Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, August 16, 2012
KDYMM: Negara komited bantu satukan ummah
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, Selasa, 14 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam menyokong inisiatif Kebawah Duli Yang Maha Mulia Penjaga Dua Masjid Suci untuk menubuhkan The Centre for Dialogue for Dialogue for Islamic Doctrines di Riyadh dan akan terus komited untuk menyumbang setakat yang termampu dalam membantu menyatupadukan Ummah dan memastikan tidak seorang pun yang tercicir.
Dengan yang demikian, ianya diharap akan dapat membantu membina semula keyakinan demi masa depan yang aman dan sejahtera, titah baginda.
Baginda bertitah demikian di Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasma Islam (OIC) Keempat yang berlangsung di Safa Palace di sini.
Dalam pada itu baginda bertitah mengambil maklum akan keadaan Ummah ketika ini yang terbahagi kepada dua situasi kehidupan yang jauh berbeza yang secara langsung menggugat serta memberi cabaran kepada perpaduan OIC.
Memandangkan kepada situasi tersebut baginda menekankan bahawa satu kelompok mesyarakat Islam hidup dalam keadaan yang terarah, maju, berkeyakinan dan berjaya, yang mana dapat dilihat di dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, politik, perindustrian, sosial dan kebudayaan.
Perkara ini melambangkan yang mesyarakat Islam boleh berjaya menguasai kesemua aspek kehidupan dunia global. Dalam erti kata yang lain, ianya juga menunjukkan bahawa keluarga dan mesyarakat Islam mampu menghadapi cabaran-cabarannya dengan yakin, titah baginda.
Dalam hubungan ini, baginda mengambil maklum bahawa sebilangan projek antarabangsa seperti Matlamat-Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Program Tindakan Sepuluh Tahun OIC telah secara perlahan dapat dijayakan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah bahawa dalam masa yang sama juga terdapat satu lagi keadaan ummah yang sangat jauh berbeza di mana mereka terus menghadapi keadaan kehidupan yang sangat sengsara seperti yang terpapar dalam media massa di setiap hari.
Melihat kepada suasana tersebut, baginda melahirkan kekhuatiran yang mendalam terhadap situasi tersebut dan apa yang lebih membimbangkan ialah ketiadaan panduan jelas bagaimana untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.
Dalam hubungan ini, baginda bertitah melahirkan penghargaan di atas jemputan yang bertepatan pada waktunya daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Penjaga Dua Masjid Suci Arab Saudi bagi negara-negara ahli OIC untuk mengadakan perjumpaan dan menangani situasi berkenan di bulan Ramadan yang suci dan penuh dengan keberkatan.
Baginda seterusnya bertitah bahawa inilah masanya untuk negara-negara ahli bertemu, bersatu dan membantu.
Semasa persidangan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah, mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Islam Iran di atas kejadian gempa bumi di Iran baru-baru ini.
Baginda juga melahirkan rasa keprihatinan kepada muslimin dan muslimah yang menghadapi cabaran dan kesukaran ekonomi, politik dan keselamatan yang membimbangkan.
Hadir sama bagi mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia di siding itu ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.
Selesai persidangan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Sahur yang dihoskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud yang diadakan di Mina Palace, Makkah Al-Mukarramah.
Majlis Santap tersebut juga dihadiri oleh pemimpin-pemimpin lain yang menghadiri Sesi Luar Biasa Keempat Persidangan Kemuncak Islam.
Dipetik dari - Pelita Brunei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment