Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, November 20, 2012
KDYMM: Perlu berusaha bagi tenaga yang mapan
Laporan : Hezlinawati Haji Abdul Karim & Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman
PHNOM PENH, KEMBOJA, Isnin, 19 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa terdapat keperluan untuk berusaha bagi tenaga yang mapan di masa hadapan dan pada masa yang sama mengimbangi kepentingan ekonomi dan alam sekitar.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah demikian semasa berkenan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun Ke-15 bersama para pemimpin ASEAN yang lain dengan Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Yoshihiko Noda, berlangsung di Bilik Champa, Peace Palace, Phnom Penh, di sini.
Baginda seterusnya bertitah kini sudah sampai masanya untuk meneroka pilihan-pilihan tenaga bersih dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di rantau ini yang boleh dipelajari dari kepakaran Jepun.
Semasa Sidang Kemuncak tersebut juga baginda bertitah bahawa Jepun telah menjadi rakan kongsi ASEAN yang dinamik dan berpanjangan; dan telah membantu dalam banyak bidang utama ke arah proses membangun masyarakat, khususnya mengenai pengurusan bencana dan bantuan kepada ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance (AHA Centre).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menambah titah bahawa terdapat perkara lain seperti kesalinghubungan (connectivity) yang boleh menyumbang dalam merapatkan jurang pembangunan di rantau ini dan berharap Jepun secara rasminya dapat menjadi rakan kongsi pembangunan BIMP-EAGA.
Ketika bertitah baginda juga menghargai usaha Jepun dalam menumpukan hubungan sesama penduduk (people-to-people) melalui beberapa program belia seperti Projek Kizuna.
Baginda kemudian menambah bahawa terdapat beberapa skop yang baik bagi mengukuhkan perkongsian melalui 10-Year Strategic Economic Cooperation Road Map dan juga berharap ASEAN-Japan Comprehensive Economic Partnership (AJCEP) dipersetujui yang mana akan menjadi asas kepada Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) untuk memperluaskan lagi bidang kerjasama ekonomi.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berharap agar kerjasama ASEAN-Jepun akan dapat memberikan tumpuan kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada penduduk di rantau ini dalam memastikan ekonomi yang berdaya tahan.
Menyentuh mengenai keselamatan makanan dan tenaga baginda bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam memberikan banyak penekanan kepada perkara-perkara tersebut.
Dalam hal makanan, titah baginda lagi ASEAN mempunyai APTERR (ASEAN Plus Three Emergency Rice Reserve Agreement) dan baginda juga percaya bahawa terdapat banyak ruang untuk belajar mengenai cara-cara meningkatkan produktiviti pertanian dan menjamin bekalan yang stabil serta mencari pelbagai sumber makanan yang lain seperti sumber marin yang berdaya tahan.
Sebagai Pengerusi ASEAN yang akan datang, baginda mengakhiri titah melahirkan harapan supaya kerjasama yang lebih kukuh akan dapat dicapai di masa hadapan terutama sekali menjelangnya sambutan kerjasama ASEAN-Jepun ke-40 pada tahun hadapan dengan berlangsungnya Sidang Kemuncak Commemorative di Jepun tahun hadapan.
Hadir mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke sidang kemuncak ini ialah Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.
Sidang Kemuncak yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Techno Hun Sen itu antara lain membincangkan mengenai hala tuju kajian dan masa depan Hubungan Dialong ASEAN-Jepun.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Labels:
ALAM SEKITAR,
KESELAMATAN MAKANAN,
KESELAMATAN TENAGA,
TITAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment