Posting mengikut label

Showing posts with label TITAH. Show all posts
Showing posts with label TITAH. Show all posts

Monday, October 23, 2017

Titah Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta



Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Majlis Istiadat Mengadap Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta Pada Hari Khamis 14 Muharram 1439 / 5 Oktober 2017 Bertempat Di Istana Nurul Iman

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta mengucapkan syukur kehadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, dapatlah kita bersama-sama meraikan Sambutan Jubli Emas Beta menaiki takhta, dalam suasana aman, tenteram dan harmoni.

Hari ini adalah hari paling bersejarah bagi Beta sendiri, dan juga bagi seluruh rakyat dan penduduk di negara ini. Sejarah Beta adalah juga sejarah bangsa dan negara. Kerana siapa Beta selaku raja, tidak boleh putus hubungan dengan bangsa dan negara. Tegasnya, Beta, tetap berkongsi sejarah dengan mereka.

Kerana itulah, perayaan ini menjadi milik bersama di antara Beta selaku raja dan rakyat jelata. Kalau Beta dilihat gembira, maka rakyat juga adalah berhak untuk bergembira. Jika Beta bersyukur, maka rakyat juga patut bersyukur.

Demikian itu hubungan raja dengan rakyat. Tidak ada tembok pemisah di antara mereka. Kewajipan raja berlaku adil kepada rakyat, sementara kewajipan rakyat pula menta’ati raja. Raja berkewajipan untuk mengetahui susah senang rakyat, sementara rakyat pula dituntut untuk bersimpati kepada raja. Inilah namanya kewajipan timbal balik untuk kesejahteraan semua. Raja dan rakyat sama-sama memegang amanah besar ini.

Inilah rukun kehidupan kita di negara ini. Ia telahpun wujud dengan jayanya semenjak dari enam ratus tahun lagi. Marilah kita pelihara ia, dan teruslah memupuknya sehingga zaman berzaman.

Menzahirkan rasa sukacita yang mendalam, Beta dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Beta kepada semua peringkat jawatankuasa yang bertanggungjawab dan bertungkus lumus merancang dan menjayakan sambutan ini.

Penghargaan yang sama juga tidak diabaikan terhadap Kerabat Diraja, Orang-Orang Bergelar, pemimpin-pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat, sama ada yang berada di dalam atau di luar negara, di atas sokongan berterusan dan ta’at setia mereka kepada Beta dan Kerajaan. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala yang akan memberkati dan melimpahkan rahmat dan hidayat-Nya kepada kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Thursday, July 20, 2017

Titah Kebawah DYMM sempena Hari Keputeraan yang ke 71 Tahun pada 15 Julai 2017



Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan yang ke 71 Tahun pada hari Sabtu, 21 Syawal 1438 / 15 Julai 2017.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah  Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Alhamdulillah, Beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat pula merayakan hari keputeraan Beta pada tahun ini dalam suasana aman dan sejahtera.

Mula-mula ingin Beta merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu khas Beta yang sudi hadir, dan juga kepada semua pihak yang telah menyembahkan perutusan ucap selamat kepada Beta dan keluarga bersempena dengan perayaan ini.

Tiada nikmat yang sangat bernilai yang telah dan sedang dinikmati oleh Brunei Darussalam, melainkan nikmat aman, bersatu padu serta makmur. Oleh itu, semua pihak hendaklah berazam sambil memohon kepada Allah, supaya nikmat ini dikekalkan dan terus subur.

Dalam bidang pertumbuhan ekonomi, Beta gembira menyaksikan pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan ke arah itu. Dua pendekatan utama sedang di fokus bagi memastikan bahawa pertumbuhan adalah benar-benar berlaku. Pendekatan pertama ialah meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan kedua, menyokong serta menggalakkan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana untuk mampu menembusi pasaran-pasaran serantau dan antarabangsa. Dan untuk ini Beta mahu, supaya sektor awam dan swasta sama-sama berganding bahu mempertingkat daya inovasi dan kreativiti masing-masing, sehingga mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan berkualiti.

Dalam konteks ini, pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan adalah diharapkan untuk membentuk persekitaran kondusif bagi kemajuan perkapalan dan logistik sebagai usaha memenuhi keperluan import / export.

Selain itu, satu usahasama atau 'joint-venture' juga sudah dijalin antara Darussalam Assets dengan sebuah syarikat luar negara bagi mengendalikan secara profesional Pelabuhan Muara. Ini juga diyakini dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Di akhir-akhir ini kita wajar berbangga, dengan bertambahnya para belia tempatan yang berani muncul menceburi bidang-bidang perniagaan dan perusahaan. Bukan setakat menceburi sahaja, malah berupaya menawarkan produk-produk mereka melalui pelbagai kemudahan atau platform terkini, disamping tidak ketinggalan memanfaatkan kemudahan bangku-bangku jualan yang disediakan oleh Kerajaan.

Ini tidak syak lagi adalah satu perkembangan memberangsangkan.

Perkembangan lain, Kerajaan Beta juga, kini sedang melipatgandakan usaha untuk melengkapkan para belia dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian. Ini berlaku melalui beberapa program tertentu, disamping, Unit Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, juga secara khusus, telah mengenalkan kursus berasaskan Rangka Kemahiran Industri atau Industry Competency Framework (ICF).

Bagi maksud ini, Beta telah pun memperkenankan satu inisiatif tambahan, Penubuhan Pusat Pembangunan Kapasiti (PPK), yang akan menawarkan latihan-latihan kepada anak-anak tempatan bagi melayakkan mereka menjawat pelbagai pekerjaan di sektor swasta termasuk syarikat-syarikat Pelaburan Langsung Asing.

Kita adalah menyedari, bahawa pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih dalam keadaan 'perlahan'. Oleh itu, sangat penting bagi Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan mensasarkan usaha-usaha mereka ke arah mempercepatkan pertumbuhan keluaran syarikat-syarikat di bawah jagaan masing-masing, sama ada syarikat-syarikat itu milik swasta atau kerajaan, terutamanya syarikat-syarikat dari sektor bukan minyak dan gas.

Peningkatan produktiviti dijangka mampu untuk memperbaiki daya saing keluaran syarikat-syarikat, dan sekali gus membolehkan mereka menembusi pasaran export. Meneroka pasaran export oleh pengusaha-pengusaha tempatan boleh menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan memperbaiki kedudukan fiskal kerajaan.

Satu lagi perkembangan dan pencapaian membanggakan, ialah dalam bidang pengajian tinggi. Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menempah rekod mengekalkan kedudukannya dalam ranking universiti Asian atau 'Asian QS University Rankings'.

Perlu diingat, bidang pengajian juga adalah satu pelaburan sepanjang hayat. Ia juga berstatus lambang dan suluh kehidupan. Sebab itu pendidikan tidak boleh layu atau lemah, tetapi untuk selamanya, ia perlu segar dan cemerlang.

Namun kecemerlangan itu di sini, masih saja tertakluk kepada kemampuan kita mengadakan pendidikan seimbang, ukhrawi dan duniawi. Lebih-lebih lagi sekarang, dunia sudah terbuka luas kepada budaya 'bercampur-campur', budaya baik dan budaya buruk, di mana pendidikan ukhrawi sahaja yang mampu untuk membezakan antara dua budaya ini untuk kita membuat pilihan. Kerana itu pendidikan Islam sangatlah perlu untuk lebih mantap dan menyerlah.

Dalam amalan antarabangsa, kita akan terus memupuk dan mempertingkatkan kerjasama dengan negara-negara sahabat, sama ada melalui hubungan biasa mahupun melalui keahlian kita dalam pertumbuhan-pertumbuhan serantau dan antarabangsa.

Dalam era yang tidak menentu ini, persahabatan antara negara-negara di dunia adalah perlu wujud dan berkekalan. Kerana jika tidak, inilah punca keamanan boleh tergugat, di mana kita selaku negara dan orang Islam, sepatutnya lebih memahami perkara ini, berdasarkan, ugama Islam sendiri telah menganjurkan hidup berbaik-baik dengan siapa saja, dan khusus bagi sesama Islam pula, kita telah pun diajar untuk tidak memutuskan tali silatur rahim.

Akhirnya, Beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang  berkhidmat di sektor swasta, termasuk mereka yang bertugas di luar negara di atas sumbangan dan sokongan mereka kepada Kerajaan Beta.

Penghargaan yang setinggi-tingginya juga disampaikan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan di kedua peringkat kebangsaan dan daerah, atas segala khidmat mereka menjayakan Perayaan ini.

Beta berdo'a semoga kita semua serta Negara Brunei Darussalam akan senantiasa kekal aman dan makmur, dikurniakan rahmat dan perlindungan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah,  Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thursday, March 23, 2017

Titah KDYMM Sempena Majlis Pembukaan Rasmi MMN ke-13 pada 6 Mac 2017


KDYMM berkenan mengurniakan titah pada Majlis Istiadat Perasmian
Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-13 MMN

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du

BETA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat pula bersama-sama di Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi bagi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-13 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada hari ini. Beta terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli di atas pelantikan semula dan juga Ahli-Ahli MMN yang baru dilantik.

Beta juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada bekas Ahli-Ahli MMN di atas sumbangan mereka di dalam persidangan - persidangan majlis yang lalu.

Beta berharap dengan pelantikan ahli-ahli baru, akan membawa kesan yang baik dan positif kepada persidangan ini. Beta percaya ahli-ahli akan dapat menanai tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur serta bersikap terbuka dan bebas dalam memberikan apa jua pandangan.

Dalam persidangan inilah ahli-ahli akan berpeluang untuk membincang atau membahas isu-isu yang dianggap mustahak.

Di antara isu mustahak itu ialah yang berkaitan dengan ekonomi. Kita semua sudah maklum, bahawa keadaan ekonomi dunia terus mengalami ketidaktentuan, walaupun pada akhir-akhir ini harga minyak dunia menunjukkan tanda-tanda positif.

Namun begitu, kita masih saja, perlu terus berwaspada, kerana harga minyak dunia dijangka berada pada paras yang rendah tanpa mungkin dianggarkan tempohnya. Maka kerana itu, kerajaan beta perlu terus giat untuk mempelbagaikan ekonomi negara.

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, usaha ke arah ini sudah mula menampakkan kesannya, walaupun hasil yang diraih masih memerlukan masa.

Dari segi pelaburan, kita mula mendapati, banyak pelabur-pelabur asing telah memberikan perhatian mereka terhadap potensi negara sebagai destinasi pelaburan yang berdaya maju. Beberapa projek Pelaburan Langsung Asing akan memulakan operasi mereka, sementara ada juga yang sudah di tahap pelaksanaan, sedang beberapa cadangan pelaburan baru lagi masih dalam penelitian.

Perkembangan ini tentunya positif, ia bukan saja dari sudut pengukuhan ekonomi, malahan juga kesan limpahnya akan dapat kita perolehi. Dari peningkatan aktiviti ekonomi akan membawa lebih banyak lagi wujudnya peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan untuk warga tempatan.

Namun, dengan perkembangan ini, janganlah pula kita cepat-cepat berpuas hati. Tetapi usaha pembaharuan adalah masih perlu diteruskan, kerana transformasi ekonomi memerlukan perancangan jangka panjang.

Matlamat kita ialah untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan yang menarik.

Selaras dengan ini, beta telah pun memperkenankan untuk diwujudkan Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone). Dengan wujudnya zon ini, akan memudahkan lagi aktiviti pelaburan, terutama dalam sektor pembuatan.

Satu lagi keutamaan kerajaan beta ialah meningkatkan nilai dan prestasi Syarikat- Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs). Syarikat-syarikat ini, termasuk syarikat-syarikat yang ditubuhkan melalui usaha sama dengan pelabur-pelabur asing, akan mampu untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, khasnya di sektor bukan minyak dan gas.

Di samping itu, sektor swasta juga akan terus diberi keutamaan untuk membina keupayaan dalam aktiviti-aktiviti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME). Selaras sebagai usaha menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan MSME ini, beta telah pun memperkenankan penubuhan SME Bank.

Penubuhan bank ini dapatlah diharapkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman kewangan yang mudah (accessible financing), bagi mendukung aktiviti-aktiviti perniagaan di negara ini. Bank ini akan beroperasi berdasarkan konsep Syariah (Shariah compliant).

Apapun rancangan, semuanya turut bergantung kepada sumber tenaga manusia. Inilah masalah kita. Di Brunei, sumber tenaga tempatan masih saja bermasalah. Di samping masalah terlalu memilih kerja, juga jadi masalah ialah, sudah dapat kerja di sektor swasta, tetapi tidak kekal lama, hanya sebulan atau seminggu dua sahaja sudah berhenti, balik semula memilih jadi penganggur.

Berkaitan ini, beta telah memperkenankan Apprenticeship satu program untuk diwujudkan khusus bagi graduan-graduan yang masih mencari pekerjaan. Program ini akan dilancarkan pada bulan April 2017 insyaaAllah. Ia akan dikenali Program I-RDY (i-ready), khusus sebagai platform bagi para graduan memasuki alam pekerjaan, sama ada di sektor swasta atau sektor awam.

Menyentuh mengenai keperluan tenaga manusia, penyediaan asas ilmu pengetahuan adalah utama. Maka ke arah ini, pencapaian penuntut-penuntut dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah adalah perlu untuk diberikan penekanan.

Maka untuk itu, agensi-agensi berkenaan perlulah merangka perancangan yang actionable dan realistik serta cost-effective, agar semua isu dapat ditangani secara berkesan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Juga perlu diambil perhatian, bahawa pendidikan masa kini, tidak hanya terhad di bilik-bilik darjah sahaja, tetapi banyak ilmu, maklumat dan kemahiran boleh diperolehi melalui penggunaan teknologi internet, yang boleh diakses dengan mudah dan cepat.

Namun dalam keghairahan memanfaatkan teknologi canggih ini, kita juga dikehendaki supaya jangan lalai dari anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab, yang menggunakan teknologi untuk tujuan-tujuan keburukan, termasuk penggunaan media sosial untuk menyebarkan berita-berita palsu dan fitnah. Semua ini boleh mengundang kepada bencana.

Beta berharap, semua pihak perlu turut menyedari dan mengambil perhatian serius Mengenainya.

Akhirnya, beta berharap Persidangan MMN tahun ini akan memberikan lebih tumpuan kepada perkara-perkara strategik untuk mengukuhkan lagi kemajuan sosioekonomi Negara.

Ahli-Ahli Yang Berhormat juga diharapkan dapat mengemukakan pandangan-pandangan dan saranan-saranan bernas tanpa takut-takut atau ragu-ragu untuk kepentingan masyarakat dan negara.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuesday, February 28, 2017

Titah Kebawah DYMM sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, 2017



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du

MARILAH kita merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat menyambut Hari Kebangsaan Ke-33 pada tahun ini dalam keadaan aman dan makmur.

Pada tahun ini, kita menyambutnya dengan tema 'Menjayakan Wawasan Negara'. Tema ini sangatlah bersesuaian setelah tiga tahun berturut-turut kita memakai tema 'Generasi Berwawasan'.

Wawasan Brunei 2035 telah menetapkan Tiga Matlamat Utamanya. Bagi merealisasikan matlamat ini, beta telah pun memperkenankan Kerangka Kerja, yang antara lain, menggariskan bidang-bidang utama yang perlu diberikan perhatian serta ke arah pencapaian hasil-hasil yang perlu dicapai. Peneraju-peneraju bagi setiap strategi juga telah dilantik.

Kita tidaklah wajar membiarkan wawasan ini sebagai satu retorik intelektual sematamata, yang cuma indah dalam sebutan. Tetapi kita mesti melaksanakannya dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Kita perlu bertindak lebih tangkas bagi menghasilkan impak yang tinggi yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

Untuk ini semua, kita diperlukan terlebih dahulu, untuk bersatu padu. Jangan berpecah-belah. Pastikan, semua usaha yang dibuat adalah secara muafakat, relevan dan menepati peredaran masa. Inilah rahsia atau kunci kejayaan bagi Wawasan Negara 2035.

Ini, meliputi untuk semua, sama ada sektor kerajaan mahupun swasta adalah mustahak untuk memupuk kerjasama dan persefahaman, dalam makna, semua kita adalah dikehendaki untuk bekerja dalam satu pasukan tanpa melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan atau undang-undang.

Walaupun kita sudah memiliki infrastruktur, teknologi, peralatan, mekanisme dan sistem yang baik, namun jika 'dalaman' kita tidak baik, maka hasilnya tetap tidak baik juga. Misalnya apabila di dalam kerajaan terdapat mekanisme yang 'korup', mati sekalipun ianya dari kalangan ilmuan dan mempunyai kemahiran tinggi, namun sikapnya yang 'korup' itu tidak akan menolong untuk membawa kebaikan, malah sebaliknya menjerumuskan negara kepada keburukan.

Inilah yang perlu kita kawal untuk mengelakkan negara dari mengalami perkara-perkara yang tidak diingini.

Kita sudah melihat atau mendengar, banyak kejadian yang tidak diingini berlaku di mana-mana, seperti amalan-amalan pecah amanah, rasuah dan lain-lain. Kita juga turut mengetahui, bahawa tempat-tempat yang dilanda oleh gejala-gejala seperti ini tidak sunyi dari mengalami pelbagai kesusahan. Oleh itu, dalam hubungan ini, Brunei mestilah selalu waspada, sambil mengambil iktibar daripadanya.

Pengisian Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, eloklah lebih menekankan kepada pembentukan sifat-sifat dalaman yang sihat, seperti jujur, amanah dan setia. Tanpa semua sifat-sifat ini, jentera kehidupan atau jentera pentadbiran tidak akan dapat berjalan baik, bahkan sebaliknya boleh bermasalah dan lemah.

Semua program adalah wajar bersifat ilmiah dan bercorak inklusif serta mampu untuk merentasi semua generasi. Tujuan kita dengan ini, ialah supaya semua peringkat, secara sambung bersambung, akan dapat memahami erti sebenar kemerdekaan.

Maka dengan itu, barulah nanti akan dapat diharapkan semua pihak, khasnya para generasi yang menyusul kemudian, akan benar-benar terikat kepada menghargai dan menyayangi kemerdekaan.

Seyogia diingat, bahawa kemerdekaan adalah sebahagian dari sejarah bangsa, dan malah merupakan 'mahkota' bangsa. Mencuaikan kemerdekaan bermakna mencuaikan sejarah, serta sekali gus 'menyambaranakan' mahkota bangsa.

Akhirnya, beta dengan ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta dan petugas serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi serta Ahli-ahli Jawatankuasa yang sama-sama berusaha dalam menjayakan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-33 pada tahun ini.

Beta juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini termasuk semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, meliputi juga mereka yang bertugas di luar negara, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta dengan iringan doa, semoga kita dan negara akan sentiasa terpelihara dan mendapat perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Monday, January 2, 2017

Waspada anasir anti keamanan, ancaman siber


BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan rakyat agar berwaspada dengan anasir-anasir anti keamanan dan ketenteraman tidak pernah lupa untuk mengeruhkan keadaan.

“Keamanan adalah penting, kerana tanpa keamanan, pembangunan tidak akan dapat dilaksanakan. Oleh itu, rukun keamanan, mustahaklah dipelihara dan diamalkan iaitu memegang kuat ajaran agama, mematuhi undang-undang serta hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu. Inilah rahsia keamanan itu.

“Mereka tidak pernah sealiran tujuan dengan kita. Kerana itu kita perlu berhati-hati terhadap mereka itu. Ini adalah tanggungjawab besar semua pihak, terutama, siapa yang secara khusus ada berkaitan dengan keselamatan,” titah Baginda Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2017 yang disiarkan secara langsung menerusi RTB malam tadi.

Baginda bertitah, usaha-usaha juga perlu diambil untuk menghadapi ancaman yang datangnya daripada dunia siber dan media sosial, termasuk juga untuk memperkukuh lagi perkongsian strategik dengan institusi-institusi keselamatan siber antarabangsa.

Dari sudut ekonomi, titah Baginda, dunia kita masih saja mengalami keadaan ekonomi yang tidak menentu. Namun kita bersyukur dengan langkah-langkah pembaharuan yang diambil serta pendekatan ‘whole-of-nation’, maka dapatlah kita menyaksikan peningkatan kedudukan negara dalam ‘ease of doing business’, sebagaimana laporan oleh Bank Dunia.


Baginda Sultan ketika berkenan mengurniakan titah Sempena
Menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2017 di Istana Nurul Iman
“Pencapaian ini terhasil daripada komitmen dan kerjasama erat di antara agensi-agensi kerajaan dan lain-lain pihak yang berkepentingan. Namun kita tidak wajar untuk cepat berpuas hati, tetapi sebaliknya perlu lebih aktif dan lebih tinggi semangat pada meningkatkan lagi pencapaian tersebut,” titah Baginda lagi.

Seperti yang berlaku di mana-mana, jelas Baginda, kita juga mempelawa pelabur-pelabur langsung asing untuk melabur di negara ini.

“Pada setakat ini alhamdulillah, beberapa Pelaburan Langsung Asing (FDI) telah pun mula bertapak di negara ini, manakala pelbagai program dan inisiatif juga ada dirancang dan dilaksanakan bagi membantu golongan peniaga dan pengusaha tempatan, terutama pengusaha kecil dan sederhana atau MSME. Ini adalah satu harapan, bahawa ekonomi negara sedang dipacu, untuk menjadikannya berdaya tahan,” titah Baginda.

Bertitah mengenai Perkhidmatan Awam di negara ini, Baginda ingin melihat ia terus meningkat dan produktif.

“Beta percaya masih banyak lagi yang boleh diperbaiki, terutama mengenai penerapan nilai-nilai utama dalam Perkhidmatan Awam. Beta mahu supaya jentera kerajaan kaya dengan disiplin dan kaya dengan amanah dalam menjalankan tugas, sebagai cara untuk kita meraih berkat dalam perkhidmatan,” titah Baginda.

Mengenai bidang pendidikan titah Baginda, “Usaha adalah sedang dibuat untuk memperluaskan saliran pendidikan, di samping mempertingkatkan kualiti bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

“Keutamaan ialah memperkasa kualiti guru untuk menjadikan mereka itu individu-individu pendidik yang berprestasi tinggi. Di arena antarabangsa, kita akan sentiasa memainkan peranan positif ke arah kesejahteraan dan keamanan serantau mahupun global.

“Secara jujur, kita mengharapkan supaya ASEAN akan terus kekal menjadi pertubuhan serantau yang sentiasa dihormati kerana prinsip-prinsipnya yang jelas untuk kebajikan.

“Pada tahun 2017 ini, kita akan merayakan ulang tahun ASEAN ke-50, adalah diharapkan supaya kerjasama yang baik akan terus berlangsung di antara negara-negara ahli ASEAN, demi untuk kepentingan Wawasan Komuniti ASEAN 2025,” titah Baginda.

Terdahulu Baginda bertitah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan izin-Nya jua, kita kini sedang melangkah ke ambang Tahun Baharu Masihi 2017.

Titah Baginda, kita akan me-ninggalkan Tahun 2016 dengan seribu kenangan, di antaranya ialah kenangan manis dapat menikmati keamanan dan kemakmuran di negara yang bertuah ini.

Maka untuk itu titah Baginda, marilah kita sama-sama merafakkan syukur serta doa, semoga keadaan yang seperti ini akan dapat pula dinikmati dalam tahun 2017.


Sumber - Media Permata

Thursday, September 29, 2016

HM questions healthcare services


His Majesty speaks with an elderly patient during an impromptu visit to Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital

Nabilah Haris
BANDAR SERI BEGAWAN

HIS Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, yesterday questioned the Ministry of Health’s (MoH) delivery of healthcare services after learning about complaints from the public.

In his titah during an impromptu visit to Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, the monarch said members of the public had raised concerns on the quality of healthcare services provided by MoH and the hospital, including the waiting time to see a doctor at the Accident and Emergency Department.

“What does emergency mean? Try to truly understand what is meant by emergency. There should be no issues of waiting a long time for doctors at the emergency section,” the Sultan said.

He added, “The same goes for patients admitted to the ward but are forced to stay for a night or more to be checked by a doctor. Is this considered good healthcare customer service?”

His Majesty said people in healthcare services must remember that patients are in pain, and that it is their responsibility to alleviate the pain and not place a heavier burden on them.

He added that a nurse who is rude is enough to add more burden on the patient.

This also include administration staff and doctors who do not show enough care to patients, to the point that patients’ emotions are affected and may result in more serious health problems, His Majesty said. “It is evident that healthcare customer service is important, especially in the way one speaks and acts,” he added.

Medical practices

The Sultan also expressed his concerns on promises some doctors had made to patients and their families on the former’s recovery chances. “Many have said that there are medical officers who can easily give hope of (survival rates) as high as 80 and 90 per cent.

“After hearing about the survival rates, patients and families did not take too long to decide and chose to proceed with surgery but once the surgery is over and the patient’s development is not encouraging, it is disappointing as the patient falls unconscious and eventually passes away,” said His Majesty.

The monarch called for stern action on such medical officers to prevent such practices from happening again. “This is not an isolated incident, many families had said they have lost a child, or their husband or other family members who were swayed by the promises,” he added.

His Majesty also urged doctors to give more medical advice instead of solely prescribing medicines. “In my opinion, a great doctor is not only good at prescribing medicines, but do not mind imparting advice as that advice is sometimes more needed apart from the medicine. It is an important step towards realising the Ministry of Health’s Vision 2035,” said the king.

Zika virus prevention

His Majesty also called for a more proactive approach in addressing Zika beyond issuing advisories, noting that countries close to Brunei have recorded cases of the mosquito-borne virus.

“They are worried, and by right we should also be worried since we are so close.

“There are no stern warnings or action being taken. We have only been adivising the public not to be worried despite the rising number of cases in neighbouring countries,” added His Majesty.

The Sultan said public adviso-ries were made, but more action should be taken, such as ensuring the country’s cleanliness to prevent mosquitoes from breeding.

“Maybe we would like to blame it on members of the public who may be reluctant to maintain cleanliness. If there is any truth to this, I want to know what is being done to address this. Are any actions being taken?

“Are there any rules or acts to cure this illness? If there are any, what is being done to discipline the public? I want a response from the relevant parties,” added the monarch.

Achieving Vision 2035

His Majesty commended the Ministry of Health’s efforts in formulating the Vision 2035 strategy that carries the motto, ‘Together Towards A Healthy Nation’.

He said what has been written is excellent, but how it translates into action is important. “What we want to see is its implementation. It is not enough to be amazing on paper but it must become a reality that can be enjoyed by everyone.

“One of its main targets is good customer service. It is good in its language and no one can deny that but can it be done? If yes, then Alhamdulillah. This is what we want, which is not only have it written on paper but to carry it out,” added the Sultan.

His Majesty inspected the hospital’s facilities for about three hours during the impromptu visit.

He toured the Women and Children’s Block, Specialists’ building, Medical Storage, Emergency Department, Cardiac Centre, Sports Complex, the Acute Medical Unit, and RIPAS Hospital library.

The Sultan also took time to talk with doctors, nurses, patients and their families to better understand the hospital’s quality of healthcare services.


Sumber - The Brunei Times

Thursday, August 25, 2016

TITAH KEBAWAH DYMM DI PERASMIAN MAJLIS ILMU 2016




Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Perasmian Majlis Ilmu 2016 Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-70 Tahun Pada 23hb Ogos 2016 20hb Zulkaedah 1437 Bertempat Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem, Alhamdulillah  Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya jua, dapatlah kita berkumpul pula, pada pagi yang berkat ini di Majlis Ilmu 2016.

Disamping kita digesa untuk meningkatkan iman dan takwa, kita juga disuruh untuk mendalami ilmu pengetahuan sebagai suluh dalam kehidupan.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Mujadalah, ayat sebelas tafsirnya : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dengan) beberapa darjat”.

Ilmu itu diibaratkan sebagai pelita, untuk dimanfaatkan pada saat manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sejauh mana ilmu itu diperolehi, sejauh itulah ia akan berperanan.

Beta sangat gembira, kerana perhimpunan para intelek dan cendekiawan, terus disemarakkan di negara ini. Landasan ini amatlah penting, untuk kita dapat mengupas dan mendalami apa-apa yang ada kaitan dengan pembangunan bangsa.

Pada tahun ini, Majlis Ilmu memaparkan satu tema yang cukup mencabar, berbunyi : “Menjana Perhubungan Berkat dan Selamat Pemankin Kesejahteraan Ummah”.

Tema ini cukup ‘relevan’ untuk melebarkan perbahasan mengenai peranan perhubungan dalam pembangunan bangsa dan negara, apatah lagi dunia sekarang sudah dibungkus oleh istilah globalisasi tanpa sempadan.

Dari dimensi duniawi dan ukhrawi, kita telah dipandu untuk menjaga hubungan dengan Allah dan juga hubungan kita sesama manusia sendiri.

Hubungan dengan Allah berpaksikan iman, takwa dan ehsan, dalam makna, setiap amalan baik di dunia ini adalah penghubung untuk mendapatkan keredhaan Allah di akhirat.

Sementara perhubungan sesama manusia pula, ialah dalam konteks pertalian diplomatik, sosial, ekonomi dan sebagainya yang membawa kepada keamanan, kesejahteraan dan faedah bersama.

Sebaliknya, jika tanpa perhubungan, maka sesuatu yang baik dan bermanfaat tidak mungkin untuk diperolehi.

Setiap negara membangun, pasti memerlukan masyarakat dinamik, social mobility  dan ekonomi yang kental lagi kompetitif.

Matlamat ini hanya boleh dicapai dengan adanya sistem perhubungan yang berkesan untuk mengendalikan pelbagai pergerakan, barangan, perkhidmatan dan maklumat.

Dengan berlakunya kelancaran perhubungan, maka sudah barang tentu akan dapat membuka peluang-peluang pasaran, pencarian pekerjaan dan malah ruang perekonomian yang sangat luas.

Sistem perhubungan dan pengangkutan yang cemerlang adalah sejajar dengan kehendak syari’at Islam, untuk memudahkan ummah bertebaran di muka bumi bagi mencari ilmu dan rezeki.

Tidak diragukan lagi, perhubungan yang sihat, berkat dan selamat akan membawa kepada kejayaan dan kesejahteraan. Namun begitu, perlu juga diingat, bahawa ledakan teknologi kini tidak kurang membawa kepelbagaian gaya hidup dikalangan masyarakat sejagat. Ada yang baik dan ada juga yang buruk. Kerana itu, semuanya mesti dilihat dan dikendalikan dengan bijaksana.

Kita sedia memahami, bahawa seluruh dunia kini adalah terkait dengan rangkaian pengangkutan dan ICT canggih. Ia menjamin pengurusan yang cepat dan mudah untuk kemajuan masa depan.

Baru-baru ini Kerajaan Beta telah melancarkan rancangan peningkatan sistem Pengangkutan Awam ke arah mencapai matlamat perkembangan ekonomi.

Penubuhan badan-badan berkuasa iaitu Autoriti Maritim dan Pelabuhan; dan Autoriti Pengangkutan Awam, juga sedang giat diteliti untuk merancang sistem pengangkutan secara berterusan.

Beberapa cabaran sedia menunggu, diantaranya penyediaan prasarana, kesesakan lalu lintas dan penggunaan laluan serta jalan raya yang selamat.

Sejajar dengan tuntutan syari’at dan pendekatan bersepadu semua agensi kerajaan, Beta yakin, Majlis Ilmu pada tahun ini akan dapat menghuraikan dengan jelas istilah Perhubungan Berkat dan Selamat itu, sebagaimana yang diharapkan.  

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah,  Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Monday, August 1, 2016

KDYMM: Pertanian mesti terus diperkasa



Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-70 Tahun Bagi Tahun 2016 Bertempat Di Istana Nurul Iman.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem. Alhamdulillah  Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat meraikan Hari Keputeraan beta pada tahun ini, dalam keadaan aman lagi selesa.

Istiadat berlangsung pada tahun ini, ketika mana kita baru saja sempurna melaksanakan ibadat puasa dan kini sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mubarak.

Beta sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Beta berharap kita di negara ini akan mengamalkan sifat berhemah dan sederhana dalam meraikan apa saja sambutan perayaan selaras dengan ajaran ugama kita yang suci.

Melalui istiadat ini, beta dengan ikhlas merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada semua tetamu khas beta yang sudi hadir dan juga kepada semua pihak yang telah menyembahkan perutusan ucap selamat kepada beta serta keluarga bersempena dengan perayaan ini.

Beta mengajak semua rakyat di negara ini supaya sama-sama bersyukur kerana dapat secara berterusan menikmati keamanan dan kesejahteraan. Namun ini bukanlah tiket untuk kita melonggarkan sikap berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Bahkan senario hari ini meminta kita untuk lebih berwaspada lagi.

Turut lebih kita beratkan ialah membangun ekonomi. Brunei tidak boleh leka dalam keadaan ekonomi global dilihat sedang bermasalah. Brunei perlu mempelbagaikan ekonominya sambil terus meningkatkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kita perlu lebih aktif serta mempunyai agenda lebih terancang bagi mencapai sasaran ini.

Usaha-usaha peningkatan perlulah  menyeluruh terutama bagi bidang yang dianggap utama, seperti pertanian makanan asasi. Bidang ini mestilah terus diperkasa sehingga mampu untuk kita memenuhi sara diri. Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada pihak luar sahaja. Sayugia perkara ini dapat diambil perhatian serius oleh pihak berkenaan dalam kerajaan.

Sudah tiba masanya untuk Brunei mengaktifkan segala usaha tanpa berlengah-lengah lagi. Salah satu contoh ke arah itu, kita sekarang sedang merancang untuk  menggerakkan ekonomi negara, dengan kerajaan mengungkayahkan satu projek  membina sistem pengangkutan yang selamat dan cekap.  Projek ini ialah untuk memanjangkan Dermaga Pelabuhan Muara dan membesarkan terminal kontena Muara. Ia akan menjadi pemudahcara bagi kemasukan dan penarikan pelabur luar asing ke negara ini.

Di samping itu, secara umum kita juga menggalakkan sifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan semua projek pembangunan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Partnership. Kaedah ini bertujuan sebagai pendorong ke arah  perkongsian di antara sektor awam dan swasta dalam melaksanakan projek-projek kerajaan.

Menyebut lagi permasalahan ekonomi, baru-baru ini, rakyat Britain telah memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah atau Brexit. Keputusan ini menimbulkan sedikit gusar di kalangan para pelabur kerana ia dilihat sebagai mampu untuk menjejaskan nilai pelaburan di bursa-bursa saham antarabangsa dan malah juga turut berisiko ke atas nilai mata wang negara berkenaan sendiri. Brunei sebagai negara yang juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa tidaklah terkecuali dari turut merasakan kesan keputusan tersebut.

Namun Alhamdulillah, dengan adanya dasar kerajaan melaksanakan pelaburan seimbang, maka risiko tersebut dapat kita tangani secara terurus.

Beta penuh yakin, Kerajaan Britain dan antarabangsa adalah mampu untuk menangani pelbagai isu berpunca dari Brexit tersebut, berdasarkan pengalaman yang luas semua pihak dalam mengatasi semua permasalahan yang ada.

Brunei sendiri akan terus menghargai hubungan dengan United Kingdom, khasnya hubungan perdagangan yang telah berjalan sekian lama itu.  Kita akan tetap mengukuhkan hubungan ini untuk kebaikan bersama  kedua-dua buah negara.

Ke arah peningkatan ekonomi, kerajaan beta juga terus memacu perkembangan pendidikan. Kerana pendidikan juga adalah aset, malah 'kuasa' untuk menentukan kelangsungan bangsa.

Sebab itu kualiti pendidikan, tidaklah ia dapat dikompromi melainkan mesti terus diperkaya dan ditingkatkan. Ini adalah harapan kita kepada Kementerian-Kementerian  Pendidikan dan Hal Ehwal Ugama supaya sama-sama dapat berbincang dan bekerjasama dengan Unit PENGGERAK di Jabatan Perdana Menteri untuk mencari jalan, bagaimana prestasi Pendidikan Rendah dan Menengah khasnya, dapat ditingkatkan. Kerana dalam era mutakhir ini, beta sendiri mendapati masih ada perkara yang perlu diperbaiki.

Selaku tonggak utama Wawasan Brunei 2035, pendidikan tidak boleh berada di bawah, melainkan tempatnya ialah di atas untuk benar-benar diambil berat. Kerana pendidikan adalah pelaburan sepanjang hayat untuk menentukan maju mundurnya sesuatu bangsa.  Jika pendidikan lemah, maka tidak siapapun yang akan memandang tinggi kepada kita.

Di peringkat antarabangsa, negara kita akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan  serantau dan antarabangsa dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan lain-lain kepentingan melalui rangkaian-rangkaian pemangkin serantau dan antarabangsa.

Demikian juga kita akan sentiasa bersama-sama memainkan peranan dalam hal ehwal keselamatan serantau mahupun antarabangsa, di samping menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada pihak-pihak yang memerlukan, selaras dengan kemampuan kita.

Akhirnya, beta dengan tulus ikhlas  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta termasuk mereka yang bertugas di luar negara di atas sumbangan dan sokongan mereka kepada kerajaan beta.

Penghargaan yang setinggi-tingginya juga disampaikan kepada seluruh Ahli  Jawatankuasa Perayaan peringkat kebangsaan dan daerah, atas segala khidmat usaha yang disumbangkan untuk menjayakan perayaan ini.

Beta berdoa semoga kita semua serta Negara Brunei Darussalam akan sentiasa kekal aman dan makmur, dikurniakan dengan limpah rahmat dan perlindungan oleh Allah  Subhanahu Wata'ala. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah,  Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Tuesday, April 26, 2016

Avoid b’day overspending: HM


His Majesty, accompanied by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah (C), the Crown Prince
and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik during
yesterday’s executive committee meeting at the Prime Minister's Office building.

Quratul-Ain Bandial
BANDAR SERI BEGAWAN

HIS Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, urged the government to avoid excessive spending for his upcoming 70th birthday celebrations.

During a meeting of the executive committee yesterday, the monarch said decorative banners and arches should be used in moderation and that the committee should not exceed the allocated budget or be too reliant on private donors.

“Each year the committee convenes or holds its meeting, but rarely or never before have the members seriously discussed the issue of wastage,” he said in a titah at the Prime Minister’s Office. “It is not because the global economy is beset by problems that we now talk of wastefulness. Whether the economy is in trouble or not, it is still necessary to avoid waste.”

While praising the generosity of private donors, His Majesty said sponsorships had facilitated overspending, and that the funds could be put to better use by alleviating the burden of the needy.

“All these time we only know how to spend and accumulate money for the celebration… In the past we witnessed ministers or other officials receiving donations from many sources. This is most displeasing.”

The Sultan said that previous committees for his birthday celebrations and National Day had failed to pay their debts to vendors, and that sometimes full payment not made until the following year.

“Both committees need to be more careful because at the end of the festivities they have been found to have not paid up some of their obligations… I don’t think there is a problem of insufficient funds… It is simply for holding a celebration. We can estimate the cost to fit the budget.”

His Majesty said the annual celebration, held on July 15, was a unique tradition that served as a platform to deliver royal directives, as well as foster a close relationship between the monarch and the people.

He added that all forms of celebration within Brunei must be “thoroughly scrutinised and their limitations and criteria must be identified”.

“They should not be unrestrained or according to whims and fancies. Entertainment has its limits or boundaries and one should not go all out with abandon to celebrate,” he said. “We need not spend lavishly to our hearts’ content… such activity is strongly forbidden by religion. It is here where common sense must prevail, and here lies one of the important responsibilities of the committee.”

Accompanying His Majesty to the meeting yesterday was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; HRH Prince Mohamed Bolkiah; and HRH Prince ‘Abdul Malik.

The executive committee for His Majesty’s 70th birthday celebrations is chaired by the Minister of Home Affairs YB Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Hj Awg Abu Bakar Hj Apong.


Sumber - The Brunei Times

Tuesday, April 19, 2016

Bersatu lebih teguh


Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama para pemimpin negara di Sidang Kemuncak OIC ke-13.

ISTANBUL, 14 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini bertitah menekankan kepentingan bagi perpaduan dan kesepakatan dalam kalangan negara-negara ahli OIC dalam menegakkan keadilan dan kedamaian dunia.

Titah Baginda, keadaan keselamatan global yang semakin kompleks dan menakutkan serta ketidaktentuan perspektif ekonomi dunia telah menimbulkan cabaran-cabaran dan peluang-peluang terhadap masyarakat OIC.

Justeru itu, sesuai dengan tema sidang kemuncak, Baginda menekankan agar negara-negara ahli perlu bersatu lebih teguh lagi berbanding sebelum ini.

Dalam titah Baginda pada Sesi Kerja Pertama sidang kemuncak itu yang diadakan di Pusat Kongres Istanbul, Republik Turki, Baginda Sultan memuji kerja-kerja yang telah dilakukan oleh OIC dalam melaksanakan Program Sepuluh Tahun Mekah, dan seterusnya melahirkan rasa gembira atas segala usaha yang telah membawa kepada peningkatan dalam perdagangan intra-OIC; penekanan yang lebih besar terhadap kesihatan, pendidikan, wanita dan kanak-kanak; dan penubuhan suruhanjaya hak asasi manusia.

Baginda dalam titahnya juga menekankan terhadap keperluan bagi OIC untuk terus meningkatkan kerja dan usaha lagi bagi mengatasi cabaran-cabaran seperti isu teras Palestin, pengganasan, keganasan melampau, Islamofobia, kemiskinan, wabak-wabak penyakit dan bencana-bencana alam.

Baginda menyambut baik Program Tindakan 2025 OIC dan memberi sokongan terhadap pelaksanaannya. Pelan tindakan yang baru itu diwujudkan atas program tindakan OIC yang sebelum ini dan ianya menangani matlamat-matlamat yang baru seperti perubahan iklim dan pembasmian kemiskinan.

Program baru itu, tambah Baginda, juga menggalakkan dialog-dialog dan moderation antara agama yang merupakan penting dalam menangani kebimbangan terhadap keganasan melampau dan Islamofobia.

Antara perkara penting yang turut Baginda tekankan adalah mengenai nasib rakyat Palestin yang telah dinafikan hak dalam pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi yang bermakna berikutan cabaran-cabaran geopolitik di rantau Asia Barat.

Baginda seterusnya menggesa negara-negara ahli OIC agar terus mengukuhkan segala usaha mereka melalui apa saja cara yang mungkin dapat menyelesaikan isu berpanjangan Negara Palestin, dan seterusnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi Negara Brunei Darussalam kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan hak bagi menentukan nasib mereka sendiri.

Dalam mengakhiri titah, Baginda menyeru semua negara ahli OIC untuk bersatu dalam jiwa dan raga mereka dalam perpaduan bekerja agar OIC lebih relevan lagi terhadap rakyat-rakyat yang mereka wakili.

Terdahulu Baginda berkenan berangkat menghadiri Sesi Pembukaan Sidang Kemuncak OIC Ke-13 yang diadakan di Pusat Kongres Istanbul, Republik Turki.

Keberangkatan tiba Baginda dialu-alukan oleh Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan yang juga Pengerusi Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam sesi ke-13.

Baginda seterusnya dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama raja-raja serta ketua-ketua negara dan kerajaan negara-negara ahli dan bukan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sesi Pembukaan bagi Sidang Kemuncak OIC Sesi Ke-13 dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Republik Arab Mesir, Tuan Yang Terutama Abdel Fattah al-Sisi selaku Pengerusi Sidang Kemuncak OIC Sesi Ke-12 yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Arab Mesir,Tuan Yang Terutama Sameh Hassan Shoukry.

Ini diikuti dengan ucapan daripada Setiausaha Agung OIC, Tuan Yang Terutama Iyad Ameen Madani serta ucapan daripada Tuan Yang Terutama Presiden Republik Turki selaku Pengerusi Sidang Kemuncak OIC Sesi Ke-13.

Di samping menghadiri sesi kerja pertama itu, Baginda Sultan turut berkenan mengadakan Perjumpaan Dua Hala dengan Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud yang berlangsung di Hamidiye Salon, Pusat Kongres Istanbul, Republik Turki.

Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Saudi bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa dan seterusnya membincangkan cara-cara bagi memperkukuhkan lagi hubungan erat antara kedua-dua buah negara.


Sumber - Media Permata

Monday, March 14, 2016

KDYMM: Beri perhatian bagaimana memperkasa ekonomi




Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-dua belas Majlis Mesyuarat Negara 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du

BETA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berkumpul sekali lagi di Istiadat Pembukaan Rasmi bagi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2016 pada hari ini.

Beta gembira mengikuti perkembangan persidangan sejauh ini yang telah memainkan peranannya dengan baik. Beta ingin mengulangi lagi betapa pentingnya perbincangan memfokus perkara-perkara strategi yang membawa impak kepada negara. Sesuai dengan namanya Permesyuaratan MMN.

Janganlah semua isu hanya dibincangkan dan dibahas tanpa adanya susulan pelaksanaan. Kita juga perlu melihat apa yang sudah dicapai. Jika belum bermakna kita masih memerlukan tindakan pembaikan. Pendek kata, apa jua perancangan dan inisiatif adalah perlu untuk mengambil pendekatan delivery atau delivery approach untuk mencapai hasil yang dihasratkan.

Untuk itu, sangat perlu bagi ahli-ahli mempunyai pandangan yang jauh dan cepat ke hadapan. Mereka perlu mengambil langkah-langkah mitigasi dan membuat persediaan sewajarnya sebelum didatangi oleh sebarang persoalan.

Beta juga sukacita ingin mendengar saranan-saranan atau buah fikiran Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik mengenai cara-cara mengurangkan kebergantungan kepada sumber minyak dan gas.

Begitu juga bagaimana negara dapat menjana pendapatan dan kerajaan menjadi rakan kongsi dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat.

Saranan-saranan mahupun buah fikiran dan soalan-soalan hendaklah dibuat bukan atas kepentingan diri sendiri atau hanya mendengar dari satu pihak sahaja tanpa membuat kajian mendalam mengenainya.

Jika ini berlaku ia boleh saja menjadi perkara yang kurang signifikan dan tidak strategik untuk dibawa ke dewan ini.

Perhatian perlu diberikan bagaimana memperkasa ekonomi oleh kerajaan sendiri termasuk bagi sektor swasta. Pada setakat ini dasar kerajaan ialah memperkasa sektor swasta. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah konkrit untuk membantu memperbaiki persekitaran perniagaan. Ini termasuk infrastruktur, perundangan yang pro-bisnes.

Misalnya pendaftaran syarikat perniagaan sekarang sudah boleh dibuat secara online dalam tempoh hanya satu hari sahaja. Dan sementara lesen perniagaan tidak diperlukan lagi bagi sebahagian jenis perniagaan.

Juga dengan adanya pusat perusahaan kecil dan sederhana adalah diharapkan perusahaanperusahaan tempatan yang berskala kecil dan sederhana akan dapat berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangasa.

Sudah tiba masanya kita mengubah strategi perusahaan daripada hanya semata-mata mencapai sara diri atau self-sufficient kepada berasaskan eksport. Kita sudah ada rangkaian-rangkaian pemangkin serantau dan antarabangsa seperti BIMP-EAGA, ASEAN, APEC dan baru-baru ini TPP bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi.

Apa yang tinggal ialah usaha-usaha mantap ke arah kejayaan, kita perlu cekap merebut peluang-peluang yang ada, kerana itu beta menyeru supaya para pengusaha tempatan dapat berdaya saing untuk meraih kejayaan melalui peluang-peluang yang sedia ada, bukan sahaja bagi merebut peluang-peluang yang ada dalam negara malah lebih jauh peluangpeluang serantau dan antarabangsa.

Alhamdulillah Pelaburan Langsung Asing (FDI) telah mula beroperasi di negara ini dan terdapat beberapa lagi pelaburan baharu yang masih dalam penelitian.

Oleh itu, usaha-usaha untuk memudah cara aktiviti perekonomian negara perlulah terus dipertingkat dan diperkemaskan.

Pada hemat beta, kita masih boleh dan mampu untuk melakukan yang terbaik dengan syarat kita tidak mengambil sikap mudah berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang ada.

Di bidang kewangan sungguhpun negara masih mampu menyediakan sejumlah peruntukan bagi pembangunan negara dan operasi kerajaan, namun kita mesti mengambil sikap berhemah dalam berbelanja dengan cara lebih melihat kepada keperluan dan keutamaan.

Akhir kalam beta menyeru kepada Ahli-Ahli Majlis-Mesyuarat supaya dapat meneruskan serta melipatgandakan usaha masing-masing dalam memeduli permasalahan rakyat dan penduduk negara ini, sama ada mereka yang bermastautin di kawasan bandar mahupun di kawasan-kawasan luar bandar.

Apa jua permasalahan itu perlu ditangani dengan baik dan sempurna dengan jalan berunding. Semoga usaha-usaha yang kita buat akan menghasilkan buah yang baik dan ranum untuk semua.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Monday, March 7, 2016

HM calls for empowerment of private sector in titah




Waqiuddin Rajak
BANDAR SERI BEGAWAN

HIS Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, reiterated his call to bolster the private sector in achieving economic growth.

In his titah at the opening of the 12th Legislative Council (LegCo) session yesterday, the Sultan said LegCo members should direct their attention to strengthening the economy.

“I would like to hear ideas or recommendations from LegCo members on how to reduce overdependence on oil and gas resources.

“How can Brunei generate revenues and how can the government become a partner in boosting economic growth for the benefit of our people,” His Majesty added.

The monarch said opinions, recommendations or any questions raised during the LegCo proceedings should not be out of personal interest or formed after listening to one side only without proper research.

“Should this happen, it would diminish in significance and would no longer be of strategic importance to be brought up to the Legislative Council.

“Issues that were brought up should not just be discussed and debated without taking any follow-up action,” he added.

Speaking on national finances, His Majesty said the country can still afford to fund development programmes and government operations, but the government must prioritise and be prudent in spending.

The Sultan went on to say that it is the government’s policy to strengthen the private sector, where steps have been taken to improve the business environment, including the setting up of a pro-business legal infrastructure.

“For example, registration for businesses can now be done online, taking just a day, while business licences are not needed for certain businesses,” he added.

His Majesty said the setting up of the Small Medium Enterprise (SME) Centre would help companies penetrate into the international market. “It is time for us to change our business strategy, from being self-sufficient to one that is export-oriented,” he said.

“We already have national and internationl networking bodies including BIMP-EAGA, ASEAN, Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) and recently, the Trans-Pacific Partnership (TPP) to help generate economic growth, what remains is solid efforts towards success,” he continued.

The Sultan also spoke of the need to seize any available opportunities, urging local entrepreneurs to be competitive not just in the country, but also tap into the international market.

“Alhamdulillah, foreign direct investments (FDIs) are now operational in the country, where potential new investments are still under consideration, indicating the need for the country to revise and improve its facilitation of economic activities,” he said.

“In my opinion, we still can and are able to give our best, on the condition that we are not complacent with our pre-existing achievements,” he added.

The monarch also said LegCo members need to study what has been achieved, and take corrective measures if objectives were not met.

“In short, any planning and initiative done should be done in a ‘delivery’ approach to reach the desired goal.

“For that, it is imperative for members to have foresight and to quickly move forward; they need to take steps and be duly prepared in anticipation of any setbacks,” he added.

His Majesty then urged LegCo members to multiply their efforts in addressing issues facing residents in urban and rural areas.

“Any problems should be handled well through consultation. Hopefully our efforts would bear fruit,” he said.


Sumber - The Brunei Times

Thursday, February 25, 2016

Titah KDYMM Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-32, Tahun 2016




TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-32, TAHUN 2016

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah  Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Beta gembira bahawa “Generasi Berwawasan” masih saja diteruskan sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini. Ini bersesuaian, sebagai sebuah negara yang berhasrat untuk terus maju, yang benar-benar memerlukan generasinya yang berwawasan. Satu soalan penting di sini ialah, apakah bentuk dan ramuan-ramuan utama Generasi Berwawasan itu?

Pada hemat Beta, Generasi Berwawasan ialah mereka yang bijak menangani apa jua cabaran, dan menjadikan cabaran itu sebagai peluang-peluang atau opportunities untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup bernegara. Hakikatnya, dunia ini sentiasa diasak oleh perubahan dan pergolakan, yang menjadikan semua negara termasuk juga kita, tidak terlepas dari pelbagai cabaran.

Cabaran sangat berpotensi untuk membawa kepada perubahan. Kerana itu, janganlah takut kepada cabaran. Cuma, cabaran itu mestilah dihadapi dengan bijaksana. Kebijaksanaanlah yang menentukan corak perubahan kepada yang lebih baik.

Rancangan-rancangan atau pelan-pelan tindakan, semuanya itu memerlukan kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, segala usaha boleh saja gagal atau tidak memuaskan.

Dalam merancang dan bertindak juga memerlukan ‘dasar’ yang jelas, bukan sesuka hati sahaja. Dasar kita di negara ini ialah MIB. Maka semua rancangan dan tindakan itu mestilah berlandaskan MIB.

Dasar yang kukuh dan sempurna mampu, untuk memangkin pembangunan, di samping juga mampu, untuk melahirkan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah aset dan pasak bagi negara.

Sifat-sifat masyarakat yang baik ialah seperti jujur, sabar, amanah dan baik hati. Daripada sifat-sifat inilah akan membuahkan suasana dan keadaan yang disenangi, iaitu kehidupan bersatu padu dan harmoni.

Kita memerlukan perpaduan dan keharmonian, kerana daripada keduanya itulah akan lahir keamanan dan kestabilan. Keamanan dan kestabilan pula amat penting untuk pembangunan, sehingga tanpa keduanya itu, pembangunan tidak mungkin dilaksanakan.

Inilah harga keamanan dan kestabilan itu. Seyogia kita semua, sama-sama memeliharanya.

Keamanan dan kestabilan tidak boleh roboh walau apa pun keadaan. Jika ia roboh, walau dalam keadaan kita makmur, maka kemakmuran itu tidak akan memberi makna apa-apa. Apatah  lagi di sa’at-sa’at ekonomi lembap, ia adalah lebih-lebih lagi diperlukan untuk mengimbangi keadaan.

Kesejahteraan masih saja boleh diraih dari keamanan, walaupun ekonomi global bermasalah. Dengan bermodalkan keamanan, kita masih saja ada peluang untuk memperbaiki keadaan, sama ada melalui usaha-usaha peningkatan ataupun setakat bertahan. Maksud Beta dengan bertahan di sini, ialah seperti langkah berjimat, sementara kita menunggu fajar baru ekonomi kembali pulih.

Yang penting di sini ialah sikap berani dan optimis. Setiap orang perlu berani menjadi peneroka, di samping berfikiran terbuka dengan apa-apa yang diteroka itu.

Peneroka yang berani adalah individu yang hebat, walaupun yang diteroka itu cuma berskala kecil atau sederhana sahaja, seperti seorang pengusaha yang baru berlatih memulakan perusahaannya.

Inilah yang kita perlukan. Negara sangat memerlukan orang-orang seperti ini. Manakala rakyat lebih berani menjadi peneroka, maka kesannya kepada kemajuan adalah positif, dan hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar juga boleh ditunggu untuk meningkat.

Brunei Darussalam adalah sebuah negara merdeka. Kita selaku rakyat dan penduduk adalah dituntut untuk membebaskan diri daripada segala sikap yang merugikan. Diantara sikap merugikan itu ialah, suka berpeluk tubuh dan ketandusan semangat patriotik.

Sikap seperti ini, sepatutnya, tidak ada lagi dalam era merdeka. Kerana kemerdekaan itu sendiri merupakan perangsang atau penggerak ke arah lebih super dan lebih progressive, bukan lebih culas dan lemah.

Untuk akhirnya, Beta sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan petugas serta ahli-ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa yang sama-sama berusaha dalam menjayakan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-32 Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Beta juga merakamkan ucapan yang sama kepada semua lapisan rakyat, meliputi semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, termasuk mereka yang bertugas di luar negara, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta dengan iringan doa semoga kita dan negara akan sentiasa berada di dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah jua, Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah,  Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuesday, February 23, 2016

KDYMM: Hadapi cabaran dengan bijaksana




BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, dunia ini sentiasa diasak oleh perubahan dan pergolakan yang menjadikan semua negara termasuk Negara Brunei Darussalam tidak terlepas dari pelbagai cabaran.

''Cabaran sangat berpotensi untuk membawa kepada perubahan kerana itu janganlah takut kepada cabaran. Cuma, cabaran itu mestilah dihadapi dengan bijaksana. Kebijaksanaanlah yang menentukan corak perubahan kepada yang lebih baik,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32, di Istana Nurul Iman.

Baginda bertitah, rancangan-rancangan atau pelan-pelan tindakan, semuanya memerlukan kebijaksanaan kerana tanpa kebijaksanaan segala usaha boleh saja gagal atau tidak memuaskan.

''Dalam merancang dan bertindak juga memerlukan 'dasar' yang jelas, bukan sesuka hati sahaja. Dasar kita di negara ini ialah MIB. Maka semua rancangan dan tindakan itu mestilah berlandaskan MIB,'' titah baginda.

Oleh yang demikian, baginda bertitah, dasar yang kukuh dan sempurna mampu untuk memangkin pembangunan, di samping juga mampu untuk melahirkan masyarakat yang baik kerana masyarakat yang baik adalah aset dan pasak bagi negara.

Baginda bertitah, mengingatkan sifat-sifat masyarakat yang baik ialah seperti jujur, sabar, amanah dan baik hati. Daripada sifat-sifat itu akan membuahkan suasana dan keadaan yang disenangi, iaitu kehidupan bersatu padu dan harmoni.

Terdahulu dari itu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, melahirkan rasa gembira mengenai tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Generasi Berwawasan' yang masih diteruskan pada tahun ini.

''Ini bersesuaian, sebagai sebuah negara yang berhasrat untuk terus maju, yang benar-benar memerlukan generasinya yang berwawasan,'' titah baginda.

Dalam pada itu, baginda menekankan satu persoalan penting mengenai apakah bentuk dan ramuan-ramuan utama Generasi Berwawasan itu?

Pada hemat baginda, Generasi Berwawasan ialah mereka yang bijak menangani apa juga cabaran dan menjadikan cabaran itu sebagai peluang-peluang atau opportunities untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup bernegara.


Sumber - Pelita Brunei


Keamanan dan kestabilan perlu dipelihara

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Februari. - Walaupun ekonomi global bermasalah, namun kesejahteraan masih sahaja boleh diraih dari keamanan kerana keamanan dan kestabilan tidak boleh roboh walau apapun keadaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, jika ia roboh, walau dalam keadaan kita makmur, maka kemakmuran itu tidak akan memberi apa-apa.

Kerana itu, titah baginda, perpaduan dan keharmonian itu perlu kerana daripada keduanya itulah akan lahir keamanan dan kestabilan. Keamanan dan kestabilan pula amat penting untuk pembangunan, sehingga tanpa keduanya itu, pembangunan tidak mungkin dilaksanakan. Inilah harga keamanan dan kestabilan itu. Kerana itu kita perlu semua sama-sama memeliharanya.

''Apatah lagi di saat-saat ekonomi lembab, ia adalah lebih-lebih lagi diperlukan untuk mengimbangi keadaan,'' tegas baginda lagi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun.

Dengan bermodalkan keamanan, titah baginda, kita masih saja ada peluang untuk memperbaiki keadaan sama ada melalui usaha-usaha peningkatan ataupun setakat bertahan.

''Maksud beta dengan bertahan di sini, ialah seperti langkah berjimat, sementara kita menunggu fajar baru ekonomi kembali pulih,'' titah baginda lagi.


Sumber - Pelita Brunei


Berpeluk tubuh, tandus semangat patriotik merugikan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Februari. - Kita selaku rakyat dan penduduk adalah dituntut untuk membebaskan diri daripada segala sikap yang merugikan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, di antara sikap merugikan itu ialah, suka berpeluk tubuh dan ketandusan semangat patriotik.

Baginda bertitah demikian sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menegaskan, sikap seperti ini, sepatutnya tidak ada lagi dalam era merdeka kerana kemerdekaan itu sendiri merupakan perangsang atau penggerak ke arah lebih 'super' dan lebih 'progressive', bukan lebih 'culas' dan lemah.

Baginda juga menegaskan, ialah apa yang penting adalah sikap berani dan optimis. Setiap orang perlu berani menjadi peneroka, di samping berfikiran terbuka dengan apa-apa yang diteroka itu.

Peneroka yang berani adalah individu hebat, walaupun yang diteroka itu cuma berskala kecil atau sederhana sahaja, seperti seorang pengusaha yang baru berlatih memulakan perusahaannya.

Inilah yang kita perlukan. Negara sangat memerlukan orang-orang seperti ini. Manakala rakyat lebih berani menjadi peneroka, maka kesannya kepada kemajuan adalah positif, dan Hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar juga boleh ditunggu untuk meningkat.


Sumber - Pelita Brunei

Sunday, February 14, 2016

HM tells MoHA to tackle overdue building taxes




Ak Md Khairuddin Pg Harun and Waqiuddin Rajak
BANDAR SERI BEGAWAN

HIS MAJESTY Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, yesterday called for a more efficient and effective system to tackle overdue building taxes.

During His Majesty’s titah at the Ministry of Home Affairs Headquarters, the monarch urged the ministry to create an effective management system for the collection of taxes and proper enforcement of the law to address those who fail to pay.

“From my personal observation, many cases of building taxes payable by dignitaries and VIPs are still outstanding but the authorities only managed to issue and collect a significant amount of revenue from ordinary people only,” said His Majesty.

The Sultan noted that shortcomings have been identified hindering authorities over tax collection processes but emphasised that reviews over the building tax rate should be focused on making municipal areas among the main contributors to economic activities in the country.

“Hence, related issues with failure of the tax collectors should be properly addressed by the Ministry of Home Affairs by creating an effective and efficient management system for the collection,” he said.

“Enforcement needs to be tightened and emphasised to the officers responsible.

“These include the controlling officers, and most importantly, there should be a law to prosecute those who fail to (pay the tax),” he added.

His Majesty also urged MoHA to review the proposal by consulting and coordinating with the stakeholders in the government.

These are the Department of Energy and Industries of the Prime Minister Office, the Ministry of Finance and the Ministry of Development.

Chairperson of the Bandar Seri Begawan Municipal Board Pg Dato Paduka Hj Abd Rahman Pg Seri Indera Pg Hj Ismail told The Brunei Times that the problems with tax collections were partly due to the vendors asking to pay in installments, with some refusing to pay without valid reasons. “We usually issue charges to them but there are some that still do not pay even after we sent them summons,” he said.

The building tax, he explained, is payment imposed on building owners within Bandar Seri Begawan. The tax is collected to improve services of other departments under the Bandar Seri Begawan Municipal Board and also for maintenance of the capital.

The tax, he said, is imposed on property owners annually and charges would usually be issued in January. The tax per building is not fixed, said the chairperson, as it may differ from one building to another, depending on factors such as the location of the building.

"At the moment, we are looking at various ways on how to manage and collect the tax, but certainly we would need cooperation from other parties too,” he added.


Sumber - The Brunei Times

HM demands answers from MoHA on tamu




Waqiuddin Rajak
BANDAR SERI BEGAWAN

THE Ministry of Home Affairs was placed in the hot seat yesterday when His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, demanded answers over the inaction of officials in tackling problems.

Delivering his titah during a visit to the ministry’s headquarters yesterday, the monarch said the maintenance of markets has worsened because it continues to be neglected.

His Majesty said he witnessed Tamu Kianggeh vendors selling their goods all over the market without considering hygiene and comfort during his visit there last Sunday.

Describing the conditions of the market as messy and an eyesore, the Sultan added that he had difficulties navigating the tamu because the stalls were disorganised and some occupied a larger space than others, including selling their products on the stairs.

“This is an unpleasant sight. I also saw garbage and stones scattered around, while there is a vendor selling kuih apam balik (local delicacy) outside of a building nearby,” he said.

“Where are the municipal authorities? Did they not see this situation?

“If so, why was it left without being addressed?” he continued.

The monarch went on to say that the long abandoned building near the market showed that the authorities had given the green light to construct the building without careful assessment as it was not necessary and suitable to be built in the area.

Some of the vendors, he said, had also complained of foreigners loitering at the cemetery behind the tamu on Fridays and Sundays.

“According to the vendors there, this is unpleasant to them, there were efforts to forbid (the foreign workers) but it was unsuccessful,” he said.

“The vendors had to report to authorities including the police and the Municipal Department, but the situation did not change, and it became worse,” he added.

The monarch expressed concerns as the vendors had also told him that the foreigners may disturb them as they were drunk.

“So my question is, where is the discretion of the authorities in this? Where are measures to preserve the sanctity of the cemetery? Where are our efforts to ensure peace and safety?” he said.

“Do we not see drunk people at the cemetery as threatening? Would it not be possible that apart from them being intoxicated, they may also plan something that can endanger the country?” he added.

The monarch noted no changes had been made, an indication that the issue was not resolved.

“If it is addressed, at least we will see changes for the better, but the situation at the tamu seems to be getting worse,” he said.

He added that if the authorities were not told or instructed to take action, changes would not be made.

“So here I would like to once again ask, where are the municipal authorities and the others?” he added.

The Sultan said the same can be applied to the Jerudong wet market as it is now only left with fishmongers as fruits and vegetable vendors had long abandoned their stalls in the building.

These vendors had brought their goods to the corridors of the building, making it difficult for people to pass by as it is now filled with temporary stalls for vendors to sell their goods.

His Majesty said the reason they had abandoned their designated stalls because it was dark, hidden and not enough clean air, making it difficult for them to attract customers.

The building, His Majesty said, is now abandoned, neglected and dirty.

“This continues to persist, where are the authorities? Why has it not been visited?

“How long has this been going on? What are we waiting for?” he said.


Sumber - The Brunei Times

Tuesday, January 26, 2016

KDYMM: Jangan sembunyi MIB




BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan perlunya negara menunjukkan kepada dunia tentang keluhuran Melayu Islam Beraja (MIB) dan bukan hanya setakat di dalam negara sahaja di mana dasar negara adalah berpaksikan MIB.

Baginda Sultan bertitah mengingatkan perkara berkenaan semasa keberangkatan lawatan kerja ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan jabatan-jabatan di bawahnya di Bandar Seri Begawan, hari ini.

“Antara fungsi Jabatan Pertubuhan Antarabangsa ialah untuk menyebarkan maklumat mengenai dasar luar negara dan peranannya di dalam organisasi-organisasi antarabangsa itu.

“Apakah ia dasar luar itu? Kita jangan lupa, sama ada dasar luarkah atau dasar dalamkah paksinya adalah MIB. Beta tegaskan di sini, MIB bukanlah ia untuk tahan-tahan di dalam negara saja tetapi juga untuk dibawa keluar.”

Baginda bertitah, “Bertolak daripada MIB inilah, kita akan menghulurkan tangan kepada semua orang untuk bersahabat dan berbaik-baik dengan mereka, siapa jua. Kita mesti tunjukkan kepada dunia akan keluhuran MIB itu, bukan menapuknya.

“Berkaitan MIB, kita perlu merancang dan bertindak tanpa bercanggah dengannya. Kita tuju sasaran dan luruskan cara sehingga kelihatan benar-benar sesuai dan tidak janggal misalnya siapa yang benar-benar sesuai untuk kita pilih mewakili Brunei ke pertubuhan-pertubuhan dunia di dalam persidangan-persidangan.

“Kita mesti pilih mereka yang benar-benar berkemampuan dan berpengalaman yang dapat memberikan gambaran tepat, siapa kita dan Brunei ini yang sebenarnya di mata dunia.

“Beta sangat mengambil berat tentang matlamat bagi jabatan-jabatan, di antara yang terpenting ialah matlamat mempromosi dan melindungi kepentingan-kepentingan negara di dalam organisasi-organisasi antarabangsa.

“Rakan-rakan dialog dunia bukanlah satu tetapi banyak, di sana ada UN atau PBB, OIC atau Pertubuhan Persidangan Islam, ada Komanwel, rakan terdekat iaitu ASEAN dan lain-lain.

“Semua ini menunggu promosi daripada kita, tentang Brunei dan juga terserah kepada kita bagaimana untuk melindungi kepentingan-kepentingan Brunei di sisi rakan-rakan antarabangsa dan serantau itu. Keadaan kini semakin sukar apabila konflik dunia semakin rencam, ini tentu saja meminta kita lebih berhati-hati dan bijaksana untuk menghadapinya, maka untuk itu Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan adalah pihak yang lebih dibebankan untuk mengendalikannya.”

Baginda Sultan yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dalam titahnya menekankan sikap ego dalam pentadbiran perlu dielakkan, setiap peraturan hendaklah dipatuhi.

Baginda bertitah lagi, “Satu lagi jabatan di bawah kementerian ini ialah Jabatan Keselamatan atau Security Department. Jabatan ini turut berfungsi untuk perlindungan keselamatan yang berkesan, mesra, bijak dan boleh dipercayai.

“Ia juga dikehendaki untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan dengan perkara-perkara keselamatan.

“Fungsi ini sangat penting dilaksanakan dengan betul, janganlah ia hanya di atas kertas sahaja, sebarang rancangan yang hendak dibuat, hendaklah ditimbangkan masak-masak.

“Kalau ia ada berkaitan dengan unsur-unsur keselamatan atau hukum agama, maka janganlah ia terus-terus dibuat begitu sahaja melainkan rujukan atau muzakarahkan dahulu dengan pihak-pihak berkenaan itu, bukannya terus-terus dibuat atau terus sahaja memberi arahan.

“Elakkan dari bersifat ego dalam mentadbir, patuhi apa-apa jua peraturan sebagaimana pihak lain mematuhinya. Janganlah ada peraturan yang dilangkahi, sebagai misalan, peraturan penghantaran pegawai-pegawai ke luar negeri kerana bertugas masih ada saja pihak yang melangkahinya, jika peraturan itu menghendaki sekian-kian, maka mestilah ia diikut kecuali peraturan itu sudah diubah ataupun dipadam.

“Tegasnya semua kementerian dan agensi yang ada mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, tidak sesiapapun dibenarkan untuk berkecuali daripadanya kerana inilah tandanya kita bangsa yang bertamadun, dilengkapi dengan disiplin dan peraturan-peraturan yang baik.”

Menyentuh mengenai kerja berpasukan, Baginda menegaskan dalam kerja berpasukan tidak ada pihak yang boleh dianggap lebih istimewa daripada yang lain terutama dalam menangani dasar negara.

“Menyebut disiplin dan peraturan ini, turut berkenaan ialah Jabatan Hal Ehwal Protokol dan Konsular atau Department of Protocol and Consular Affairs. Jabatan ini berfungsi menjadi penyelaras kepada lawatan-lawatan negara dan lawatan-lawatan rasmi ke luar negeri. Selaku penyelaras adalah mustahak untuk diperhatikan segala atur cara lawatan di mana lawatan itu dibuat.

“Misalnya, biasanya terdapat banyak tempat untuk dilawati. Pihak protokol berhak untuk memilih atau bercadang mana-mana yang tempat yang sesuai untuk dilawati, jika ada cadangan dari negara yang dilawat, adalah tidak wajar bagi pihak protokol untuk bulat-bulat menerima atau bersetuju sahaja apa yang dicadangkan itu, tanpa mengambil kira tentang kesesuaiannya.

“Atau katakan pihak yang dilawat tidak memberi sebarang pilihan tetapi pada lazimnya, kita masih tetap juga masih diberikan kebebasan untuk menentukan apa yang sesuai dan patut kita pilih tetapi yang jadi masalah ialah kalau kita sendiri tidak mahu membuka perundingan atau tidak bersedia membuat penilaian tentang kesesuaian apa-apa yang patut dipilih.”

Baginda selanjutnya bertitah; “Kita tidak boleh melihat pada jurusan politik atau jurusan hubungan dua hala semata-mata tetapi lihatlah juga yang lain-lain seperti ugama atau budaya. Ini penting kerana kita adalah bangsa yang berakidah, berbudaya dan bertradisi. Ini semua mesti turut dilihat, jika kurang tahu, janganlah segan bertanya kepada yang lebih tahu, bukankah kita ini di dalam satu pasukan, mengapa tidak diamalkan falsafah berpasukan itu.

“Di dalam pasukan tidak ada pihak yang boleh dianggap lebih istimewa dari yang lain terutama dalam menangani dasar dan polisi, kita ini adalah sama. Sama-sama berkewajipan untuk kepentingan negara.”

Dalam titah, Baginda Sultan turut menyentuh mengenai dengan fungsi beberapa buah jabatan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan yang mempunyai kepentingannya kepada negara.

Baginda turut menekankan bahawa setiap jabatan mempunyai fungsi masing-masing. “Soalnya adakah semua jabatan yang banyak ini sudah dapat berfungsi dengan cukup baik. Mengenai pelaksanaan fungsi-fungsi, adakah juga pernah diadakan sebarang post-mortem mengenainya?

“Beta sendiri ingin tahu atau membaca hasil daripada post-mortem tersebut. Post-mortem pada hemat Beta adalah penting, untuk mengetahui sejauh mana kemajuan atau kesan dari rancangan atau kerja yang sudah dilaksana.

“Daripada post-mortem juga kita dapat mengetahui kelemahan-kelemahan atau kekurangan kita jika ada, dengan itu dapatlah kita membaikinya. Inilah namanya kita belajar dari pengalaman. Kita mesti berani bertanya, apakah sudah kita buat untuk negara.

“Kita ambil misalnya, Jabatan Kerjasama Ekonomi atau Department of Economic Cooperation di bawah kementerian ini, sejauh manakah promosi perdagangan dan pelaburan sudah dilaksanakan melalui ekspo-ekspo dan jerayawara-jerayawara ekonomi, berjayakah sudah kita meningkatkan imej negara kita di luar melalui promosi-promosi seperti ini.

“Selanjutnya, kita juga perlu bertanya tentang apakah yang Jabatan Pertubuhan Antarabangsa di bawah kementerian ini sudah lakukan dalam mempromosi dan melindungi kepentingan negara dalam kalangan organisasi-organisasi antarabangsa?

“Beta ambil contoh perkara memilih wakil ke persidangan-persidangan antarabangsa atau serantau, adakah kita sudah melakukan yang terbaik yang menepati apa yang semestinya. Perkara ini pun memerlukan post-mortem.”

Dalam mengakhiri titahnya, Baginda Sultan menegaskan bahawa itu merupakan di antara perkara-perkara yang ingin Baginda timbulkan tetapi ia tidak bermakna bahawa mana-mana perkara yang tidak disebut adalah semuanya dalam keadaan baik.

“Inilah di antara perkara yang ingin Beta timbulkan. Bukan bermakna yang lain-lain yang tidak disebut di sini, semuanya itu telah OK tetapi ada lagi apa-apa masalah bukan begitu.

“Cuma jabatan-jabatan yang disebut di sini hanyalah sebagai contoh sahaja untuk menyenangkan kita mengenali masalah-masalah yang patut diambil perhatian dan diatasi.”


Sumber - Media Permata

Tuesday, January 5, 2016

Titah KDYMM Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2016


TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MENYAMBUT AWAL TAHUN BARU MASIHI 2016

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah  Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang penuh selesa di sepanjang tahun 2015, dan pada tahun 2016 ini juga, keadaan itu akan berterusan hendaknya.

Inilah harapan kita, bukan saja untuk Brunei, malah juga untuk seluruh warga dunia di mana saja, semoga kita sama-sama mengecapi erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

Dalam pada itu, bagi Brunei khasnya, tidaklah boleh lalai atau leka dari berhati-hati atau waspada terhadap situasi-situasi yang tidak menentu, di mana dunia seolah-olah sebuah pentas tempat bertelagah.

Ini semua merupakan duri bagi keamanan dan ketenteraman. Ia berpunca tidak lain, dari anasir dan petualang zaman.

Anasir dan petualang ini tidak terbatas kepada penjahat-penjahat bersenjata sahaja, malah mereka itu juga menggunakan 'senjata minda' berupa pemikiran-pemikiran atau idea-idea yang boleh memisungkan manusia. Mereka menguasai penerbitan-penerbitan dan siaran-siaran, sehingga kerana kuatnya propaganda mereka itu, menjadikan perkara dusta dan palsu pun akan dianggap betul dan benar.

Di sinilah kita perlu bersikap lebih bijaksana dalam mengisi hari-hari kita pada setiap detik atau ketika. Kita mesti perhatikan apa yang melintas di hadapan mata dan menilai apa yang disogok atau dihidangkan kepada kita, sama ada ia intan ataupun kaca.

Dalam penilaian, janganlah kita memakai yang lain-lain sebagai neraca melainkan ambillah ugama sebagai neraca itu, nescaya kita tidak akan kecewa atau terpedaya.

Dalam masa yang sama, kita akan menangani pembangunan. Kita akan terus bergerak kearah pertumbuhan ekonomi yang mantap dan berdaya saing, disamping menyedari, cabaran adalah hebat berbangkit dari keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Di sini, kita perlu turut melihat prestasi ekonomi kita sendiri, di mana beberapa tahun kebelakangan ini, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah agak perlahan, yang memerlukan kita menggandakan usaha untuk meningkatkan keluaran dalam negara, terutama yang di luar sektor minyak dan gas.

Diantara yang di luar sektor minyak dan gas itu, ialah seperti sektor pertanian atau perikanan, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, termasuk perkhidmatan kewangan, pengangkutan, logistik, telekomunikasi, perdagangan, pelancongan dan lain-lain.

Kita mustahak ingat, bahawa pasaran dalam negara kecil, bukanlah alasan untuk menghalangi pertumbuhan keluaran, malah setiap syarikat, sama ada ia milik persendirian atau milik kerajaan, adalah mampu untuk mensasarkan penjualan produk dan perkhidmatan mereka keluar negara sebagai eksport.

Beta sebelum ini pernah menekankan, bahawa peningkatan pertumbuhan ekonomi boleh dicapai dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti, melalui penyelidikan dan penggunaan teknologi terkini.

Ini turut diyakini mampu untuk membantu mengurangkan unit kos pengeluaran, disamping juga akan membolehkan kita menembusi pasaran antarabangsa dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kita. Dengan berlakunya ini, bererti, keluaran dan eksport kita adalah tumbuh, yang dengan sendirinya, akan meletakkan ekonomi kita juga berada di tahap berkembang dan tumbuh.

Sehubungan ini, Beta telahpun memperkenankan beberapa reformasi penting, termasuk reformasi ekonomi (economic reforms), yang diharapkan dapat memenuhi hajat kita untuk mempelbagaikan ekonomi negara.

Beta juga telah memperkenankan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 yang telah digubal oleh Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035, untuk merealisasikan ketiga-tiga matlamat Wawasan Brunei tersebut.

Secara khusus, Beta juga telah memperkenankan Jawatankuasa Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Industri Hiliran (Downstream Industry) yang bertanggungjawab untuk melaksana reformasi bagi menjadikan negara ini lebih kompetitif dalam menarik para pelabur asing ke negara ini.

Untuk keperluan perusahaan tempatan yang berskala kecil dan sederhana pula, Beta telah memperkenankan penubuhan Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana, yang akan mengambil-alih pelbagai peranan, yang dulunya dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan.

Demikian juga di peringkat antarabangsa, langkah bagi memperluas peluang-peluang ekonomi, juga turut diambil dan diusahakan.

Pada lazimnya, fokus adalah diutamakan untuk perkembangan dalam negara. Pada masa ini, Kerajaan Beta sedang mengungkayahkan Projek Pembinaan Jambatan Temburong, satu projek terpenting setakat ini, yang dilihat sebagai langkah pemodenan Brunei secara besar-besaran.

Dengan kepanjangan kira-kira 30 kilometer merentasi perairan Brunei,
dari Daerah Brunei dan Muara ke Daerah Temburong, Jambatan ini apabila siap kelak, akan memberikan banyak kemudahan dan sekaligus berpotensi untuk pelancongan.

Satu lagi projek infrastruktur ialah Projek Talian Penghantaran Elektrik Voltan Tinggi di antara Lumut – Kuala Belait dan Projek Penambahan Kapasiti Janakuasa Elektrik Lumut yang dijangkakan siap pada pertengahan tahun 2016. Projek ini menelan belanja sebanyak 300 juta ringgit. Apabila ia siap kelak, dijangkakan bagi jangka masa panjang akan menjamin bekalan elektrik kita mencukupi disamping mampu untuk menjimatkan penggunaan sumber gas asli negara.

Insya Allah, akan banyak lagi projek yang menyusul untuk masa depan negara.

Apa yang penting bagi kita semua ialah menguatkan azam dan usaha untuk terus tabah dan lebih progresif dalam menghadapi cabaran-cabaran zaman dan keadaan.

Akhirnya, Beta tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan, termasuk mereka yang berkhidmat di sektor swasta, di atas usaha gigih mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing di sepanjang tahun 2015.

Beta dan keluarga Beta juga sukacita merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2016 kepada seluruh rakyat dan penduduk, semoga Allah Subhanahu Wata'ala melimpah kurnia-Nya berupa kesihatan, keamanan dan kemakmuran kepada semua.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.