Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, August 15, 2013
AMM bakal bincang COC
HUA HIN, Thailand, 13 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan menteri-menteri luar Asia Tenggara tiba di pantai peranginan Hua Hin, Thailand hari ini bagi menghadiri Retreat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM).
Duli Yang Teramat Mulia dan menteri-menteri ASEAN dijangka menghadiri mesyuarat yang akan menumpukan usaha mencari penyelesaian konflik Laut China Selatan dan juga memperkukuhkan hubungan dengan Beijing.
Pengiran Perdana Wazir malam ini berangkat menghadiri ‘Welcoming Dinner’ bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ASEAN yang lain dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand Tuan Yang Terutama Surapong Tovichakchaikul di Hilton Hua Hin Resort and Spa Hotel. AMM dihadiri oleh sembilan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), manakala Menteri Luar Kemboja Hor Namhong tidak menghadiri mesyuarat itu.
Mesyuarat merupakan kesinambungan perbincangan menteri-menteri luar ASEAN di Brunei pada Julai yang mana China bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai Kod Tatalaku (COC) untuk perbalahan wilayah di Laut China Selatan, satu langkah yang enggan dilaksanakannya sebelum ini.
Isu COC, yang menguji hubungan diplomatik yang baik di antara China dan ASEAN, tidak dijangka diselesaikan dengan segera.
COC dijangka dikemukakan pada satu mesyuarat menteri-menteri luar khas di antara ASEAN dan China yang dirancang diadakan di Beijing pada 28-30 Ogos untuk memperingati ulang tahun ke-10 “perkongsian strategik” mereka.
Beijing bersetuju untuk mengadakan satu lagi mesyuarat khas pegawai kanan dari ASEAN dan China untuk memulakan rundingan formal mengenai COC di Suzhou, berhampiran Shanghai, buat sementara waktu ditetapkan pada 14-15 September, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Luar Thai Sihasak Phuangketkeow dipetik sebagai berkata oleh agensi berita dpa.
“Apa yang kami harapkan adalah mesyuarat di Beijing akan menetapkan suasana yang baik untuk mesyuarat di Suzhou.”
Mesyuarat menteri luar di Hua Hin esok akan menumpu sebahagiannya pada penentuan pan-dangan kolektif ASEAN mengenai COC.
“Indonesia percaya COC harus menjadi doku-men berorientasikan tindakan yang bertujuan mempromosi keyakinan di Laut China Selatan dan mengelak kejadian yang tidak diingini, dan mencari jalan mengatasi kejadian berkenaan sekiranya ia berlaku,” kata Menteri Luar Indonesia Marty Natalegawa.
Sejak 2009, tuntutan China di kawasan itu telah mencetuskan beberapa konfrontasi dengan pihak menuntut bersaingan seperti Filipina dan Vietnam.
Di antara 10 anggota ASEAN, Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam mempunyai perbalahan wila-yah dengan China di kawasan yang dipertikaikan, yang mengandungi simpanan minyak sehingga 30 bilion tan dan 20 trilion meter padu simpanan gas, menurut Kementerian Tanah dan Sumber-sumber.
China sebelum ini menegaskan perbalahan Laut China Selatan perlu dikendalikan secara dua hala, satu dasar yang tidak dijangka berubah walaupun jika ia bersetuju dengan COC akhirnya.
Isu tersebut merupakan satu daripada beberapa masalah dalam hubungan diplomatik di antara China dan ASEAN.
Dipetik dari - Media Permata
Labels:
ASEAN,
ISU SPRATLY,
KESELAMATAN SERANTAU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment