Posting mengikut label

Friday, August 16, 2013

NDP bersama ribuan rakyat Junjung Ziarah ke Istana Nurul Iman


ISTANA NURUL IMAN, 13 OGOS 2013: Hampir 100 orang ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) terdiri daripada Pemimpin Pemimpin Peringkat Pusat, Badan-badan Perhubungan Daerah dan ranting-ranting telah menyertai ratusan ribu pengunjung pada Majlis Junjung Ziarah Kehadapan Majlis Kebawah DYMM dan ahli kerabat di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada pagi 4 Syawal kelmarin.
Presiden dan Timbalan Presiden bersama ahli-ahli NDP  ketika menunggu giliran  masuk berziarah

Rombongan lelaki diketuai oleh TYT Presiden NDP Saudara Mahmud Morshidi Othman dan rombongan wanita diketuai oleh Ketua Himpunan Wanita Saudari Hajah Saemah Kepli.

Setiap menjelangnya Aidil Fitri seperti tahun-tahun sebelum ini, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) tidak akan ketinggalan untuk bersama rakyat jelata mengunjungi Istana Nurul Iman di majlis Junjung Ziarah sebagai tanda kasih serta setia pemimpin dan seluruh ahli NDP Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan.


Dimajlis yang penuh keceriaan tersebut, Saudara Morshidi selaku Presiden dan mewakili seluruh lapisan ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berkesempatan menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kehadapan Majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Siultan serta ahli kerabat baginda.








No comments: