Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, March 4, 2014
Kefahaman Undang-undang Hukum Kanun Syar’iah giat diusahakan
Oleh: Abdullah Asgar
GADONG, Isnin, 3 Mac. - Usaha terus digiatkan ke arah memberi pemahaman serta membarigakan mengenai undang-undang Hukum Kanun Syar'iah yang akan dilaksanakan pada April nanti.
Hukum Kanun Syar'iah yang telah digazetkan pada Oktober tahun lalu bukan hanya berlaku kepada pesalah Islam sahaja tetapi orang bukan Islam pun boleh dikenakan hukum tersebut jika seandainya orang bukan Islam itu melakukan kesalahan bersama orang Islam seperti kes khalwat serta beberapa kesalahan lain yang telah termaktub dalam hukum berkenaan.
Perkara ini antara lain dijelaskan, dalam sesi taklimat Hukum Kanun Syar'iah oleh Pegawai Perundangan Syariah, Unit Perundangan Islam, Pengiran Khairul Nazri bin Pengiran Haji Shahbudin di pejabat Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB).
Katanya, orang bukan Islam yang minum arak atau minum minuman yang memabukkan di khyalak ramai juga boleh dihukum dengan undang-undang tersebut tetapi jika meminumnya bukan di khayalak ramai ia bukanlah satu kesalahan.
Sementara itu, terdahulu Pegawai Istiadat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah pula mengatakan pesalah yang dikenakan dengan hukuman Hadd seperti dihukum potong tangan jika sabit kesalahan mencuri dan hukuman mati jika sabit melakukan zina adalah sebagai satu pembebasan mereka itu di akhirat nanti tidak lagi akan dihukum atas kesalahan itu seperti dalam firman Allah Subhanahu Wata'ala dan sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tambahnya, jika kesalahan mencuri dan zina dilakukan oleh orang bukan Islam maka ia sebagai pencegah daripada kesalahan serupa berulang lagi dilakukan oleh orang-orang bukan Islam yang lainnya.
Taklimat juga disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Perundangan Islam, Dayangku Hajah Jauyah binti Pengiran Haji Md. Zaini, Penasihat Undang-Undang, Pejabat Peguam Negara, Awang Haji Afif Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Badaruddin dan Timbalan Pendakwa Syarie Unit Perundangan Islam, Dayang Hajah Siti Khalijah binti Haji Bakar.
Sesi taklimat itu juga, disusuli dengan soal jawab bersama mereka yang hadir terdiri daripada para pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan di LKEB.
Terdahulu majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Ketua Pegawai Ekeskutif Cawangan Perkhidmatan Korporat, Awang Abdurahaman bin Abdul Aziz.
Sumber - Pelita Brunei
Labels:
PERUNDANGAN,
SYARIAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment