Posting mengikut label

Friday, November 11, 2011

Akhlak dan disiplin berorganisasi

BESAMA USTAZ IDRIS AHMAD (Siri Akhir)

Kita mesti pastikan diri kita, keluarga kita mesti menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat.

Menunaikan janji

ALLAH memberi penegasan dalam perkara ini dengan firman-Nya; bermaksud: “Dan sempumakanlah perintah Allah apabiia kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah). - (Al-Nahl:91)

Sama ada perjanjian dengan jemaah atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah juga perjanjian dengan musuh hendaklah ditunaikan dengan sempurna. Sebarang kemungkiran boleh menghilangkan kepercayaan antara satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan.

Jika kita tidak boleh laksanakan sila beritahu daripada awal, supaya perjalanan parti tidak terjejas. Sila maklumkan awal kepada penganjur jika kita mempunyai keuzuran syarie. Jangan sampai kita terkenal sebagai orang yang mungkir janji. Banyak mereka yang hebat terkeluar daripada saf kepimpinan apabila mereka tidak menepati janji.

Tidak melampau

Allah SWT melarang sikap dan tindakan yang melampaui walaupun terhadap musuh hatta di medan perang. Sikap melampau dalam semua perkara banyak merugikan jemaah. Sejarah mencatatkan orang yang melampau berakhir dengan mereka gugur di dalam medan perjuangan. Contohnya mereka yang mengkafirkan Umno sekarang sudah bersama dengan Umno. Tepatlah sabda Rasulullah s.a.w.: “Sebaik-baik perkara ialah sederhana dalam amalan.”

Bersabar

Perlu banyak bersabar, kerana kerja-kerja Islam akan berhadapan dengan macam-macam perkara yang tidak menyenangkan. Malahan jalan dakwah penuh dengan liku-liku kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kerana kita terpaksa berhadapan dengan orang jahil, orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional, orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung.

Semuanya perlu kepada kesabaran yang tinggi. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu.” (Surab al-Nur 24:22)

Bersifat rendah diri

Mestilah bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara se-Islam dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Perlu sedar bahawa ahli PAS terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan status. Kita tidak hanya bergaul dengan orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang miskin dan susah. Ini kerana perbuatan ini tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.
Rasulullah s.a.w. sendiri memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada sifat takbur. Baginda bersabda, bermaksud: “Tidak akan memasuki syurga yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takbur.” (Riwayat Muslim)

Jauh daripada sangka buruk

Mesti menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Sebaliknya kita lebih banyak menyuluh dan menuding diri sendiri daripada dihadapkan kepada orang lain. Sangka buruk ini sifat yang tidak baik dan boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Maka ini perlu dijauhi oleh ahli parti. Janganlah dia berburuk sangka kepada sahabat yang lain ini akan menyebabkan ruang untuk berpecah akan bertambah luas.

Firman Allah SWT bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan daripada perasangka, sesungguhnya sebahagian daripada perasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima Taubat lagi Penyayang.” (al-Hujurat 49:12)

Qudwah hasanah

Mesti menunjukkan contoh teladan yahg baik selari dengan akhlak Islam. Kita percaya bahawa contoh teladan yang baik amat kuat mempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan kita. Maka kita mesti pastikan diri kita, keluarga kita mesti menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat. Seperti kata hukama, “lisanul hal (tindakan) lebih baik daripada lisanul maqal (berkata-kata).”

Bekerja untuk kemenangan Islam

Biarlah sesaat di dalam hidup kita tidak berlalu begitu sahaja. Kita mesti memikirkan apakah cara supaya Islam dihayati oleh masyarakat untuk menyelamatkan negara dan masyarakat. Kita mesti rasa cemburu dengan golongan yang bekerja siang malam untuk mengekalkan kezaliman di negara ini walaupun mereka tahu bahawa kerja mereka dimurkai oleh Allah SWT.

Apakah kita boleh tidur lena ketika khazanah negara dijahanamkan? Laporan Ketua Audit Negara menyerlahkan lagi sikap kerajaan yang tidak pemah mengambil iktibar walaupun setiap tahun inilah rupa bentuk laporannya.

Apakah kita mahu membiarkan anak cucu kita pada masa akan datang merempat di bumi sendiri. Kita berjuang bukan memikirkan diri kita tetapi ialah untuk generasi akan datang. Untuk kita sudah selesai, kerana hanya membilang hari untuk bertemu dengan Allah SWT, tetapi anak kita akan meneruskan hidup mereka.

Jangan biarkan mereka memaki kita kerana kita tidak berjuang untuk mereka. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan hendaklah takut (kepada Allah) yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh sebab itu hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar.”

Dipetik dari - Harakah, 7-10 November 2011

No comments: