![]() |
| Hujan yang turun tidak mematahkan semangat peserta perbarisan |
Posting mengikut label
ABDB
(18)
ADUAN
(18)
AGAMA
(127)
ALAM SEKITAR
(22)
ANTARABANGSA
(35)
ASEAN
(110)
BELIA
(37)
DEMOKRASI
(95)
EKONOMI
(200)
HAK ASASI
(89)
HALAL
(7)
HUBUNGAN LUAR
(61)
ISU LIMBANG
(4)
ISU PALESTIN
(12)
ISU ROHINGYA
(37)
ISU SELATAN THAI
(1)
ISU SPRATLY
(165)
ISU SYRIA
(1)
ISU UYGHUR
(4)
JENAYAH
(35)
KANAK-KANAK
(10)
KEBAJIKAN
(19)
KEKAYAAN
(9)
KEMALANGAN
(11)
KEMANUSIAAN
(45)
KEMISKINAN
(62)
KEPENTINGAN AWAM
(78)
KERAJAAN
(55)
KESELAMATAN AIR
(6)
KESELAMATAN MAKANAN
(70)
KESELAMATAN NASIONAL
(72)
KESELAMATAN SERANTAU
(265)
KESELAMATAN TENAGA
(10)
KESIHATAN
(45)
KETIDAKCEKAPAN
(2)
KEWANGAN
(34)
KHUTBAH
(3)
KOMUNIKASI
(4)
KONGRES
(26)
LAMAN ASPIRASI
(20)
MANIFESTO NDP
(6)
MENYUSUR DESA
(1)
MIB
(15)
MILF
(54)
MINYAK
(83)
MMN
(85)
NDP
(157)
NEGARA
(5)
NEGARA ZIKIR
(4)
PEKERJAAN
(79)
PELANCONGAN
(8)
PEMBANGUNAN
(16)
PEMBRUNEIAN
(17)
PENDAPATAN
(6)
PENDIDIKAN
(46)
PENGANGKUTAN
(5)
PERIKANAN
(9)
PERTANIAN
(25)
PERUMAHAN
(29)
PERUNDANGAN
(45)
PKS
(44)
POLITIK
(152)
RAJA
(102)
SEJARAH
(76)
SOSIAL
(61)
SWASTA
(13)
SYARIAH
(68)
TAKZIAH
(14)
TARBIAH
(22)
TAZKIRAH
(37)
TEKNOLOGI
(10)
TITAH
(120)
TPPA
(43)
UCAPAN
(16)
USUL
(10)
WANITA
(24)
WAWASAN 2035
(12)
Showing posts with label NDP. Show all posts
Showing posts with label NDP. Show all posts
Tuesday, February 28, 2017
Wednesday, January 11, 2017
BELANSUNGKAWA
Presiden dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ingin merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga dan seluruh rakyat Sarawak atas pemergian Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem, Ketua Menteri Sarawak yang telah kembali kerahmatullah pada 11 Januari 2017.
Presiden dan seluruh warga NDP turut bersedih dan terkejut dengan kehilangan besar seorang pemimpin pribumi yang berwibawa dan sangat dikasihi oleh semua lapisan rakyat Sarawak.
Saturday, November 26, 2016
KENYATAAN RASMI PRESIDEN NDP MENGENAI ISU KEZALIMAN TERHADAP UMAT ISLAM ROHINGYA
Baca atau muat turun kenyataan rasmi Presiden NDP (format pdf) di pautan berikut,
Labels:
ASEAN,
HAK ASASI,
ISU ROHINGYA,
KEMANUSIAAN,
NDP
Tuesday, November 22, 2016
Sesi Pencerahan dan Penerangan Mengenai Isu Pemberhentian Perkhidmatan Wad Perbidanan dan Sakitpuan Di Hospital PMMPMHAMB Tutong
Perjumpaan dan perbincangan berjalan lancar penuh hemah. Rombongan NDP telah diberikan maklumat dan penerangan yang tepat:-
1) Ternyata, ada salah pemahaman mengenai isu tersebut dan tidak seperti yang dikhuatiri masyarakat.
2) Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pemantauan untuk ibu-ibu mengandung dan sakit puan dan kes-kes kecemasan bersangkutan dua perkhidmatan ini masih diberikan dan diteruskan di daerah Tutong, bukan sahaja di Hospital PMMPMHAMB, Tutong bahkan di Pusat-pusat Kesihatan Lamunin, Telisai dan Sg. Kelugos.
3) Hanya wad-wad untuk bersalin dan perawatan sakit puan yang akan ditiadakan dan pesakit-pesakit boleh memilih di Hospital RIPAS atau Suri Seri Begawan. Ini memandangkan dari lima ratus(500) kelahiran setahun yang didaftarkan di daerah Tutong, kurang dari dua ratus(200) yang memilih melahirkan di daerah Tutong, tapi memilih melahirkan di Hospital RIPAS atau Hospital Suri Seri Begawan.
4) Minit tersebut masih sebatas perbincangan dalaman Hospital PMMPMHAMB dan belum muktamad diperingkat atas Kementerian Kesihatan untuk lebih mengemaskinikan dan memantapkan program tersebut.
5) Rombongan juga dikongsikan maklumat tentang wacana Kementerian Kesihatan untuk menjadikan setiap Hospital mempunyai "individual niche" sebagai "one stop centre" atau Pusat Serenti. Dalam hal Hospital PMMPMHAMB, ia diwacanakan menjadi pusat rawatan ringan seperti pembedahan katarak, kongenital dsbnya untuk pesakit-pesakit seluruh negara, bukan hanya penduduk Tutong.
6) Hospital RIPAS, Bandar Seri Begawan dan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, juga akan mempunyai "individual niche" yang tersendiri, berlainan dengan Hospital PMMPMHAMB, Tutong.
Demikianlah serba ringkas maklumat yang dapat Badan Perhubungan Daerah Tutong kongsikan hasil dari sesi pencerahan dan penerangan dari pihak pentadbiran Hospital PMMPMHAMB mengenai isu minit yang heboh diviralkan dan hangat diperdebatkan dan dikritik di media sosial.
Menjunjung Titah, Membangun Bangsa.
Jefry Mohd Daud
Naib Presiden Tutong.
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)
Sabtu, 19 November 2016
(9:30am - 11:30am),
Bilik Inovasi, Hospital PMMPMHAMB Tutong.
Turut hadir:
1) Ahli Majlis Tertinggi, YM Mohd Tahir bin Radin;
2) Ahli Majlis Tertinggi, YM Hj Ratu bin Mohd Tahir;
3) Ahli Majlis Tertinggi, YM Puspalinda bte Abidin;
4) Ketua Pemuda Pusat, YM Md Ali bin Abdul Rahman;
5) Ketua Biro Aduan Awam, YM Abuzah bin Md Noor;
6) Ketua Pemuda Daerah, YM Hj Akramin bin Hj Hashim;
7) Perwakilan JASA(Jabatan Setiausaha Agung), YM Ali bin Ahad.
Labels:
KEPENTINGAN AWAM,
KESIHATAN,
NDP
Wednesday, November 16, 2016
Ucapan Dasar Presiden NDP di Kongres Agung Tahunan ke-11 2016
Baca atau muat turun teks penuh ucapan (format pdf) di pautan berikut,
Wednesday, November 9, 2016
Sekitar Kongres Agung NDP ke-11 pada 5 November 2016
Kongres Agung Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ke-11 pada 5-6 November 2016, bertempat Di Dewan Mesyuarat, Tingkat 4, Bangunan Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam, Gadong. Diterajui oleh Yang Di Hormati Pengerusi Tetap Awg Hj Abd Rahman bin Hj Mohd Yusof.
Wednesday, May 18, 2016
Masalah Lot Sengkuang menggugat usaha ‘National Food Security'
10 SYA'BAN 1435/17 MEI 2016: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat terkilan dengan keadaan pesawah-pesawah di Lot Sengkuang Labi yang sering berhadapan dengan masalah untuk terus bertahan memajukan perusahaan mereka dikawasan yang telah diiktiraf sebagai kawasan penanaman padi terbesar di Daerah Belait.
Di sesi lawatan pada 13 Mei 2016 kemarin, rombongan NDP meninjau keadaan di Lot Sengkuang dan mendapati permasalahan yang dihadapi pesawah-pesawah sama seperti yang pernah ditinjau dalam sesi lawatan hampir satu dekad lalu. (Pam air Labi tinggal jadi tugu peringatan)
Lot Sengkuang Mukim Labi telah mula diteroka oleh beberapa penduduk Labi dan pesawah-pesawah dari luar Mukim Labi dan daerah Belait pada tahun 60an dan pada tahun 80an seluas 50 hektar diambil alih oleh Jabatan Pertanian.
![]() |
| Rombongan NDP melawat Lot Padi Sengkuang, Labi |
![]() |
| Meninjau sistem saliran air yang kering kontang |
![]() |
| Rombongan NDP mendengarkan penjelasan Awang Haji Mohd Sofian yang masih bertahan dan berharap masalah Lot Sengkuang akan selesai |
Lot Sengkuang yang mempunyai keluasa 300 hektar telah dikenalpasti sebagai berpotensi untuk dikembangmajukan menjadi pengeluar padi terbesar negara dan juga dalam konteks memperkasa sekuriti makanan negara, berpotensi sebagai penyumbang terbesar dalam usaha meningkatkan pengeluaran beras ketahap saradiri.
Kearah itu macam-macam perancangan strategik telah diuar-uarkan sejak hampir dua dekad yang lalu untuk menaiktaraf prasarana di Lot Sengkuang termasuklah perancangan bagi penyediaan bekalan air serta sistem pengairan dan penyaliran.
Malangnya tidak semua perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ia hanya tinggal cantik dalam kertas-kertas kerja dan berhasil memberikan harapan tinggi apabila diuar-uarkan dengan bersemangat melalui ucapan-ucapan menteri-menteri, pengarah-pengarah jabatan dan pegawai-pegawai pertanian yang silih berganti.
Hakikatnya menteri bertukar menteri, pengarah bertukar pengarah, ketua jabatan silih berganti namun masalah yang dihadapi oleh pesawah-pesawah di Lot Sengkuang hampir dua dekad lalu masih sama dan belum selesai.
![]() |
| Masih boleh senyum walaupun keadaan menyulitkan untuk terus bertahan |
Ada pesawah yang sudah meninggal dunia dan ada pula yang sudah serik dengan masalah yang dihadapi lantas putus harapan dan meninggalkan sawah padi dengan penuh kekecewaan.
Pada tahun 2014 hampir 100 dari 286 pesawah yang berdaftar di Lot Sengkuang gulung tikar. Dari pengeluaran hasil sawah sejumlah 232 tan metric menurun kepada 182 tan metric pada 2014. Pada tahun ini bilangan pesawah dan juga hasil padi di Lot Sengkuang terus menurun dengan drastiknya.
Pihak berkuasa beruntung keadaan yang membimbangkan ini dapat ditutup dengan menyalahkan musim kemarau teruk akibat fenomena El Nino dan setentunya dengan pengunduran pesawah-peswah yang sudah bosan dengan masalah yang dihadapi.
Tetapi pesawah-pesawah yang masih bertahan lebih maklum apa punca sebenar dan faktor-faktor lain yanag menyumbang kearah kemerosotan Lot Sengkuang dan kenapa ramai pesawah-pesawah yang meninggalkan sawah ladang mereka di Lot Sengkuang.
Pesawah-pesawah yang sudah lanjut usia juga maklum apa sebab generasi muda menjauhkan diri dari perusahaan padi sawah negara yang masih berkalut-kalut dengan berbagai alasan untuk memajukannya.
Dalam hal ini NDP sangat bimbang dengan perancangan untuk mencapai tahap saradiri beras negara yang sepatutnya sudah sedikit sebanyak tercapai sasaran 60 peratus pada tahun lepas.
Lebih membimbangkan lagi ialah perancangan untuk memerdekakan negara dari bergantung terus kepada ‘ihsan alam' luar untuk mendapatkan beras nampaknya akan terus terbantut. Pelan strategi dan dasar pertanian negara yang antara lain menjadikan jaminan sekuriti makanan negara (national food security) sebagai salah satu strategi utamanya nampaknya belum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
NDP juga kecewa melihat sepanjang hampir satu dekad ini harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam hal memperkukuh sekuriti makanan negara khususnya dalam mencapai saradiri beras belum dapat dicapai sepenuhnya seperti yang telah disasarkan.
Untuk itu NDP mengajak kita semua untuk mentelaah semula mesej baginda sultan mengenai kepentingan sekuriti makanan negara dalam petikan titah sempena hari Keputeraan baginda yang ke 62 tahun pada 15 Julai 2008. Mudah-mudahan ianya akan dapat memperbaharui kesungguhan politik kita untuk terus meningkatkan produktiviti industri beras negara kearah saradiri yang diharap-harapkan.
Petikan titah yang dimaksudkan.....
“Selain itu, kita juga perlu peka dengan krisis permakanan dunia sekarang. Krisis ini telah benar-benar menimbulkan kebimbangan global apabila pengeluar beberapa jenis bijiran asasi, termasuk beras, telah mendadak susut di negara-negara pengeluar utamanya.
Dan menambah kalut lagi apabila beberapa negara pengeluar terpaksa mengeluar stok simpanan beras mereka untuk diagihkan kepada rakyat masing-masing.
Kebimbangan semakin meningkat apabila Badan Dunia juga turut mendedahkan hasil pertanian terus susut berbanding dengan kepesatan penduduk dunia.
Pertambahan penduduk dunia diramal meningkat dari 6.5 bilion (2006) kepada 7 bilion (2012). Peningkatan ini sudah tentu tidak seimbang dengan penghasilan permakanan yang terus merosot.
Ini ditambah lagi dengan isu perubahan iklim dunia. Pemanasan global membawa impak kepada persekitaran. Ini juga menjadi ancaman baru kepada kehidupan.
Kemudian dimerata tempat di dunia, terjadi pula bencana-bencana alam yang dahsyat, seperti gempa bumi, angin kencang dan banjir besar, yang semuanya itu, turut menjejaskan pula sumber permakanan.
Kerajaan Beta telah meletakkan beras selaku keperluan asas yang telah diberikan subsidi sekian lama.
Sama seperti minyak kenderaan, perbelanjaan subsidi untuk beras juga telah meningkat sekarang. Namun demi kesejahteraan rakyat dan penduduk, harga beras masih saja ditahap biasa.
Tetapi ini bukan bererti kita terlepas dari senario kebimbangan mengenai hasil makanan. Lebih-lebih lagi beberapa buah Negara pengeluar telah dilihat menghentikan eksport makanan bijiran mereka ke negara lain.
Maka dengan sebab itu, Negara Brunei Darussalam tidak dapat lagi semata-mata bergantung kepada ‘ihsan alam' luar negara untuk mendapatkan beras, walaupun kita mampu mengadakan peruntukan untuk itu.
Sikap semata-mata bergantung kepada wang ringgit untuk mengisi perut sudah tidak relevan lagi dengan terjadinya krisis makanan ini.
Jika ada negara pengeluar beras yang sudah mampu memenuhi 70 peratus keperluannya sendiri, masih sahaja sibuk menggubal dasar untuk sampai ketahap 100 peratus mencukupi, mangapakah kita, yang cuma baru setakat mampu menampung sekitar 3.12 peratus tidak menyingsing lengan meningkatkan industri penghasilan beras negara?
Pada ingatan Beta, perkara ini telahpun berulang kali Beta timbulkan sejak dari beberapa tahun lagi.
Jadi memang wajar untuk kita mempunyai pelan strategi dan dasar pertanian negara yang antara lain menjadikan jaminan sekuriti makanan negara (national food security) sebagai salah satu strategi utamanya”.
Sumber - Laman Aspirasi
Labels:
KESELAMATAN MAKANAN,
NDP,
PERTANIAN
Tuesday, April 19, 2016
JANGAN BIARKAN TAMU DAN PASAR SERIA JADI ASET YANG TERABAI
11 APRIL 2016: Beberapa ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting (MER) Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Perumahan Rakyat Jati Lorong 3 Seria dibawah pimpinan Sdra Haji Tengah bin Metamit pada hari Jumaat 8 April kemarin telah membuat lawatan kerja ke Tamu Hujung Minggu dan Pasar Seria bagi tujuan meninjau dan meneliti kemaslahatan petani-petani, para usahawan tani dan pengunjung-pengunjung dikawasan tersebut.
Presiden NDP sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden sdra Pg Haji Zainal Pg Talip, Naib Presiden NDP Belait sdra Haji Metali bin Haj Ibrahim, Setiausaha Agung NDP sdri Hajjah Saemah Kepli, Ketua Himpunan Wanita NDP sdri Hajjah Kartini Manap dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP Belait serta anggota JASA yang lain juga turut diundang untuk menyertai lawatan kerja tersebut.
Di sesi lawatan tersebut beberapa pandangan dan cadangan telah dapat dikumpulkan dari pengusaha-pengusaha kecil dan juga orang ramai yang sempat ditemubual di sesi lawatan kerja tersebut.
Berikut sesi lawatan kerja tersebut NDP telah mengambil ketetapan seperti berikut:
1. NDP mengambil maklum dan menyokong apa jua usaha dan langkah Kerajaan kearah membangun dan memajukan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) khususnya anak-anak tempatan yang berkecimpung dalam sektor pertanian dan perikanan
2. NDP juga mengambil maklum apa jua usaha dan langkah yang sedang dan akan terus diungkayahkan adalah semata-mata untuk mencapai matlamat memperkasa keupayaan dan dayasaing PKS tempatan yang sekaligus setentunya akan dapat menyumbang kearah memperkukuh ekonomi negara dan meningkatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di sektor bukan minyak dan gas.
3. Dalam hal ini NDP mengambil ingat akan titah Tahun Baru Masehi 2016 KDYMM seperti petikan berikut:
“Di sini, kita perlu turut melihat prestasi ekonomi kita sendiri, di mana beberapa tahun kebelakangan ini, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah agak perlahan yang memerlukan kita menggandakan usaha untuk meningkatkan keluaran dalam negara, terutama yang di luar sektor minyak dan gas.
Di antara yang di luar sektor minyak dan gas itu, ialah seperti sektor pertanian atau perikanan, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan termasuk perkhidmatan kewangan, pengangkutan, logistik, telekomunikasi, perdagangan, pelancongan dan lain-lain”
4. Sehubungan dengan itu NDP juga mengalu-alukan dan menyokong penuh titah Baginda itu yang juga memperkenankan langkah reformasi ekonomi yang diharap dapat mencapai matlamat mengembang dan mempelbagaikan ekonomi negara.
5. Dalam konteks ini dan bagi mencapai matlamat memenuhi keperluan perusahaan tempatan yang berskala kecil dan sederhana itu, Baginda antara lain telah memperkenankan penubuhan Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PPKS), yang akan mengambilalih pelbagai peranan, yang dulunya dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan.
6. NDP juga mengambil maklum tentang perancangan-perancangan yang telah disusun oleh pihak-pihak berkenaan khususnya Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSUP) serta Menteri Tenaga dan Industri di Pejabat Perdana Menteri kearah meningkatkan prestasi ekonomi negara serta kearah meningkatkan keluaran dalam negara sektor bukan minyak dan gas khususnya dibidang pertanian dan perikanan.
7. Sehubugan dengan itu NDP berharap Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PPKS) yang baru ditubuhkan akan tidak terlepas pandang keatas kemaslahatan petani-petani dan para usahawan tani yang sudah lama bergiat dalam perusahaan pertanian dalam keghairahan PPKS membantu dan memudahcara kemajuan PKS yang diluar bidang pertanian bak kata pepatah “kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.”
8. Dari itu NDP mencadangkan agar PPKS dapat meninjau keadaan petani-petani dan para usahawan tani tempatan seluruh negara terutama mereka yang bergiat di Daerah Belait setiap hujung minggu yang jelas kurang diberikan perhatian serious dalam usaha memudahcara perniagaan hasil-hasil tanaman petani-petani dalam dan luar daerah.
9. PPKS juga disarankan agar dapat berkerjasama dengan Jabatan Pertanian dan Jabatan Bandaran dalam menyelaraskan misi dan visi kedua-dua Jabatan ini kearah mencapai satu wawasan iaitu kearah memajukan dan mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana terutama dibidang pertanian seperti yang dihasratkan oleh KDYMM dan Kerajaan.
10. Melalui langkah ini NDP yakin usaha kearah memajukan sektor pertanian akan lebih mudah dicapai.
11. Hasil kunjungan di Tamu dan Pasar Seria, NDP mendapati petani-petani dan usahawan-usahawan tani tempatan terpaksa berhadapn dengan senario kawalan dari dua pihak iaitu pihak Jabatan Pertanian yang bertanggungjawab keatas kemaslahatan petani dan hasil-hasil tani dan pihak Jabatan Bandaran yang menyediakan dan mengawal prasarana pasaran dan kegiatan urusniaga usahawan tani.
12. NDP mendapati petani-petani dan para usahawan tani yang bergiat di Daerah Belait, contohnya, tidak disediakan kemudahan dan kawasan tamu hujung minggu yang kekal, sempurna dan selamat dengan kemudahan yang selesa untuk mereka mengiatkan usaha mereka.
13. Hakikatnya mereka sering di pindah-pindah mengikut citarasa Jabatan Bandaran tanpa dibawah berunding dan sekarang ditempatkan di kawasan-kawasan letak kerita kawasan pasar Seria dan Pasar Baru Kuala Belait.
14. Mereka juga terpaksa mengangkut paying-payung besar, kemah-kemah dan meja-meja jualan selain barangan hasil tani yang akan dipasarkan.
15. Dalam masa sama NDP juga terkilan dengan keadaan Pasar Seria yang telah dibina lebih 20 tahun lalu tetapi hingga kini sunyi senyap tidak ramai penghuni kecuali pengusaha besar Pasar Raya dan beberapa bangku dan ruang yang disikan oleh beberapa pengusaha tempatan yang umpama hidup segan mati tak mahu.
16. NDP juga mendapati tahap kebersihan dan keselamatan di Pasar Seria dan kawasan persekitarannya kurang diberikan perhatian yang sewajarnya.
17. NDP berpandangan ianya satu pebanziran harta kerajaan sedangkan kemudahan yang ada didalam bangunan Pasar Seria sebenarnya dapat dimajukan untuk dijadikan tamu hujung minggu seperti kemudahan yang disediakan di tamu Daerah Tutong.
18. NDP melihat langkah ini tidak Begitu memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar cukup dengan dorongan kesungguhan politik, anjakan paradigma, berfikir luar kotak, imganisai dan kreativiti pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.
19. NDP juga berpandangan usaha perlu tumpukan kearah mewujudkan dasar dan sistem tamu yang liberal dan mesra-pasaran dengan membina prasarana yang lengkap dan sempurna seperti yang diungakayhkan oleh negara jiran sebelah yang sangat popular dikalangan pengunjung-pengunjung dari Belait.
20. Dalam masa sama NDP mencadangkan agar pihak-pihak berkenaan mengubah sikap dan membuka minda dengan membawa berunding semua ‘stake holders' dan mengambil kira semua aspek secara adil bukan sahaja untuk kepentingan pihak berkuasa tetapi juga untuk kepentingan pengusaha-pengusaha yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan sebarang perancangan.
21. NDP kesal dengan sikap segolongan pegawai pentadbir dan penguatkuasa yang masih bersikap autokratik dan tidak mesra PKS. NDP bimbang jika sikap ini terus diasuh hasrat KDYMM untuk melaksanakan reformasi ekonomi negara mungkin akan tidak tercapai.
22. Dengan mengambil ingat apa yang pernah disentuh oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-69 Tahun pada 15 Ogos 2015 pada mana Baginda menekankan bahawa;
“…Brunei mesti dengan segera melakukan penghijrahan minda: Dari suka menunggu-nunggu dan berpeluk tubuh kepada rajin bekerja. Dari banyak bergantung harap, kepada lebih membanyakkan usaha, dan dari kurang berdikari, kepada lebih berdikari. Inilah sumber kekuatan kita...”
NDP dengan ini menyeru pihak-pihak berkenaan agar terus menanai titah ini melalui usaha masing-masing iaitu dengan menyediakan dan memudahkan suasana perniagaan dan perusahaan yang mengalakkan pertumbuhan dan produktiviti bukan yang menyulitkan melalui perlaksanaan peraturan yang terlalu mementingkan untung rugi jabatan, birokratik, menekan dan menyusahkan.
Sumber - Laman Aspirasi
Labels:
KEPENTINGAN AWAM,
KERAJAAN,
NDP,
PKS
Thursday, April 7, 2016
Sumbang air mineral untuk bomba
![]() |
| Haji Metali menyerahkan sumbangan berbentuk air minuman kepada Penolong Superintenden Awang Zulkefli di Balai Bomba Kuala Belait. |
Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 3 April – Badan Perhubungan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) cawangan Daerah Belait telah menghulurkan sumbangan air minuman termasuk air mineral kepada anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran hutan di sini.
Penyampaian sumbangan telah diadakan di Balai Bomba Kuala Belait, yang disampaikan oleh Naib Presiden NDP Daerah Belait, Haji Metali bin Haji Ibrahim kepada Pegawai Mengetuai Balai, Penolong Superintenden Awang Zulkefli bin Awang Alimas.
Kunjungan rombongan Badan Perhubungan NDP Daerah Belait ke Balai Bomba Kuala Belait telah dialu-alukan oleh Penolong Superintenden Awang Zulkefli serta anggota bomba lainnya.
Dalam ucapan ringkas, Penolong Superintenden Awang Zulkefli telah merakamkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan rombongan NDP, selain turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak penyumbang yang lain sebelum ini sejak mereka mengadakan operasi memadam kebakaran hutan yang berlaku di daerah ini.
Menurutnya, operasi sepadu memadam kebakaran hutan telah bermula sejak 23 Februari lalu semasa berlakunya kebakaran hutan di beberapa buah kawasan termasuk di kawasan Jalan Bypass dan seterusnya turut menjejaskan kawasan Jalan Rasau Kampung Sungai Teraban.
“Punca kebakaran dipercayai daripada faktor perbuatan manusia, yang membakar secara terbuka di kawasan terbabit, kerana mahu memulakan tanaman di sana, dan sehubungan itu kami sering menyeru kepada orang ramai supaya mengelakkan daripada melakukan pembakaran, demi mengelakkan berlakunya kebakaran,” katanya.
Rombongan Badan Perhubungan NDP Daerah Belait turut disertai oleh Setiausaha Agung NDP, Ketua Himpunan Wanita Pusat, Dayang Kartini binti Abdul Manap, anggota Jabatan Setiausaha Agung (JASA) dan ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting Lumut serta ahli-ahli jawatankuasa Badan Perhubungan Daerah Belait sendiri dengan diketuai oleh Haji Metali.
Sumber - Media Permata
Labels:
NDP
Monday, April 4, 2016
PEMBANGUNAN PANTAI TUNGKU JANGAN KUBURKAN SEMANGAT BERDIKARI BANGSA
KENYATAAN RASMI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)
MUKADIMAH
Badan Perhubungan NDP Brunei-Muara dibawah pimpinan Naib Presiden Haji Mohiddin DPP Haji Othman telah menganjurkan lawatan kerja ke Pantai Tungku berikutan aduan dan sungutan dari pengusaha pengusaha yang bimbang akan kemungkinan mereka tidak lagi dibenarkan berniaga di kawasan tersebut. Ini kerana kawasan tersebut akan dimajukan oleh Brunei Investment Agency selaku pemilek kawasan tersebut.
TYT Presiden NDP, sdra Malai Hassan Othman juga diundang bersama untuk menyertai lawatan kerja pada hari Ahad 27 Mac 2016 itu. Juga turut serta Setiausaha Agung NDP sdri Hajah Seamah Kefli, Ketua Himpunan Wanita Puan Hajah Kartini, PSUA sdra Mohamad Abdullah Peter, Penolong Ketua Perhubungan NDP Brunei-Muara merangkap Setiausaha Politik Presiden sdra Ahmad Timpus, Ketua Biro Kemajuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Dr Hajah Raiyah dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi dan JASA yang lain.
Berikutan lawatan kerja tersebut NDP telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendirian dan pandangan parti berhubung perkara tersebut seperti berikut:
1- PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan dan menyokong penuh sebarang rancangan untuk memajukan dan mencantikan lagi Pantai Tungku yang sudah terkenal dengan keindahanya dikalangan pengunjung pengunjung tempatan dan luar negara sebagai sebuah kawasan riadah dan tempat bersantai-santai dihujung hujung minggu
2- NDP juga menyokong penuh sebarang usaha kearah memajukan kawasan kawasan peranginan dan riadah termasuklah usaha untuk menswastakan pengurusan kawasan kawasan yang akan dikenalpasti sebagai kawasan yang boleh dimajukan selaras dengan perancangan kemajuan sektor pelancongan di negara ini
3- Dalam hal ini adalah menjadi dasar dan pegangan NDP agar pihak yang berwajib sentiasa mengambil kira faktor alam sekitar secara serius dalam sebarang usaha untuk memajukan atau membangunkan negara, di mana kajian secara objektif dan telus perlu diadakan sebelum sebarang projek pembangunan atau projek mega dimulakan, agar kesejahteraan rakyat Kebawah DYMM dan generasi akan datang, serta alam sekitar tidak akan terjejas dan lebih terjamin
4- Namun demikian dalam hal memajukan dan membangun semula Pantai Tungku, NDP juga berharap dan menyeru agar pemilek dan pihak yang berkuasa atas kawasan tersebut serta pihak kerajaan sendiri dapat melaksanakan sebarang rancangan kemajuan Pantai Tungku dengan mempastikan ianya mendatangkan kebaikan dan manfa'at kepada semua pihak termasuklah kepada pengusaha pengusaha kecil yang sudah bertahun-tahun menjadikan kawasan tersebut sebagai sumber rezeki mereka bukan sebaliknya
5- NDP bimbang sejarah akan berulang dalam mana inisiatif pihak kerajaan beberapa tahun yang lalu untuk mengubahsuai Pantai Serasa turut memutuskan mata pencarian beberapa pengusaha pengusaha kecil yang mencari makan dikawasan tersebut tetapi tidak pula mematahkan semangat mereka yang terjejas untuk terus berusaha untuk menyara hidup di kawasan riadah yang lain. Ramai dari kalangan mereka yang terjejas telah berpindah ke Pantai Tungku
6- Setelah lebih dua tahun berlalu mereka sekali lagi berhadapan dengan kemungkinan akan dipapat lagi mata pencarian mereka apabila kawasan Pantai Tungku yang merupakan milek Brunei Investent Agency (BIA) akan dimajukan. Wallahu wa'alam sama ada ia akan dimajukan sebagai kemudahan riadah yang eklusif atau sebaliknya belum dapat dipastikan
7- Apa yang pasti lebih 100 pengusaha pengusaha sekarang tidur tak lena makan tak kenyang memikirkan masa hadapan mereka
8- NDP turut bimbang kemungkinan usaha untuk memajukan Pantai Tungku akan turut menguburkan semangat berdikari, bekarih, bejarih, belurih anak bangsa yang telah terbukti tidak kenal penat lelah untuk mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan untuk hidup
9- NDP juga bimbang jika permasalahan mereka ini tidak diberikan perhatian sewajarnya akan melahirkan kekecewaan dikalangan mereka dan sekali gus boleh menjejaskan keyakinan mereka dan keluarga mereka kepada pihak kerajaan serta boleh menjejaskan kredibiliti usaha kerajaan untuk memudahkan pertumbuhan pengusaha pengusaha kecil dan sederhana yang sedang diuar-uarkan
10- Untuk itu dikesempatan ini NDP mengingatkan pihak pihak berkuasa dan yang berkepentingan agar mengambil ingat akan titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam di majlis Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Negara (MMN) baru baru ini tentang pentingnya mengambil kira dan kaedah menyelesaikan permasalahan rakyat yang dipetik seperti berikut:
“Pendek kata, apa jua perancangan dan inisiatif adalah perlu untuk mengambil pendekatan delivery atau delivery approach untuk mencapai hasil yang dihasratkan.
Untuk itu, sangat perlu bagi ahli-ahli mempunyai pandangan yang jauh dan cepat ke hadapan. Mereka perlu mengambil langkah-langkah mitigasi dan membuat persediaan sewajarnya sebelum didatangi oleh sebarang persoalan.
Akhir kalam beta menyeru kepada Ahli-Ahli Majlis-Mesyuarat supaya dapat meneruskan serta melipatgandakan usaha masing-masing dalam memeduli permasalahan rakyat dan penduduk negara ini, sama ada mereka yang bermastautin di kawasan bandar mahupun di kawasan-kawasan luar bandar.
Apa jua permasalahan itu perlu ditangani dengan baik dan sempurna dengan jalan berunding. Semoga usaha-usaha yang kita buat akan menghasilkan buah yang baik dan ranum untuk semua.”
11- Dalam hubungan ini NDP menyarankan pihak pihak berkenaan agar mengambil sikap terbuka dan pandangan yang jauh iaitu dengan mengambil kira pengusaha pengusaha kecil yang sudah bertapak di Pantai Tungku dan semangat mereka atas konsep Bekarih, Bejarih dan Belurih untuk berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan sebagai satu aset penting dalam rancangan untuk memajukan kawasan kawasan riadah dan pantai pantai peranginan bukannya satu liabiliti yang hendak dihapuskan dan dikubur di Pantai Tungku yang baru demi kepentingan beberapa pihak sahaja
12- NDP juga berpandangan bahawa pengusaha pengusaha kecil tersebut merupakan satu aset kepada rancangan kemajauan sektor pelancogan negara yang wajar dikembangmajukan
13- Untuk itu pihak pihak berkenaan perlu berlapang dada dan dengan minda terbuka untuk membantu dan memudahkan mereka meneruskan perusahaan mereka masing masing dalam masa sama memajukan dan membangun Pantai Tungku sebagai kawasan peranginan dan riadah yang mesra alam sekitar, selamat dan bertaraf antarabangsa
14- Sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir, NDP juga sukacita mengingatkan akan pentingnya setiap perancangan kemajuan dilandaskan atas konsep keadilan dan ihsan yang merupakan ciri ciri pemerintahan KDYMM
15- Dalam konteks ini NDP meyarankan agar pihak pihak berkenaan berpegang dan mengambil iktibar titah nasihat KDYMM semasa merasmikan perlantikan barisan Menteri kabinet yang baru pada Oktober 2015 yang lalu:
“Allah mengurniakan nikmat, sementara kita berkewajipan mensyukurinya. Syukur itulah pemangkin segala nikmat dan keberkatan. Tanpa syukur, nikmat akan hakis, tidak dapat bertahan lama.
Bagaimanakah caranya bersyukur itu? Di samping mengucapkannya dengan lidah, kita juga dituntut untuk bersyukur melalui ‘urustadbir' di dalam kehidupan. Kerana itulah kita memerlukan kerajaan, dan dalam kerajaan itu pula terdapat jentera yang terdiri daripada para pemimpin dan pegawai-pegawai serta kakitangan di bawah mereka.
Di tangan merekalah, terutama para pemimpin, kewajipan untuk membawa negara ini menjalani amalan bersyukur, iaitu melalui pimpinan dan urustadbir mereka dalam kerajaan.
Salah satu dari ciri bersyukur itu ialah dengan melaksanakan keadilan. Kerana keadilan adalah segala-galanya. Tanpa keadilan, semua kebajikan akan jauh atau menarik diri daripada kita.
Oleh itu, satu peringatan perlu disebut di sini, bahawa sesiapa jua yang dilantik atau dipilih menjadi pemimpin, mereka itu adalah berkewajipan untuk menjalankan keadilan. Tempat tumpahnya keadilan ialah keatas rakyat, bukan kepada diri sendiri. Adapun untuk kepentingan diri sendiri, itu bukanlah keadilan tetapi kezaliman.
Sebab itulah kadang-kadang, bersedia mendengar suara orang di bawah, atau menerima idea-idea yang baik, atau keluhan atau rintihan mereka dapat dianggap sebagai ciri melaksanakan keadilan”.
16- Semoga pandangan dan saranan NDP ini dapat diberikan perhatian oleh pihak pihak berkenaan demi kepentingan bangsa dan negara dan selaras dengan tanggungjawab semua untuk memelihara negara sebagai sebuah negara yang aman makmur lagi sejahtera serta sentiasa mendapat perlindungan Allah.
Sumber - Laman Aspirasi
Labels:
KEPENTINGAN AWAM,
KERAJAAN,
LAMAN ASPIRASI,
NDP,
PKS
Wednesday, March 16, 2016
KENYATAAN RASMI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)
PENILAIAN KPI PEMBANGUNAN YANG PATUH SYARIAH
SELARAS DENGAN OBJEKTIF NEGARA ZIKIR
- Urustadbir patuh syariah
- Keadilan dan ihsan dalam semua aspek pembangunan: politik, ekonomi dan sosial
- Konsultasi dan perundingan
- Pendekatan Delivery
1. PRESIDEN DAN AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI (MT) PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dengan rendah hati sukacita menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan menjunjung tinggi atas titah yang dikurniakan oleh baginda di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kedua Belas Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada 5 Mac 2016
2. Ahli-Ahli MT NDP dalam mesyuarat kali ke-3 untuk tahun 2016 pada 12 Mac 2016 yang lalu juga turut merakamkan setinggi harapan agar Ahli-Ahli MMN akan sentiasa akur dengan apa yang tersirat dalam titah baginda yang sewajarnya dijadikan azimat kepada semua yang terlibat dalam memikirkan dan dalam menjalankan amanah memelihara kepentingan agama, bangsa dan negara
3. Seperti yang dititahkan NDP juga turut berharap agar Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat terus istiqamah dalam melipatgandakan usaha memeduli permasalahan rakyat dan penduduk negara ini ‘tanpa diskriminasi dan pilih kasih'
4. NDP juga berharap dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab memeduli maslahah negara dan rakyat, Ahli-Ahli MMN akan terus komited menanai keadilan dan ihsan yang merupakan ciri-ciri pemerintahan baginda sultan
5. Seperti yang dihasratkan oleh baginda sultan, tidak kira mereka ini bermastautin di kawasan bandar mahupun di kawasan-kawasan luar bandar, sama ada mereka dari golongan borjuis atau merhaen semua mesti dikelinga atas semangat keadilan dan ihsan yang berlandaskan ketaqwaan kepada Allah SWT dan bukannya atas dasar kepentingan sendiri, sifat pilih kasih dan diskriminasi
6. NDP juga menjunjung titah baginda sultan yang telah mengingatkan supaya apa jua permasalahan perlu ditangani dengan baik dan sempurna dengan jalan berunding. Harapan baginda ialah semoga usaha-usaha sedemikian akan menghasilkan buah yang baik dan ranum untuk semua
7. NDP juga turut meningatkan akan titah yang telah menekankan apa pun saranan-saranan mahupun buah fikiran hendaklah dibuat bukan atas kepentingan diri sendiri atau hanya mendengar dari satu pihak sahaja tanpa membuat kajian mendalam mengenainya
8. Seterusnya Ahli-Ahli MMN juga diharapkan akan terus mengambil perhatian akan nasihat KDYMM tentang perlunya setiap perancangan dan inisiatif mengambil pendekatan delivery atau delivery approach untuk mencapai hasil yang dihasratkan serta perlunya Ahli-Ahli MMN mengambil langkah-langkah mitigasi dan membuat persediaan sewajarnya sebelum didatangi oleh sebarang persoalan
9. NDP berpandangan titah tersebut dapatlah dirumuskan kepada 4 perkara pokok yang perlu diperhatikan dan jadi panduan dalam proses membuat keputusan besar melalui pelantar MMN yang menyangkut kepentingan bangsa dan bangsa, Iaitu:
i. Keadilan dan ihsan dalam memeduli permasalahan rakyat
ii. Segala permasalahan perlu diselesaikan dengan sempurna melalui perundingan
iii. Perlunya pendekatan delivery dalam membuat perancangan
iv. Memberikan perhatian kepada langkah-langkah strategik seperti langkah mitigasi dan persediaan awal sebagai langkah persiapan sebelum didatangi oleh sebarang persoalan
ii. Segala permasalahan perlu diselesaikan dengan sempurna melalui perundingan
iii. Perlunya pendekatan delivery dalam membuat perancangan
iv. Memberikan perhatian kepada langkah-langkah strategik seperti langkah mitigasi dan persediaan awal sebagai langkah persiapan sebelum didatangi oleh sebarang persoalan
10. Selain itu NDP juga berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal yang telah mengarisbawahkan bahawa titah baginda selari dengan rangsangan Al-Quran terutama sekali dalam hal:
i. Dorongan kepada kegiatan perdagangan dan urus niaga
ii. Strategi menangani dan mendepani cabaran-cabaran ekonomi dan suasana kehidupan rakyat
iii. Kemestian bermesyuarat dan perundingan dalam proses membuat keputusan yang menyangkut kepentingan rakyat
iv. Urustadbir (governance) mengikut pentunjuk Allah dan perancangan yang patuh syariah
v. Kebijaksanaan dalam menilai keutamaan khususnya dalam menentukan peruntukkan jumlah bajet atau pengurangannya yang seharusnya turut mengambil kira kesesuaiannya selain mengambil kira keutamaan dan kepentingan jumlah bajet tersebut diperuntukkan atau dikurangkan
11. Seperti yang ditekankan oleh YB Pehin Datu Imam bahawa dalam Islam, tiada garis pemisah antara spiritual dan material, kerana apa sahaja yang dilakukan sebagai patuh kepada perintah Allah Subhanahu Wata'ala merupakan amal yang menjadi ibadat
12. Dari pemahaman NDP dalam konteks pembangunan bangsa dan negara pendekatan Islam yang sebenar-benarnya mestilah diamalkan bukan disempitkan dan dibelakangkan. Ini selaras dengan tuntutan sebagai sebuah ‘Negara Zikir' dan selaras dengan objektif untuk membangun dan memelihara negara sebagai sebuah negara ‘BALDATUN THAYYIBATU WA RABBUN GHAFFUR' dalam maknanya yang luas
13. Untuk itu NDP berharap MMN akan dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi kepada pandangan tersebut dengan menginsafi bahawa ibadah itu hanyalah kepada Allah SWT. Ini bermakna dalam membangun bangsa dan negara, semua aspek-aspek yang perlu dibangunkan untuk pembangunan itu perlulah diniatkan untuk beribadah kepada Allah SWT dan untuk itu semua usaha pembagunan perlulah bertepatan dengan syariat Islam
14. NDP menginsafi bahawa dari perspektif barat seperti Teori Marxis contohnya hanyalah tertumpu kepada konsep kebendaan. Seperti juga teori kapitalis yang menafikan peranan agama dalam konsep pembangunan bertentangan dengan teori Pembangunan Islam yang meletakkan manusia di tengah tengah fokus proses pembangunan
15. NDP juga mengambil maklum tentang keberkesanan kaedah Key Performance Indicators atau juga dikenali dengan singkatan KPI dalam membantu organisasi menentukan dan mengukur kemajuan dalam mencapai tujuan sesebuah organisasi dan memahami bahawa KPI adalah bahan pengukuran kuantitatif yang mencerminkan faktor-faktor penentu keberhasilan sesebuah organisasi itu
16. Apa yang merisaukan kaedah KPI konvensional ini mungkin hanya dapat mengukur pencapain prestasi dari aspek kepentingan pencapaian fisikal, teknikal dan material serta untung rugi sesuatu perancangan atau program pembangunan
17. Sehubungan dengan itu NDP menyarankan agar MMN dapat memikirkan dan mengusahakan cara bagaaimana kaedah KPI konvensional yang lazim digunapakai sebagai kayu ukur pencapaian sesuatu perancangan dan program pembangunan dapat diselaraskan dengan penialaian prestasi yang mengunakan piwaian Al-Quran dan Sunnah
18. Dalam kata lain langkah penyelarasan KPI konvensional dengan kaedah KPI yang patuh syariah ini akan memudahkan penilaiaan sejauh mana keperluan Maqasid Syariah dapat dipenuhi. Semua sedia maklum Maqasid Syariah mengandungi lima komponen seperti berikut dapat dipenuhi:
i. Memelihara Agama
ii. Memelihara Nyawa
iii. Memelihara Akal
iv. Memelihara Keturunan dan
v. Memelihara Harta
19. NDP juga meinginsafi bahawa dalam pembangunan yang berasaskan Maqasid Syariah kepentingan awam merupakan agenda nasional dari itu tidak wujud perbezaan antara kepentingan negara, kepentingan kerajaan dan kepentingan rakyat
20. NDP juga meningati bahawa pembangunan yang berasaskan syariat Islam menganjurkan konsep bekerja dan mencari kekayaan semuanya merupakan ibadah serta sebarang keputusan yang akan diambil mestilah patuh kepada konsep ‘tidak merbahaya dan tidak membahayakan (memudaratkan) (La Dharar Wa La Dhirar)
21. NDP yakin melalui langkah ini hasrat untuk menjadikan Brunei sebagai Negara Zikir dan negara yang maju serta ‘Thayibatun Wa Rabbun Ghaffur' akan tercapai apabila penialain prestasi dapat di sukat mengikut kayu ukur yang berasaskan syariah Islam untuk mengetahui sama ada semua aspek pembangunan telah dapat mencapai tuntutan Maqasid Syariah
22. InsyaAllah dengan langkah ini NDP yakin motto negara “BERKHIDMAT MENGIKUT PETUNJUK” tidak tinggal motto yang mati di panji panji negara dan semangat bernegara dan berbangsa atas konsep ‘Negara Zikir' tidak tinggal sebagai satu retorik sahaja
23. NDP juga yakin melalui kaedah ini Negara Brunei tidak akan mudah tersasar dari landasan yang betul dan akan dapat membangun dan maju serta menjadi role model sebagai sebuah negara Islam yang berjaya membangun atas landasan Islam yang merupakan ugama yang syumul dan cara hidup yang memberikan jaminan kearah keamanan, kestabilan, kejayaan dan kecemerlangan. InsyaAllah
Labels:
LAMAN ASPIRASI,
MMN,
NDP
Thursday, February 25, 2016
Ahli NDP turut serta perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun
Seramai lebih 100 orang di kalangan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa di ketuai oleh TYT Presiden dan Timbalan Presiden telah menyertai Perbarisan Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun pada 23hb Februari 2016.
Labels:
NDP
Thursday, February 18, 2016
KEMBARA MERDEKA NDP MENINJAU MASLAHAT PENGHUNI RUMAH PANJANG
LIMBARUH HIJAU, KHAMIS, 18 FEBRUARI 2016 – Bak kata pepatah, ‘rumah siap, pahat berbunyi'. Itulah yang terjadi ketika rombongan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang diketuai oleh TYT Presiden NDP membuat kunjungan muhibbah ke Rumah Panjang Kampung Sumbiling Baru di Mukim Amo Temburong selasa lalu.
Penghuni Rumah Panjang Kampung Sumbiling Baru di Mukim Amo Temburong itu sepatutnya bergembira dan lebih selesa kerana sudah dapat memulakan kehidupan di rumah panjang yang baru siap dibina oleh pihak kerajaan dengan kerjasama beberapa penderma-penderma, persatuan dan badan-badan kebajikan bukan kerajaan di negara ini.
Sebaliknya rata-rata penghuni meluahkan rasa kurang selesa dengan reka bentuk rumah panjang yang baru siap dibina itu. Antara kekurangan yang ketara yang disuarakan oleh beberapa penghuni rumah panjang tersebut ialah reka bentuk yang lebih mirip barik panjang, ketiadaan serambi atau ruai disebelah hadapan rumah panjang yang baru itu dan ruang yang agak kecil untuk dijadikan ruang tamu, ruang makan dan dapor serta satu tandas yang juga digunakan untuk bilik mandi.
Sehubungan dengan itu Presiden NDP menyatakan rasa terkilan beliau dengan keadaan reka bentuk rumah panjang tersebut yang menurut beliau kurang memberikan perhatian kepada gaya hidup dan budaya masyarakat Iban.
“Tahniah kepada pihak-pihak berkenaan atas usaha melaksanakan tanggungjawab membantu dan menyediakan rumah panjang baru kepada penghuni-penghuni yang kehilangan tempat kediaman mereka . Dalam masa sama saya juga merasakan perlaksanaan tanggungjawab itu akan lebih cemerlang jika pihak-pihak berkenaan lebih peka akan gaya hidup dan budaya masyarakat Iban yang merupakan penghuni rumah panjang tersebut”.
“Saya juga berharap aduan penghuni ini tidak disalah taafsirkan sebagai sifat tidak ‘bersyukur' dan tidak berterima kasih. Mereka berhak meluahkan pandangan mereka dan kita wajar menghormatinya dan berlapang dada serta menlihatnya sebagai satu input yang positif kearah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang lebih efektif dan cemerlang demi kebaikan negara dan bangsa”.
“Saya melihat musibah kebakaran yang dialami oleh penghuni rumah panjang Kampung Sumbiling Baru itu merupakan satu peluang untuk pihak berkuasa memodenkan rumah panjang di Brunei dengan memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang di negara ini tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang. Ia juga merupakan satu peluang mengembangmajukan sektor kerajinan tangan dan aktiviti ekonomi masyarakat puak Iban sebagai satu lagi usaha mengembangluaskan sektor pertanian dan pelancongan negara. Malangnya peluang tersebut terlepas begitu saja.”, ujar sdr Malai Hassan Othman, Presiden NDP.
“Kalau sahaja didapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat Iban perkara ini setentunya dapat dielakkan. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkkan aktiviti diadakan di tempat itu”.
“Malangnya rumah panjang yang baru dibina tidak menyediakan kemudahan ini dan tidak hairanlah bak kata pepatah rumah siap, pahat berbunyi”, ujar sdr Malai Hassan Othman sambil menambah mungkin saja isu bajet yang menjadi penghalang kepada pihak berkenaan untuk membina rumah panjang yang lebih sesuai untuk penghuni-penghuni tersebut.
Katanya memang tidak dinafikan dari aspek fizikalnya rumah panjang yang baru itu lebih baik dari yang lama. Ia merupakan bangunan konkrit yang lebih utuh dan sempurna dari yang lama, tetapi dari aspek kebudayaan, kerohanian, memelihara keturunan dan kehormatan ketara banyak yang perlu ditambahbaik.
“Aspek-aspek ini sangat penting diberiakn perhatian sewajarnya selaras dengan tanggunjawab memeliahara negara sebagai sebuah negara yang selamat, aman, makmur dan sentiasa mendapaat perlindungan Allah serta tuntutan membina generasi berwawasan ke arah merealisasiakan Wawasan 2035 yang menjadi tema Hari Kebangsaan kita”, tegas beliau lagi.
Beliau berharap pihak-pihak berkenaan akan memberikan perhatian kepada perkara ini agar penghuni rumah panjang di Kampung Sumbiling Baru terutama anak-anak mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa, selamat dan sejahtera.
Lawatan romobongan NDP ke Rumah Panjang Kampung Sumbiling Baru itu merupakan salah satu program Tahunan Kembara Merdeka NDP sempena memperingati Hari Kebangsaan Negara kali ke-32 pada tahun ini.
Objektif program tersebut ialah untuk sama-sama berusaha menanamkan semangat dan kesedaran berbangsa dan bernegara dikalangan rakyat dan penduduk terutama sekali masyarakat pendalaman agar terus taat setia kepada raja, bangsa dan negara. Dalam masa sama ia juga merupakan satu pendekatan NDP untuk melaksanakan tanggungjawab politiknya sambil berdakwah mempastikan kezaliman tidak mendapat tempat di negara ini sebaliknya keadilan dan ihsan ‘tumpah' kepada rakyat dan penduduk negara ini seperti yang ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah sdra Pengiran Haji Zainal Pengiran Talib, TYT Timbalan Presiden NDP, sdra Haji Zaini bin Bakar, Naib Presiden NDP Temburong, sdra Haji Metali bin Haji Ibrahim, Naib Presiden NDP Belait, sdra Haji Ali Yusuf, Bendahari Agung NDP, sdri Hajjah Kertini, Ketua Hawa NDP, sdra Mohammad Abdullah Peter, Penolong Setiausaha Agung NDP serta ahli-ahli Badan Perhubungan NDP Temburong, Belait dan Brunei Muara.
Sumber - Laman Aspirasi
Labels:
ADUAN,
KEBAJIKAN,
KEPENTINGAN AWAM,
LAMAN ASPIRASI,
NDP,
SOSIAL
Tuesday, January 26, 2016
MENANGANI CABARAN EKONOMI MERUNDUM
LUMUT 12 Rabiulawal 1437/22 Januari 2016: Jaring Keselamatan Sosial (social safety net) negara perlu diperluaskan dan diperkukuh sebagai langkah persiapan untuk mempastikan kebajikan golongan masyarakat yang dijangka akan terjejas teruk dalam suasana kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara terjamin.
Ianya juga perlu dikemaskinikan agar lebih efektif dan efisyen dalam memberikan perlindungan sosial kepada golongan masyarakat yang tidak berupaya bertahan dalam suasana ekonomi negara yang membimbangkan ini, tegas TYT Presiden NDP, sdra Malai Hassan Othman mengongsikan pandangannya dalam sesi muzakarah bersama ahli-ahli jawatankuasa pandu Ranting Lumut 1&2.
“Kerajaan telah secara telus mengakui kemerosotan harga pasaran global minyak dan gas telah menjejaskan hasil pendapatan negara secara signifikan”, ujar sdra Malai Hassan Othman.
TYT Presiden NDP menyentuh ucapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim di Majlis Hari Terbuka Peniaga 2016.
Menurut YB Pehin Dato Awang Haji Abdul Rahman pendapatan kerajaan telah menurun kira-kira 70 peratus dari hasil yang diterima pada Tahun Kewangan 2012/2013.
“YB Pehin telah melaporkan bahawa kerajaan pada Tahun Kewangan 2014/2015 telah mengalami defisit belanjawan sebanyak $213 juta dan defisit belanjawan negara ini juga semakin meningkat dalam Tahun Kewangan 2015/2016, di mana sehingga bulan Disember tahun 2015 sahaja, defisit belanjawan yang dicatatkan setakat ini melebihi $1.6 bilion yang mana jumlah ini dijangka meningkat kepada lebih $2.3bilion pada akhir Tahun Kewangan 2015/2016”.
![]() |
| Naib Presiden NDP Belait, Sdra Haji Metali bin Ibrahim menyampaikan kata alu-aluan di sesi muzakarah bersama AJK Protem Ranting Lumut 1 & 2 |
Dalam lain perkataan keadaan tersebut turut menjejaskan kemampuan kerajaan untuk menampung perbelanjaan seperti dulu.
Sehubungan dengan itu NDP sangat bimbang dengan senario dan implikasinya kepada masyarakat umum khususnya golongan marhaen termasuklah golongan belia-belia yang akan memasuki alam pekerjaan.
Kata TYT Presiden NDP, dikhuatiri di tahun-tahun kehadapan ini jumlah pengganguran akan bertambah dan semakin ramai pula keluarga akan jatuh miskin selain dari golongan peniaga-peniaga tempatan yang mungkin akan jatuh muflis akibat ekonomi negara yang merundum.
Kegelisahan dikalangan tenaga kerja tempatan juga dijangkakan apabila para majikan di sektor swasta terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi masing-masing sebagai langkah untuk mengelakkan syarikat-syarikat mereka dari menanggung kerugian besar akibat kemelesetaan ekonomi. Mungkin antara langkah yang mereka ambil ialah membekukan pengambilan tenaga kerja, pembekuan kenaikan gaji, pengurangan kerja lebih masa, bonus tahunan dan sebagainya.
“Apabila ini berlaku akan timbul kegelisahan dan kekecewaan apabila sebilangan besar kehilangan mata pencarian dan mereka yang terjejas setentunya perlu perlindungan sosial dari badan-badan kebajikan masyarakat seperti Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Baitul Mal dan sebagainya. Dalam kata lain senarai pemohon bantuan kebajikan dan asnaf fakir miskin akan semakin panjang, ujar sdra Malai Hassan.
Justeru adalah wajar bagi pihak-pihak berkenaan bersiap sedia dengan memberikan perhatian serious terhadapnya dan menimbangkan strategi yang perlu dilaksanakan untuk mengurangkan kesan buruk yang mungkin bakal terhasil dari situasi tersebut. Memperluas dan memperkukuh jaring keselamatan sosial merupakan salah satu langkah yang saya lihat perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib, katanya lagi.
“Dalam hal ini, tambah beliau, NDP juga perlu bersiap sedia untuk membantu kerajaan dalam mengahadapi cabaran-cabaran tersebut dan bukan pula dengan menguar-uarkan isu-isu yang hanya boleh menambah kegelisahan masyarakat umum dan menambah buruk keadaan”.
“Disinilah peranan ranting-ranting NDP yang berada dikalangan masyarakat akar umbi iaitu untuk mengelinga kemaslahatan masyarakat disekitarnya dan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sangat prihatin tentang untug rugi nasib bangsanya dalam suasana ekonomi yang merundum ini.
Tambah TYT Presiden lagi,“kedudukan ekonomi negara yang membimbangkan ini membuatkan agenda politik NDP semakin relevan iaitu untuk membantu KDYMM Sultan dan Kerajaan dalam memelihara kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan bangsa dan negara dari sebarang bentuk ancaman. Dalam konteks ini kemiskinan dan pengganguran merupakan dua ancaman besar kepada kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan bangsa dan negara jika ianya tidak diberikan perhatian sewajarnya”.
![]() |
| Sdra Pengiran Kamaruddin bin Pengiran Sarnawi, Ketua AJK Protem Ranting Lumut 1 & 2 |
TYT Presiden menaruh harapan Ranting Lumut khususnya, yang sekarang dipimpin oleh sdra Pengiran Kamaruddin bin Pengiran Sarnawi akan dapat memainkan peranan dengan berkesan misalnya dengan mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab politik NDP di kawasan Mukim Lumut.
Turut hadir di sesi muzakarah tersebut ialah TYT Timbalan Presiden NDP, sdra Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talib, Naib Presiden Belait, sdra Haji Metali bin Ibrahim, Setiausaha Agung NDP, sdri Hajjah Saemah Kefli, Bendahari Agung NDP, sdra Haji Mohd Ali Yusof, Penolong Setiausaha Agung NDP, sdra Mohammad Abdullah Peter bin Abdullah Saging dan ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP Belait serta ahli-ahli NDP Lumut dan Belait.
Sumber - Laman Aspirasi NDP
Labels:
EKONOMI,
LAMAN ASPIRASI,
NDP,
PEKERJAAN
NDP sokong hasrat memantapkan pengurusan hal ehwal luar dan perdagangan negara
Titah Arahkan Pemeriksaan Postmortem Keatas MOFAT
LIMBARUH HIJAU 12 RABIULAWAL 1437 / 22 JANUARI 2016 : PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mengalu-alukan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tentang pengurusan dan pentadbiran serta perlaksanaan dasar luar negara yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MOFAT) yang ketika ini diterajui oleh baginda sendiri.
Dalam hal ini, seperti yang telah digariskan dalam manifesto parti 2006 – 2016, NDP mahu melihat Dasar Luar Negara Brunei Darussalam yang bebas dan dinamik, supaya berjaya bukan sahaja mengikat hubungan politik dan diplomatik dengan banyak negara bahkan juga menggalakkan kepentingan perdagangan dan ekonomi Negara Brunei Darussalam sendiri. NDP berpandangan agenda utama dasar luar dan peranan perwakilan-perwakilan negara di luar hendaklah meletakkan agenda ekonomi dan perdagangan teratas sekali.
Justeru itu, Parti Pembangunan menyokong agar pihak yang berwajib memanfaatkan hubungan antarabangsa sebaik-baiknya untuk meningkatkan perdagangan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam, untuk kebaikan dan kepentingan kesemua lapisan rakyat Kebawah DYMM dan tidak menghadkan kebaikan dan kepentingan tersebut kepada sebilangan yang tertentu sahaja. Untuk menjayakan dasar ini, tindakan bersepadu yang agresif hendaklah diambil oleh semua kementerian yang berkaitan agar dapat mengeluarkan produk-produk yang boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa.
Parti Pembangunan juga mahu melihat MOFAT memanfaatkan pendekatan Islam yang diamalkan oleh negara ketika ini sebagai instrumen dalam memajukan keamanan sejagat.
Selain itu Parti Pembangunan juga berpandangan dasar luar negara perlu tegas dan teguh bagi memastikan negara-negara lain tidak akan mengeksploit Negara Brunei Darussalam sehingga mengikatnya dengan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah dan tidak menguntungkan kedua-dua pihak, secara adil dan saksama, mengikut Syariat Islam.
NDP juga melihat perlunya MOFAT memastikan yang perjanjian-perjanjian di antara Negara Brunei Darussalam dan negara-negara lain dimesyuaratkan dan diperdebatkan secara terbuka, dan disokong oleh Majlis Mesyuarat Negara, sebelum dipersetujui untuk ditandatangani atau disambung, dan proses menyemak semula perjanjian-perjanjian tersebut dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam jangka waktu yang munasabah di mana proses penyemakan semula tersebut akan ditugaskan, antara lainnya, kepada jawatankuasa-jawatankuasa tetap yang semestinya ditubuhkan di dalam Majlis Mesyuarat Negara, seperti Jawatankuasa Tetap (Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan).
Sementara itu KDYMM dalam titah mengariskan,“Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mempunyai banyak jabatan-jabatan dibawahnya, lebhi dari 10 buah jabatan semuanya. Jabatan jabatan ini menpunyai fungsinya masing-masing yang tidak sama diantara satu dengan yang lain”.
“Jabatan Pentadbiran (Administration Department) misalnya, ada dengan fungsinya yang tersendiri. Jabatan Perancangan Dasar atau Policy Planning juga dengan fungsinya. Jabatan Politik (Department of Politics), Jabatan ASEAN, Jabatan Pertubuhan Antarabangsa atau Department of International Organisations dan lain-lain, semua itu dengan fungsinya masing-masing”
“Soalnya adakah semua jabatan yang banyak ini sudah dapat berfungsi dengan cukup baik”, titah KDYMM.
“Mengenai perlaksanaan fungsi-fungsi ini, adakah juga pernah diadakan sebarang post mortem mengenainya? Beta sendiri ingin tahu atau membaca hasil daripada postmortem tersebut”, tegas baginda sultan.
“Post mortem bagi hemat beta adalah penting untuk mengetahui sejauh mana kemajuan atau kesan dari rancangan atau kerja yang sudah dilaksanakan. Daripada postmortem kita juga dapat mengetahui, kelemahan-kelemahan atau kekurangan kita jika ada. Dengan itu dapatlah kita membaikinya”, jelas baginda.
“Inilah namanya kita belajar dari pengalaman. Kita mesti berani bertanya apakah yang sudah kita buat untuk Negara”, titah baginda lagi.
Titah baginda,”Kita ambil misal, jabatan kerjasama ekonomi (Department of Economic Cooperation) dibawah Kementerian ini sejauh manakah fungsi perdagangan dan perlaburan sudah dilaksanakan melalui expo-expo dan jerayawara-jeraaywara ekonomi?”
“Berjayakah sudah kita meningkatkan imej negara kita di luar melalui promosi-promosi seperti ini?”, soal baginda.
“Selanjutnya kita juga perlu bertanya tentang apakan Jabatan Pertubuhan Antarabangsa dibawah Kementerian ini sudah lakukan dalam mempromosi dan melindungi kepentingan Negara di kalangan organisasi antarabangsa”.
“Beta ambil contoh perkara memilih wakil ke persidangan-persidangan antarabangsa, atau serantau. Adakah kita sudah melakukan yang terbaik, yang menepati apa yang semestinya”.
Titah baginda menekankan, “perkara ini pun memerlukan post mortem juga”.
MIB Paksi Dasar Luar Negara
Dalam titah tersebut baginda sultan seterusnya menekankan pentingnya Melayu Islam Beraja sebagai falsafah bernegara dan berbangsa dijadikan paksi dasar luar negara.
Diantara fungsi Jabatan Pertubuhan Antarabangsa, titah baginda, ialah untuk menyebarkan maklumat mengenai dasar luar Negara dan perananya dalam organisasi2 antarabangsa.
“Apakah ia dasar luar itu? Kita jangan lupa samada dasar luarkah atau dasar dalamkah, paksinya adalah MIB”.
“Beta tegaskan disini, MIB bukanlah ia untuk tahan-tahan di dalam negara saja. Tetapi juga untuk dibawa keluar”.
“Bertolak daripada MIB inilah, kita akan menghulurkan tangan kepada semua orang untuk bersahabat dan berbaik-baik dengan mereka, siapa jua. Kita mesti tunjukkan kepada dunia akan keluhuran MIB itu, bukan menapuk”, tegas baginda.
Berkaitan MIB, titah baginda, kita perlu merancang dan bertindak tanpa bercangah dengannya.
“Kita tuju sasaran dan luruskan cara sehingga kelihatan benar-benar sesuai dan tidak janggal. Misalnya siapa yang benar-benar sesuai untuk kita pilih mewakili Brunei ke pertubuhan-pertubuhan dunia di dalam persidangan-persidangan, kita mesti pilih mereka yang benar-benar berkemampuan dan berpengalaman yang dapat memberikan gambaran tepat siapa kita dan Brunei ini yang sebenarnya di mata dunia”, nasihat baginda lagi.
“Beta sangat mengambil berat tentang matlamat bagi jabatan-jabatan. Diantara yang penting ialah matlamat mempromosi dan melindungi kepentingan Negara di dalam organisasi-organisasi antarabangsa”.
Rakan-rakan dialog dunia bukanlah satu, tetapi banyak. Disana ada UN atau PBB, ada OIC atau pertubuhan kerjasama Islam, Commonwealth, rakan terdekat iaitu ASEAN dan lain-lain, titah baginda.
“Semua ini menunggu promosi dari kita, tentang Brunei dan terserah kepada kita bagaimana untuk melindungi kepentingan-kepentingan Brunei disisi rakan-rakan antarabangsa dan serantau itu”.
“Keadaan kini semakin sukar apabila konflik dunia semakin berkecamuk. Ini tentu saja meminta kita lebih berhati-hati dan bijaksana untuk menghadapi, maka untuk itu MOFAT adalah pihak yang lebih dibebankan untuk mengendalikannya”.
Satu lagi jabatan dibawah Kementerian ini ialah Jabatan Keselamatan (security Department). Jabatan ini, titah baginda, turut berfungsi untuk perlindungan keselamatan yang berkesan, mesra, bijak dan boleh dipercayai.
“Ia juga dikehendaki untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan dengan perkara-perkara keselamatan. Fungsi ini sangat penting dilaksanakan dengan betul. Janganlah ia hanya diatas kertas sahaja. Sebarang rancangan yang hendak dibuat, hendaklah dipertimbangkan masak-masak”.
Dalam hal ini baginda menasihatkan, “kalau ia ada berkaitan dengan unsur keselamatan atau hukum Ugama, maka janganlah ia terus dibuat begitu saja, melainkan rujukan atau muzakarah kan dulu dengan pihak-pihak berkenaan itu, bukannya terus-terus dibuat atau terus saja memberi arahan”.
“Elakkan dari bersifat ego dalam pentadbiran, patuhi apa-apa jua peraturan sebagaimana pihak lain mematuhinya. Janganlah ada peraturan yang dilangkahi, sebagai misalan, peraturan pengantaran pegawai-pegawai keluar negari kerana bertugas masih ada saja pihak yang melangkahinya”, titah baginda lagi.
Seterusnya baginda sultan mengingatkan,”jika peraturan itu mengkehendaki sekian-sekian, maka mestilah ia diikut, kecuali peraturan itu diubah atau dibatalkan”.
“Tegasnya, semua Kementerian dan agensi yang ada, mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Tidak sesiapapun dibenarkan untuk berkecuali daripadanya. Kerana inilah tandanya kita bangsa yang bertamadun dilengkapi dengan disiplin dan peraturan-peraturan yang baru”.
Menyebut disiplin dan peraturan ini, titah baginda,”turut berkenaan adalah Jabatan Hal Ehwal Protokol dan Consulate (Department of Protocol and Consulate Affairs)”
“Jabatan ini berfungsi menjadi penyelaras kepada lawatan-lawatan negara, dan lawatan rasmi ke luar negeri. Selaku penyelaras adalah mustahak untuk diperhatikan segala atur cara bagaimana lawatan itu dibuat. Misalan, biasanya terdapat banyak tempat untuk dilawat, pihak protocol berhak untuk memilih atau mencadangkan tempat yang sesuai untuk dilawat itu”, titah baginda.
Sumber - Laman Aspirasi NDP
Labels:
EKONOMI,
HUBUNGAN LUAR,
KESELAMATAN NASIONAL,
LAMAN ASPIRASI,
MANIFESTO NDP,
MIB,
NDP
Tuesday, January 19, 2016
Kearah Memperkasa NDP
LIMBARUH HIJAU, 1 RABIULAWAL 1437/11 Jan 2016 - Sebagai sebuah pertubuhan politik, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) perlu bergerak dengan lebih aktif dan berkesan jika mahu benar-benar diterima dan diyakini oleh semua lapisan rakyat sebagai pembela kebenaran, keadilan dan ihsan yang merupakan modal perjuangannya.
Ke arah itu NDP perlu kepada struktur organisasi, sistem pengurusan dan pentadbiran serta sistem delivery yang mantap. Dasar, proses dan prosedur dalam membuat keputusan, sistem komunikasi dan keupayaan sumber tenaga kerja juga merupakan elemen-elemen yang sama penting perlu diperkukuh dalam usaha mempastikan kehadiran NDP dapat dirasakan sebagai satu rahmat kepada bangsa dan negara.
TYT Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Malai Hassan bin Malai Haji Othman, menekankan perkara tersebut semasa berucap sebagai mendahului agenda permesyuaratan pertama bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi bagi sesi 2015 hingga 2018 berlangsung di Anjung Syura, Markas Limbaruh Hijau Jalan Jerudong di sini.
Seramai dua puluh enam orang terpilih sebagai ahli-ahli Majlis Tertinggi, bagi sesi 2015 hingga 2018 setelah menjalani proses eliminasi dengan keputusan Menang Tanpa Bertanding oleh pihak Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) NDP bermula 31hb Ogos lalu.
Berikutan itu kepimpinan NDP bagi sesi 2015 hingga 2018 adalah terdiri daripada Awang Haji Abd Rahman bin Yusuf selaku Pengerusi Tetap, manakala Presiden NDP ialah Malai Hassan bin Malai Haji Othman, Timbalan Presiden Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Taib, Setiausaha Agung Hajah Sa'emah binti Haji Kepli, Bendahari Agung Awang Haji Mohd Ali bin Haji Mohd Yusuf, Penolong Setiausaha Agung Awang Muhammad Abdullah Peter bin Abdullah Saging.
Manakala Naib-Naib Presiden terdiri daripada Awang Haji Muhiddin bin PDP Hj Othman bagi Daerah Brunei Muara, Awang Haji Metali bin Ibrahim bagi Daerah Belait, Awang Haji Jefri bin Hj Md Daud bagi Daerah Tutong dan Awang Haji Zaini bin Bakar bagi daerah Temburong.
Dan ahli-ahli Majlis Tertinggi lainnya, terdiri Awang Haji Mohammad bin Haji Mohd Yassin, Awang Haji Hamid bin Hussin, Awang Haji Azahari bin Jais, Awang Jumat bin Sulaiman, Dayang Hadijah binti Haji Dollah dan Dr Hajah Rayah binti Haji Ali bagi Daerah Brunei Muara.
Sementara itu ahli-ahli Majlis Tertinggi Daerah Belait terdiri daripada Awang Haji Sulaiman bin Duraman, Dayang Rosiah binti Alah, Awang Mohammad bin Tuah, dan Dayang Halimah binti Janai, seterusnya bagi daerah Tutong, Awang Haji Ratu bin Tahir , Awang Tahir bin Radin dan Dayang Puspalinda bin Abiddin.
TYT Presiden dalam ucapannya seterusnya turut berkata menyarankan kepada semua ahli-ahli Majlis Tertinggi untuk sentiasa mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan melalui program muzakarah dengan ahli-ahli di akar umbi, terutama sekali mendekati ahli-ahli di ranting-ranting di seluruh daerah, kerana tambahnya ahli-ahli perlu diperkasa melalui kefahaman yang betul, supaya mereka mengetahui kenapa sebenarnya mereka menjadi ahli NDP.
TYT Presiden NDP kemudiannya turut membentangkan perancangan, perlaksanaan kearah memperkasa NDP, antaranya ialah perlu memantapkan struktur organisasi, kepimpinan/sumber daya manusia, sistem pengurusan dan pentadbiran, sistem komunikasi parti, kewangan dan dana serta sistem delivery.
“Dalam perancangan mengemaskinikan struktur NDP akan melibatkan pemodenan JASA dari semua segi termasuklah dari segi fizikalnya. Kita juga berhasrat untuk menjadikan markas sebagai kemudahan yang boleh digunakan oleh semua ahli-ahli di seluruh daerah, kita tidak mahu markas hanya untuk tempat bermesyuarat sahaja, tetapi bagaimana ia boleh memudahcara ahli-ahli dan barisan kepimpinan untuk menggunakannya, ianya adalah demi kebaikkan dan kemajuan parti, ini antara perkara yang perlu kita usahakan di mana kita mahu memanafaatkan markas sebaik-baiknya demi untuk perjuangan kita membina bangsa dan negara” katanya.
Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat pertama sesi 2015 hingga 2018 tersebut adalah Laporan Setiausaha Agung, Laporan Bendahari Agung, Membentangkan Gerak Kerja 100 hari, Taklimat penubuhan jawatankuasa dan biro-biro dan hal-hal lain yang turut membincangkan persiapan menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Negara, persiapan menghadapi MPPD dan sebagainya.
Mesyuarat tersebut telah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa mesyuarat yang dipimpin oleh TYT Presiden NDP Malai Hassan bin Malai Othman, diikuti kemudiannya membaca ikrar setiap daripada Presiden serta ahli-ahli Majlis Tertinggi dan diakhiri dengan bergambar ramai.
Sumber - Laman Aspirasi
Labels:
LAMAN ASPIRASI,
NDP,
POLITIK,
UCAPAN
Thursday, December 31, 2015
NDP tinjau perkembangan ahli-ahli di Tamu Kianggeh
Oleh Hjh Saemah Kepli
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Rombongan kepimpinan baru Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sesi 2015-2018, hari ini, telah mengadakan aktiviti menyusur desa, dengan berkunjung ke kawasan Tamu Kianggeh, di sini.
Rombongan yang diketuai oleh Presiden NDP yang baru, Malai Hassan bin Malai Haji Othman itu disertai sama oleh Timbalan Presiden, Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talip, serta ahli-ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli pertubuhan tersebut.
Lawatan itu merupakan salah satu program turun padang mereka, yang antara lain bertujuan untuk melatih saf kepimpinan mereka untuk sentiasa bersifat setiakawan dan saling melaksanakan tugas secara bekerjasama dan bersatu.
Program Menyusur Desa, merupakan aktiviti berterusan pertubuhan itu, bagi mengunjungi ahli-ahli mereka di dalam dan luar bandar termasuk di Daerah Temburong, Belait dan Tutong.
Program itu juga diselajurkan dengan meninjau perkembangan kemajuan ahli-ahli NDP yang menjalankan perniagaan di Tamu Kianggeh, di samping memberi mereka sokongan dari segi moral dengan berbelanja di petak-petak jualan yang terdapat di tamu berkenaan.
![]() |
| Rombongan NDP bergambar ramai bersama beberapa peniaga di Tamu Kianggeh yang terdiri daripada kalangan warga-warga emas |
Sumber - Media Permata
Labels:
KEPENTINGAN AWAM,
NDP,
PKS,
SOSIAL
Wednesday, December 30, 2015
Rombongan NDP prihatin tentang untung nasib peniaga-peniaga Tamu Kianggeh
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis - Hampir semua peniaga secara kecil-kecilan dan sederhana, di Tamu Kianggeh melahirkan rasa tidak bersetuju atas keputusan untuk mereka dipindahkan daripada kawasan berniaga yang sudah sinonim dengan mereka terutama sekali di kalangan peniaga-peniaga warga emas yang mendakwa sudah berpuluh-puluh tahun menjadikan tempat itu sebagai tempat mereka mencari mata pencarian selama ini.
Mereka juga terkilan kenapa mereka tidak diajak untuk memberikan pandangan sama atas keputusan pihak berkenaan itu. Mereka meluahkan perasaan dan pandangan mereka ini kepada rombongan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang membuat lawatan kerja mereka ke kawasan tamu tersebut kemarin. Rombongan di ketuai oleh Presiden parti itu, Malai Hassan bin Malai Haji Othman.
Ramai di kalangan peniaga-peniaga di sana terdiri daripada kalangan warga emas selain terdapat juga di kalangan ibu tunggal yang berniaga di sana untuk menampung kehidupan bersama anak-anak mereka. Menurut mereka pendapatan minima setiap hari kira-kira lebih $30.00 dan pendapatan akan meningkat di waktu hujung minggu.
Banyak perkara yang mereka bimbangkan dengan langkah untuk memindahkan mereka ke kawasan tamu baru di Gadong.
“Jika kami dipindahkan ke kawasan Gadong sepertimana kami difahamkan, maka antara kesukaran kami ialah terpaksa dua kali naik bas, daripada tempat tinggal kami, bas berhentian di satu perhentian di Bandar Seri Begawan sahaja, kemudian dari sini kami terpaksa lagi naik bas lain untuk ke Gadong, dan kami terpaksa mengangkut dagangan kami”, kata beberapa orang peniaga di sana yang tinggal jauh daripada kawasan tamu.
Selain yang tinggal di kawasan kampung ayer pula, jika dipindahkan ke kawasan baru, adalah menjadi kesukaran mereka dari segi pengangkutan, biarpun ada bas, tetapi ramai dikalangan mereka adalah warga emas yang sudah kurang kekuatan fizikal.
“Kami selalunya hanya naik motor bot, dari seberang kampung kami dan naik di tambatan depan tamu ini” kata beberapa orang lagi peniaga warga emas yang tinggal di kawasan kampung ayer.
Sementara itu Presiden NDP, Malai Hassan bin Malai Haji Othman, ketika ditemui menyatakan rasa terkilannya dengan isu hangat pemindahan Tamu Kianggeh yang telah mengundang banyak bantahan daripada kalangan masyarakat tempatan terutama penjaja-penjaja yang merasakan langkah itu akan menjejaskan mata pencarian mereka.
Menurutnya, sebahagian besar masyarakat di negara ini pula merasakan langkah tersebut tidak wajar, memandangkan Tamu Kianggeh merupakan sebahagian daripada warisan sejarah dan budaya orang Brunei, selain turut merupakan kawasan popular di kalangan pelancong luar negara yang ingin melihat sambl belajar menghayati suasana kehidupan dan budaya orang Brunei.
“NDP dalam hal ini memahami sentimen orang ramai yang terbabit, dan bimbang ianya boleh mengundang kepada kebencian rakyat kepada sektor perkhidmatan awam terutama elit-elit pentadbir yang di amanahkan untuk menjaga kemasalahan rakyat, selain kami juga khuatir perlaksanaan perancangan yang gagal mengambil kira kemasalahatan peniaga-peniaga kecil dan sederhana di tamu itu, akan sekali lagi menjejasakan kredibiliti sektor perkhidmatan awam sebagai pemudahcara pembangunan bangsa dan negara, seperti juga yang pernah dicetuskan oleh isu Pasar Seria yang dipindahkan ke Pasar Baru Lorong Tiga, hingga sekarang ia dilihat sebagai satu testimonial kehancuran peniaga-peniaga Melayu berpunca daripada perancangan yang lemah” katanya.
Tambahnya lagi, NDP menyokong penuh usaha pihak Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan ke arah mencapai objektif-objektif antaranya untuk memelihara kebersihan alam sekitar, keselamatan dan keselesaan pengguna-pengguna jalanraya serta bagi tujuan menambah cantik persekitaran ibu negara Bandar Seri Begawan, selain alasan yang turut ditekankan untuk menghormati tanah perkuburan orang-orang Islam yang terletak berdekatan di tamu itu.
“Akan tetapi NDP berkeyakinan objektif-objektif tersebut masih boleh dicapai tanpa mengambil langkah-langkah drastik yang jelas telah banyak mengundang kegelisahan dan kekecewaan di kalangan peniaga-peniaga di tamu itu, khususnya dan di kalangan masyarakat umum, dari itu, kami berharap pihak-pihak berkenaan akan dapat memikirkan semula perancangan tersebut dengan mengambil kira semua sudut pembangunan bukan sahaja pembangunan fisikal akan tetapi lebih penting pembangunan sosial rakyat Brunei, serta kami menyeru pihak berkenaan agar mempertimbangkan semula perancangan dengan mengingati motto negara “Berkhidmat Mengikut Petunjuk Allah”, di mana nanti negara akan terus menjadi negara yang baik dengan keadilan di tegakkan” ujarnya.
Turut menyertai lawatan hari ini, Timbalan Presiden NDP, Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Haji Talib, serta ahli-ahli Majlis Tertinggi pertubuhan itu daripada seluruh negara.
Berikut kenyataan rasmi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) tentang isu Tamu Kianggeh:
KENYATAAN MEDIA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)
UNTUK SIARAN SEGERA
TARIKH: 25 DISEMBER 2015
PER: NDP KESAL DENGAN ISU TAMU KIANGGEH
1. PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) rasa terkilan dengan isu hangat pemindahan Tamu Kianggeh yang telah mengundang banyak bantahan dari kalangan masyarakat tempatan terutama peniaga-peniaga Melayu yang merasakan langkah tersebut akan menjejaskan mata pencarian dan masa hadapan mereka
2. Langkah tersebut juga dilihat oleh sebahagian besar masyarakat Brunei sebagai tidak wajar kerana Tamu Kianggeh merupakan sebahagian dari warisan sejarah dan budaya orang Brunei yang perlu dipelihara dan dimajukan
3. Tambahan lagi Tamu Kianggeh telah dikenali ramai sebagai destinasi popular yang menjadi tarikan pelancong asing yang ingin melihat keunikan Negara Brunei dan menghayati suasana kehidupan dan budaya orang Brunei
4. Di Tamu Kianggeh pelancung asing dapat melihat dengan lebih dekat lagi suasana hiruk pikuk di tamu berkenaan disamping meninjau ke tempat jualan kuih-kuih kering, jualan perubatan tradisi orang-orang Brunei dan tempat jualan ikan kering, belacan dan lain-lain hasil usaha kampong
5. NDP mengingat kembali sejarah Tamu Kianggeh yang bermula pada awal 1960-an. Dulunya ia merupakan tempat padian wanita menjual pelbagai hasil produk mereka dengan menggunakan bot yang juga dikenali sebagai padian dan tempat ini juga dikatakan pernah mennerima lawatan dari Ratu Elizabeth sebanyak dua kali dan juga puteranya, Putera Charles sekitar tahun 1980-an
6. Sehubungan dengan itu NDP sangat memahami sentimen orang ramai mengenai isu tersebut dan berkongsi pandangan dengan seluruh rakyat yang tidak selesa dengan tindakan pihak berkuasa tersebut
7. NDP bimbang langkah tersebut mengundang ‘kebencian' rakyat dan boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap sektor perkhidmatan awam terutama elit-elit pentadbir yang diamanahkan untuk menjaga maslahah rakyat
8. Menurut laporan media-media perdana pihak Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan telah mengeluarkan notis pemindahan dan telah mengarahkan semua peniaga-peniaga di Tamu Kianggeh untuk mengosongkan kawasan tersebut dan berpindah ke kawasan Pasar Gadong selewat-lewatnya bulan Mac 2016
9. NDP mengambil maklum bahawa pihak Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan telah memberikan beberapa alasan-alasan seperti berikut untuk menjustifikasikan langkah tersebut:
I. Ianya merupakan salah satu program Lembaga Bandaran BSP untuk mencantikan persekitaran Bandar Seri Begawan
II. Langkah untuk memelihara kebersihan alam sekitar Bandar Seri Begawan
III. Mengurangkan kesesakan lalu lintas jalan utama berhadapan Tamu Kianggeh
IV. Untuk menghormati tanah perkuburan orang-orang Islam yang berdekatan dengan Tamu Kianggeh
10. NDP juga mengambil maklum langkah memindah Tamu Kianggeh tersebut merupakan sebahagian dari projek pembinaan Tamu Gadong (Berpayung) yang ‘bermasalah' sejak ianya siap dibina pada tahun 2014
11. Dari sudut pandang NDP isu ini dilihat sebagai satu lagi kegagalan pihak-pihak berkenaan dalam membuat perancangan kemajuan yang melibatkan secara langsung kemaslahatan peniaga-peniaga kecil dan sederhana dengan bijaksana
12. Ia juga merupakan satu kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil pendekatan yang holistik selaras dengan tuntutan Melayu Islam Beraja sebagai konsep berbangsa dan bernegara orang Brunei dalam membuat perancangan dan perlaksanaan sesuatu perancangan yang melibatkan kemaslahatan peniaga-peniaga kecil dan sederhana
13. Dalam hal ini apa yang jelas ialah proses membuat keputusan tidak melibatkan sepenuhnya pandangan-pandangan rakyat terutama peniaga-peniaga di Tamu Kianggeh yang merupakan ‘stakeholder' yang tidak kurang penting dalam membuat keputusan besar ini
14. Perlu dijelaskan NDP bersetuju dengan objektif-objektif yang diketengahkan oleh pihak Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dalam langkahnya memindah peniaga-peniaga di Tamu Kianggeh ke empat lokasi di Gadong
15. Akan tetapi NDP kurang bersetuju dengan langkah kearah mencapai objektif-objektif tersebut iaitu dengan menamatkan riwayat Tamu Kianggeh dan sekali gus meletakan masa hadapan peniaga-peniaga di Tamu Kianggeh dalam keadaan gusar akan masa hadapan yang boleh pasti terjamin
16. NDP juga sangat tidak selesa untuk bersetuju dengan sebarang langkah yang terdapat unsur-unsur ketidakadilan didalamnya terutama yang boleh menjejaskan mata pencarian dan masa hadapan peniaga-peniaga anak tempatan
17. NDP berkeyakinan objektif-objektif tersebut masih boleh dicapai tanpa mengambil langkah-langkah ‘drastic' yang jelas telah banyak mengundang kegelisahan dan kekecewaan dikalangan peniaga-peniaga di Tamu Kianggeh
18. Dari itu NDP berseru kepada pihak-pihak berkenaan agar memikirkan semula perancangan tersebut dengan mengambil kira semua sudut pembangunan bukan sahaja pembangunan fisikal akan tetapi lebih penting pembangunan sosial rakyat Brunei
19. NDP khuatir perlaksanaan perancangan yang gagal mengambil kira kemaslahatan peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Tamu Kianggeh akan sekali lagi menjejaskan kredibiliti sektor perkhidmatan awam sebagai pemudahcara pembangunan bangsa dan negara, seperti juga yang pernah dicetuskan oleh isu pasar Seria yang dipindahkan ke pasar baru di Lorong Tiga.
20. Hingga kehari ini ia menjadi ristaan tentang kehancuran peniaga-peniaga Melayu yang berpunca dari perancangan yang tidak bijaksana
21. Sekali lagi NDP menyeru pihak-pihak berkenaan agar mempertimbangkan semula perancangan tersebut dengan melihat semula nilai-nilai Tamu Kianggeh sebagai satu aset sejarah dan budaya bukannya semata-mata sebagai satu liabiliti kepada persekitaran Bandar Seri Begawan
22. Ada berkatnya jika pihak-pihak berkenaan mengingati semula motto negara “BERKHIDMAT MENGIKUT PENTUNJUK ALLAH” dan bertolak dari sana serta atas landasan Negara Zikir dalam membuat sebarang perancangan dan keputusan
23. Ada juga berkatnya jika pihak-pihak berkenaan turut mengingat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti berikut:
"Salah satu dari ciri bersyukur itu ialah dengan melaksanakan keadilan. Kerana keadilan adalah segala-galanya. Tanpa keadilan, semua kebajikan akan jauh atau menarik diri daripada kita.
Oleh itu, satu peringatan perlu disebut di sini, bahawa sesiapa jua yang dilantik atau dipilih menjadi pemimpin, mereka itu adalah berkewajipan untuk menjalankan keadilan. Tempat tumpahnya keadilan ialah keatas rakyat, bukan kepada diri sendiri. Adapun untuk kepentingan diri sendiri, itu bukanlah keadilan tetapi kezaliman.
Sebab itulah kadang-kadang, bersedia mendengar suara orang di bawah, atau menerima idea-idea yang baik, atau keluhan atau rintihan mereka dapat dianggap sebagai ciri melaksanakan keadilan."
(Titah Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet Dan Pelantikan-Pelantikan Baru 09 MUHARRAM 1437 / 22 OKTOBER 2015)
24. Semoga dengan itu nanti negara akan terus menjadi negara yang baik dimana keadilan ditegakkan, pihak yang berhak mendapat hak nya dengan adil dan ihsan, dan yang berkewajipan menjalankan kewajipan mereka dengan jujur, amanah dan bersih. In sya Allah negara uyang baik ini akan sentiasa mendapat perlindungan Allah jauh dari murka Allah.
Sumber - Laman Aspirasi NDP
Labels:
ADUAN,
KEBAJIKAN,
KEMISKINAN,
KEPENTINGAN AWAM,
KERAJAAN,
LAMAN ASPIRASI,
NDP,
PKS,
SOSIAL
Subscribe to:
Posts (Atom)














































