BERSAMA USTAZ IDRIS AHMAD (Siri 1)
SEBAGAI sebuah gerakan Islam yang bercita-cita mendaulatkan Islam, maka sudah tentu menghadapi cabaran dan dugaan berterusan. Oleh kerana itulah ahli dan pendukung jemaah jangan mengabaikan soal akhlak dan disiplin, supaya melayakkan diri mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT.
Ikhlas
Mempunyai niat yang betul kerana Allah dan menuntut reda-Nya bukan reda manusia. Jika seorang itu mempunyai matlamat yang lain ia tidak akan musnah di tengah jalan dan akan merosakkan jemaah. Jangan ada matlamat yang lain, betulkan niat kita kepada perjuangan. Yang paling menggerunkan kita ialah segala amalan kita tidak bernilai di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT, bermaksud:
"Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus." (al-Bayyinah: 5)
Apabila mengikhlaskan diri kepada Allah maka ia akan membersihkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti ujub, riak, suma'ah, takbur dan diganti dengan husnu al-thiqah billah (percaya dengan baik kepada Allah), sentiasa memohon pertolongan-Nya dan percaya kepada janji-Nya.
Seorang yang menceburkan diri dalam perjuangan, dia mesti percaya kepada jaminan Allah dan janji-Nya di dunia dan di akhirat. Dia hendaklah menjaga hubungan baik dengan Allah iaitu dengan mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
Istiqamah
Berterusan di atas perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain sehingga merosakkan perjuangan yang suci.
Firman Allah SWT, bermaksud:
"Oleh itu hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah maha melihat akan apa yang kamu kerjakan." (Hud: 112-113)
Taat
Ketaatan itu lahir daripada sikap percaya mempercayai antara pemimpin dan pengikut. Apabila pemimpin mempunyai keikhlasan berkorban kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya maka secara automatik pengikut akan menumpah ketaatan tanpa dipaksa atau disuruh. Ketaatan mestilah dalam semua keadaan, pada masa senang dan susah, pada masa lapang dan kesempitan selagi tidak dalam perkara yang maksiat.
Firman Allah SWT, bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan Ulil Amri (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu." (al-Nisa’:59)
Rasulullah s.a.w. telah meneguhkan sifat ketaatan kepada sahabatnya dengan melakukan baiah al-Aqabah yang terkenal dengan melakukan hijrah yang merupakan perintah yang sangat penting yang membawa kepada tertegaknya sebuah negara Islam. Antara baiah itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) pada masa cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di dalam susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah SWT tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku, seperti apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk kamu ialah syurga." (Riwayat Ahmad)
Mengabaikan ketaatan akan membawa musibah kepada jemaah dan menguntungkan musuh. Segala arahan ketua tidak diikuti dan boleh menimbulkan ‘jemaah dalam jemaah’ dan mengganggu perancangan jemaah kerana tidak ada unsur ketaatan.
Ketaatan membawa penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti. Ia boleh melaksanakan keputusan parti, bukan matlamat iridividu dalam parti.
Ketaatan akan dapat menseimbangkan antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.
Ukhwah (persaudaraan)
Ahli-ahli parti dan penyokong di semua peringkat laksana batu bata yang berselerak dan perlu diikat dengan teguh dan kuat supaya hubungan bertambah erat antara satu sama lain.
Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka Rasulullah s.a.w. menjadikan ini perkara yang utama ketika berhijrah ke Madinah. Allah suka kepada saf perjuangan yang dibina atas dasar ukhwah.
Sebarang kekosongan yang memutuskan saf nescaya dicelah oleh syaitan yang dapat menjejaskan jentera parti dan perjalanannya. Kegiatan usrah adalah sebahagian daripada langkah mempereratkan persaudaraan, kerana perkataaan usrah yang bermakna keluarga itu adalah lebih bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan menyelesaikan masalah secara kekeluargaan, adapun penekanan ilmu lebih.ditumpukan dalam majlis-majlis ilmu. Begitu juga dengan kerja-kerja kebajikan di kalangan ahli sebagai mekanisme untuk memupuk ukhwah. Ia juga boleh dibajai ketika bersama-sama melaksanakan program, seperti bersama-sama menyusun kerusi, memasak, menyediakan minuman; di sinilah ukhwah akan bertambah erat.
Kerahsiaan
Perjuangan ini sentiasa dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru. Mereka sering mengintip segala kegiatan parti dengan apa cara sekalipun. Oleh itu kita tidak boleh boros dengan kenyataan yang mendedahkan kerahsiaan parti, perkara-perkara dalaman kepada umum. Jangan kita memberi kemudahan kepada mereka untuk melumpuhkan parti dan mengetahui strategi kita.
Parti bukan sahaja perlu menyusun strategi yang baik dan rapi tetapi ada juga perkara yang menjadi kerahsiaan yang tidak boleh diumumkan. Adalah tidak wajar semua ahli mengetahui segala yang dirancangkan oleh kepimpinan. Adalah tidak bijak sekiranya untuk mengumumkan semua perkara kepada ahli tentang perkara yang tidak perlu diketahui.
Dipetik dari - Harakah, 31 Oktober - 3 November 2011
Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment