Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Tuesday, August 7, 2012
Titah KDYMM di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1433H/2012M
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1433 Hijrah/2012 Masihi pada hari Ahad (malam Isnin), 17 Ramadan 1433 bersamaan 5 Ogos 2012 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Marilah kita sama-sama bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana mempertemukan kita lagi dengan bulan Ramadan yang mubarak, bulan diturunkan Kitab Suci Al-Qur’an. Sayugia hendaknya kita tidak lupa mengisi bulan ini dengan ibadat, khasnya dengan amalan membaca Al-Qur’an.
Kekuatan Islam terletak pada Al-Qur'an. Kekuatan Al-Qur'an pula terletak pada keasliannya yang tidak dicemari oleh tangan- tangan manusia. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kita untuk mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian tersebut. Antara cara kita mempertahankan, memelihara dan menjaga keaslian itu, ialah melalui aktiviti penghafalan ayat-ayat Al-Qur'an itu.
Beta sangat gembira, aktiviti penghafalan Al-Qur’an adalah sedang berkembang dengan baiknya di negara ini. Beta berharap dengan adanya Pertandingan Menghafal Al-Qur'an seperti yang berjalan pada masa ini dan juga dengan adanya Institut Tahfiz Al-Qur’an, maka kita insya-Allah ada harapan untuk dapat melahirkan lebih ramai lagi penghafal-penghafal Al-Qur'an yang berilmu dan berkualiti.
Al-Qur'an adalah sumber ilmu pengetahuan. Di dalam Al-Qur'an, manusia digalakkan untuk menyelidik fenomena alam, seperti pertukaran malam dengan siang, kekayaan bumi, air, udara, api, rahsia kelahiran dan kematian dan lain-lain. Di dalam Al-Qur’an juga terkandung dasar-dasar ilmu pengetahuan dan teknologi, ilmu kedoktoran, ilmu astronomi, ilmu matematik dan lain-lain selain terdapat ayat-ayat mengenai sejarah, perubatan, pemakanan, kesihatan dan bahkan mengenai kesusasteraan yang kesemuanya itu boleh menjana pertumbuhan tamadun dan pemikiran. Ini bersesuaian sekali dengan tema sambutan pada kali ini ‘Al-Qur'an Sumber Inspirasi’.
Dengan menjadikan Al-Qur'an sebagai panduan hidup, umat Islam akan mampu mencapai kejayaan sebagaimana pada zaman keemasannya dahulu. Tetapi sekarang, umat Islam tertinggal di belakang kerana mereka tidak atau kurang mengambil inspirasi dari Al-Qur'an. Al-Qur'an cuma dibaca, tidak dijadikan panduan. Sepatutnya di samping kita membaca, isinya juga hendaklah dijadikan dasar dan asas panduan.
Oleh itu tidak boleh tidak, adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk kembali kepada petunjuk Al-Qur’an bagi meraih kegemilangan. Dalam makna lain, kita perlu bangun selaku generasi pembaca, di samping sekali gus menjadi pengamal ajaran Al-Qur'an itu.
Untuk melahirkan generasi Al-Qur’an, beta telah pun memperkenankan beberapa skim penggalak berupa elaun bulanan kepada sesiapa yang diperakui lulus hafalan oleh Lembaga Tasmi’e, mengikut kategori. Beta juga memperkenankan Skim Penggalak Kecemerlangan Membaca Al-Qur'an bagi qari dan qariah yang dihantar mewakili negara ke Pertandingan-pertandingan Membaca Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa khususnya Majlis Tilawah Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur. Bagi siapa yang berjaya memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam Majlis Tilawah ini akan diberikan hadiah galakan berupa wang tunai.
Sebagai galakan seterusnya, beta juga telah memperkenankan pemberian elaun sebanyak dua ribu ringgit sebulan bagi sepanjang hayat, kepada qari dan qariah penyandang johan dalam Majlis Tilawah Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia. Elaun ini juga adalah sebagai tanda pengiktirafan kerajaan kepada penyandang dan penghargaan atas sumbangan mereka mengangkat nama baik negara. Ia juga diharapkan dapat menyuntik semangat supaya lebih ramai lagi rakyat beta yang akan turut mempelajari dan meminati seni membaca Al-Qur'an itu sehingga kita benar-benar menjadi generasi Al-Qur'an.
Ke arah menjayakan gagasan ini, semua keluarga di negara ini perlulah memberikan perhatian yang serius terhadap pengajian Al-Qur'an bagi anak-anak. Tidak ada siapa yang patut berkecuali daripada tanggungjawab ini. Sesungguhnya tidak syak lagi keluarga yang hebat lagi bahagia itu ialah 'Keluarga Al-Qur'an'.
Menyentuh berkenaan dengan keluarga ini, negara kita telah pun mengadakan Sambutan Hari Keluarganya yang pertama. Tujuan sambutan adalah untuk mengukuhkan lagi institusi keluarga itu. Tetapi perlu diingat, pengukuhan tidaklah akan berhasil, cuma dengan program-program hiburan atau majlis-majlisan semata-mata.
Setiap keluarga mestilah bijak menggunakan masa, termasuk merebut peluang dari hari-hari kelepasan atau cuti-cuti awam umpamanya, untuk mengajar atau membawa anak-anak ke kelas-kelas tambahan Al-Qur'an atau lain-lain yang bersifat ilmu.
Kita tidak wajar membiarkan atau menggunakan masa terbuang begitu saja. Kerana masa itu adalah emas, semua orang memerlukannya untuk digunakan pada tempat-tempat yang selayaknya. Cuti awam juga adalah masa yang amat berharga, semua orang sangat berhajat kepadanya, tetapi adakah semua orang juga tahu memanfa’atkannya?
Kerana ia sangat dihajati dan diperlukan itulah maka mulai dari tahun 1433 Hijrah ini, cuti awam bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah beta perkenankan untuk dilanjutkan dari dua hari seperti yang berjalan selama ini kepada tiga hari.
Beta berharap, dengan tambahan cuti tersebut, umat Islam di negara ini pada khususnya, akan lebih banyak peluang untuk bersama-sama dengan keluarga masing-masing bagi menikmati kehidupan berkeluarga yang sebenar-benarnya. Sambil itu juga akan menambahkan lagi peluang untuk setiap keluarga dapat melakukan pelbagai aktiviti secara bersama-sama.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Labels:
TITAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment