Posting mengikut label

Wednesday, August 7, 2013

MENZIARAHI KELUARGA MANTAN KETUA PEMUDA


BELAIT, 3 Ogos 2013 : Hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan Syawal setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Kahadiran Syawal pastinya disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh semua umat Islam. Walau bagaimanapun, dalam kita bergembira menanti kahadiran bulan ini, keluarga keluarga yang kurang berkemampuan tidak seharusnya dilupakan.
TYT Presiden NDP Saudara Mahmud Morshidi Othman bersama Naib Presiden Daerah Belait Saudara Pg Hj Zainal Pg Talib ketika menyerahkan sumbangan bantuan
Khamis lepas, rombongan TYT Presiden NDP, Saudara Mahmud Morshidi Othman telah menziarahi keluarga Saudara Aji bin Haji Omarali di Kampong Perpindahan Pandan , Kuala Belait. Saudara Aji merupakan Mantan Ketua Pemuda Penaja dan juga Ahli Majlis Tertinggi Sesi 2006 -2009.Kini beliau telah hilang penglihatan sejak beberap tahun yang lalu dan beliau telah disahkan menghidap tumor otak.
Mantan Ketua Pemuda Penaja NDP yang kini dalam keadaan tidak dapat melihat dan mendengar
Rombongan yang turut disertai oleh TYT Timbalan Presiden Saudara Haji Juned Haji Ramli dan Naib Presiden Belait Saudara Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talib turut menyumbangkan sedikit barang keperluan dan kewangan bagi meringankan sedikit bebanan keluarga Saudara Aji Omarali. 

No comments: