Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Thursday, November 21, 2013
JANGAN BIARKAN TITAH 'BEMALAM'
LIMBARUH HIJAU, 20 NOVEMBER 2013 : Pergerakan Puteri Pembangunan (3P) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berharap pihak-pihak berkepentingan tidak akan 'memalamkan' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mengariskan kegusaran baginda terhadap kebajikkan dan kesejahteraan belia-belia dan harapan seorang raja akan masa depan rakyat generasi pelapis yang akan menentukan survivability bangsa Melayu Islam Beraja ini.
Antara lain baginda mengingatkan belia-belia agar tidak hanyut oleh budaya berseronok-seronok yang boleh menjejaskan masa hadapan mereka.
Baginda menyeru agar mereka berusaha memahami dan menghayati undang-undang syariah yang akan dikuatkuasakan agar mereka menjadi belia-belia yang mendapat pentunjuk dan matang.
Baginda juga merakamkan kebimbangan terhadap isu pekerjaan dan pengangguran yang mana pada masa ini dianggarkan sejumlah 18,000 dari kalangan mereka masih mencari pekerjaan.
Baginda juga menyentuh mengenai keterlibatan belia-belia dalam kerja-kerja amal sambil meluahkan harapan agar tren tersebut dapat diperkukuh dan dipertingkat senhingga menjadikan belia-belia Brunei termasuk golongan yang prihatin, matang dan sivik
Sehubungan dengan titah tersebut, Pergerakkan Puteri Pembangunan NDP (3PNDP), menyeru pihak berkenaan agar dapat mengambil langkah-langkah segera demi meyahut hasrat baginda Sultan.
Antaranya 3PNDP menyarankan agar elaun pengangguran dapat diperkenalkan kepada para belia yang masih belum mempunyai pekerjaan.
Saran tersebut dibuat sebagai menyahut kebimbangan Kebawah DYMM di dalam Titah Baginda sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-8 Tahun 2013 yang menyebutkan jumlah pengangguran di Negara Brunei Darussalam lebih kurang 18 ribu orang.
Puteri NDP turut merasakan kebimbangan KDYMM yang menyentuh tentang isu pengangguran yang boleh menyebabkan tergugatnya kestabilan sesebuah negara.
Dalam hal ini, Pg Nuurul Azadah Pg Hj Abu Bakar, Setiausaha 3PNDP mengingatkan bahawa, “Ledakan belia (youth bulge) yang berlaku di beberapa buah negara, mengambil contoh dengan berlakunya ‘Arab Spring’ yang mengakibatkan kejatuhan sesebuah negara itu adalah dipimpin dan diterajui oleh para belia khususnya belia yang menganggur. Pengangguran yang tinggi merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan sesebuah regime.”
“Jumlah pengangguran di Negara Brunei Darussalam berada di tahap yang tinggi dan amat mengerunkan. Dalam hal ini adalah dicadangkan agar pihak kerajaan menimbang untuk meberikan elaun pengangguran (unemployment benefits) sekurang-kurangnya pada kadar BND300 sebulan kerana ini akan dapat mengurangkan beban tangungan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengangur disamping boleh membantu para belia mengawal perasan dan tekanan akibat tidak mempunyai pendapatan. Unemployment benefits ini telah diamalkan di berapa buah Negara Eropah “ ujar Nuurul Azadah lagi.
Puteri NDP juga amat teruja dengan pernyataan baginda yang berterus terang menyebutkan bahawa para belia pada masa inilah merupakan generasi yang bakal meneraju kepimpinan di masa akan datang, oleh itu tambah Nuurul Azadah, “para elite Negara hendaklah jujur menilai prestasi para Belia di negara ini dan jika sekiranya masih didapati banyak kekurangan maka negara tidak punya banyak masa lagi dan harus segera mengaturkan program-program yang boleh membina jatidiri, akhlak, sikap dan pendirian para belia seperti yang dhasratkan oleh Kebawah DYMM.”
Beliau menambah, “Adakah pihak berkenaan berpuas hati dengan pencapaian kemajuan belia di Brunei pada hari ani? Pernahkan pihak berkenaan membuat kajian terperinci secara saintifik status belia dari aspek tahap pendidikan belia, pendedahan belia kepada isu-isu semasa dan penghayatan para belia kepada Islam sebagai Ad Din? Pada pengamatan kami Puteri Pembangunan, tumpuan-tumpuan hendaklah diberikan kepada aspek-aspek ini kerana itu menjadi tunggak kepada pembangunan belia seperti yang dihasratkan oleh KDYMM,” tegas Nuurul Azadah lagi.
Beliau menambah, “Puteri NDP turut merasakan kebimbangan KDYMM tentang ketidak sepadanan atau mismatch dalam pasaran buruh dari aspek pembekalan (supply) dengan permintaan (demand) yang juga banyak menyumbang kepada terjadinya pengangguran. Perkara ini amat membimbangkan kerana jika berlaku ketidak sepadanan atau ketidak seimbangan antara supply dan demand ini boleh menjurus kepada kebangkitan massa. Perkara ini tidak mustahil berlaku apabila negara gagal memenuhi kehendak dan keperluan rakyatnya, tentu sekali perkara ini tidak kita inginkan berlaku di negara ini.”
3PNDP amat mengalu-alukan seruan agar para belia merebut peluang pekerjaan di sektor swasta dan di bidang keusahawanan agar para belia tidak bergantung dan mengharapkan untuk bekerja dengan kerajaan semata-mata, oleh yang demikian “ adalah juga diseru pihak berkenaan agar dapat menetapkan kadar gaji minima yang munasabah berdasarkan sektor perkhidmatan/pekerjaan umpamanya tangga minima gaji bagi pekerja tempatan di sektor perkhidmatan runcitan sekitar BND600 di samping tambahan BND250 elaun kurnia khas yang dicadangkan oleh NDP supaya dilaratkan ke sektor swasta, kerana belia-belia di negara Brunei Darussalam bukanlah memilih pekerjaan tetapi mereka memilih gaji yang ditawarkan serta kemudahan yang disediakan demi menjamin dan memenuhi tuntutan kehidupan mereka,” jelas Nuurul Azadah.
Di samping itu juga, “Puteri NDP menyeru supaya pihak berkenaan mewujudkan kumpulan mentor yang berfungsi untuk membantu belia yang ingin memulakan perusahaan atau perniagaan sendiri. Selain dari menyediakan khidmat mentorship, pihak berkenaan juga disaran agar menyediakan kemudahan bengkel operasi, peralatan dan modal pusingan secukupnya secara percuma untuk satu tempoh yang munasabah. Kerana hanya dengan komitmen pihak berkenaan seperti ini akan melahirkan usahawan muda yang berkeyakinan tinggi dan berdaya maju, insya Allah,” jelas Setiausaha 3P lagi.
Menyentuh Titah KDYMM mengenai budaya suka berseronok, Puteri NDP turut menyeru para belia agar tidak terpengaruh dengan persekitaran yang mencabar emosi mereka. Dalam konteks ini diseru pihak berkenaan agar menutup dan mengurangkan pintu-pintu “berseronok”, namun demikian fitrah kejadian manusia yang inginkan hiburan dan ketenangan. Keinginan tersebut hendaklah diisi oleh pihak berkenaan dengan program-program untuk remaja belia yang bermanafaat disamping mencetuskan kesedaran mereka melalui sistem pendidikan yang holistic yang tidak meminggirkan pendidikan co-curriculum dan program yang disediakan itu perlulah program yang boleh diterima oleh para belia keseluruhannya.”
Puteri Pembangunan dalam masa yang sama tersentuh apabila KDYMM menyeru para belia agar tidak ketinggalan untuk mendokong perlaksanaan undang undang jenayah syari’ah. Puteri NDP melihat ianya sebagai satu isyarat KDYMM memerlukan sokongan mantap daripada rakyat keseluruhannya terhadap perwartaan kanun jenayah syari’ah tersebut, maka di sini mewakili seluruh Pergerakan Puteri Pembangunan menzahirkan sokongan sepenuhnya dan berdiri teguh dibelakang KDYMM dalam melaksanakan Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah seperti yang dititahkan oleh KDYMM pada 22 Oktober 2013 yang lalu.”
Puteri NDP juga turut berbangga dengan penglibatan para belia dalam kerja-kerja sukarelawan. Walaupun Negara Brunei Darussalam antara negara anggota yang mempelopori ASEAN Young Professional Volunteer Corps, namun demikian 3P masih tidak nampak pencapaian yang diperolehi oleh ASEAN Young Volunteer Corps ini dan kumpulan sukarelawan yang lainnya di Negara Brunei Darussalam.
Oleh itu dipohonkan pihak berkenaan akan dapat mendedahkan pencapaiannya supaya menjadi rangsangan kepada belia lainya untuk melibatkan diri dalam program seumpama itu. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti berkebajikan dan berpahala yang sewajarnya diwar-warkan dan dibuka seluasnya untuk penglibatan lebih ramai belia, ujarnya lagi.
Dipetik dari - Laman Aspirasi NDP
Labels:
BELIA,
LAMAN ASPIRASI,
NDP,
PEKERJAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment