Posting mengikut label

Saturday, December 31, 2011

Titah KDYMM Sempena Tahun Baru Masihi 2012


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Baru sahaja lebih sebulan kita melangkah ke dalam Tahun Baru Hijrah 1433, dan kini, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala, kita memasuki pula Tahun Baru Masihi 2012.

Sewajarnyalah kita wajib bersyukur di atas rahmat Allah kepada kita berupa umur panjang dan keamanan negara.

Keamanan itu tidak ternilai harganya. Ia bukan saja patut disyukuri malahan juga mesti dipelihara. Memelihara keamanan adalah tanggungjawab semua. Pembangunan tidak ada ertinya tanpa keamanan. Kerana keamananlah satu-satu pembangunan itu dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Sebaliknya jika tidak ada keamanan, semua pembangunan boleh tergendala dan gagal.

Kita melangkah ke tahun baru dengan azam, untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan jika ada, disamping bersedia menghadapi cabaran-cabaran mendatang yang pasti wujud.

Sama ada cabaran itu bersifat dalaman atau global, kedua-duanya perlu dihadapi dengan penuh kebijaksanaan dan lapang dada.

Contoh satu cabaran besar, apabila beberapa bulan yang lalu, dunia telah dikejutkan oleh satu berita tentang hutang yang amat tinggi bagi sebilangan negara-negara maju. Impaknya, turut menjadikan ekonomi dan kewangan global semakin meruncing.

Kadar hutang yang tinggi dan diluar kemampuan, bukan saja menjejaskan pertumbuhan sesebuah negara, malahan juga mampu menggugat ekonomi global. Banyak negara, termasuk negara-negara di rantau ini, turut mengalami kesannya.

Ini, jika berlarutan, boleh saja turut menjejaskan ekonomi kita sendiri yang lebih bergantung kepada industri minyak dan gas.

Kerana itu, Beta dengan tidak jemu-jemunya mengingatkan, supaya kita melipatgandakan lagi usaha kearah mempelbagaikan ekonomi negara.

Pada tahun 2012 ini, insya Allah, kita akan mengukuhkan lagi usaha-usaha kearah itu, melalui Rancangan Kemajuan Negara ke-10 (RKN ke-10) yang akan bermula pada 1 April 2012.

Salah satu fokusnya nanti ialah untuk mewujudkan suasana perniagaan yang lebih kondusif supaya sektor swasta akan dapat berkembang dengan lebih cepat dan mudah.

Oleh itu, Beta berharap, kita akan lebih komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif dan projek-projek di bawah RKN ini, terutamanya dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai.

Ini adalah tanggungjawab kita semua untuk memikulnya dengan penuh kesungguhan. Dengan adanya pencapaian kita di dalam bidang-bidang yang penting, maka sudah barang tentu, negara dan rakyat akan dapat mengekalkan kehidupan yang makmur dengan izin Allah.

Disamping itu, jangan pula lupa, turut menjadi kunci kestablilan dan kemakmuran ialah amalan "berjimat cermat". Sikap berhemat dalam berbelanja, sama ada di peringkat kerajaan, rumah tangga mahupun individu adalah tonggak survival ekonomi negara. Kerana itu, berbelanja besar di luar kemampuan adalah satu tragedi pahit.

Oleh itu, tidak ada pilihan lain dari mengawal dan mengelakkan apa jua jenis pembaziran, termasuk ke atas kemudahan-kemudahan yang diberikan subsidi, seperti tenaga.

Penguatkuasaan tariff eletrik yang baru akan bermula esok. Ia perlu mendapat sokongan daripada kita semua sebagai langkah mengawal pembaziran.

Penjimatan tenaga, akan secara langsung mengurangkan kadar penggunaan minyak dan gas tempatan, yang juga akan membolehkannya lebih banyak untuk ekspot dan industri hiliran bagi meningkatkan lagi pendapatan negara dan juga peluang pekerjaan.

Dalam aspek sosial, Kerajaan Beta juga akan terus memberikan perhatian kepada program-program pembangunan, seperti perumahan, kesihatan dan keselamatan makanan.

Di bidang kesihatan, Beta sangatlah mengambil berat tentang peningkatkan penyakit-penyakit tidak berjangkit, seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, kanser dan sakit jantung.

AKhir-akhir ini, Beta sangat bimbang terhadap dapatan-dapatan kajian yang menunjukkan terdapat peningkatan obesiti di negara ini. Ini adalah petanda adanya amalan kehidupan yang tidak seimbang.

Marilah sama-sama kita membina azam untuk lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan, khasnya dalam perkara memilih makanan sihat, menghindari rokok dan rajin beriadhah.

Sebagai sebahagian dari proses pendidikan dan pembinaan disiplin diri, Kerajaan Beta telah meluluskan Program Khidmat Bakti Negara untuk para belia.

Program ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dari skala kecil, bagi mempastikan kemajuannya adalah teratur.

Di arena antarabangsa, Beta gembira negara kita akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2013. Dengan demikian, pada tahun 2012 ini, kita kenalah mempastikan persiapan awal untuk menjayakan mesyuarat yang penting itu.

Akhir sekali, Beta sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan dan juga kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas segala usaha melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Di kesempatan ini juga, Beta dan keluarga Beta tidak lupa mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2012 kepada seluruh rakyat dan penduduk, semoga kita dan negara akan terus mendapat rahmat dan pemeliharaan Allah subhanahu Wata'ala. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thursday, December 29, 2011

Upstream industry: The challenges ahead


Goh De No
BANDAR SERI BEGAWAN
Thursday, December 29, 2011

THE Sultanate's upstream industry will see a significant boost in years to come as current developments steadily progress, on top of plans by authorities to introduce new offshore areas.

With the inaugural Energy White Paper set to be unveiled soon, the Energy Department at the Prime Minister's Office (EDPMO) is looking at newer areas which have the potential to significantly boost Brunei's production.

A significant increase in production is one of the highlights of the white paper as Brunei tries to remain productive after the "age of easy oil" has passed.

The biggest fear when dealing with natural resources is to see volumes dwindle, and the EDPMO with its white paper is committing strongly to its reserve replacement ratio, where the standard must always be greater than one.

This means every barrel of oil taken from the ground can only be done when there is knowledge of another barrel down there.

New offshore blocks

The EDPMO said that it is looking at offering new deepwater offshore blocks to investors, a move seen as the key to doubling the Sultanate's oil and gas production by 2030.

The department, in an earlier statement said apart from oil blocks that have been awarded, "new and unlicensed areas especially are being explored".

These areas have the potential to boost Brunei's production from 400,000 to 800,000 barrel per day of oil, which is one of the key performance indicators (KPIs) of the Energy White Paper.

Pehin Datu Singamanteri Colonel (R) Dato Seri Setia (Dr) Hj Mohammad Yasmin Hj Umar, the Energy Minister at the Prime Minister's Office, in February said: "We still have some blocks, some concessions out there that are to be explored."

Other developments

Brunei Shell Petroleum (BSP), which saw the appointment of its new managing director Ken Marnoch in February this year, reported two significant breakthroughs: one at the Geronggong field and another at the Selangkir and Iron Duke (SKID).

BSP in March said the successful exploration of their Geronggong field could lead to an estimated several hunderd million barrels of oil.

"This is the deepest water in which BSP has discovered hydrocarbons in Bruneian acreage," BSP said, adding that it is a major discovery which will strengthen the country's supply.

Just over a week ago, BSP announced first oil production through the SKID project.

The project produced safely and ahead of schedule after it produced gas in October.

In PetroleumBRUNEI's Block L, operators AED Oil Ltd from Melbourne confirmed the presence of mobile hydrocarbons in its Lempuyang well.

The Block L joint venture early in the year reported disappointing test results, but in April, AED was still looking to raise additional capital to develop the well.

AED's Executive Chairman said the funds would be used for further tests in Block L, as he touted the block's "commercial potential" despite an earlier decision to abandon tests in Lempuyang-1 due to mechanical issues.

However, on December 12, Kulczyk Oil Ventures Inc, who initially held 40 per cent interest in the block, acquired all of AED's shares to increase its total interest in the block to 90 per cent.

Currently, a seismic programme is underway and two additional exploration wells will be drilled prior to the end of the Phase 2 exploration period of the Block L Production Sharing Agreement.

Kulczyk also holds a 36 per cent interest in Block M, with Australia's Tap Oil Limited with 39 per cent interest in the block. The Block M joint venture entered Phase 2 of the exploration programme under the Production Sharing Agreement, which will see a minimum of three onshore wells drilled.

Like AED, Tap Oil has also chose to withdraw from Brunei by selling of their stake in the block on September 17 to Polyard Petroleum International Exploration and Production Pte Ltd (PPIEP).

Tap Oil confirmed that the block's prospects had nothing to do with the sale, but that it was a matter of going in a "different direction".

Tap's former Country Manager Chris Swarbrick said with the appointment of a new CEO, they were shifting their focus towards North-Western Australia, Thailand and Ghana.

Challenges faced in upstream oil & gas

Since Brunei first found oil in 1928, the main concern for the Sultanate is the day that the black gold runs out.

Pehin Dato Hj Mohammad Yasmin previously said that due to activities conducted in deep water sites, which require the utilisation of the latest technology and thus greater expenditure it "proves that there is no more cheap and easy oil production in this country".

The minister then stressed the importance for public awareness and has been relentlessly promoting Energy Efficiency and Conservation (EEC) initiatives, as well as renewable energy projects, and ever since, has been pushing Brunei on both fronts.

"That is why we are creating awareness amongst the public," he said, so that Brunei can conserve as much energy as possible, to ensure it lasts beyond the current generation.

Dipetik dari - The Brunei Times

Wednesday, December 28, 2011

Beyond the Arab Spring

By OSAMA AL SHARIF

The year 2011 is coming to a close, but it will be remembered as a watershed as popular uprisings swept through the Arab world like wildfire toppling autocratic regimes and forcing others to adopt political reforms in an attempt to absorb public anger.

In Syria the regime has been unyielding as it waged war against its own citizens resulting in more than 5000 deaths and tens of thousands of detainees.

The phenomenon of the Arab Spring, which no one had predicted as it engulfed Tunisia, Egypt, Libya, Yemen, Bahrain, Syria and to some extent Jordan, is slowly being transformed into a relentless struggle to achieve a variety of objectives. In Tunisia, which triggered the first wave of anti-regime demonstrations, appears to be on the right course to fulfilling national reconciliation, democratic transition and rebuilding state institutions. It now has an elected president, provisional national assembly and a new coalition government.

Egypt is a different case altogether. More than 10 months after President Hosni Mubarak was overthrown, the country is struggling to transfer power from the military to an elected civilian government. Legislative elections are yet to be concluded successfully, but secular and nationalist parties are wary of a deal between the Muslim Brotherhood, whose party is expected to win more than 40 percent of the legislature, and the ruling supreme military council. The bloody confrontations of the past few weeks between mostly rebellious youth and government forces are casting a grim shadow over the country’s future.

In Libya the challenges are rife. A provisional government is yet to confront the issues of absorbing thousands of armed rebels into the new army and security forces in addition to rebuilding a devastated country. Other tests include the nature of the new political system and the role of conservative Islamist movements in it. The tribal structure of the Libyan society and the fact that all civil, legal and social institutions will have to rebuilt from scratch makes the task of the country’s new leader near impossible to achieve.

In Yemen a deal between President Ali Abdallah Saleh and the opposition has not been welcomed by the majority of Yemeni people who want to see the president tried for his crimes. The recent killing of peaceful protesters in Sanaa underlines the precarious position of the new government, led by opposition leader Mohammed Basindawa. He has to win over an angry public, prepare the country for elections and save Yemen’s near collapsing economy. In addition the partnership government will have to deal with the rebellion in the north, Al-Qaeda presence in the southeast and separatist movements in the south. On top of all that Basindawa will have to rid the country of Saleh’s supporters in the army and security, which remain under the command of the president’s close relatives.

In contrast to these countries’ mounting challenges as they attempt to deal with the repercussions of the Arab Spring, Morocco and Algeria appear to have weathered the storm — for now. In the former King Mohammad VI was quick to react to the kingdom’s first wave of protests last February. He has enacted sweeping reforms leading to multiparty elections in November which were won by the Islamist Justice and Development Party (JDP). Its leader Abdelilah Benkirane, was appointed by the King as prime minister, kick starting a new and controversial phase in Morocco’s history.

In Algeria, President Abdelaziz Bouteflika was forced to end two decades of emergency laws, imposed after the 1992 elections, while carrying out much needed constitutional reforms. Last week he announced that multiparty elections to be held in April will be open to international monitors. Like in other North African countries parties affiliated with the moderate Muslim Brotherhood are expected to make major gains.

In Jordan, where peaceful protests have been held almost every week since the beginning of the year, a state of anticipation and frustration is building up in opposition ranks where Muslim Brotherhood is playing a leading role. Constitutional amendments approved few months ago have not satisfied the opposition which is calling for elected governments. King Abdallah of Jordan has promised to carry out political and economic reforms and the task to do so was handed over to a new government headed by former international jurist Awan Al Khasawneh.

But Jordanians complain of the slow pace of achieving these reforms at a time of harsh economic realities and regional upheavals. Recent confrontations, which targeted Muslim Brotherhood loyalists in the northern governorate of Mafraq and at Jordan university students’ elections, have raised tensions and may reflect negatively on the mandate of Khasawneh’s government.

The Arab Spring, the phenomenon of spontaneous and peaceful anti-government/regime demonstrations, is now over. Instead we are entering an unpredictable and complex phase of political dealing and wheeling, brutal reaction to demonstrations and protests and bloody confrontations that may lead to civil infighting; or a combination of all of these.

The Arab Spring was not an end in itself but a mean to achieving common goals such as freedom, democracy and accountability. The culmination of each episode will differ from one country to the other. In the case of Syria, and to some extent Egypt and Yemen, danger looms ahead. Tunisia, Algeria and Morocco appear to be heading toward safer shores. Jordan has reached a fork in the road; the coming days will be crucial indeed.

Dipetik dari - Arab News

Tuesday, December 27, 2011

TAHLIL DAN DOA ARWAH BAGI MANGSA-MANGSA TRAGEDI KEMALANGAN BAS DI KK

KUALA BELAIT, 27 Dis. 2011
Seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam telah dikejutkan dengan berita sedih tragedi kemalangan penumpang-penumpang bas pelancong di Kota Kinabalu pada 20hb Disember lalu.

Bas pelancong yang membawa kira-kira 40 orang di kalangan pelancong rakyat Brunei dilaporkan dalam perjalanan pulang daripada Tawau ke Kota Kinabalu sebelum dijadualkan berlepas pulang ke tanahair pada keesukkan harinya.

Seramai enam orang warga Brunei di sahkan meninggal dunia berikutan kejadian tersebut seterusnya kematian seorang lagi mangsa turut disahkan keesukkan harinya, selain seramai 13 orang dilaporkan cedera parah.

Berita yang menyayat hati ini, begitu mengharukan terutama sekali di kalangan ahli-ahli keluarga mangsa berkenaan.

Sementara itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam berikutan kejadian itu telah menitahkan kementerian-kementerian berkenaan supaya mengambil peranan masing-masing dalam membantu mangsa-mangsa yang terlibat di negara jiran itu.

Baginda juga telah mengurniakan titah supaya semua kemudahan seperti kos perubatan bagi mereka yang cedera dalam kejadian tersebut dan penghantaran balik jenazah ke negara ini menggunakan pesawat khas yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Baginda.

Media-media tempatan dan negara jiran juga telah menyiarkan laporan-laporan berterusan tentang kejadian tragedi tersebut yang juga dikatakan penumpang-penumpang dan mangsa adalah juga di kalangan ahli-ahli Persatuan Muslimah Masjid Mulaut dan Jerudong.

Sehubungan kejadian itu Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) merasa turut terharu dan sedih dan berdoa semoga roh-roh mereka yang telah menjadi mangsa dalam kejadian tersebut dicucuri rahmat daripada Allah SWT dan kepada yang masih mendapatkan rawatan semoga akan segera sembuh dan berbahagia kembali bersama kaum keluarga mereka.


Untuk sama-sama memanjatkan doa kehadrat Allah SWT, HAWA Pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah bagi mangsa-mangsa kejadian kemalangan Bas di Sabah, yang telah diadakan di kediaman Ketua HAWA Pusat NDP di Kampung Pandan Kuala Belait malam semalam.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Pemangku Presiden NDP Saudara Malai Hassan Malai Haji Othman, serta Pemangku Naib Presiden Daerah Belait NDP Saudara Haji Mohd Ali bin Haji Mohd Yusof serta ahli-ahli Hawa dan Badan Perhubungan Daerah Belait serta jiran tetangga berdekatan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai kemudian diteruskan dengan bacaan tahlil beramai-ramai dan doa arwah.

Semoga dengan doa yang dipanjatkan semua mangsa yang telah pergi meninggalkan ahli-ahli keluarga dan sanak saudara mereka mendapat rahmat daripada Allah SWT, serta ditempatkan roh-roh mereka bersama orang-orang yang beriman.

HAWA Pusat NDP juga tidak lupa mengucapkan takziah kepada ahli-ahli keluarga serta sanak saudara mangsa yang terlibat, semoga mereka sentiasa menerima kejadian dengan penuh kesabaran dan keredhaan akan ketentuan Allah kepada kita sebagai HambaNya.Sementara itu kepada mereka yang masih menerima rawatan di doakan semoga cepat sembuh.

Dalam kesempatan ini juga HAWA NDP sukacita menjunjung kasih kehadapan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam atas titah perkenan Baginda untuk memerintahkan kementerian-kementerian berkenaan bertindak segera memberikan bantuan dan titah perkenan Baginda membiayai semua kos-kos perbelanjaan penghantaran balik jenazah dan semua kemudahan-kemudahan termasuklah kos-kos perubatan.

Friday, December 23, 2011

Editorial: Why elections in Arab states are important

In a world with 193 internationally recognized states, there are government elections somewhere almost weekly.

This week saw them in the Democratic Republic of Congo, Guyana and Gambia as well as in Morocco and Egypt. On Sunday, there will be parliamentary elections in Russia, Croatia and Slovenia. A few days later they will be held on the Ivory Coast, hopefully putting a final seal on that country's recent political conflict.

But it is elections in Arab states that have grabbed the international spotlight — understandable given the events of the Arab Spring. In October, Omanis and Tunisians went to the polls, Moroccans a few days ago and, starting this week, Egyptians begun the rolling series of votes for both houses of Parliament finishing with a presidential contest at the end of June. There are to be elections too in Yemen in February and in Libya in June.

Within and beyond the region, these contests are viewed as a new departure. They are seen as drawing a line under past divisions, past oppression.

In fact, elections are at the heart of Islamic political theory. On the death of the Prophet Muhammad (peace be upon him), the first caliph, Abu Bakr, was elected by the Muslim community. So too were the subsequent three caliphs. The fact that the practice then changed and, as elsewhere, might became right did not make democracy an obsolete concept for Arabs and Muslims, nor does it now. Indeed, the year 2011 has been a year of revolution not just because oppressed people rose up and overthrew regimes that because of their policies had lost all legitimacy. It has also been a year of revolution in that so many Arabs have reclaimed the Islamic political heritage of democracy.

There are three enormously significant features in common in the North African contests. All have been free and fair. They have been carried out in a remarkably calm and mature atmosphere — as if the countries concerned had long enjoyed fair elections. Thirdly, the winning parties in Tunisia and Morocco, and almost certainly in Egypt, are local variants of the Muslim Brotherhood: By and large, the electorates clearly want their governments to draw their political inspiration from Islam.

A common picture thus emerges, and there is no reason to believe Libya will be any different next year.

In those countries where oppressive regimes have been, or are being consigned to the dustbin of history, elections provide legitimacy for new governments. In other Arab states, that legitimacy is there — but they too are moving down the road of democracy. It may be appear slow in places, but it is far faster than what happened in almost all Western states. For example, in the UK, the mother of modern parliamentary democracy, it took a century to move from having a Parliament controlled by great families and wealthy merchants to one elected by universal suffrage, male and female — and that was only in 1928.

Saudi Arabia has not yet existed as a united country that long.

The entire Arab world is moving. There have been parliamentary elections in the UAE and Oman. In Saudi Arabia, elections are becoming the norm in various sectors of society. There are now elections to university student bodies and in chambers of commerce. There were elections for half the seats on municipal councils in September. As for the Shoura Council, it is merely a question of "when" not "if".

Those who complain about the speed of transformation are being unfair. It is taking place across the Arab world — and it is taking place fast.

Dipetik dari - Arab News

Wednesday, December 21, 2011

Ucapan Takziah....


LIMBARUH HIJAU 23 MUHARRAM 1433 (21 DISEMBER 2011): PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) turut bersedih dengan trajedi bas pelancung Brunei di Daerah Tuaran, Sabah yang telah meragut tujuh jiwa rakyat Brunei. Beberapa penumpang lain telah tercedera dalam kemalangan ngeri tersebut.

--> Baca selanjutnya...

Tuesday, December 20, 2011

JPKE plans to establish poverty line

Hana Roslan
BANDAR SERI BEGAWAN

Tuesday, December 20, 2011

THE Department of Economic Planning and Development (JPKE) under Prime Minister's Office is planning to use data collected from the national household expenditure survey to determine the country's poverty line.

According to Hjh Mariah Hj Yahya, acting director of Statistics at JPKE, some countries use findings from household surveys, which are conducted to find out average household expenses, as a source to measure poverty line.

"In Brunei, there is no such poverty line," she said in an interview with The Brunei Times.

When asked how the department plans to work out whether there is an actual poverty line in Brunei, she said that they intend to use the survey to find out the cost of the basic requirements as a start, but said that the data was still in the processing stages and is expected to be out the second quarter of next year.

JPKE carried out the household expenditure survey from April 2010 to March 2011, which Hjh Mariah said was an international requirement carried out every five years, to find out Consumer Price Indexes (CPI) with regards to inflation.

"We use the result to know which group of expenditure items families spend on the most for example, transport, clothes and food," she said.

First and foremost, she said, the survey aims to find out the expenditure level per household as well as find out where the income per family comes from, whether it was from work, personal business or welfare assistance from the government.

She added that there will also be an addition to the survey next year, following the introduction of the new electricity tariffs next year.

Hjh Mariah also pointed out that results of the Population and Housing Census (BPP) 2011 which will be published in January next year is not sufficient to determine the poverty line in Brunei.

This is because the questions asked are more focused on work income, and that the questionnaire in itself needed to be more comprehensive.

"For example, if we wanted to determine (the poverty line) we have to ask more probing questions, questions that we can sometimes get from the household expenditure survey," she said.

Hjh Mariah said that the household expenditure survey picked their respondents by using the sampling technique, which would represent the whole country.

They will sample households from the selected areas in all districts, she added, although not all households are picked for the sampling.

The department surveyed 6,000 households which is about 500 houses per month.

"The reason why we did it over 12 months was because household expenditure changes from month to month so we want to come up with average patterns (of expenditure)," she explained.The Brunei Times

Dipetik dari - The Brunei Times

Monday, December 19, 2011

Khutbah Jumaat 16 Disember 2011

MEMPERKASA HUBUNGAN ULAMA’ DAN UMARA

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam sejarah ketamadunan Islam, golongan umara’ dan ulama’ merupakan dua golongan yang amat dihormati oleh masyarakat. Golongan ini senantiasa menjadi perhatian masyarakat dan amat berpengaruh. Kerana itulah ketika Islam mula bertapak di Tanah Melayu, alim ulama’ di angkat kedudukannya dengan diberi pengiktirafan oleh pemerintah sebagai penasihat kepada Sultan atau Raja. Pengiktirafan yang begitu tinggi ini sebenarnya bertepatan dengan prinsip Islam yang menjunjung kedudukan ulama’ dan selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin malik RA:
Maksudnya: “Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.”

Namun persoalan besar timbul disini siapakah ulama, dan umara’ yang sebenarnya?.Secara ringkasnya dalam konteks umat Islam di rantau ini, ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan memahami agama secara mendalam. Tanpa ulama’ semua orang akan menjadi jahil dan akan bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata. Kerana itu para ulama’ merupakan anugerah besar buat umat manusia bagi membimbing mereka ke jalan yang benar. Manakala umara’ pula merujuk kepada pemerintah yang memimpin sesebuah masyarakat. Tanpa pemerintah, masyarakat menjadi kacau bilau. Malah ajaran Islam dan syariah tidak akan dapat dilaksanakan. Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
“Sesungguhnya penguasa atau pemerintah yang adil itu adalah bayangan Allah di bumi yang menjadi tempat berlindung bagi setiap orang yang dizalimi.”

Menjelaskan betapa besar peranan sebagai umara’ ini, Khalifah Umar ibnu al-Khattab pernah memberi nasihat dan peringatan kepada Abu Musa al-Asy’ari, Gabenor Mesir ketika itu bahawa:
“Penguasa yang paling berbahagia ialah mereka yang rakyatnya merasa bahagia hidup di bawah pemerintahannya. Sementara penguasa yang paling celaka pula ialah mereka yang rakyatnya merasa celaka hidup dibawah pemerintahannya. Ingat jangan hidup bermewahan kerana para pegawai kamu akan meniru kamu. Bandingkan diri kamu sama seperti binatang ternakan. Apabila binatang itu dibawa ke padang rumput yang menghijau ia akan makan banyak sehingga menjadi gemuk. Kegemukannya itu akan menjadi sebab kepada kebinasaannya kerana ia akan disembelih untuk dimakan.”

Imam al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama’ dan umara’ pada zamannya pula menyatakan bahawa:
“Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama’ untuk melakukan kerja amar makruf dan nahi munkar tanpa mengira sangat tentang kekejaman pemerintah. Mereka percaya bahawa Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid kalau ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka itu ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata untuk menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang lidah para ulama’ telah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Kalaupun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan. Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama’. Sementara ulama’ pula rosak kerana tamak harta dan pangkat.”

Berdasarkan hadith-hadith dan pandangan tokoh-tokoh ulama’ tersebut ternyata hubungan antara ulama’ dan umara’ merupakan tunjang kepada kekuatan ummah dan menentukan hala tuju umat Islam pada masa hadapan. Merekalah yang berada di barisan hadapan yang menentukan kejayaan atau kejatuhan sesebuah ummah itu. Lihatlah sebagai contoh kejayaan kerajaan Islam Samudera Pasai, Melaka dan Aceh yang bertonggakkan kekuataan ulama’ dan umara’ telah menjadi pusat perkembangan Islam yang paling penting dan berpengaruh pada abad 14 sehingga ke-17. Sebaliknya, apabila dua golongan ini menjadi jahat, bermusuhan, maka pemerintahan menjadi lemah, ummah tidak terbela, negara kucar kacir dan akan ditimpa kehancuran. Menurut hadith yang diriwayatkan daripada Abu Naim bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama’ dan umara’.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Persoalan besar timbul disini ialah bagaimana kaedah untuk memperkasakan dan mempertingkatkan hubungan ulama’ dan umara’?. Mimbar ingin menegaskan bahawa memperkasakan kaedah nasihat dan saling hormat menghormati merupakan sebagai satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara ulama’ dan umara’. Setiap ulama’ mestilah berintergriti, bersifat ikhlas, jujur, jatidiri, berpandangan luas serta tidak fanatik di dalam setiap tindakannya dan hendaklah memberi nasihat dan teguran berlandaskan kepada kebenaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau fahaman tertentu. Begitu juga dengan umara’, mereka mestilah bersikap terbuka dalam menerima nasihat dan pandangan serta mampu membina kerjasama yang baik dengan mana-mana pihak.

Seorang ulama terkenal Muhammad bin Nasr ketika menjelaskan maksud nasihat untuk para pemerintah ialah supaya mereka menjadi baik, mendapat petunjuk dan berlaku adil, menyukai umat bersatu dibawah pemerintahannya dan tidak berpecah belah. Dengan memperkasakan kaedah ini ia akan meletakan peranan ulama’ di tempat yang sepatutnya, mereka akan dihormati dan akan memartabatkan kedudukan ulama, dalam sistem pemerintahan negara. Iman al-Turtusyi di dalam kitabnya siraj al-Muluk berkata:
Manusia yang paling utama taat kepada pemerintah dan menasihatinya ialah ahli agama dan mereka yang mendapat nikmat serta golongan yang bermaruah kerana agama tidak boleh tegak tanpa kuasa pemerintah.

Dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya asas hubungan dalam agama adalah nasihat, iaitu bagi mentaati Allah dan rasul-Nya bagi menolong para pemerintah umat Islam dan rakyat amnya." (Riwayat Muslim).

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Islam adalah agama yang mewujudkan sistem cara hidup menyeluruh kepada manusia dari segi akidah, syariah, akhlak, politik, ekonomi, dan sosial yang berkait rapat satu sama lain. Sistem cara hidup ini mempengaruhi pembangunan duniawi dan ukhrawi manusia. Dengan demikian kerjasama dan hubungan harmoni ulama’ dan umara’ akan menjadi tunjang kekuatan ummah dan menentukan negara berada di landasan yang selari dengan Siasah Shar’iyah. Mimbar menyedari bahawa bidang kuasa ulama’ di negara ini adalah terbatas berbanding bidang kuasa umara’ yang luas. Oleh itu, walaupun tinggi integriti ulama’, dan hebat kewarakkan ulama’ tetapi keputusan terakhir merancang dan melaksanakan pembangunan umat dan negara terletak di bawah bidang kuasa umara’.

Selari dengan tanggungjawab ulama’, maka menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan bahawa ulama’ tidak boleh berdiam diri dalam memperjuangkan hak-hak kepentingan Islam dan menyelesaikan masalah ummah. Suara ulama’ sentiasa ditunggu dan diperhatikan oleh masyarakat Islam yang cintakan agamanya. Mimbar amat yakin langkah umara’ atau pemerintah menjemput ulama’ dalam membincangkan isu-isu negara dari masa ke masa adalah selari dengan tuntutan Islam. Kepada para ulama’ mereka perlulah membina jambatan dengan pelbagai pihak dalam masyarakat tanpa mengambil kira tahap kedudukan dan kecenderungan pemikiran mereka. Para ulama’ juga tidak boleh sama sekali memisah dan memencil diri di dalam dunia yang berasingan dan haruslah berada dalam realiti masyarakat yang nyata. Ingatlah bahawa hubungan ulama’ dan umara’ ibarat aur dengan tebing dan perkongsian bijak mereka akan membawa rahmat kepada negara dan ummah. Firman Allah SWT dalam surah Faathir ayat 28:
Maksudnya: “Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah ulama’ (orang yang berilmu).”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru sidang jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita bersama-sama mengembeleng tenaga menyepadukan peranan ulama’ dan umara’ agar negara dan ummah terus dirahmati sebagaimana berikut:Pertama: ulama’ dan umara’ perlu bekerjasama dalam bidang yang boleh disepakati dan berbincang bagi mengelakkan perselisihan yang merugikan ummah.Kedua: ulama’ dan umara’ perlu mengikhlaskan hati dan melengkapkan diri dengan kemahiran, ilmu dan kepimpinan di samping berusaha memahami masalah terkini umat Islam.Ketiga: umat Islam perlu mendokong peranan dan sumbangan ulama’ dan umara’ dengan bersama-sama bersatu dan menguatkan rohani dan intelektual. Dan keempat: ulama’ dan umara’ perlu bersikap insyirah atau berlapang dada menerima teguran atau nasihat demi manfaat agama dan ummah.
Maksud Surah Huud: 15-16: “Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan)”.

Petikan Khutbah Jumaat dari JAKIM, semoga memberi manfaat kepada pembaca RumpunSuara.

