Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, November 8, 2012
Kemiskinan dialami negara dalam tahap relatif bukannya 'extreme'
Oleh : Aimi Sani
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 November. - Kemiskinan yang dialami di negara ini boleh dikatakan dalam tahap relatif sahaja dan bukannya tegar ataupun 'extreme'.
Kemiskinan relatif dialami apabila terdapat jurang perbezaan dalam taraf kehidupan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pencapaian dalam bidang pendidikan, penglibatan dalam aktiviti ekonomi, status kesihatan serta keupayaan untuk membuat pilihan dan merebut peluang.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Membasmi Kemiskinan 2012 bertempat di Dewan Mahligai, Airport Mall, di sini.
Menurut Yang Mulia Datin Paduka, kemiskinan disukat bukan hanya dari segi ekonomi tetapi yang lebih penting, keupayaan seseorang untuk mengakses keperluan asas bagi menikmati cara kehidupan yang selesa termasuk makanan yang mencukupi, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, perumahan, air yang bersih, tanah, keselamatan dan penyertaan dalam kehidupan sosiopolitik.
Seterusnya Yang Mulia Datin Paduka berkata, keperluan-keperluan asas serta perkhidmatan asas Negara Brunei Darussalam disediakan secara percuma oleh kerajaan atau dengan subsidi yang amat besar yang mana berdasarkan Kajian Perbelanjaan Keluarga Negara Brunei Darussalam 2005, tiada kemiskinan ekstrem di negara ini di mana Negara Brunei Darussalam telah mencapai matlamat 1 iaitu membasmi kemiskinan tegar di bawah Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Di Negara Brunei Darussalam, jelas Yang Mulia Datin Paduka, usaha-usaha ke arah mecapai matlamat pembasmian kemiskinan melalui sistem pembangunan sosioekonomi negara boleh dibahagikan kepada tiga iaitu inisiatif dukungan sosial, inisiatif pengurusan kemiskinan dan inisiatif pembasmian kemiskinan di mana program-program yang disediakan dalam ketiga-tiga aspek ini bertujuan untuk menghalang seseorang individu tercicir daripada sistem pembangunan sosioekonomi dan jatuh ke kancah kemiskinan.
Yang Mulia Datin Paduka juga menambah kata, kemiskinan merupakan pencerobohan hak asasi manusia yang harus ditangani oleh semua pihak di mana dalam usaha untuk menangani isu kemiskinan, kita perlu mengkaji semula dasar, peraturan dan program yang sedia ada dan memasukkan aspek golongan orang miskin untuk memberi keutamaan kepada golongan ini.
Terdahulu dalam ucapan, Yang Mulia Datin Paduka menjelaskan, pembasmian kemiskinan merupakan matlamat setiap negara dan sering digunakan sebagai ukuran untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan kemantapan pembangunan negara tidak terkecuali Negara Brunei Darussalam.
Pembasmian kemiskinan, katanya, telah lama menjadi matlamat negara bilamana pada tahun 1954, Pencen Umur Tua telah diperkenalkan sebagai salah satu mekanisme jaminan sosial untuk menghalang rakyat daripada jatuh miskin.
Walau bagaimanapun, tambahnya, pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-4 Majlis Mesyuarat Negara pada 4 Mac 2008, pembasmian kemiskinan ke tahap sifar telah menjadi salah satu agenda utama negara.
Jelasnya, sesuai dengan tema Hari Antarabangsa Membasmi Kemiskinan iaitu 'Menjana Ekonomi Keluarga Untuk Kesejahteraan Negara', tumpuan harus diberi kepada program-program yang akan dapat memperkasakan golongan miskin supaya mereka akan dapat keluar daripada putaran kemiskinan.
"Komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memantapkan lagi program-program pembasmian kemiskinan yang sedia ada ini jelas terbukti dengan penubuhan satu Jawatankuasa Khas Isu Kemiskinan yang antara lain bertujuan untuk mengenal pasti punca kemiskinan serta merancang, menyelaraskan dan melaksanakan program-program untuk memperkasakan golongan miskin. Dengan penubuhan jawatankuasa ini merupakan usaha bersepadu di antara agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan ke arah pembasmian kemiskinan," ujarnya.
Pada majlis tersebut, Yang Mulia Datin Paduka menyeru kepada semua pihak termasuk sektor swasta dan masyarakat awam untuk sama-sama berganding bahu mengungkayahkan program-program bersepadu pembasmian kemiskinan agar dapat membantu golongan miskin memperkasa diri dan keluar daripada putaran kemiskinan.
Yang Mulia Datin Paduka menyarankan agar pihak individu khususnya golongan fakir dan miskin untuk mengambil inisiatif merebut serta memanfaatkan peluang-peluang yang diberikan oleh pihak Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan sebaik mungkin demi untuk mencapai kesejahteraan hidup bagi diri mereka dan semua ahli keluarga yang lain.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Focus on self- development programmes to curb poverty
Aaron Alwines
BANDAR SERI BEGAWAN
BRUNEI needs to focus on self-development plans that encourages the less fortunate to break free of the cycle of poverty in order to maintain its welfare programmes, Acting Minister of Culture, Youth and Sport said yesterday.
Datin Paduka Hjh Adina Othman made the assertion at the International Day for the Eradication of Poverty, the first time Brunei was observing it.
The event held at the Airport Mall was by His Royal Highness Prince Hj 'Abdul 'Azim.
The acting minister described the various benefits the entire Bruneian population received, not just those in need, which include fuel, food, electrical and water subsidies and posed the question of just how long Brunei could keep up such government assistance while at the same time preparing sound financial resources for future generations.
This year's theme, "Generating the family's economy for the prosperity of the nation" is aimed at tackling poverty cycle which those unfortunates are trapped in.
Datin Paduka Hjh Adina said that the programmes should not be restricted to only economic programmes, but more importantly address the mind set (of those affected) to increase the ability, confidence and spiritual strength of those less fortunate so they can face challenges.
She said the Ministry of Culture, Youth and Sports are working fastidiously on the issue via the recently established inter-ministry working committee which is conducting research to ascertain the reasons for poverty in Brunei as well as coordinating, planning and implementing plans to eradicate poverty. In addition, she added, efforts must also be made to review current policies, and to reform or insert changes if needed.
"A fully realised effort in tackling poverty would need the collective effort of the government in enacting effective policies, the support of the public as well as initiative from those in need," she said.
According to the acting minister, poverty in Brunei remains at a 'relative' level. Relative poverty is a measure of inequality of income within a particularly country.
She said, foreign bodies such as the European Union use a 'poverty line' to objectively quantify the level of relative poverty, with the line representing a certain standard of living or income specific to that region or country. Brunei does not have a poverty line at this moment in time.
Brunei's International Day for the Eradication of Poverty was attended by officials and staff from various government departments and ministries. During yesterday's session the Community Development Department (JAPEM), Brunei Islamic Religious Council (MUIB) and the Ministry of Education (MoE) all made presentations on dealing with poverty offering different perspectives and approaches, and a group discussion was subsequently held.
Today's session will feature presentations from Livewire and Employees Trust Fund (TAP). Livewire will focus on working from home as a viable option to enhance the family income as well as other areas such as budgeting measures and avoiding impulse spending.
Dipetik dari - The Brunei Times
Labels:
KEMISKINAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment