Posting mengikut label

Saturday, November 5, 2011

SAYA KELIRU..... TOLONG BERI PENJELASAN.....

Semasa pelancaran BERAS LAILA pada April 2009, Kementerian Pedrindustrian dan Sumber-Sumber Utama memaklumkan pengeluaran beras negara ketika itu adalah sebanyak 982.9 metrik tan, iaitu bersamaan 3.15% sara diri.

2. Akan tetapi, pada 1 November 2011, diisytiharkan pula oleh Pemangku Pengarah Pertanian Dan Agrimakanan, bahawa pengeluaran beras negara melonjak dari 2.8% pada 2009 kepada 3.31%.

3.Soalnya, mana satu perangkaan yang betul? 2.8% atau 3.15%? atau adakah ini sekadar permainan angka?

4. Secara arithmatik, peratus lonjakan 2.8% kepada 3.31% ialah sebanyak 0.51%, bersamaan 178.9 materik tan.

5. Sekiranya kita menggunakan 3.15% sebagai asas, lonjakan ialah sebanyak 0.26%, bersamaan 49.82 metrik tan.

6. Adakah peningkatan 0.51% atau 0.26% yang dicapai dalam tempoh dua tahun itu satu lonjakan?

7. Sasaran pada 2010 ialah 5800 metrik tan atau 20% sara diri. Dengan mencapai 3.31% bererti 16.69% tersasar dari matlamat 20% walaupun tempoh 2010 sudah berlalu. Tidakkah ini bererti tahap kegagalan adalah 83.45%?

8. Kalau dalam tempoh dua tahun, pencapaiannya sekadar yang disebutkan diatas, bila agaknya matlamat sebenar 20% itu boleh dicapai? Bagai mana pula matlamat 60% pada 2015 nanti?

9.Dimana janji dan komitmen untuk menanam sejumlah 400 hektar menjelang November 2009 dengan tanaman Beras Laila? Bila pula sasaran 2300 hektar itu hendak dilaksanakan?

10. Barang sudah tentu, kalau perangkaan yang dipamerkan ini betul, Kebawah DYMM tidak akan berasa gembira sekunyong-kunyong isu keselamatan permakanan amat menyentuh perhatian Baginda.

11. Hari ini rakyat masih rancak membicarakan isu “rasuah”, “penyalahgunaan kuasa” dan “penyalahgunaan pengaruh” didalam pemberian tender/projek didalam indistri minyak kita di kedai-kedai kopi dan dimajlis-majlis keraian. Kini pemikiran rakyat dibebani lagi dengan isu janji dan perangkaan pengeluaran beras yang mengelirukan.

12. Kita melihat kes/isu pengeluaran beras, dan “penyelewengan” dibelakang tabir yang berlaku didalam industri minyak kita ada kaitan dengan system pentadbiran yang lemah dan ketidaktelusan.

13. Harapan kita ialah, yang perlu diubati adalah “penyakit” dan bukannya “sympthom” justeru kita perlu mencari punca penyakit tersebut.

14. Semoga pendedahan berani Yang Berhormat Pehin Singa Menteri mengenai penyakit didalam industri minyak Negara ini akan menjadi “catalyst” yang akan menyedarkan agensi-agensi kerajaan lainnya bahawa mereka sewajarnya lebih bersikap professional, bertanggungjawab dan amanah didalam menggalas tugas mereka kerana Allah jua. Wallaha’alam – (mmo).

No comments: