Posting mengikut label

Wednesday, March 19, 2014

Jejak Ehsan HAWA NDP menyusur Kg Rambai


Oleh Hajah Saemah Zulkefli

TUTONG, 17 Mac – Projek Jejak Ehsan 2014 mengunjungi warga-warga emas bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-30, anjuran Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA NDP) diteruskan lagi dengan menyusur ke kawasan pedalaman di Kampung Rambai Jalan Bang Pangan dekat sini hari ini.

Projek yang dianjurkan dengan kerjasama Biro Pendidikan dan Biro Kemasyarakatan Parti Pembangunan Bangsa, itu telah mengunjungi rumah pasangan suami isteri warga emas Awang Abdul Rahman bin Abdullah Yakin @ Bungah bin Yakin, 78, dan Dayang Nor Aisyah binti Mohd Ariffin @ Loket binti Abon, 63, yang pada masa ini tinggal di sebuah pondok yang agak usang sejak lebih 20 tahun.

Rombongan menyampaikan sumbangan kepada pasangan
suami isteri warga emas di kawasan pedalaman Kg Rambai Lamunin
Rombongan diketuai oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat, NDP disertai sama oleh Naib Presiden Daerah Tutong NDP, Awang Haji Ismail bin Ibrahim, Setiausaha Agung NDP, Awang Haji Jefry bin Haji Mohd Daud, Ketua Biro Pendidikan NDP, Dayang Dr Ra’yah binti Haji Mohd Ali, Ketua Biro Kemasyarakatan NDP, Dayang Hajah Asmah binti Haji Pulut serta beberapa ahli Majlis Tertinggi Daerah Tutong dan ahli-ahli Exco HAWA NDP.

Projek Jejak Ehsan tahun ini memfokuskan kunjungan ke beberapa buah rumah di kalangan warga emas termasuk yang dikhabarkan terabai, yang sedang dirawat di hospital dan yang tinggal di pedalaman.

Ia antara lain dihasratkan supaya dapat sedikit sebanyak membantu menggembirakan warga-warga emas dan menunjukkan keprihatinan kepada kalangan tersebut supaya tidak terasa diasingkan dan diabaikan.

Melalui projek ini juga dihasratkan dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara ahli-ahli NDP dengan masyarakat sekeliling dan merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh Himpunan Wanita NDP sebagai salah satu sayap dalam pertubuhan itu yang mempunyai visi “Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu, Islam Beraja, aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT”.


Sumber - Media Permata


Senior citizens in rural village taken care of

THE plights of senior citizens living in the rural area of Kg Rambai, Jln Bang Pangan in the Tutong District were taken care of by the Women’s Group of the National Development Party (HAWA) in their latest series of visits recently.

An elderly couple, Awg Abd Rahman bin Abdullah Yakin @ Bungah bin Yakin, 78, and his wife, Dyg Nor Aisyah binti Mohd Ariffin @ Loket binti Abon, 63, has been staying in a dilapidated house in the rural area over the past 20 years.

The group handed over contributions in the form of basic necessities and heard their grievances.

Their project this year focusses on visits to the residence of senior citizens, who are believed to be neglected, undergoing treatment and staying in remote places, to assist and cheer them, demonstrating the caring attitude of the group.

It was also to build closer ties among its members with the local community and part of an activity by the Women’s Group as a wing of the association.

The project runs jointly with the Education Bureau and is led by the Head of Women’s Group, Dyg Hjh Saemah along with Vice President of Tutong NDP, Secretary-General of NDP, Discipline Committee Head, Head of Education Bureau, Community Bureau and exco members.


Sumber - Borneo Bulletin

No comments: