Posting mengikut label

Monday, February 22, 2010

RAPTAI PERBARISAN HARI KEBANGSAAN WARNAI SUASANA BANDAR SERI BEGAWAN

Bandar Seri Begawan 21 Febuari 2010. Ibu negara hari ini sekali lagi menyaksikan kesibuakan persiapan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 tahun. Seawal menjelang mata hari terbit, sebahagian besar kawasan menuju ke ibunegara disesaki lalu lintas yang diantaranya adalah kenderaan pengangkutan yang membawa peserta yang menyertai raptai penuh perbarisan sambutan hari kebangsaan. Walau pun ini adalah merupakan acara latihan, tetapi orang ramai tetap tidak ketinggalan untuk meramaikan dan menyaksikan raptai tersebut.Dari perkarangan Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hinggalah ke Jalan Sultan yang menuju ke Taman Sir Muda Omar Ali Saiffuddin di ibu negara disesaki orang ramai yang menyaksikan raptai perbarisan tersebut.Acara Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam akan berlangsung pada pagi hari Selasa 23 Febuari 2010. Ikuti laporang bergambar upacara tersebut yang akan dipaparkan pada hari yang sama. Selamat mengikuti.

Photo by : my493@yahoo.com

Friday, February 19, 2010

Size does matter


Zatni Arbi , Contributor , Jakarta | Mon, 02/08/2010 12:26 PM | Sci-Tech
I learned one important lesson as I read the comments on my articles in The Jakarta Post. Each time I write a review of any product from Apple, I have to be extra careful.

No matter how objective I try to be, there is always someone out there who will disagree with me. The fact that I am not a regular Mac user is no excuse for the oversights I make, of course.

Selanjutnya....

PPMM: Segerakan hukuman sebat Kartika

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang telah disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat.
Selanjutnya....

Thursday, February 18, 2010

Logo halal jadi alat perdaya pengguna

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Peniaga guna helah pamer ayat Al-Quran, 'Assalamualaikum' untuk kelirukan pembeli

APABILA ada pemalsuan sijil dan logo halal untuk produk makanan dan gunaan, ia adalah strategi pihak pengeluar barangan terbabit untuk menguasai pasaran Muslim, bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Mereka tidak mengambil kira faktor hukum halal dan haramnya kerana menganggap pulangan material lebih utama berbanding dosa dan pahala. (Berita Harian)

Selanjutnya...

3 wanita disebat

PEGAWAI Jabatan Mufti Negeri Pahang menunjukkan cara sebatan kes peminum arak dan zina pada satu seminar di Kuantan, baru-baru ini.

Kumpulan pertama jalani hukuman ikut undang-undang syariah: Hishammuddin


PUTRAJAYA: Tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah, menjadi kumpulan wanita pertama menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Pelaksanaan hukuman itu dijalankan di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan serta pegawai dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.
Selanjutnya....

Wednesday, February 17, 2010

Bersama ahli NDP masyarakat Cina rayakan Tahun Baru


KAMPONG KUALA UNGAR, TUTONG - ANTARA perjuangan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ialah untuk membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan baginda membina sebuah masyarakat Brunei yang terus bersatu dan harmoni, tidak mengira bangsa, warna kulit, atau pegangan kepercayaan. Seterusnya...

Tuesday, February 16, 2010

PERKAHWINAN ELAK MANUSIA TERJERUMUS DALAM MAKSIAT

"Apabila ada antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya bagi melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya."

(Berita Harian)

Selanjutnya....

Tajdid Iman: Pintu taubat wanita berzina terbuka luas

KANAK-KANAK ini perlukan bimbingan, kasih sayang ibu bapa elak terjerumus ke lembah maksiat apabila dewasa. - Gambar hiasan

Oleh Dr Juanda Jaya

Masyarakat perlu ada sifat pemaaf, prihatin bendung gejala buang bayi daripada berleluasa

PERSEPSI negatif masyarakat terhadap dosa penzina agaknya melampau sampai ke tahap tiada ampun lagi. Jika setakat mencela perbuatan terkutuk itu tidaklah berat ditanggung penzina yang mahu bertaubat.

Tetapi jika sampai tidak menaruh belas kasihan bahkan dipulaukan, dikeji seumur hidup sampai anak yang dilahirkan turut sama menanggung dosa orang tua dengan panggilan anak haram, diistimewakan dengan sebutan nama berbin dan binti Abdullah supaya berbeza daripada anak-anak lain, apakah ini sikap memaafkan masyarakat kita?

Monday, February 15, 2010

“Perpaduan Masyarakat Majmuk Menjana Kecemerlangan”


Rencana : Saemah Kepli
Foto : Mahdi HMS


KUALA BELAIT, Isnin- Islam itu agama pendamaian, yang ingin kan ketenangan, yang inginkan keselamatan, mempunyai belas kesihan, dan perlu menjaga perhubungan.

Dalam kehidupan Umat Islam perlulah mengikut contoh cara kehidupan Nabi Muhammd saw, kerana Baginda adalah contoh yang paling agung, termasuklah antara sikap Baginda Rasulullah yang sentiasa menghormati orang-orang tua, dan mengasihi orang-orang muda.

Demikian antara lain yang disampaikan oleh Penceramah Bebas Undangan daripada Kuala Lumpur, Dato Dr Haji Ismail bin Kamus yang merupakan salah seorang ahli penah pada Majlis Forum Khas sempena menyambut Maulidulrasul tahun 1431 Hijriah yang telah diadakan di Pentas Taman Persiaran Jalan Sungai dekat sini.

Majlis tersebut merupakan anjuran bersama Majlis Belia Daerah Belait dan Syarikat Brunei LNG (BLNG) Sendirian Berhad dan juga Pejabat Hal Ehwal Ugama Kuala Belait dengan tajuk forum “Perpaduan Masyarakat Majmuk Menjana Kecemerlangan”.


Mempengerusikan forum tersebut ialah Imam Muhd Zulhilmi bin Mohd Jefri bersama seorang lagi ahli penal forum undangan tempatan Ustaz Haji Zulkifli bin Haji Zakaria.

Forum khas tersebut diadakan adalah bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada Umat Islam tentang sejarah Nabi Muhammad saw, terutama sekali kepada kalangan belia-belia dan generasi masa kini, supaya akan dapat mencontohi sikap-sikap agung Baginda Rasulullah saw, selain ianya juga turut bertujuan untuk mengeratkan ikatan siratulrahim.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Belait Awang Haji Jamain bin Haji Momin, hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Awang Haji Bolhassan bin Mohd Yunus dan Pengarah Urusan Syarikat Brunei LNG Sdn Bhd Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung serta Sektor Swasta.

Majlis juga turut diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa sebuah komputer riba bersama dengan LCD Projector dan Mesin Cetak daripada Syarikat Mashhor and Group Sendirian Berhad yang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Pengerusi syarikat tersebut Malai Haji Abd Hamid bin Malai Haji Mashhor kepada Naib Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Belait Awang Haji Azasahibul bin Haji Zainal Abidin.


Majlis tersebut juga turut diceriakan lagi dengan persembahan-persembahan nyanyian Nasyid dan bacaan sajak serta persembahan Dikir Asma Ul Husna.