Posting mengikut label

Friday, August 24, 2012

NDP JUNJUNG KASIH KEMUDAHAN DIBERIKAN


 

ISTANA NURUL IMAN, 4 SYAWAL 1433 / 22 OGOS 2012 : Rata-rata pemimpin-pemimpin Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang mengikuti rombongan junjung ziarah ke Istana Nurul Iman sempena Istana Terbuka  bagi  melahirkan rasa teruja diatas persediaan dan layanan istimewa pengurusan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Istana Terbuka Kebawah DYMM 1433 / 2012.
Timbalan Presiden NDP, Saudara Haji Juned bin Haji Ramli tersentuh apabila mendapati ruang taman dalam istana telah diubahsuai menjadi sebahagian dewan menunggu pengunjung-pengunjung Istana NurulIman.

“Kemudahan dewan menunggu yang begitu besar, berhawa dingin  danamat selesa, setentunya dibina untuk kepentingan rakyat dan pengunjung” ujarbeliau.
Beliau menambah NDP ama ttersentuh diatas keperihatinan Kebawah DYMM walaupun sebelum ini pada hemat NDP, dewan menunggu tersebut sudah cukup selesa.

Sementara itu, Setiausaha Agung NDP, Saudara Haji Jefry bin Haji Mohd. Daud turut menzahirkan rasa bersyukur dan menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah DYMM diatas sikap keperihatinan baginda dalam memeduli dan menjaga kepentingan rakyat baginda dan pengunjung yang bertandang ke Istana NurulIman.
“Selaku rakyat Kebawah DYMM, kita seharusnya menggunakan peluang yang terbuka luas ini untuk menemui dan menghadap Kehadapan Majlis Kebawah DYMM serta ahli-ahli kerabat yang lainnya,” ucapbeliau. Beliau penuh yakin dan percaya bahawa persediaan dan persiapan di Istana tersebut menzahirkan hasrat Kebawah DYMM yang amat mengalu-alukan kehadiran rakyat baginda dari seluruh negara. Perkara ini walaupun tidak terungkapkan namun ia amat jelas terpancar dibalik senyuman dan rautwajah Kebawah DYMM dan kerabat yang lain.




Manakala Saudari Dk. Nuurul Azadah M.E PgHaji Abu Bakar, Penolong Setiausaha Agung NDP mewakili rombongan Wanita NDP melahirkan rasa gembira diatas layanan mesra yang diberikan oleh petugas-petugas sepanjang majlis berlangsung.

“Pengurusan yang cekap dan teratur telah memberikan banyak kemudahan kepada pengunjung pada hari ini. Ahli-ahli Wanita NDP khususnya warga emas yang turut serta dalam rombongan ini melahirkan rasa syukur mereka diatas kerjasama yang telah diberikan oleh petugas-petugas di Istana berkenaan,”tambah beliau.

Demikian juga Saudari Hajah Rauyah binti Haji Silim , seorang warga  emas NDP yang tidak ketinggalan untuk turu thadir kemajlis berkenaan menyatakan rasa kepuasan hati beliau dan melahirkan rasa syukur kerana mempunyai raja yang begitu perihatin.
“Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri merupakan raja yang berjiwa rakyat. Disamping penyediaan jamuan yang lazat dan beraneka pilihan, pengunjung juga turu tdibekalkan dengan cenderahati yang indah. Apa yang lebih bernilai ialah Kad Hari Raya yang terdapat gambar Kebawah DYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk disimpan sebagai kenangan ,” ujarbeliau.

No comments: