Posting mengikut label

Thursday, March 15, 2012

Negara rancang import beras negara lain


Oleh Normazlina MD dan Mahdi Yassin

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac - Beras-beras import Thailand oleh Brunei tidak terjejas kerana kawasan penanaman selamat dan tidak mengalami banjir teruk yang menjejaskan Thailand baru-baru ini.

Perkara itu ditekankan oleh Menteri Kewangan II (Kedua) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman dalam perbincangan Jabatan Pembekalan Stor Negara dan seterusnya memberitahu bahawa Negara Brunei Darussalam juga ada membuat inisiatif-inisiatif untuk mengimport beras di negara lain selain Thailand seperti dipersoalkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Haji Abdul Hamid bin Bakal.

Pada masa ini, Brunei juga ada mengimporty beras dari Vietnam secara percubaan dan dalam masa yang sama, turut membuat tinjauan untuk meneliti beras-beras dari Kemboja dan Laos sama ada ia layak diimport ke negara ini, tambah Yang Berhormat Pehin.

Selain itu, Menteri Kewangan Kedua juga ada memberitahu bahawa Jabatan Perbekalan Stor Negara sudah pun membuat perancangan untuk membangun semula bangunan-bangunan stor untuk beras dan gula di Kompleks Stor Negara di Gadong secara berpringkat-peringkat dan akan merobohkan ruang stor lama untuk memberi ruang pembangunan stor baru di tapak kawasan itu.

Stor-stor sedia ada yang masih dalam keadaan baik akan sentiasa diperbaiki dan dibangunkan semula.

Dipetik dari - Media Permata Online

Ikuti posting yang berkaitan sebelum ini,
--> $20m rice cultivation project budget pushed
--> Temporary Relief from Global Starvation
--> Meeting agriculture targets in Brunei
--> Boosting rice yield long-term agenda
--> 'Bangladesh can help Brunei yield rice varieties to meet 2035 self-sufficiency target'
--> Pertanian, agrimakanan memberangsangkan
--> BERAS ‘LAILA’ SASAR PENGELUARAN CAPAI SARA DIRI
--> Penuaian padi besar-besaran beras ‘Laila’ dijangka pertengahan bulan Ogos depan
--> SAYA KELIRU..... TOLONG BERI PENJELASAN.....
--> BANJIR DI INDOCHINA - KESAN TERHADAP KESELAMATAN PERMAKANAN DI NEGARA-NEGARA ASEAN

No comments: