
Posting mengikut label
Monday, May 25, 2009
BERUPAYAKAN MIB MEMBERIKAN JAMINAN SURVIVALITI BANGSA, NEGARA?

BERKENAN BERANGKAT MENZIARAHI SULTAN KELANTAN

MIB tunggak perjuangan NDP membela bangsa dan negara
LIMBARUH HIJAU 22 MEI 2009 - Setahun sesudah merdeka sehingga berterusan selama 16 tahun Negara Brunei Darussalam pernah mempunyai beberapa badan konsep Melayu Islam Beraja.
Pada tahun 1985 negara menubuhkan 'Komiti Konsep Melayu Islam Beraja'.
Pada tahun 1990 ia di pertingkat lagi menjadi Badan Peringkat Nasional Konsep Melayu Islam Beraja.
Pada tahun 2001 ia terus dipertingkat menjadi Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja. Lantikan paling akhir ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ialah pada tahun 2001 iaitu bagi tempoh selama lima tahun dan berakhir pada tahun 2006.
Akan tetapi sehingga tahun 2009 cerita lanjut mengenai Majlis itu belum lagi didengar sampai ke hari ini.
Perkara ini digariskan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah perasmian Forum Majlis Forum Khas Konsep MIB Sempena Sambtan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 Anjuran Orang-Orang Yang Dikurnia Gelaran yang berlangsung Selasa baru lalu di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Dalam titah tersebut baginda melontarkan persoalan, "Apakah kita sudah kehabisan orang-orang yang layak untuk dipilih menjadi ahli-ahli baru?. Atau Majlis ini sendiri telah dianggap sebagai tidak lagi relevan?
"Apa pun masalahnya, Beta sendiri ingin mendengar dan mengetahuinya," tegas Baginda.
Kita selaku rakyat menganggotai Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga ingin sama mengetahui kedudukkan Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ini.
Thursday, May 21, 2009
MIB perlu terus dipelihara

Saturday, May 2, 2009
Minat Najib selesai isu sempadan dihargai
Isu sempadan - NDP alu-alukan kenyataan Najib

BANDAR SERI BEGAWAN 01 Mei 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Brunei berhubung persetujuan Malaysia dengan Brunei untuk menyelesiakn isu sempadan yang dipertikai kedua buah negara.
Lembaran baru isu sekuriti permakanan

Wednesday, April 29, 2009
Membantu golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan
ISU kemiskinan bukan isu baru di Negara Brunei Darussalam. Masalah kemiskinan sudah sekian lama wujud.
Sebelum merdeka lagi negara sudah berhadapan dengan masalah tersebut. Brunei sendiri dizaman pemerintahan Al-marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien merupakan sebuah negara yang sedang merangkak-rangkak untuk membangun dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya ketika itu.
KDYMM Lakar sejarah Turun Ke Sawah

PENGKALAN BATU, Isnin, 27 April- Sejarah baru telah terpahat di negara ini dalam bidang pertanian khususnya penanaman padi apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara penanaman padi di kawasan ladang penanaman padi Wasan, di sini.
Mengkaji potensi lembah Ukong

LIMBARUH HIJAU 26 APRIL 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sedang membuat kajian untuk mengenalpasti potensi membangunkan dan memajukan Lembah Ukong sebagai sebuah kawasan pertanian yang boleh menyumbang kearah menangani isu keselamatan permakanan, isu kemiskinan dan juga masalah banjir dipersekitaran kawasan tersebut.
Perkara ini diketengahkan disatu sesi muzakarah yang dihadiri oleh sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dan beberapa ahli-ahli NDP dari Biro Perkembangan Industri Asas Tani (PIAT) serta dua pakar perunding bidang ekonomi pertanian dan kemajuan desa dari Malaysia.