SAYIDINA Umar bin al-Khattab r.a. telah bertanya kepada seorang lelaki Arab Badawi di sebuah tempat bemama Mudlij tentang apakah itu 'Haraj'.
Badawi itu menjawab, 'Haraj' ialah sejenis pokok yang berada di celah-celah beberapa batang pokok lain dalam keadaan dia tidak subur dan tidak menerima tumbuhan liar yang lain menumpangnya dan seumpamanya.
Lalu Sayidina Umar berkata begitulah keadaan hati orang munafik. Tidak akan sampai kepadanya sebarang kebaikan.
Ibnu Abbas r.a. berkata, orang-orang munafik itu merasakan Islam itu sempit sedangkan Islam itu luas. Apa yang berlaku pada hari ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. ini.
Golongan munafik yang bernama Islam dan mengaku Islam penuh mulut mempertikaikan Islam, seperti hukum hudud dan mempersenda-sendakannya sama seperti orang bukan Islam mempertikaikan dan mempersendakannya.
Kita orang Islam, mempunyai tanggungjawab menegakkan hukum Islam bukan mempertikaikannya atau mempersendakannya walau dengan apa cara sekalipun. Perbuatan menafikan hak untuk dilaksanakan dalam pemerintahan negara kita adalah satu keingkaran yang besar, boleh menggugurkan iman seseorang Islam.
Apakah Allah tidak tahu bahawa ada masyakarat majmuk dalam dunia ini sebelum Dia mewajibkan pelaksanaan hukum ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya pada hari ini?
Apakah kita manusia ini bersikap lebih tahu dan lebih pandai daripada Allah Taala?
Kita minta berlindung dengan Allah SWT daripada sifat-sifat kufur dan munafik ini yang balasannya amat dahsyat pada hari akhirat kelak.
Semua arahan atau perintah Allah di dalam al-Quran adalah yang manusia boleh buat dan tidak pernah bertujuan untuk menyusahkan mereka. Bahkan ia bertujuan untuk menjadikan kehidupan mereka bahagia di dunia dan di akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung suatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama." (Surah al-Hajj: 78)
Ulama mengatakan bahawa tidak dijadikan dalam Islam itu suatu perkara yang sukar untuk dibuat. Semuanya boleh dibuat. Yang menghalang daripada ia dilaksanakan ialah nafsu manusia itu sendiri dan syaitan daripada kalangan manusia dan jin.
Orang yang tidak mahu petunjuk Allah memandu kehidupannya di dunia ini, mereka merasakan Islam terlalu sempit sebagaimana keadaan seseorang yarig naik tinggi di langit. Dada mereka merasa sempit kerana kekurangan oksigen.
Allah menggambarkan keadaan ini dalam firman-Nya yang bermaksud,
"Seolah-olah dia sedang naik ke langit (dalam keadaan dadanya merasa sempit akibat permasalahan pernafasan-kurang oksigen)." (Surah al-An'am: 125)
Dalam menafsirkan ayat ini Ibnu Abbas r.a. berkata, sebagaimana manusia tidak mahu naik ke langit begitulah keadaannya ada manusia tidak mahu menerima iman dan tauhid di dalam hatinya sehinggalah Allah memberi petunjuk kepadanya untuk menerima semuanya itu.
Selagi Allah tidak memberi petunjuk kepadanya, dia tidak akan menerimanya.
Sementara al-Auza'i mempersoalkan bagaimana manusia yang Allah menyempitkan dadanya dari menerima tauhid menjadi Islam? Dia tidak akan merasakan keluasan Islam sebenarnya jika dadanya sempit untuk menerima Islam.
Sudah pasti dia tidak akan menjadi manusia Islam yang sebenamya walaupun namanya Muhammad. Dia menjadi manusia Islam hanya pada namanya sahaja tetapi hakikat sebenarnya dia adalah munafik.
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud,
"Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah al-An'am: 125)
Sebagaimana Allah menjadikan dada-dada orang yang tidak beriman dan sesat sempit dan menyakitkan untuk menerima hidayah Islam, begitulah juga Allah jadikan syaitan itu yang menjadi kawan dan teman hidup menyusahkan kehidupan mereka sebagai suatu azab yang menimpa mereka dalam kehidupan dunia ini.
Orang yang tidak beriman tidak akan merasa gembira dan bahagia dalam erti kata sebenamya walaupun nampak mereka dikurniakan harta yang melimpah ruah di dunia ini. Bahkan mereka merasakan harta benda yang mereka miliki itu menjadi neraka dunia yang sentiasa menyeksa mereka sebelum mereka mati.
Dipetik dari - Harakah, 21-24 November 2011.
No comments:
Post a Comment