Sunday, December 18, 2011

'Bangladesh can help Brunei yield rice varieties to meet 2035 self-sufficiency target'


Ikuti posting yang berkaitan sebelum ini,

Pertanian, agrimakanan memberangsangkan

BERAS ‘LAILA’ SASAR PENGELUARAN CAPAI SARA DIRI

Penuaian padi besar-besaran beras ‘Laila’ dijangka pertengahan bulan Ogos depan

SAYA KELIRU..... TOLONG BERI PENJELASAN.....

---------------------------------------------------------------------------

BRUNEI-MUARA
Saturday, December 17, 2011


THE Bangladesh High Commissioner to Brunei lauded the drive by His Majesty's government to aim for self-sufficiency in local rice production, and expressed his country's desire to share expertise and experience with regards to high-yield rice varieties.

High Commisioner M Shameem Ahsan also elaborated on his country's bid to expand the contribution of the Bangladesh workforce into the area of rice farming in the Sultanate.

"I am very happy to note the opportunities that we have had to work in the sectors of government, education, construction, engineering and medicine to which we are very thankful to His Majesty's government," he told The Brunei Times.

The progression from low-tech to high-tech methods will not be easy for the country, Ahsan said, because of the challenges of terrain which slows production down.

"To maximise rice production, technological improvements are needed. That means getting better seeds, efficient farming and irrigation methods," he said citing a current gap between traditional farming and high-tech methods.

"Initially, for preparation work like clearing forests and watering, manual labour would be needed. We have a lot of this and have to utilise to greater effect."

When asked about the possibilities of high-end technology and research development, Ahsan drew out issues which Bangladesh have faced that have resulted in their findings. "Bangladesh is prone to natural disasters. Floods happen every year and they constantly threaten to wipe out our standing crops. It is with that reason we aspired to produce seeds that could withstand the vagaries of nature," the high commissioner said.

He added that cooperation with the IRRI (International Rice Research Institute) has proved Bangladesh successful in developing rice varieties that are water, saline and pest tolerant coupled with high yield rate and this is the variety now widely used in Bangladesh.

"Perhaps, on the subject of variety development, we could lend our hand and share our experiences in working with Brunei to create a strain that would be suited to the local climate," Ahsan suggest.

This could be one of the other avenues for mutual cooperation, he said.

Collaborations between the Bangladesh Rice Research Institute (BRRI) and the Philippines-based IRRI have seen Bangladesh boost its harvest by inventing high-yield varieties which have tripled the nation's rice production in four decades.

The Bangladesh varieties have enabled the country to avoid poor harvests. Leo Kassim

Dipetik dari - The Brunei Times

Friday, December 16, 2011

RENCANA

Kepada siapa hala muncung senjatamu

Tuan Ibrahim Tuan Man
Peperangan bukan sahaja mengadu kekuatan pasukan berhadapan dengan musuh, tetapi apa yang lebih penting ialah musuh perlu dikalahkan dengan apa cara sekalipun.

Di zaman kuno, sebaik-baik peperangan ialah peperangan yang dimenangi tanpa menggunakan seorang askar pun – taktik minda, tulisan sebenarnya jauh lebih tajam daripada pedang mahupun keris.

Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh dan akhirnya membenamkan diri sendiri.

Strategi mengelirukan ini menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan mungcung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri.

“Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini” - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya.

Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan.


Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya ‘ego diri’) sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut.

Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya.

Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka.

Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh.

Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru.

Barisan pelapis ini akan tetap ada dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali.

Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu.

Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya ‘tinggi’ sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, “No one is indespensible.”

Bilamana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam. Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin.


Dipetik dari HARAKAH

Wednesday, December 14, 2011

50% local staff must for firms competing for oil & gas tenders

Ubaidillah Masli
BANDAR SERI BEGAWAN
Wednesday, December 14, 2011

New directive next year to boost jobs for Bruneians

A NEW directive to be introduced next year will stipulate, as a pre-requisite for all companies competing for a tender in the oil and gas industry, to have at least half of their employees Bruneians, the Minister of Energy at the Prime Minister's Office said yesterday.

Dubbed the Local Business Development (LBD) framework, the move to be launched "early next year" is aimed at boosting the employment of Bruneians in an industry largely dominated by "guest workers".

"They have to show that they are serious about employing Bruneians," Pehin Datu Singamanteri Colonel (Rtd) Dato Seri Setia Hj Mohd Yasmin Hj Umar said. "If you don't have 50 per cent (Bruneians under your employment), you cannot apply for the tender," the minister told The Brunei Times yesterday.

The framework will also call for greater transparency in the conditions of employment of locals, "like fixed wages for example", he added.

The 50 per cent quota, meanwhile, will be increased to 70 per cent over a period of five years, the minister said.

At present, such a quota was not a requirement with Pehin Dato Hj Mohd Yasmin citing some companies employing 40 per cent, or as low as 20 per cent Bruneians in the marine-based sectors.

The initiative was in line with the target to achieve 80 per cent local employment, or 5,000 professional and 35,000 skilled and semi-skilled Bruneian workers in the energy sector by 2035. The sector currently offers roughly 15,000 posts, with about 40 per cent filled by local employees and the remaining jobs to foreign nationals or as he referred to as "guest workers".

The energy minister opened yesterday a jobs fair aimed at facilitating the recruitment of more than 1,000 locals in the sector, also mentioned the introduction of another initiative that will "level the playing field" for companies and which will tie in with the LBD framework.

"We are introducing a new regulatory framework that will create a more conducive environment for local companies to be more genuinely involved in the oil and gas sector and to motivate them to employ more Bruneians," the minister said in his remarks.

The framework will distinguish companies according to their level of capacity, restricting "high value" vendors from competing for tenders below their capacity, thus giving greater opportunities to small and medium enterprises to compete.

"There should not be any monopoly," Pehin Dato Hj Mohd Yasmin said.

"We do not want companies that are doing high tech but then are also doing catering, cleaning office or car wash, for example."

Dipetik dari - The Brunei Times

Tuesday, December 13, 2011

Powerful media key to Muslim uplift, says Indonesian veep

By P.K. ABDUL GHAFOUR ARAB NEWS
Published: Dec 12, 2011 23:13 Updated: Dec 12, 2011 23:13

JAKARTA: Indonesian Vice President Boediono opened a three-day international Islamic media conference here Monday and emphasized the importance of a strong and free media to boost social, educational, economic and political development of Muslim countries.

“We are going to have an open government system,” he said while highlighting the increasing influence of social media networks. “Indonesia has the second largest number of Facebook and Twitter users,” he claimed and cautioned the public against social media’s negative influence.

More than 500 delegates from different parts of the Islamic world are attending the conference, titled “New Media and Information Technology: Challenges and Opportunities.” It is jointly organized by the Muslim World League and the Indonesian Ministry of Religious Affairs.

Boediono emphasized the need for a free media and freedom of expression to promote social and economic development in Muslim countries. “Information has now become a public domain. We have to understand and adjust with this reality,” he told Muslim governments.

The vice president noted the growing role of the social media in combating corruption, making political changes and defending democratic principles. He commended MWL and the Indonesian ministry for organizing the event and wished the conferees every success. “Our organization has understood the importance of media and has set up a higher committee for the purpose,” said MWL Secretary-General Abdullah Al-Turki, expressing his hope that the conference would bring about greater cooperation and coordination among the Muslim media organizations to spread the message of Islam with greater vigor and efficiency.

He called upon the Muslim media to cope with new technological development and making effective efforts to confront Islamophobia. He also referred to the MWL’s efforts to promote interfaith dialogue. “We have organized a number of conferences in different parts of the world for this purpose,” he pointed out.

Al-Turki reminded the Muslim media of their fundamental role of spreading Islamic values, strengthening Muslim unity and solidarity and defending Muslim causes. “We should strengthen our position in the world of media by adopting modern technology and methods,” he added.

Earlier, welcoming the guests, Indonesian Religious Affairs Minister Suryadharma Ali spoke out the great challenges facing the Muslim world. He stressed the Indonesian government’s efforts to promote justice, equality and other Islamic values. The conference is attended by Deputy Culture and Information Minister Abdullah Al-Jasser and a number of Saudi officials, academics and media persons.

The conference will focus on five core topics: Contemporary Media: Components and Impact; Collaboration and Networking of Media in the Muslim World; Islamic Media Discourse; Media and Dialogue; and Proposals to Boost Muslim Media.

Delegates told Arab News that the conference was a good opportunity for them to discuss the problems facing the Muslim and find viable solutions. Ejaz Ahmed Aslam, editor of Radiance views weekly in New Delhi, said there is no excuse for Muslims for not having a strong media.

“We have material and human resources as well as freedom of expression,” Aslam said and called upon Muslims to set up powerful media organizations by providing necessary training to young men and women and making use of modern information technology. He stressed the need for establishing satellite television channels that have greater impact in creating public opinion.

Dipetik dari - Arab News

Monday, December 12, 2011

BRUNEI: Legitimasi, Demokrasi dan Pembangunan Politik - Bahagian 5 (Akhir)

Penutup kepada siri artikel, ikuti Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3 dan Bahagian 4 sebelum ini. Segala penulisan adalah bersumber dari adamghedodin.blogspot.com dengan sedikit penyusunan semula.

-------------------------------------------------------------------------

3.2.1 Rentier Effect 1: Taxation Effect

Apabila kerajaan mendapat hasil jualan minyak yang mencukupi, kadar cukai yang akan dikenakan oleh kerajaan akan dikurangkan atau ditiadakan langsung. Langkah ini bertujuan menutup ruang-ruang demokrasi iaitu mengurangkan kecenderungan rakyat untuk menuntut pertanggungjawaban daripada kerajaan. Langkah ini juga berfungsi mengendurkan tuntutan rakyat untuk mempunyai perwakilan dalam kerajaan.

Dalam konteks Brunei, taxation effect dipraktikkan dengan cara mengecualikan rakyat daripada cukai pendapatan individu, dan cukai-cukai lain seperti cukai eksport, jualan, gaji dan pembuatan. Kadar cukai jalan bagi kenderaan pula ialah B$4.50 bagi setiap 100 cc manakala duti import tidak dikenakan bagi sebarang jenis kenderaan.

Bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS), cukai pendapatan korporat telah dikurangkan dari 23.5 peratus kepada 22 peratus pada tahun 2011. Bagi pioneer industries pula iaitu penglibatan syarikat korporat dalam bidang-bidang tertentu yang diiktiraf oleh kerajaan Brunei menerusi Kementerian Perindustrian dan Sumber Utama sebagai kritikal, pengecualian cukai bergantung kepada jumlah pelaburan modal.

3.2.2 Rentier Effect 2: Spending Effect

Menurut Ross (2001: 333) lagi, kerajaan akan menggunakan hasil minyak untuk meningkatkan perbelanjaan bagi tujuan memberi naungan (spending on patronage). Seperti juga taxation effect, pelaksanaan spending effect juga bertujuan melunturkan desakan rakyat yang mahukan kerajaan membuka lebih banyak ruang demokrasi.

Dalam konteks Brunei, kerajaan memberi pelbagai insentif menerusi skim perlindungan sosial kepada rakyat sama ada yang bertaraf warganegara mahupun penduduk tetap (permanent resident). Menurut Sainah (2009:134), insentif terpenting melibatkan sistem pendidikan, kediaman, sistem kesihatan, faedah persaraan, dan pencen untuk golongan uzur dan kurang upaya seperti berikut:

(i) Sistem Pendidikan

Berdasarkan artikel Sainah (2009: 138), kerajaan Brunei menyediakan pendidikan percuma bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Biasiswa penuh pula diberikan kepada pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Dari segi angka, sebagai contoh daripada sejumlah $B4.5 billion bagi Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2006/2007 yang diluluskan oleh MMN, sebanyak B$700 juta disalurkan untuk butiran pendidikan (Muhammad Hadi 2007: 103-104).

(ii) Penyediaan Kediaman

Skim Perumahan Negara telah diwujudkan oleh kerajaan sejak pertengahan tahun 1970-an bagi memastikan semua rakyat memiliki kediaman sendiri. Menurut Sainah (2009: 139), semua warganegara Brunei yang berusia 18 tahun ke atas layak dipertimbangkan untuk Skim Perumahan Negara tertakluk kepada latar belakang keluarga.

Bagi menjayakan skim ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana melalui Rancangan Kemajuan Negara (RKN). Misalnya, menerusi Rancangan Kemajuan Negara Kelapan (RKN Ke-8), skim tersebut telah diperuntukkan sebanyak B$82 juta (Muhammad Hadi 2007: 103).

Di bawah skim tersebut, sebanyak 6 ribu unit rumah baru telah dibina dalam tempoh 1972-2009. Usaha ini digerakkan menerusi dua skim iaitu skim perumahan untuk rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri dan juga skim penempatan semula. Bermula dari tahun 2000 pula, pinjaman perumahan tanpa faedah ditawarkan.

Warganegara yang berpendapatan rendah akan diberikan rumah kos rendah dilengkapi kemudahan infrastruktur yang diberi subsidi sepenuhnya oleh kerajaan dengan tempoh pajakan selama 99 tahun. Bagi warganegara yang lebih berkemampuan pula, mereka ditawarkan sebidang tanah berharga B$13 ribu dan boleh dipindah milik kepada waris terdekat. (Sainah 2009: 139).

(iii) Sistem Kesihatan

Seperti bidang-bidang lain, kerajaan juga memperuntukkan dana yang besar bagi memantapkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Misalnya, sejumlah B$111.6 juta disalurkan untuk perubatan dan kesihatan menerusi Belanjawan Tahun 2011/2012. Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan diberi secara percuma sama ada kepada warganegara mahupun penduduk tetap.

Walau bagaimanapun, warganegara mendapat lebih keistimewaan berbanding penduduk tetap kerana sekiranya mereka memerlukan rawatan pakar di luar negara (Malaysia atau Singapura), kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan (Muhammad Hadi 2007: 104-105).

(iv) Faedah Persaraan

a. Supplemental Contributory Pension (SCP)
Selain SCP, terdapat juga faedah-faedah persaraan lain seperti Faedah Langsung dan Tabung Amanah Pekerja (TAP). Walau bagaimanapun, bagi maksud penulisan ini saya berpendapat adalah memadai untuk memperincikan SCP sahaja sebagai contoh faedah persaraan yang diberikan oleh kerajaan Brunei kepada rakyatnya.

Berdasarkan Surat Pekeliling Kementerian Kewangan Bil. 1/2009 Negara Brunei Darussalam, berkuatkuasa pada 1 Januari 2010 SCP dilaksanakan sebagai skim caruman tambahan kepada TAP. Menerusi SCP, semua peserta yang mencarum akan menerima sekurang-kurangnya B$150 sebulan apabila telah mencapai umur persaraan mandatori iaitu 60 tahun.

Kadar caruman bulanan minimum ialah 3.5 peratus bagi peserta dan 3.5 peratus juga bagi majikan. Jumlah caruman sebanyak 7 peratus sebulan akan disalurkan kepada akaun peserta (6 peratus) dan pembayaran perlindungan survivorship (1 peratus). Peserta perlu mencarum secara konsisten selama sekurang-kurangnya 35 tahun bagi melayakkan mereka menerima manfaat SCP.

Bagi peserta dalam sektor informal pula, mereka dimestikan mencarum sekurang-kurangnya B$17.50 sebulan dan amaun yang sama akan ditampung oleh kerajaan menjadikan jumlah terkumpul caruman mereka setiap bulan sekurang-kurangnya $B35.00.

(v) Pencen Untuk Golongan Uzur dan Kurang Upaya

a. Old Age Pension (OAP)
Selaras dengan peruntukan di bawah Old Age, Disability and Survivorship Act 1954 (Revised 1992), setiap rakyat Brunei akan menerima elaun bulanan sebanyak $B150 apabila mencapai umur persaraan mandatori iaitu 60 tahun. Insentif ini turut dinikmati oleh Sultan sejak ulang tahun keputeraan baginda yang ke-60 pada tahun 2006 (Muhammad Hadi 2007: 110).

b. Bayaran Pencen Kurang Upaya
Terdapat juga bayaran pencen khas bagi golongan kurang penglihatan, ibu tunggal, anak yatim, dan orang kurang upaya. Mereka yang telah diperakukan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat akan menerima sebanyak B$250 setiap bulan tanpa perlu membuat caruman (Sainah 2009: 147).

4. KESIMPULAN

Setakat ini, berdasarkan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan Brunei di bawah sistem monarki sedia ada, pada pengamatan saya legitimasi akan terus mendominasi pembangunan politik di Brunei. Legitimasi juga bertambah kukuh disebabkan rakyat terlalu menyanjungi dan menghormati Sultan walaupun ironinya mereka sepatutnya bersikap kritis terhadap gaya hidup bermewah-mewahan Sultan dan kaum kerabatnya sedangkan masih ramai rakyat berada dalam kancah kemiskinan.

Walau bagaimanapun, saya meramalkan amalan demokrasi yang lebih terbuka akan beransur-ansur bukan sahaja menjadi ancaman bahkan menjadi alternatif kepada legitimasi dalam konteks pembangunan politik sekiranya hasil minyak Brunei semakin merosot dan menjejaskan belanjawan negara.

Hal ini disebabkan ekonomi Brunei sangat bergantung kepada hasil minyak yang kemudian dioptimumkan untuk melaksanakan polisi-polisi mekanisme penyebab rentier effect bertujuan mencegah desakan rakyat supaya kerajaan membuka lebih banyak ruang demokrasi.

Perkembangan terkini menunjukkan jangkaan saya itu berpotensi menjadi kenyataan sebagaimana diakui sendiri oleh Menteri Kewangan Kedua, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa membentangkan Kertas Cadangan Rang Undang-Undang (2011) Perbekalan 2011/2012 pada hari kedua Majlis Mesyuarat Negara 2011.

Menurut beliau, kesan positif daripada kenaikan harga minyak dunia tahun 2010 masih terhad disebabkan kadar pengeluaran minyak negara yang rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya di samping kos pengeluaran minyak yang semakin meningkat dan juga nilai mata wang Dollar Amerika Syarikat yang semakin menurun.

Apabila nantinya hasil minyak Brunei semakin merosot sehingga menjejaskan belanjawan negara, rakyat akan menerima kesan langsung kerana semua keistimewaan dalam bentuk subsidi, elaun khas, pengecualian cukai pendapatan individu, pengecualian duti import kenderaan dan pelbagai faedah lain yang dinikmati sekarang akan dikaji dan distruktur semula oleh kerajaan.

Saya berkeyakinan bahawa rakyat Brunei yang pada masa itu mula merasai bebanan ekonomi sebagaimana dialami rakyat Malaysia sekarang akan semakin lantang menuntut sesuatu daripada kerajaan sebagai ‘pampasan’ kepada kesulitan hidup mereka.

Dari kaca mata saya, pampasan yang dikehendaki tidak semestinya berbentuk faedah nyata, bahkan jauh lebih penting adalah menuntut pertanggungjawaban daripada Sultan, sekurang-kurangnya baginda perlu turut serta membentang dan mempertahankan polisi-polisi kerajaan semasa sidang MMN. Ketika itu, Brunei berada di landasan yang betul ke arah sebuah negara demokrasi.

HM's vision of democracy brought prosperity to Brunei

Saturday, December 10, 2011

THE vision of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on democracy has brought prosperity, stability and positive achievements in Brunei, said Dr RM Marty M Natalegawa, Indonesian Minister of Foreign Affairs, yesterday.

Speaking exclusively to The Brunei Times at the conclusion of the fourth Bali Democracy Forum (BDF) at the Bali International Convention Centre (BICC) yesterday, the Indonesian Foreign Affairs Minister explained why it was important for Brunei Darussalam to participate at the BDF.

The minister said Brunei, in fact His Majesty, personally has been very supportive of the effort ever since the beginning.

"I think Brunei's participation throughout has always added value," Dr RM Marty M Natalegawa said. The Indonesian Foreign Affairs Minister said that Brunei has been able to present and remind that the meaning of democracy is multi-faceted in its form.

"There is no size that fits all. Different countries, different societies have different ways of practising and manifesting democracy," said Dr RM Marty M Natalegawa.

He said over the years, we have learned from His Majesty, how his vision, Brunei's vision of democracy has been.

"It (Brunei's vision of democracy) has brought prosperity, stability and other positive achievements in your country (Brunei)," said Dr RM Marty M Natalegawa.

Talking about His Majesty's titah that was delivered at the leaders session on the opening day of the fourth BDF, Dr RM Marty M Natalegawa said: "His Majesty put things in context and reminded us about the ASEAN dimension. I am glad that he did." His Majesty was especially kind in referring to Indonesia's efforts as chair of ASEAN this year and reminded that within ASEAN the subject of democracy and human rights etc has been discussed. It makes it more complete, Dr RM Marty Natalegawa added.

Dipetik dari - The Brunei Times

Sunday, December 11, 2011

LAPORAN BERGAMBAR SEKITAR MAJLIS MUZAKARAH BADAN PERHUBUNGAN NDP BELAIT









NDB Belait bersiap sedia hadapi cabaran 2012

LUMUT, DAERAH BELAIT AHAD 14 MUHARRAM 1433 (11 DISEMBER 2011) - Badan Perhubungan Parti Pembangunan (NDP) Daerah Belait kelmarin telah mengadakan Sesi Muzakarah Bersama AJK Perhubungan dan Ranting-Ranting bagi tujuan merapatkan saf saf barisan ahli-ahli NDP di Belait yang berjumlah hampir lapan ratus orang.


Family-friendly centres seen to cut common productivity busters at work

Tuesday, December 6, 2011

THE Ministry of Culture, Youth and Sports is planning to set up a family-friendly centre in a bid to encourage widespread adoption of an initiative that is seen to raise productivity in the workplace.

Deputy Minister of Culture, Youth and Sports Datin Paduka Hjh Adina Othman has advocated the setting up of family-friendly centres at all workplaces, both in public and private sectors, to enhance employee productivity.

The centre seeks to address the problem with many employees spending a lot of time daily in picking up children from school, she told The Brunei Times.

Parents pick up their children from religious schools at 3.30pm, she said, adding that it is an awkward time and many employees do not return to work after sending their children home.

"In terms of production, we are losing out," she said.

Having family-friendly centres will allow parents to bring their children back to the office to be cared for until work hours are over, she said.

A survey was undertaken by the ministry to find out whether the employees were keen on having these centres, and the results pointed out respondents were even willing to pay for the service at the centres, Datin Hjh Adina said.

"The money will be used to hire child carers at the centre. We hope to see all government ministries and the private sector taking this into account," she said.

A few other ministries have already undertaken the initiative which she had commended.

"There should be family-friendly centres at all workplaces," she said.

Meanwhile, Datin Hjh Adina said these centres can also incorporate breastfeeding facilities.

"We should encourage breastfeeding and we should have these facilities," she said.

The Brunei Times

BRUNEI: Legitimasi, Demokrasi dan Pembangunan Politik - Bahagian 4

Sambungan daripada Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3, sebelum ini.

3. FAKTOR-FAKTOR PENENTU PENGGANTIAN LEGITIMASI DENGAN DEMOKRASI BAGI PEMBANGUNAN POLITIK DI BRUNEI

Berdasarkan hasil penulisan dan kajian daripada para sarjana yang menyentuh tentang legitimasi dan demokrasi, sama ada secara umum atau khusus menyentuh tentang Brunei, pada hemat saya berdasarkan tahap pembangunan politik di Brunei sekarang, potensi pengekalan status quo iaitu legitimasi banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Bagi tujuan penulisan ini, saya hanya akan memilih dua faktor untuk diperhalusi namun tidak bermakna faktor-faktor lain yang tidak dibincangkan di sini merupakan faktor yang tidak penting. Faktor-faktor penentu yang saya maksudkan adalah penghormatan dan taat setia yang sangat tinggi kepada Sultan, dan dasar-dasar kebajikan kepada rakyat yang dibiayai oleh hasil minyak.

3.1 Ideologi Melayu Islam Beraja (MIB) Pemangkin Ketaatan Kepada Sultan

Semasa mengisytiharkan kemerdekaan Brunei pada 1 Januari 1984, jam 12.02 pagi, Sultan telah bertitah:
“... Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kornia Allah Subhanahu Wata’ala, akan untok sa-lama2-nya kekal menjadi sa-buah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran2 Ugama Islam menurut Ahlis Sunnah Waljamaah dan dengan berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan, dan dengan petunjok serta keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala juga ...”

(Awang Mohd. Jamil Al-Sufri 1992 :207)

Pada asasnya, MIB merupakan ideologi Brunei sejak permulaan kesultanan Brunei lagi. Langkah Sultan menyebut terminologi MIB dalam perisytiharan kemerdekaan Brunei sewajarnya dilihat sebagai usaha memaktubkan MIB secara rasmi sebagai asas pembentukan negara.

MIB terdiri daripada tiga komponen penting iaitu ‘Melayu’, ‘Islam’ dan ‘Beraja’ yang menjadi teras kepada Brunei. Secara ringkasnya, istilah ‘Melayu’ merujuk kepada Brunei sebagai negara Melayu yang mengamalkan nilai-nilai tradisi atau kebudayaan Melayu sesuai dengan bilangan orang Melayu yang merupakan kaum majoriti’. ‘Islam’ pula merujuk kepada agama Islam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sebagai agama rasmi negara selaras dengan Perlembagaan Brunei 1959 (Awang Muhammad et al. 1994: 225). Penulisan ini seterusnya akan memperincikan istilah ‘Beraja’ dalam MIB yang mempunyai kaitan langsung dengan praktis legitimasi di Brunei berbanding dua istilah terdahulu iaitu Melayu dan Islam.

Sistem ‘Beraja’ merujuk kepada sistem tradisi Melayu yang wujud sejak terdirinya Kerajaan Melayu Brunei. Menurut Awang Muhammad et al. (1994: 225), sistem pemerintahan Beraja tidak semestinya menyebabkan berlakunya eksploitasi pemerintah terhadap rakyat jelata. Menurut beliau, perkara penting ialah penerimaan rakyat terhadap sistem tersebut dan kedudukan rakyat sama ada better off atau worse off.

Sistem Beraja juga dianggap telah menyelamatkan Brunei daripada huru-hara akibat pemberontakan PRB pada tahun 1962 oleh penulis seperti Md Zain (1998: 255-256). Di sini, penulis memberi gambaran yang membezakan praktis sistem beraja di Brunei dengan sistem yang sama di Russia dan Perancis suatu ketika dahulu. Beliau juga berpendapat wujud divine intervention menyebabkan sistem beraja di Brunei sentiasa diberkati dan dinaungi oleh Allah kerana menjunjung ajaran agama Islam sebagai ideologi negara.

MIB berfungsi menyemarakkan rasa hormat dan taat setia rakyat kepada Sultan. Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah strategik dan bersifat jangka panjang dengan mewajibkan pengajaran MIB di sekolah-sekolah dan disyaratkan supaya wajib lulus. Setakat ini, belum terdapat penyelidik yang mengkaji perkaitan antara pembelajaran MIB dengan tahap ketaatan rakyat kepada Sultan, namun sudah tentu apabila para pelajar perlu mempelajarinya bersungguh-sungguh walaupun dengan tujuan utama untuk lulus peperiksaan, akan terbit juga perasaan hormat dan sayang kepada Sultan. Inilah yang diharapkan oleh kerajaan Brunei dalam usaha meneruskan kesinambungan legitimasi sedia ada.

Penyebab kepada timbulnya rasa hormat dan taat setia rakyat kepada Sultan diserlahkan melalui buku-buku terbitan Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Tulisan sejarawan Awang Muhammad et al. (1994: 226) misalnya memberi tafsiran tersendiri tentang konsep taat setia kepada Sultan dengan mengaitkannya dengan beberapa perkara bersifat fundamental. Misalnya, konsep taat setia dihubungkaitkan dengan ajaran Islam bahawa Sultan merupakan khalifah Allah di bumi dan Sultan juga mempunyai berkat daulat. Beliau juga menyamakan konsep ketaatan kepada Sultan sebagai kecintaan kepada negara. Dalam erti kata lain, tingkah-laku yang dianggap menderhakai Sultan sinonim dengan penderhakaan kepada negara.

Selari dengan pendapat para sejarawan lain, Awang Mohd. Jamil Al-Sufri (2004: 8) telah menyifatkan MIB sebagai yang terbaik untuk rakyat dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Ujar beliau, kemakmuran dan perlindungan yang dinikmati oleh rakyat merupakan manfaat ideologi MIB yang diterapkan ke dalam pemerintahan negara.

Dari satu segi saya melihat penulisan daripada tokoh-tokoh sejarawan berkenaan sebagai propaganda halus untuk mengolah persetujuan rakyat supaya legitimasi Sultan berterusan. Tambahan pula, penerbit buku-buku tersebut merupakan sebuah agensi kerajaan. Namun, dari perspektif yang lain pula, saya berpandangan penulisan tokoh-tokoh sejarawan tersebut merupakan pernyataan jujur tentang realiti sosio-budaya orang Melayu sebagai kaum teras di Brunei terhadap status Sultan yang tidak boleh diganggu-gugat.

Tidak seperti di Malaysia yang terdapat pungutan suara atau tinjauan pendapat daripada pelbagai badan penyelidik misalnya Zentrum Future Studies dan Merdeka Centre (sekadar menyebut beberapa nama), di Brunei tahap sebenar penerimaan rakyat terhadap Sultan sukar diukur secara objektif. Walau bagaimanapun, beberapa sarjana berpendapat secara umumnya rakyat Brunei meletakkan penghormatan yang tinggi kepada Sultan (Leake, Jr. 1990:78). Hal ini disebabkan keprihatinan Sultan sendiri terutama sering melawat dan meninjau keadaan rakyat di setiap pelosok negeri. Menurut Case (1996: 130), dalam setiap lawatan baginda sentiasa bersedia menerima surat aduan daripada rakyat dan menyelesaikannya dengan kadar segera.

Contoh yang dikemukakan oleh Case (1996: 130) adalah tindakan pantas pemindahan penduduk yang terlibat dengan kebakaran di Kampong Ayer pada tahun 1995 ke unit kediaman baru di Kampong Bolkiah. Sebagaimana rakyat di negeri-negeri tertentu di Malaysia berasa terharu dan berbesar hati apabila sultan masing-masing mencemar duli mengadakan lawatan dan mengumum / menyampaikan bantuan, begitulah juga halnya dengan rakyat Brunei. Dari aspek psikologi, Sultan akan dianggap “raja berjiwa rakyat” sedangkan proses pelaksanaan sesuatu tindakan susulan hasil aduan yang diterima bukan dilakukan oleh Sultan sendiri. Begitu juga dengan peruntukan kewangan yang disalurkan pun bukan datangnya dari duit poket Sultan sebaliknya dari hasil-mahsul minyak negara.

3.2 Hasil Minyak dan Shell-Fare State

Menerusi Index Of Oil-Reliant States dalam artikel bertajuk Does Oil Hinder Democracy, Ross (2001: 326) telah membahagikan “nilai eskport berasaskan minyak dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)” bagi 25 negara pengeluar minyak dunia. Hasil pengiraan tersebut, Brunei memperolehi 47.58 mata sekaligus muncul sebagai negara yang paling bergantung kepada hasil minyak mengatasi negara-negara pengeluar minyak lain seperti Arab Saudi (33.85 mata, tempat ke-9). Walaupun dapatan kajian bagi Brunei menggunakan data tahun 1994 sedangkan kebanyakan negara lain menggunakan data Bank Dunia bagi tahun 1995, namun perkara utama iaitu pergantungan Brunei yang keterlaluan terhadap hasil minyak tetap tidak boleh dipertikaikan.

Fakta ini selaras dengan sumbangan hasil minyak Brunei kepada pendapatan negara. Terkini, pendapatan negara bagi tahun 2011/1012 ialah B$5.899 billion dan daripada jumlah tersebut, sebanyak B$5.174 billion datangnya daripada pendapatan minyak dan gas yang bersamaan hampir 90 peratus. Data ini jelas membuktikan tahap kebergantungan Brunei yang sangat tinggi terhadap hasil minyaknya.

Berbalik kepada artikel yang sama, Ross (2001: 332) telah menjalankan ujian-ujian untuk mengesan sama ada wujud kaitan, dipanggil sebagai mekanisme penyebab (causal mechanisms), di antara hasil minyak dengan tahap demokrasi di negara-negara pengeluar minyak. Tiga mekanisme penyebab yang dimaksudkan ialah rentier effect, repression effect dan modernization effect.

Ross (2001: 332) mengakui bahawa hasil ujian yang beliau jalankan menunjukkan hubung kait yang konsisten, walaupun bersifat lemah, di antara ketiga-tiga mekanisme penyebab disebabkan data yang diperolehi tidak lengkap dan berpotensi untuk menjadi berat sebelah. Walau bagaimanapun, Ross (2001: 356) masih berpendirian bahawa keputusan ujian tersebut mampu berfungsi sebagai bukti kuantitatif bagi ketiga-tiga mekanisme penyebab.

Dalam konteks penulisan ini, saya pula akan melihat sama ada mekanisme penyebab yang diutarakan oleh Ross (2001) turut berlaku di Brunei dan sejauh manakah pelaksanaannya boleh menjejaskan proses demokrasi sekaligus mengukuhkan rejim pemerintahan sedia ada. Namun begitu, saya hanya akan menumpukan kepada rentier effect dalam perbincangan seterusnya.

Menurut Ross (2001: 332), sebagai salah satu mekanisme penyebab, rentier effect berlaku apabila sesebuah kerajaan menggunakan hasil minyak bagi tujuan mengalihkan tekanan sosial yang diterimanya supaya bersikap lebih bertanggungjawab (accountability). Terdapat tiga kaedah yang diambil oleh sesebuah negara pengeluar minyak bagi memastikan rentier effect berlaku iaitu menggunakan taxation effect, spending effect dan group formation. Walau bagaimanapun, penulisan ini akan mengecualikan perbincangan tentang group formation yang telah disentuh di bawah tajuk “Tahap Pembangunan Politik” (hlm. 7-11) bagi memberi tumpuan yang lebih kepada taxation effect dan spending effect.

Nota:

Shell-fare State merujuk kepada Brunei sebagai negara kebajikan (welfare state) yang menyediakan pelbagai manfaat kepada rakyat menggunakan hasil daripada carigali minyak oleh Royal Dutch Shell.

Group formation merujuk kepada penggunaan hasil minyak oleh sesebuah kerajaan untuk mencegah pembentukan kumpulan sosial yang bebas daripada kerajaan dan cenderung untuk menuntut hak-hak politik.

Friday, December 9, 2011

BRUNEI: Legitimasi, Demokrasi dan Pembangunan Politik - Bahagian 3

Sambungan daripada Bahagian 1 dan Bahagian 2, sebelum ini.

2.2 Tahap Demokrasi

Antara kayu ukur yang sering digunakan apabila membincangkan tahap demokrasi sesebuah negara adalah menerusi kajian oleh badan-badan antarabangsa yang berwibawa, antaranya The Economist Intelligence Unit. Berdasarkan Democracy Index 2010: Democracy In Retreat yang diterbitkan oleh badan tersebut, sebanyak 167 buah negara telah dinilai tahap pelaksanaan demokrasi masing-masing yang terbahagi kepada empat kategori bergantung kepada ciri-ciri tertentu. Tahap demokrasi terbaik menurut kajian tersebut ialah full democracies, disusuli oleh flawed democracies, seterusnya hybrid regimes dan paling buruk ialah negara yang bersifat authoritarian regimes.

Walau bagaimanapun, Brunei merupakan salah sebuah negara yang tidak diliputi oleh kajian ini kerana dianggap termasuk di dalam kelompok negara-negara kecil. Namun demikian, dengan mengambil kira tahap demokrasi di negara-negara yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak seperti Qatar (tempat ke-137) dan Arab Saudi (tempat ke-160), saya menjangkakan sekiranya Brunei turut disenaraikan maka pencapaiannya juga tidak jauh berbeza dengan Qatar dan Arab Saudi iaitu sama-sama termasuk di dalam kategori authoritarian regimes1.

Selain The Economist Intelligence Unit, sebuah lagi badan antarabangsa yang menjalankan kajian berkaitan demokrasi ialah Freedom House. Menerusi kajian bertajuk Freedom in the World 2010 yang melibatkan 194 buah negara, Freedom House telah memberi rating bagi dua aspek utama yang menyumbang kepada amalan demokrasi sesebuah negara iaitu hak politik (political rights) dan kebebasan sivil (civil liberties). Gabungan rating bagi hak politik dan kebebasan sivil yang diperolehi oleh sesebuah negara akan menentukan tarafnya dalam kajian ini sama ada Bebas, Separa Bebas atau Tidak Bebas. Julat rating adalah di antara 1 (Sangat Bebas) sehingga 7 (Sangat Tidak Bebas).

Dalam kajian ini, Brunei telah diberikan rating 6 bagi hak politik dan rating 5 bagi kebebasan sivil seterusnya dikategorikan sebagai negara “Tidak Bebas”. Hasil penelitian saya terhadap laporan terperinci Freedom House mendapati bahawa Brunei diberi penarafan sedemikian disebabkan beberapa perkara yang dianggap mengekang hak politik dan kebebasan sivil.

Contohnya, ketiadaan pilihan raya bagi membolehkan rakyat mengundi bagi memilih perwakilan ke dewan legislatif, kewujudan undang-undang yang membenarkan penamatan penerbitan akhbar tanpa perlu memberi sebarang alasan, mengenakan denda dan memenjara wartawan kerana menulis artikel yang dianggap palsu dan berniat jahat, dan mengharamkan sebarang kritikan terhadap Sultan dan ideologi kebangsaan.

2.2 Tahap Pembangunan Politik

Sewaktu Brunei masih di bawah pentadbiran Britan, selaras dengan peruntukan Perlembagaan 1959, rakyat diberi peluang untuk memilih sendiri wakil mereka menerusi pilihan raya. Dalam konteks perlembagaan tersebut, pilihan raya merujuk kepada pilihan raya Majlis Mesyuarat Daerah (MMD) yang menawarkan 55 kerusi. Ahli-ahli MMD seterusnya akan memilih di kalangan mereka seramai 16 orang untuk mengganggotai Majlis Mesyuarat Negeri (MMN). Sultan Omar ‘Ali kemudiannya akan melantik seramai 6 orang di kalangan 16 ahli MMN ini sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

Walau bagaimanapun, pilihan raya MMD yang sepatutnya diadakan pada September 1961 iaitu dua tahun selepas perlembagaan diisytiharkan telah ditangguhkan. Menurut Harun (2007: 59), sebab penangguhan ialah Sultan Omar ‘Ali mahu supaya Undang-Undang Taraf Kerakyatan dibereskan terlebih dahulu bagi menentukan siapa yang layak mengundi dan proses tersebut hanya dijangka selesai pada penghujung tahun 1961. Menurut Zaini (1989: 89) seorang bekas pemimpin utama PRB pula, satu lagi sebab ialah proses pembentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun beliau sendiri musykil tentang tempoh yang terlalu lama bagi menubuhkan SPR. Beliau cuma dapat membuat andaian bahawa kelewatan penubuhan SPR ada kaitan dengan persediaan lain yang belum selesai seperti Undang-Undang Taraf Kerakyatan dan Perintah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Menurut Awang Matassim (2004: 161-162), menjelang pilihan raya tahun 1962, terdapat tiga parti politik utama iaitu Parti Rakyat Brunei (PRB), Brunei National Organisation (BNO) dan Brunei United Party (BUP). Di antara ketiga-tiga parti tersebut, PRB ditubuhkan paling awal iaitu pada tahun 1956 dengan matlamat membina sebuah kesatuan negara Melayu yang kuat dan bersatu-padu, bebas daripada belenggu penjajahan yang dibentuk melalui konsep Melayu Raya yang diserapkan kepada Republik Indonesia.

Dalam erti kata lain, perjuangan PRB ialah anti persekutuan Malaysia. Dua parti lagi iaitu BNO dan BUP, yang turut dipimpin oleh bekas-bekas pemimpin PRB, masing-masing menyokong kemasukan Brunei ke dalam persekutuan Malaysia. BNO ditubuhkan pada Ogos 1960 dan mengambil sempena nama United Malays National Organisation (UMNO) di Malaya ketika itu, manakala BUP ditubuhkan pada Disember 1961.

PRB mengeksploitasi tempoh penangguhan pilihan raya dengan menganjurkan siri rapat umum bermula dari 17 Jun 1961 yang membawa kepada perhimpunan besar-besaran pada 6 Ogos 1961 (Harun 2007:59). Susulan daripada momentum yang dibina oleh PRB menerusi perhimpunan-perhimpunan tersebut menyumbang kepada kejayaannya memenangi sebanyak 54 daripada 55 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya MMD sekaligus menduduki 16 kerusi di dalam MMN. Walau bagaimanapun, kemenangan besar tersebut tidak membolehkan PRB mengambil alih kerajaan kerana tidak memiliki majoriti kerusi di MMN dan tidak mempunyai kuasa secara perlembagaan yang mengatasi kuasa Sultan Omar ‘Ali (Harun 2007: 69-70).

Berikutan beberapa peristiwa yang tidak disenangi, antaranya kecenderungan Sultan Omar ‘Ali untuk membawa Brunei menyertai persekutuan Malaysia, PRB telah melancarkan revolusi bersenjata pada 8 Disember 1962. Revolusi ini sebenarnya telah lama dirancang oleh PRB dalam usahanya menubuhkan Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang dianggotai oleh Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara di Indonesia. Namun demikian, revolusi ini berjaya ditumpaskan dengan bantuan ketenteraan dari Britain, Malaya, Australia dan New Zealand (James & Sheil-Shall 1979: 47).

Akibat revolusi tersebut, Sultan Omar ‘Ali mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Serentak dengan perisyiharan itu juga, MMK, MMN dan MMD dibubarkan (Borneo Bulletin 1962). PRB pula telah diharamkan penubuhannya pada 10 Disember 1962 (Utusan Melayu 1962).

Sehingga ke hari ini, Brunei terus berada di bawah Undang-Undang Darurat menyebabkan pilihan raya a la tahun 1962 tidak pernah diadakan lagi. Oleh sebab itu, parti-parti politik pasca-Revolusi 8 Disember 1962 tidak dapat berfungsi sebagai sebuah parti politik yang sebenar sebagaimana lazim dalam sistem demokrasi. Ketiadaan pilihan raya yang dapat disertai mengakibatkan peranan mereka tidak ada bezanya dengan badan bukan kerajaan. Ini ditambah pula dengan larangan terhadap penjawat awam daripada menjadi ahli mana-mana parti politik. Disebabkan bilangan rakyat yang menjadi penjawat awam kira-kira 70 peratus, larangan ini nyata memberi kesan yang mendalam kepada survival parti politik di Brunei.

Secara ringkas, sistem yang diguna pakai di Brunei itu sendiri tidak mengalu-alukan kewujudan mereka. Contohnya, Pendaftar Pertubuhan telah mengharamkan Parti Kesedaran Rakyat Brunei (PAKAR) dan pada masa yang sama memaksa presiden Parti Perpaduan Kebangsaan Brunei (PPKB) untuk meletak jawatan. PPKB kemudiannya telah diharamkan tanpa sebarang penjelasan pada tahun 2008.

Oleh yang demikian, satu-satunya parti yang masih wujud sehingga kini ialah National Development Party (NDP) yang diketuai oleh bekas tahanan politik. NDP diluluskan pendaftarannya pada tahun 2005 selepas berikrar untuk menjadi sahabat kepada kerajaan dan taat setia kepada Sultan. Fakta ini dibuktikan hasil semakan terhadap salah satu misi yang dipaparkan di laman webnya,
“Pewaris Takhta Kesultanan Negara Brunei Darussalam:
Mempertahankan Kedudukan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan zuriat Baginda sebagai pewaris takhta Kesultanan Negara Brunei Darussalam buat selama-lamanya.”

Parti-parti politik di Brunei seakan-akan mendapat suntikan semangat baru pada tahun 2004. MMN dihidupkan semula secara rasmi pada 25 September 2004 susulan titah Sultan sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 15 Julai 2004 (Horton 2004: 181, Muhammad Hadi 2007: 23). MMN ditukar sedikit namanya kepada Majlis Mesyuarat Negara dan bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi berikut:

(i) Merundingkan dan meluluskan undang-undang; dan

(ii) Mengenakan sekatan-sekatan kewangan, dan meneliti polisi-polisi Kerajaan dan lain-lain perkara berkaitan dengan perjalanan Majlis Mesyuarat Negara.

(Sumber: majlis-mesyuarat.gov.bn/majlismnegara.htm)

Seperti maklumat yang tercatat pada laman web sama, MMN ini terdiri daripada seorang Yang Di-Pertua selaku Speaker iaitu anggota kerabat diraja yang dinamakan oleh Sultan. Keahlian MMN ditingkatkan daripada 33 kepada seramai 45 orang; 30 daripadanya merupakan lantikan Sultan dan terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet, Peguam Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, ahli perniagaan terkemuka dan pemimpin masyarakat. Kesemua ahli terdiri daripada lelaki dan hanya seorang bukan beragama Islam. Baki 15 ahli lagi akan dipilih melalui pilihan raya MMD bagi mewakili daerah Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong.

Walau bagaimanapun, harapan tinggi parti-parti politik di Brunei untuk turut sama dalam pilihan raya MMD tidak kesampaian kerana melalui persidangan MMN pada September 2005, Sultan telah menitahkan pula bahawa bilangan keahlian hanya setakat 29 ahli termasuk 5 ahli yang dipilih secara tidak langsung bagi mewakili MMD. Sultan bertitah bahawa pilihan raya MMD akan diadakan pada tarikh yang tidak ditetapkan apabila ”infrastruktur telah tersedia” (Horton 2004: 181).

Pada masa ini, satu-satunya ruang yang ada pada rakyat untuk memilih sendiri pemimpin mereka secara langsung hanya menerusi pemilihan ketua kampung di daerah masing-masing. Ketua kampung ini akan berperanan menyampaikan hasrat penduduk menerusi beberapa saluran, antaranya mesyuarat berkala yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri bersama pegawai-pegawai lantikan Sultan. Menerusi kaedah pemilihan terbaru yang diperkenalkan pada tahun 1992, ketua kampung dipilih melalui undian yang dibuat secara rahsia semasa perjumpaan yang dihadiri oleh golongan dewasa yang layak mengundi. Sekali terpilih, seseorang ketua kampung akan berkhidmat seumur hidup.

Malangnya, ruang pemilihan pada tahap ini pun masih disempitkan oleh kerajaan. Buktinya, seperti tercatat dalam laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh 31 Januari 1994 bertajuk Brunei Human Rights Practices 1993, sekali lagi penglibatan parti politik disekat kerana salah satu syarat untuk menjadi calon ketua kampung ialah tidak mempunyai sejarah penglibatan dengan mana-mana parti politik. Dengan bentuk kekangan sebegini, parti politik tidak mempunyai peluang langsung untuk mencalonkan wakil mereka sekaligus tidak berpeluang bersemuka dengan pihak kerajaan sebagai wakil rasmi rakyat.

Titah KDYMM di Forum Demokrasi Bali IV


BALI, REPUBLIK INDONESIA, Khamis, 8 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah dengan penuh keyakinan bahawa ASEAN merangkumi "penyertaan demokrasi" dan telah melaksanakan tindak balas kepada suara-suara demokrasi seperti yang tertera dalam tema Forum Demokrasi Bali IV kali ini.

Di samping itu Negara Brunei Darussalam juga, titah baginda menyokong sepenuhnya projek yang sedang dilaksanakan oleh ASEAN untuk membangun satu "komuniti" serantau.

Baginda melihat projek tersebut adalah sebagai satu lanjutan kepada visi pelopor-pelopor ASEAN yang mana juga merupakan nilai-nilai yang dihargai di Negara Brunei Darussalam.

Nilai-nilai tersebut adalah persamaan warisan, saling menghormati, rasa muhibah dan saling membantu antara satu sama lain yang mana merupakan blok-blok pembangunan untuk satu komuniti akan datang.

Ianya juga akan menjadi satu tempat perlindungan yang sesuai bagi keluarga besar serantau ASEAN, di mana rakyatnya akan dapat mengembangkan kemampuan, kebolehan, bakat dan keyakinan dalam menghadapi masa depan mereka, tegas baginda.

Baginda seterusnya bertitah bahawa ASEAN adalah merupakan pintu laluan dunia bagi Negara Brunei Darussalam, melimpasi pesisiran dan sempadan selama 27 tahun, yang menjadikan Negara Brunei Darussalam tidak terasing dan ramai yang mengetahuinya.

Di samping itu pertubuhan tersebut juga telah membantu Negara Brunei Darussalam dan negara-negara jirannya berkongsi matlamat serantau dan identiti antarabangsa.

Baginda menjelaskan demikian ketika bertitah di Sesi Ucapan Kenyataan Pemimpin di Forum Demokrasi Bali IV yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Nusa Dua di sini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga yakin bahawa masa hadapan, kekuatan dan keselamatan masa depan yang dijanjikan bagi perlindungan tersebut sedang menghadapi ujian. Ini berlaku dengan peredaran masa yang cepat dan dunia yang terdedah kepada perubahan.

Oleh yang demikian, titah baginda, setiap generasi baru perlu bergerak cepat bagi menyesuaikan diri dengan situasi-situasi yang dibawa oleh perubahan.

Selain itu, proses perubahan titah baginda, telah berubah bentuk sejak kebelakangan ini. Ianya tidak lagi merupakan sebuah proses yang mudah untuk diramal dan mengambil masa yang panjang untuk berlaku. Akan tetapi oleh kerana kepantasan dan kekuatan proses pertukaran tersebut, perubahan boleh terjadi dengan serta-merta.

Di samping itu juga ianya boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap masa depan generasi muda. Namun adalah sukar perkara ini ditangani secara berkesan jika mendapat kurang kawalan ke atasnya.

Baginda seterusnya bertitah bahawa sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai pendekatan yang diambil untuk menangani seruan kepada perubahan di seluruh dunia. Sebahagian daripadanya adalah sangat konservatif, sementara sebahagian lagi adalah secara revolusinari dan sebahagian lainnya pula adalah secara liberal. Akan tetapi, sepertimana yang telah disaksikan, tindak balas-tindak balas tersebut boleh memecah-belahkan masalah-masalah itu sendiri.

Apa yang perlu titah baginda, dunia perlu beralih kepada "penyertaan" seperti yang dinyatakan dalam tema forum.

Ke arah itu, baginda menjelaskan bahawa negara-negara perlu bekerjasama di peringkat negara masing-masing mahu pun sebagai rakan dalam pertubuhan serantau.

Baginda kemudiannya bertitah menekankan akan perlunya untuk melaksanakan usaha-usaha praktikal untuk merealisasikan visi komuniti serantau yang akan memelihara rakyat, harapan-harapan dan cita-cita mereka.

Dalam hal ini, baginda menegaskan perlunya untuk meningkatkan keyakinan keluarga dan individu; menjana budaya saling hormat menghormati, rasa muhibah dan bersikap adil antara satu sama lain; dan secara praktikal memastikan perumahan, pendidikan, kesihatan, pekerjaan bagi semua rakyat, keselamatan yang berterusan dalam semua bentuk dan peluang kehidupan untuk semua.

Dengan demikian, baginda percaya bahawa rakyat akan dapat menyertai dalam apa jua yang berlaku di sekeliling mereka dengan kefahaman dan penghargaan.

Jika gagal, adalah dikhuatiri bahawa semua kemajuan yang telah dicapai akan menjadi musnah akibat kepantasan dan kekuatan perubahan yang menjadikan masyarakat dan rakyat akan menjadi ahli masyarakat global yang tidak dikenali dan tidak mempunyai peranannya tersendiri, titah baginda.

Oleh kerana itu, baginda bertitah menekankan bahawa jika perkara ini dibiarkan berlaku, ianya merupakan satu penolakan terhadap sejarah silam rakyat, mengaku kalah kepada cabaran-cabaran semasa, dan pengkhianatan kepada masa hadapan.

Di sesi tersebut, baginda juga bertitah melahirkan penghargaan di atas kepimpinan Indonesia dalam ASEAN pada tahun ini, di mana Indonesia juga telah menekankan bahawa ASEAN adalah sebahagian daripada dunia moden dan bertindak secara positif terhadap cabaran-cabaran dan keperluan-keperluannya, dan ini adalah dialu-alukan oleh Negara Brunei Darussalam.

Dipetik dari - Pelita Brunei Online