Posting mengikut label

Tuesday, April 2, 2013

Penyediaan 6,258 rumah dibawah RPN seluruh negara


Oleh: Rohani Hj Abd Hamid

JERUDONG, Isnin, 1 April.- Perlaksanaan Rancangan Perumahan Negara (RPN) melalui Skim Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati dari tahun 1970 sehingga hari ini telah menyediakan 19,900 buah rumah dari 37,974 jumlah yang diperuntukan RPN.

Pada tahun 2014 yang akan datang, projek-projek RPN yang sedang dalam perlaksanaan akan menyediakan 6,258 buah di seluruh negara dan ia menjadikan rumah yang disediakan melalui RPN berjumlah 26,158 buah rumah.

Demikian sembah alu-aluan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada Majlis Sambutan 60 Tahun Rancangan Perumahan Negara, yang berlangsung di Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei Jerudong.

Menurut Yang Berhormat, lebih 68 peratus dari permohonan sudah diperkenankan dan akan diperuntukan rumah.

Terdahulu, Yang Berhormat menyatakan, sejak era pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, yang juga di kenali sebagai Akitek Brunei Moden, Rancangan Perpindahan Negara telah pun diperkenalkan dan dilaksanakan.

Rancangan Perpindahan, jelas Yang Berhormat, telah menyediakan penduduk di Kampong Ayer dengan tanah berkeluasan dua ekar di kawasan Kampong Bunut untuk didirikan rumah bagi tujuan untuk bercucuk tanam dan sebagainya.

Menurut Yang Berhormat, menyedari akan kepentingan pemilikan rumah sebagai salah satu keprluan asasi rakyat, Racangan Perpindahan telah diperluas skop dan matlamatnya menjadi Rancangan Perumahan Negara bermula pada tahun 1970.

Rancangan Perumahan Negara, jelas Yang Berhormat, mempunyai matlamat dan sasaran untuk menyediakan rumah kepada rakyat yang tidak memiliki tanah untuk membina rumah.

"Wawasan dan hasrat yang murni untuk menjana kesejahteraan dan tahap kehidupan rakyat yang berkualiti telah teruskan dan dipertingkatkan di bawah kepimpinan Paduka Ayahnda Duli Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam." Jelas Yang Berhormat.

Tambah nya, buku 'Tiang Sari' dan Pameran Industri Perumahan dihasratkan untuk menyediakan wadah dan penyebaran maklumat mengenai perkembangan dan pencapaian Rancangan Perumahan Negara khasnya serta peranan dan sumbangan industry perumahan mencapai salah satu objektif RKN iaitu "Untuk Mempertingkat Kualiti Kehidupan Rakyat".

Dipetik dari - Pelita Brunei

No comments: