Posting mengikut label

Wednesday, March 19, 2014

Sebelum menutup mata


Oleh Hajah Saemah Zulkefli

TUTONG, 17 Mac – Bagi pasangan suami isteri warga emas di Kampung Rambai Lamunin, hanya satu harapan mereka, iaitu segera mendapat bantuan perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang sudah dipohonkan beberapa tahun lalu.

Pasangan suami isteri Mualaf, Awang Abdul Rahman bin Abdullah Yakin @ Bungah bin Yakin, 78, dan Dayang Nor Aisyah binti Mohd Ariffin @ Loket binti Abon, 63, sudah merasa tidak selamat tinggal di pondok buruk mereka tambahan lagi setiap kali datangnya musim hujan kerana air akan menaiki pondok mereka sehingga kira-kira tiga kaki.

Pasangan suami isteri itu pada masa ini tinggal di pondok usang yang sudah mumut lantainya, atap yang sudah bocor dan tiang pondok yang sudah rapuh, selain pondok mereka juga bergoyang jika ditiup angin, memang sudah tidak begitu selamat untuk didiami.

Dayang Nor Aisyah semasa ditemui Media Permata berkata, YSHHB sudah membalas surat permohonan mereka untuk bantuan skim perumahan Yayasan yang mereka pohonkan kira-kira dua tahun lalu, tetapi dinyatakan dalam surat itu mereka terpaksa menunggu sebelum giliran mereka tiba.

Beginilah keadaan pondok pasangan suami isteri itu semasa kejadian banjir beberapa bulan lalu.

Wajah penuh harapan….. Pasangan suami isteri itu sering duduk di anak tangga pondok usang mereka.

Dayang Nor Aisyah @ Dayang Loket menunjukkan bahagian dapur pondok mereka yang sudah mumut lantainya.
“Kami sudah tua, entah berapa lama lagi panjangnya hayat usia kami suami isteri, dan kerana tidak kemampuan kami terpaksalah juga tinggal di pondok ini yang tidak mempunyai bekalan elektrik sudah lebih 20 tahun di atas tanah TOL, dan setiap kali musim hujan berterusan, pondok kami ini akan dinaiki air,” katanya.

Manakala Awang Abdul Rahman yang kurang bercakap ketika ditemui kerana kurang pendengaran, hanya menunjukkan surat balasan daripada pihak Yayasan, dengan wajah penuh harapan mereka segera diberikan bantuan untuk pembinaan rumah di atas tanahnya itu, supaya berpeluang merasakan sedikit keselesaan duduk di dalam rumah, ketika usia mereka yang sudah lanjut itu.

Pasangan suami isteri itu tidak mempunyai anak kandung, hanya mempunyai dua anak angkat, yang mana seorang sudah pun berumah tangga dan tinggal berasingan, sementara anak lelaki yang masih tinggal bersama mereka dan bekerja sebagai tukang kayu di hospital merupakan seorang warga istimewa.

Awang Abdul Rahman telah menghadapkan permohonan bantuan skim perumahan Yayasan bagi saudara-saudara baru, pada bulan Jun 2012, dihadapkan melalui Ketua Kampung Rambai, dan tidak lama selepas itu pihak berkenaan membalas permohonan dengan mengirimkan bersama borang siasatan untuk diisikan sebelum permohonan dipertimbangkan.

Kemudian pada bulan Februari tahun lalu, Awang Abd Rahman telah menerima lagi surat yang menyatakan YSHHB telah bersetuju untuk memberikan bantuan membina rumah bagaimanapun proses pembinaan rumah adalah mengikut giliran dan makluman akan disampaikan kepada beliau setelah gilirannya sampai.

Banjir teruk yang menimpa beberapa tempat di Lamunin tahun ini, turut menjejaskan keadaan pondok buruk pasangan suami isteri itu, dan mereka terpaksa hanya duduk dalam rumah tidak dapat pergi ke mana-mana.

Menurut Awang Abd Rahman semasa kejadian itu mereka diberikan tawaran untuk berpindah sementara di rumah teres Bukit Beruang, tetapi pasangan suami isteri itu menolak kerana risau kerosakan barang-barang mereka yang ditinggalkan.

Pasangan itu hanya menerima pencen gaji tua sebulan sejumlah $250.00 selain mereka berdua bersawah padi di kawasan tanah lapang yang sedikit di belakang pondok mereka.

“Cukuplah untuk kami sekeluarga makan, jika musim menuai,” kata Dayang Nor Aisyah ketika ditanya adakah hasil padi yang di tanam adakah untuk dijual. Bagaimanapun ekoran kejadian banjir yang melanda baru-baru ini, padi tanaman mereka juga rosak dan tidak begitu subur lagi buahnya.


Sumber - Media Permata



Elderly couple appeal for assistance to build new house in Tutong

Liza Mohamad

AN ELDERLY couple, who are currently staying in a dilapidated house in the Tutong District, are seeking immediate assistance from Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

The couple – both Muslim converts – Awang Abd Rahman bin Abdullah Yakin @ Bungah bin Yakin, 78, and Dayang Nor Aisyah binti Mohd Ariffin @ Loket binti Abon, 63, felt that it is not safe for them to stay in the house, particularly during the rainy season as the water rises up to three-feet high.

“We are aged and cannot afford to carry out any repair works ourselves. We had to continue staying here without power supply for 20 years on a TOL land, and every rainy season, our housxe will be surrounded with flood waters,” said Nor Aisyah.

Meanwhile, Abd Rahman, who is unable to speak coherently due to hearing impairment, showed a letter of reply from YSHHB, hoping that they will receive assistance soon to build a house on their existing land.

Abd Rahman and Nor Aisyah at their house
The couple have no biological children, except for two adopted children and one of them is married and lives separately, while the other, who is an individual with special needs, works as a carpenter in a hospital.

The serious flooding which hit Lamunin this year also affected the couple’s home. According to Abd Rahman, they were offered to move temporarily to a terrace house in Bukit Beruang, but they refused due to fear of leaving behind their valuables and other belongings.

The couple are only dependent on their monthly old-age pension of $250 and for supplementary income, they carry out small-scale paddy cultivation behind their home.

“It is enough to feed both of us when the harvesting season arrives,” said Nor Aisyah, speaking about the revenue generated from paddy farming.

Unfortunately the flooding season this year also destroyed their paddy crop.


Sumber - Borneo Bulletin

No comments: