Posting mengikut label

Monday, August 26, 2013

KUNJUNGAN HARI RAYA KEPIMPINAN NDP



TYT Pesiden NDP saudara Mahmud Morshidi Othman ketika mengunjungi
Pengerusi Tetap NDP saudara Hj Abdul Rahman Yusuf di kediaman beliau

LIMBARUH HIJAU, 14 OGOS 2013: Kunjung mengunjungi dan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai sempena Hari Raya Aidil Fitri menjadi satu kelaziman umat Islam dalam meraikan Aidil Fitri. Pimpinan Tertinggi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) TYT Presiden , Saudara Mahmud Morshidi Othman dan TYT Timbalan Presiden , Saudara Haji Juned bin Haji Ramli juga telah berkesempatan berkunjung ke rumah beberapa orang Ahli Ahli NDP pada minggu lalu.

TYT Presiden dan Timbalan Presiden ketika berada di kediaman
Naib Presiden NDP Daerah Belait, saudara Pg Hj Zainal bin Pg Talib
Kunjungan Hari Raya Presiden dan Timbalan Presiden turut diiringi oleh beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi NDP.

Rombongan tersebut berkesempatan mengunjungi beberapa orang Ahli Lembaga Penasihat, Naib Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan juga beberapa orang  ahli NDP.

Mengingati akan Ucapan Saudara Haji Juned sempena Hari Raya Aidil Fitri 1434 yang lalu bahawa, "Bukannya budaya tetapi amalan ibadah berkunjung atau berziarah ke rumah yang lazim kita lakukan, tentunya akan dapat merapatkan hubungan silatulrahim bukan sahaja di kalangan keluarga malah sahabat handai dan kawan-kawan."

Amalan berkunjung atau berdudun ke rumah rumah ahli bukanlah hanya dilakukan pada Hari Raya sahaja malah ia sering dilakukan dalam usaha pimpinan NDP mendekati dan mengeratkan ukwah persaudaraan dari semasa ke semasa. 

Mantan Naib Presiden NDP Daerah Tutong sedang rancak berbual
dengan TYT Presiden dan Timbalan Presiden NDP





No comments: