Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Wednesday, April 10, 2013
Kelambatan penyiapan projek, kerugian segi ‘loss of use’
Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 April. - Mengikut statistik projek-projek Racangan Kemajuan Negara (RKN) yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan bagi tempoh RKN8 hingga RKN2007-2012, sejumlah 43 peratus telah terlambat penyiapannya.
Isu kelambatan di dalam penyiapan projek-projek terutama Projek 'construction-related' tersebut dijelaskan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada Majlis Menandatangani Kontrak Bagi Projek-projek di Bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) yang berlangsung di Kementerian Pembangunan, Berakas, di sini.
Jelas Yang Berhormat, kelambatan penyiapan projek-projek bermakna kegagalan untuk merealisasikan objektif-objektif projek terutamanya kerugian dari segi 'loss of use'.
Yang Berhormat juga berkata, kini Kementerian Pembangunan sedang membuat kajian akan punca kelambatan tersebut dari berbagai sudut tujuannya untuk semua agensi dan pihak yang berkepentingan – pelanggan, konsultan, kontraktor (pemborong) termasuk pihak kerajaan menilai peranan masing-masing untuk memastikan projek berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Selain dari masalah kelambatan penyiapan projek, kata Yang Berhormat, kepentingan hal ehwal kesihatan dan keselamatan di mana kecuaian di dalam memastikan tahap kesihatan dan keselamatan di tapak kerja boleh menyebabkan kerugian kewangan dan kehilangan nyawa.
"Alhamdulillah, hal ehwal keselamatan telah diambil berat oleh pemborong-pemborong yang mempunyai kesedaran, dan ini paling nampak kita lihat di kebanyakan projek-projek utama jalan raya," ujar Yang Berhormat.
Bagi memastikan hal ehwal keselamatan itu diambil berat secara teratur, jelas Yang Berhormat, di mana pada 24 September 2012 yang lalu, Kementerian Pembangunan telah mengeluarkan satu buku garis panduan 'Manual Kesihatan, Keselamatan dan Amal Sekitar' (Health Safety, Environment Manual) yang menyediakan prosedur kesihatan dan keselamatan untuk digunakan di tempat kerja termasuk di tapak-tapak pembinaan.
Terdahulu dalam ucapannya, Yang Berhormat juga menjelaskan, sejumlah 32 projek baru yang dilaksanakan oleh JKR di bawah RKN10 telah pun ditawarkan dan 23 sudahpun dianugerahkan.
Ini menurut Yang Berhormat adalah satu pencapaian yang baik dan perlu diteruskan untuk memastikan pelaksanaan projek-projek RKN10 tidak akan terlambat penyiapannya.
Yang Berhormat menekankan, komitmen dan kesungguhan Kementerian Pembangunan untuk memastikan tahap infrastruktur di negara ini berupaya untuk memenuhi kehendak orang ramai di samping ianya sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan mendukung Wawasan Brunei 2035.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Labels:
KEPENTINGAN AWAM,
KERAJAAN,
PEMBANGUNAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment