Posting mengikut label

Thursday, November 8, 2012

KDYMM berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat




BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Presiden Barack H.Obama berikutan dengan kemenangannya di dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Presiden Barack H.Obama di atas lantikannya semula sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Kebawah DYMM berharap TYT akan beroleh kejayaan berterusan di dalam penggal pelantikannya yang kedua dan juga berharap akan dapat meneruskan kerja bersama dengan TYT bagi mengukuhkan pertalian dua hala di antara kedua-dua buah negara yang sudah lama wujud serta hubungan sebagai rakan kongsi di rantau ini.

Baginda mengakhiri perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada TYT Presiden Barack H.Obama dan keluarganya.

Dipetik dari - Pelita Brunei

No comments: