Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, November 13, 2012
Perlunya perancangan kewangan yang bijak
Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 November. - Perancangan kewangan individu adalah satu proses dan strategi perancangan yang dirangka dengan baik dan teratur yang menggunakan sumber kewangan sendiri untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang.
Ia penting dalam kehidupan kerana melaluinya kita dapat melihat di manakah kedudukan kewangan kita pada masa kini dan tuju arahnya pada masa hadapan serta bagaimana untuk mencapainya dan bila sepatutnya bermula.
Justeru itu kerajaan menitikberatkan perancangan kewangan ini kerana mahu setiap individu itu mempunyai kewangan yang selesa.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyatakan perkara tersebut di Majlis Perasmian Projek Menyusur Kampung Tabung Amanah Pekerja yang diadakan di Dewan Teater Kementerian Kewangan Commonwealth di sini.
Menurut Yang Berhormat, melalui perancangan kewangan yang teratur kita boleh memastikan mempunyai wang untuk digunakan bagi menampung keperluan dan digunakan pada masa hadapan seperti pendidikan anak-anak, membangun atau membeli rumah, berkahwin, menunaikan haji serta umrah di samping menampung keperluan tahun-tahun selepas persaraan.
Jelas Yang Berhormat, dalam masa yang sama melalui perancangan kewangan yang sistematik dan berhemah tanpa pembaziran dapat mengelakkan belanja yang berlebihan, hutang yang tidak terurus, menghadapi kebangkrapan dan kehidupan serta masa hadapan yang bergantung kepada orang lain.
Untuk mencapainya tegas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Tabung Amanah Pekerja dan Lembaga SCP mestilah terdapat satu sistem pengurusan wang yang berkesan agar perbelanjaan dapat diatur dengan bijak.
"Jika tidak teratur dengan baik pada kelazimannya akan terjadi pembaziran, kewangan yang tidak mencukupi dan lebih teruk lagi dibebani dengan hutang" ujar Yang Berhormat.
Sebaliknya, tegas Yang Berhormat, sebanyak mana pendapatan bulanan jika diatur dengan sistematik boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kedudukan kewangan yang selesa dan mencukupi.
Perancangan kewangan yang di jerayawarakan terang Yang Berhormat adalah untuk mendukung kepada matlamat kerajaan pada mewujudkan jaminan sosial dan pembasmian kemiskinan di negara ini iaitu selaras dengan Wawasan Negara 2035 untuk memastikan antara lain rakyat dan penduduk terus hidup makmur dan diberikan perhatian sosial yang sewajarnya serta seterusnya pembasmian kemiskinan berada di tempat teratas dalam agenda kebangsaan negara dengan kemiskinan sifar ditetapkan sebagai matlamat utama tertinggi negara.
"Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui agensi dan organisasi yang tertentu telah menyediakan beberapa strategi atau kaedah ke arah mencapai matlamat-matlamat yang telah saya nyatakan tadi," Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan menerangkan.
Misalnya, jelasnya lagi Skim Bantuan Kewangan Mikro sebanyak BND3,000 di bawah program perkasa kelolaan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Tujuan skim ini jelasnya lagi adalah bagi membolehkan rakyat negara ini yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal untuk memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan dan seterusnya mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.
Namun tegas Yang Berhormat apa pun bentuk bantuan kewangan kerajaan dalam usaha untuk menjadikan setiap warga negara akan sentiasa hidup makmur akan kurang berjaya sekiranya para individu itu sendiri tidak dapat mengatur kewangannya dengan sempurna.
Oleh itu tambahnya, kejayaan para individu dalam memastikan bahawa diri atau keluarga mereka dapat terkeluar daripada kepompong kemiskinan selepas menerima bantuan-bantuan yang diberikan ialah melalui pelaksanaan perancangan kewangan yang teratur.
Bagi keberkesanan perancangan kewangan individu dan masyarakat perlu melaksanakan langkah-langkah seperti menilai kedudukan kewangan yang ada sekarang; menetapkan matlamat kewangan; menyediakan pelan kewangan di samping melaksanakan pelan kewangan dan memantau serta menilai semula pelan kewangan.
Dengan berbuat demikian individu dan masyarakat akan menjadi arif dan bijaksana tentang keperluan masa depan dan sumber kewangan yang sedia ada.
Projek menyusur kampung ini merupakan sebagai usaha padu pihak Lembaga Tabung Amanah Pekerja; Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Bahagian Institusi Kampung Pejabat Daerah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam menanai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya rakyat negara ini membudayakan keperluan untuk mengatur kewangan melalui perancangan kewangan.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Labels:
KEMISKINAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment