Posting mengikut label

Monday, August 5, 2013

TITIAN SYAWAL - Ahli-ahli Badan Perhubungan Daerah Belait NDP menziarahi warga dhaif


Kuala Belait 4 Ogos 2013 -  Dalam suasana menyambut ketibaan Syawal yang akan menjelang beberapa hari lagi, serombongan yang terdiri dari 8 orang ahli Badan Perhubungan NDP Daerah Belait pagi tadi berkesempatan mengadakan kunjung ziarah ke tiga buah rumah warga yang kurang berkemampuan iaitu rumah Awg. Reduan bin Abdullah di Lumut, Rumah Awg Hj Chuchu dan Isterinya Dyg. Hjh Norah binti Bostam di STKRJ Lorong 3 Seria, dan rumah salah seorang ahli NDP, Dayang Sanisah binti Hj Moksin di Mumong.



Rombongan yang diketuai oleh Naib Presiden NDP Daerah Belait, Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talib itu mula bergerak pada kira-kira jam 9.30 pagi. Ahli-ahli BPDB NDP yang turut berangkat dalam rombongan tersebut ialah Awg. Hj Metali bin Hj Ibrahim, Hj Sulaiman bin Duraman, Hj Kepli bin Awg. Latip, Ali bin Ahad, Pg Hj Mohd Sahrilan, Cikgu Hj Mohd Taib dan Dayang Azerinawati binti Hj Ahmad.

Antara lain tujuan kunjung ziarah ini diungkayahkan ialah bagi menyampaikan sedikit derma bantuan disamping membuat tinjauan secara dekat bagaimana keluarga dhaib yang kurang berkemampuan menghadapi suasana menjelang Syawal bagi meraikan Aidil Fitri yang akan tiba beberapa hari lagi. 








No comments: