sama?mungkin saja ya bedasarkan personafikasi yg dibuat terhadap kedua2 watak hampir sama..apa jeoentingan cerita awang alak betatardisajikan mempunyai kaitan d3ngan awang senaun...raja2 dulu untuk mengukuhkan kedudukannya akan menggunakan unsur magis dan lagenda terhadap keturunannya..so awang alak betatar gunakan huvunganya dgn awang srmaun sebagai usaha mengangkat statusnya sebagai legitimatr rulet di borneo dan seterusnya meraih sokongan masyarakat pribumi untuk menganggap dirinya s4bagai raja meteka..
I don't understand what did you write in your articles. Spelling so poor..
Dari segi fakta Awang Alak betatar adalah berketurunan Bisaya. Kami genarasi baharu amat sedih tiada buku atay rujukan nahan sejarah berkaiatn dengan baginda ini. Hanya berpandukan cerita daripada orang tua.
senang cerita keturunan awg alak betatar ramai dari suku2 lain kerana beliau ramai isteri,gundik.maka itula semua suku pun ada berkaitan.hahaha.logik kan?
Sang Aji dan Awang Alak Betatar Asal Usulnya dari Jalur Keturunan Sang Nila Utama. Darjat Sang ( Raja ) Sememangnya dari Warisan Keturunan Sang Nila Utama
Post a Comment