Posting mengikut label

ABDB (18) ADUAN (18) AGAMA (127) ALAM SEKITAR (22) ANTARABANGSA (35) ASEAN (110) BELIA (37) DEMOKRASI (95) EKONOMI (200) HAK ASASI (89) HALAL (7) HUBUNGAN LUAR (61) ISU LIMBANG (4) ISU PALESTIN (12) ISU ROHINGYA (37) ISU SELATAN THAI (1) ISU SPRATLY (165) ISU SYRIA (1) ISU UYGHUR (4) JENAYAH (35) KANAK-KANAK (10) KEBAJIKAN (19) KEKAYAAN (9) KEMALANGAN (11) KEMANUSIAAN (45) KEMISKINAN (62) KEPENTINGAN AWAM (78) KERAJAAN (55) KESELAMATAN AIR (6) KESELAMATAN MAKANAN (70) KESELAMATAN NASIONAL (72) KESELAMATAN SERANTAU (265) KESELAMATAN TENAGA (10) KESIHATAN (45) KETIDAKCEKAPAN (2) KEWANGAN (34) KHUTBAH (3) KOMUNIKASI (4) KONGRES (26) LAMAN ASPIRASI (20) MANIFESTO NDP (6) MENYUSUR DESA (1) MIB (15) MILF (54) MINYAK (83) MMN (85) NDP (157) NEGARA (5) NEGARA ZIKIR (4) PEKERJAAN (79) PELANCONGAN (8) PEMBANGUNAN (16) PEMBRUNEIAN (17) PENDAPATAN (6) PENDIDIKAN (46) PENGANGKUTAN (5) PERIKANAN (9) PERTANIAN (25) PERUMAHAN (29) PERUNDANGAN (45) PKS (44) POLITIK (152) RAJA (102) SEJARAH (76) SOSIAL (61) SWASTA (13) SYARIAH (68) TAKZIAH (14) TARBIAH (22) TAZKIRAH (37) TEKNOLOGI (10) TITAH (120) TPPA (43) UCAPAN (16) USUL (10) WANITA (24) WAWASAN 2035 (12)
Showing posts with label NEGARA ZIKIR. Show all posts
Showing posts with label NEGARA ZIKIR. Show all posts

Friday, February 27, 2015

Negara makmur di bawah sistem beraja


Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Sistem pemerintahan beraja tidak menghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara dan tidak pula mengetepikan hak-hak individu dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, melalui pemerintahan demokrasi keBruneian yang bertunjang kepada syura atau musyawarah.

Berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, negara telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan dalam berbagai bidang seperti dari segi infrastruktur fizikal, agama Islam, ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan, perindustrian dan sebagainya.

Semua pencapaian ini adalah menjurus kepada matlamat Wawasan Negara 2035 iaitu untuk meningkatkan kemahiran melalui pendidikan, meninggikan kualiti kehidupan serta kemantapan ekonomi yang dinamik dan berdaya saing dengan berteraskan konsep MIB selaras dengan status Negara Zikir.

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Beraja, Negara Brunei Darussalam semasa berucap melancarkan buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman pagi tadi yang telah berlangsung di Dewan Goldstone Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong.

Menurut Yang Berhormat Pehin, dalam konteks Negara Brunei Darussalam institusi beraja yang diamalkan adalah unik dan berlainan dengan institusi beraja di negara lain walaupun pada asasnya dipimpin oleh seorang raja.

Sistem pemerintahan beraja di negara ini adalah bersendikan agama Islam dan merupakan cara hidup yang dihayati dengan baik dan membawa kebaikan dan kesejahteraan.

“Dengannya telah dapat membawa negara ini menikmati keamanan, keselamatan, kesejahteraan yang dengan kepimpinan Baginda Sultan telah dapat menjana perkembangan dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat dan penduduknya, menempatkan negara ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi di arena serantau dan antarabangsa.”

Menurut Yang Berhormat Pehin, penerbitan buku ini adalah sebagai usaha berterusan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dalam mendukung titah Baginda Sultan dalam mengekalkan dan mengukuhkan kedudukan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka dan berdaulat dan sebagai sebuah negara zikir yang sentiasa diredhai dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala.

Dengan pelancaran buku ini, Yang Berhormat Pehin menyarankan agar generasi hari ini serta seluruh rakyat dan penduduk negara Brunei untuk membaharui azam dan tekad serta menghayati MIB sebagai cara hidup yang lengkap, mengekal dan mempertahankan kedudukan raja dan negara khasnya bagi kelangsungan dan ‘survival’ sistem pemerintahan beraja bersendikan ajaran Islam.

Menurut beliau, MIB adalah benteng pertahanan yang kukuh yang akan dapat menyelamatkan negara dan seluruh rakyat dan penduduknya dalam berhadapan dengan ancaman dan cabaran dunia masa ini yang kompleks, cepat berubah dan tidak dapat dijangkakan.


Sumber - Media Permata

Sunday, February 24, 2013

Titah KDYMM Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29



Rakyat perlu mendukung usaha-usaha kerajaan

TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-29.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Rabbil'alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen,Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

KITA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat lagi menyambut Ulang TahunHari Kebangsaan kita. Sambutan pada kali ini ialah sambutan yang ke 29.

Ulang tahun itu kita peringati kerana ia adalah sejarah kita, sejarah menjawat kemerdekaan.

Kita jawat kemerdekaan itu dengan takbir Allahu Akbar iaitu suatu cara tersendiri yang tidak pernah berlaku di mana-mana.

Cara ini tentu saja tidak kosong daripada hikmah. Malah beta melihatnya sebagai satu alamat baik kepada Brunei, yang kini sudahpun jadi kenyataan dikenali sebagai Negara Zikir atau Negara MIB.

Begitulah, semua itu berlaku tentu saja dengan izin dan kehendak Allah jua.

Dengan berkat kalimat Allahu Akhbar kemerdekaan tanah air telah membuahkan hasil yang sangat lumayan berupa keamanan dan kemakmuran serta Ugama Islam bersinar-sinar menjadi pegangan dan amalan di Negara Brunei Darussalam.

Begitu juga dengan berkat kalimat ini, kita telah ditakdirkan dapat melakukan beberapa tanggungjawab besar untuk negara.

Ini semua, kita jangan lupa berlaku dalam era setelah merdeka. Mengingat ini, kita sepatutnya akan lebih-lebih lagi menyayangi kemerdekaan itu.

Tanda orang sayang sangatlah mudah dikenali. Hatinya telus kepada bangsa dan budinya pula luhur, suka berjasa. Dia tidak mahu dilihat sebagai lemah manakala berlaku sesuatu kepada negaranya.

Inilah dia sikap yang patut dimiliki oleh setiap diri individu yang bernama rakyat jelata.

Rakyat jelata yang sensitif lagi patriotik sangatlah diperlukan oleh negara terutama mereka yang dari kalangan generasi muda serta para belia kerana mereka itu adalah pewaris masa depan kita.

Masa depan akan suram jika mereka itu tidak terlibat membina negara. Mereka mesti turut berkecimpung dalam setiap aktiviti kenegaraan sekurang-kurangnya menjadi penyumbang moral yang aktif.

Contoh sumbangan moral itu ialah seperti menjadi rakyat yang baik, yang ikhlas lagi amanah serta taat dan mematuhi undang-undang dan tidak membebani negara dengan perbuatan-perbuatan anti sosial atau asyik dengan berseronok-seronok semata-mata.

Berseronok yang melampau-lampau boleh melemahkan jentera masyarakat kerana tiada apa yang dapat ditunggu daripadanya kecuali kerugian jua.

Kerana itu, menurut kaum cerdik pandai untuk menjadi bangsa yang maju dan kuat, kenalah kita mengurangkan berseronok dan menggantikannya dengan banyak bekerja dan berfikir.

Elakkan dari menurutkan rasa hati tanpa banyak menimbang dan berfikir dan ingatlah bahawa berfikir itu adalah mahkota hidup.

Atas rasional inilah, kerajaan beta menguatkan pendidikan iaitu selaku pemangkin kepada kemajuan. Komitmen kerajaan dalam bidang ini adalah menyeluruh untuk sekalian rakyat tanpa mengira suku atau kaum.

Ia juga adalah antara objektif Wawasan 2035 untuk melahirkan rakyat terpelajar lagi berkemahiran sebagai pra syarat membolehkan kita bersaing ditengah-tengah kemajuan global.

Beta mahu biarlah rakyat responsif terhadap usaha-usaha kerajaan untuk negara.

Sekurang-kurangnya mereka itu dapat memahami aspirasi kerajaan melakukan sesuatu rancangan itu. Mereka tidak boleh lepas pandang atau berkata tidak tahu kerana perbuatan lepas pandang atau berkata tidak tahu itu adalah amat memalukan bagi suatu bangsa yang sedang membangun.

Dalam era perlumbaan hari ini, kita selaku rakyat tidaklah boleh tercicir dari turut mendukung gagasan negara. Jika tercicir, bermakna kita tertinggal di belakang dan terpinggir.

Siapapun juga, mestilah turut berkayuh menuju matlamat yang dituju. Jangan ada yang angkat pengayuh atau enggan berkayuh tetapi mesti sama-sama berkayuh barulah namanya kita sejiwa mencipta masa depan yang cerah.

Pada tahun ini saja, ada beberapa rancangan besar yang memerlukan komitmen rakyat.

Dalam perkara agama, kita sudahpun menguatkuasakan 'Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012' yang melibatkan seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam. Kemudian seiringan itu kita juga telah berjaya mewujudkan 'Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah' yang memerlukan dukungan dan sokongan penuh rakyat.

Demikian juga kita telah menguatkuasakan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai menunaikan Fardu Juma'at.

Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekaligus: keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat.

Sebab itu, adalah sedikit dikesali jika terdapat pendirian kurang gembira dengan peraturan ini dengan menganggapnya sebagai menjejaskan ekonomi.

Beta sudahpun menyebut bahawa peraturan ini penting untuk menjaga imej negara dan juga imej Islam sendiri.

Kedua-duanya itu kita mahu supaya terpelihara dan sentiasa indah.

Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Dan malah orang tidak nampak bahawa dengan kehendak Allah jua penerbangan yang menghidangkan arak pun boleh juga rugi, bahkan lebih besar kerugian daripada kita yang tidak menghidangkan arak.

Ini membawa makna, perkiraan untung rugi itu adalah semata-mata relatif jua di mana yang betulnya kita hendaklah menerima dan membuat apa-apa jua yang terbaik dengan berpandukan janji Allah Subhanahu Wata'ala.

Inilah cara kita mengisi kemerdekaan sambil mensyukurinya.

Kita boleh isi ia dengan seberapa banyak jua rancangan atau aktiviti yang berkebajikan, insya-Allah kita dan negara tidak akan dihampakan.

Akhirnya, beta dengan ikhlas merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-29 Hari Kebangsaan dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

Beta juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua lapisan rakyat termasuk semua peringkat warga Perkhidmatan Awam meliputi mereka yang bertugas di luar negara, Pasukan-Pasukan Keselematan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta dengan iringan doa semoga Allah memberkati kita dan negara.

Amin.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuesday, July 10, 2012

Be proactive, Islamic literature writers told


Diyana Ibrahim
BRUNEI-MUARA
Monday, July 9, 2012

WRITERS of Islamic Literature should not wait for the competition events to drive them to write but instead should be sincere and original in the literary endeavour at any time.

This was said by the Minister of Religious Affairs, Yang Berhormat Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Pg Hj Abdul Rahman, yesterday during the Islamic Literature Night held to mark Isra' Mikraj at the State Legislative Council building on Saturday, July 7.

YB Pg Dato Dr Hj Mohammad explained that Islamic literature is a tool of da'wah (propagation) used to shape a community with strong iman (faith). "(It) is da'wah literature, iman literature, tauhid literature, literature that eventually aims to bring goodness into the world and the hereafter, literature that stands upon the platform of Al-'Amru Bil Ma'rif Wan-Nahyu 'Anil Munkar' (the path of goodness and away from evil)," he said.

"Because of these, Islamic Literature is a literature of development, a literature that supports the development of the world and the hereafter, the physical and spiritual development... (and) foster pure ethical and aesthetic values to build a true model individual," he said.

He admitted that to find such talented writers can be "difficult" but "not impossible".

"InsyaAllah, we will have them in the future," he said, adding that as a Zikir Nation, Brunei has all the right factors from making Islam as core education to having an Islamic culture to give birth to these talents.

"In this way, we are also supporting, even making the Malay Islamic Monarchy (MIB) concept more understandable and accepted by the current and future generations through literature."

He emphasised that writers are also statesmen, legislators, administrators, educators, intellectuals, experts in religion, culture and history and Islamic thinkers, whose voices are heard "on air" and writings published in newspapers and books.

Dipetik dari - The Brunei Times

Posting berkaitan,
--> Lagenda Awang Alak Betatar Dan Awang Semaun
--> LAGENDA PUTERI LELA MENCANAI

Thursday, September 11, 2008

NEGARA ZIKIR DARI PRESPEKTIF NDP

LIMBARUH HIJAU 08 SEPTEMBER 2008 - HASRAT menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir merupakan antara isu yang di bincangkan di Mesyuarat Majlis Permesyuaratan Perhubungan Daerah (MPPD) bagi penggal ke-3 2008.

Mesyuarat tersebut berlangsung pada 06 September 2008 di Holiday Lodge Hotel di Jerudong.

Sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dalam ucapan perasmiannya telah membentangkan pandangan parti mengenai dengan konsep Negara Zikir seperti yang di hasratkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan.....