Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Wednesday, November 6, 2013
MIMPI INDAH TEMBURONG MENJADI KENYATAAN
LIMBARUH HIJAU, NOVEMBER 4, 2013: IMPIAN DAN DO'A rakyat dan penduduk di Daerah Temburong untuk melihat wilayah mereka yang mundur, terpisah dan terpencil; satu hari nanti berkembang maju dengan pesatnya seperti juga daerah-daerah lain di negara ini akhirnya akan menjadi kenyataan.
Kalau ramai orang kesal melihat Temburong sebagai sebuah daerah yang jauh di mata jauh di hati, sunyi senyap hingga membuatkan jelamanya terpaksa berhijrah ke daerah yang lebih maju kerana susah cari makan, insya Allah, semua ini akan menjadi sejarah.
Satu hari nanti (dan ini bukan lagi satu angan-angan), Temburong akan dikenali sebagai 'Pusat Ilmu dan Tamadun Islam', satu nilai tambah kepada jenama kini Temburong sebagai 'Permata Hijau' Negara Brunei Darussalam dan 'Jantung Hati Borneo'.
Alhamdullilah, kesungguhan politik (Political Will) untuk mentransformasikan Daerah Temburong sebagai 'Pusat Ilmu dan Tamadun Islam' datangnya dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sendiri.
Baginda bertitah,"...Beta dari sudut kesesuaiannya, amatlah cendrung jika Kampus Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali itu didirikan di Daerah Temburong".
"Dengan berdirinya Kampus Universiiti in di Temburong, tidak syak lagi, ia akan menjadi mercu tanda kemajuan Temburong. Temburong dengan sendirinya akan menjadi pusat ilmu dan tamadun Islam".
"Seperti saja kita terbayang bahawa Temburong akan lebih cepat berkembang serta menjadi lebih menarik pada masa hadapan".
Bayangkan, titah baginda, dengan adanya jambatan kelak, perjalanan daripada Bandar Seri Begawan hanyalah akan mengambil masa yang singkat.
Sehubungan dengan titah baginda tersebut, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan ini dengan penuh hormat serta takzim merafakkan sembah kesyukuran serta menyembahkan ucapan tahniah kehadapan majlis KDYMM atas hasrat titah baginda membangunkan Temaburong sebagai pusat ilmu dan tamadun Islam.
"Keghairahan menunggu detik bermulanya Maal Hijrah 1 Muharram 1435 ini dengan penuh kesyukoran dan taqwa bertambah gembira apabila mendengar titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Bruneri Darussalam semasa bercemar Duli merasmikan Ghafl Al-Takharruj Ke- 3 di UNISSA pada 28 Zulhijjah 1434 / 2 Nobember 2013".
"Titah baginda berhubung dengan pembinaan kampus tetap UNISSA di Daerah Temburong amat bertepatan dengan masanya, apa tah lagi belumpun sampai sebulan baginda telah bertitah memperkenankan pelaksanaan Kanun Jenayah Syari’ah", ujar Sdra. Juned Haji Ramli, selaku Timbalan Presiden.
Beliau melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga dan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah DYMM atas titah baginda itu.
NDP, jelas beliau, menyambut baik dan seterusnya mengalu-alukan hasrat baginda itu supaya kampus berkenaan didirikan di daerah Temburong.
Hasrat murni dan ikhlas baginda itu selayaknya disokong dan di-alu-alukkan sebagai usaha berterusan baginda meninggikan syiar Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam pentadbiran dan amalan seharian.
TYT. Timbalan Presiden seterusnya menambah, "Dalam hal ini, tidak salah kiranya kita mengimbas kembali bahawa Manifesto Parti Pembangunan Bangsa (NDP) 2006 - 2016 telah mempersembahkan wawasannya agar Daerah Temburong dijadikan sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu "
Dengan menjadikan Daerah Temburong sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu sudah tentunya akan memberikan satu lagi kemajuan di daerah berkenaan seiring dengan keputusan baginda memperkenankan pembinaan jambatan yang akan menghubungkan daerah Brunei Muara dengan daerah Temburong.
Menyentuh Manifesto Politik NDP 2006 - 2016, sdra Juned Ramli seterusnya berkata, dalam manifesto tersebut ada menyebutkan," Kerajaan yang kaya seperti Negara Brunei Darussalam mempunyai tanggungjawab memperkembangkan ilmu sesuai dengan tuntutan Islam agar ummatnya mencintai ilmu. Maka sebagai sebuah negara yang berkemampuan, wajarlah sebahagian rezeki kurniaan Allah SWT kepada negara ini diperuntukkan untuk membangunkan daerah Temburong sebagai Kota Kampus atau Kota Ilmu yang akan menempatkan sarjana-sarjana besar dunia mengkaji, menulis dan menterjemah pelbagai disiplin ilmu.
Usaha ini juga akan memudahkan dalam usaha menubuhkan pusat pengumpulan buku-buku ilmiah seluruh dunia, menyediakan kemudahan dan galakan R&D dalam berbagai-bagai bidang yang akan menjadi sumbangan besar negara kepada perkembangan ilmu dan pembinaan tamadun dunia, terutama tamadun Islam, jelas sdra Juned Ramli merujuk manifesto yang dimaksudkan.
Beliau juga merujuk usul yang diangkat di Kongres Agung Tahunan ke-2 pada 23-24 Jun 2007 , Kongres Agung Tahunan Ke - 3 pada 20-22 Jun 2008, Kongres Agung Tahunan Ke-4 pada 21 Jun 2009 mengenai 'Menaiktaraf dan Membangunkan Daerah Temburong'.
Katanya ketetapan dan persetujuan telah dicapai di kongres-kngres yang dimaksudkan untuk menggesa Kerajaan Kebawah DYMM supaya mengambil pendekatan strategi pembangunan menyeluruh dalam memajukan daerah Temburong supaya tidak ada lagi kawasan yang terus tercicir dari arus pembangunan.
Berita gembira ini tentunya disambut dengan rasa syukur dan gembira terutama oleh rakyat dan penduduk di Daerah Temburong yang selama ini dahagakan pembangunan di daerah mereka selain seabagi tanda pemadulian dan tanggungjawab seorang raja kepada rakyatnya, ujar TYT Timbalan Presiden.
Dipetik dari - Laman Aspirasi NDP
Labels:
LAMAN ASPIRASI,
MANIFESTO NDP,
NDP,
PEMBANGUNAN,
PENDIDIKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment