Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Monday, August 20, 2012
KDYMM: Jangan berhenti bersyukur dan mengagungkan Allah
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, orang Islam tidak boleh berhenti dari bersyukur dan tidak boleh lari dari mengagungkan Allah.
Menurut titah baginda, walau apa pun keadaan, senang ataupun susah, kita wajib bersyukur, kerana senang dan susah itu masing-masing dengan hikmahnya yang ditentukan Allah.
Kebawah DYMM menekankan perkara itu dalam titah Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433 Hijriah/2012 Masihi yang disiarkan melalui Radio dan Televisyen Brunei.
“Setiap hikmah yang datang daripada Allah, adalah baik belaka. Semua itu bernama kebajikan. Hikmah senang, mungkin saja untuk menyukakan hati siapa yang diberi kesenangan itu, sementara hikmah susah pula adalah bertujuan lebih kepada memberikan pengajaran. Kedua- duanya membawa kepada kebajikan,” titah baginda.
Tambah titah baginda, bukan semua apa yang kita suka itu mesti baik dan yang kita tidak suka pula tidak baik, seperti yang ditegaskan sendiri oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 216, yang tafsirnya: “...dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), hanya Allah jua yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Baru-baru ini, titah baginda, sedang negara bergembira menyambut Ramadan, tiba-tiba berlaku satu musibah yang tidak disangka-sangka, iaitu kemalangan helikopter yang mengorbankan beberapa orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Kejadian itu, menurut titah baginda, sungguh menyayat hati, lebih-lebih lagi bagi keluarga-keluarga mangsa yang terlibat.
Musibah seperti ini, jelas titah baginda, sudah setentunya tidak kita ingini, tetapi ia berlaku juga, kerana ketentuan Allah telah berlaku di sini tanpa dapat dielak-elak lagi.
Jika merujuk kepada ayat di atas, titah baginda, kita hanyalah mampu untuk memikirkan hikmahnya sahaja, sementara selebihnya itu, hanya Allah jua yang mengetahuinya.
Di antara hikmah tersebut, jelas titah baginda ialah kalau kita dapat menerimanya dengan sabar, maka kitalah orang yang berhak untuk menerima pahala Allah.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment