Posting mengikut label

Friday, August 24, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI NDP

LIMBARUH HIJAU, 4 SYAWAL 1433 / 22 OGOS 2012 : Jabatan Setiausaha Agung (JASA) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) tengah hari tadi telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang dihadiri oleh hampir 100 orang pemimpin-pemimpin Pusat , Perhubungan Daerah dan Ranting-ranting NDP diLimbaruh Hijau, Markas Pusat NDP disini. Majlis diadakan sebaik sahaja rombongan NDP selesai menghadiri Majlis Junjung Ziarah di Istana Nurul Iman.


Dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti, Presiden NDP Saudara Mahmud Morshidi Othman telah mengingatkan ahli-ahli NDP bahawa “bulanmadu” NDP berakhir sebaik tamatnya Syawal dan berlalunya Aidil Fitri. Ini bererti NDP perlu bergerak lebih aktif dan setiap anggota dibarisan kepimpinan hendaklah merangka dan melaksanakan gerak kerja yang berterusan, tersusun dan kemas. 

Beliau turut menyeru supaya pimpinan parti mengambil langkah segera mengaturkan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting bagi ranting-ranting yang belum sempat mengadakan mesyuarat agung mereka. Disamping itu, Presiden juga menasihatkan mereka supaya mengambil kesempatan disambutan Hari Raya ini untuk menziarahi rumah-rumah bagi tujuan menghidupkan semangat Syawal dan mengeratkan lagi ukwah sesama ahli parti.

Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Saudara Haji Md. Zapar bin Haji Shamsuddin, MantanKetua Biro Hal Ehwal Agama NDP.

No comments: