
Posting mengikut label
Sunday, May 16, 2010
Friday, May 7, 2010
Bantahan terbuka layanan buruk terhadap wanita
2010/05/06
Perjuangan kesamaan gender di Barat tidak ambil kira nilai ditetapkan agama Islam
PADA 4 April lalu, sekumpulan pejuang hak wanita berarak di Portland, Amerika Syarikat, tanpa baju mendesak layanan sama taraf antara lelaki dan wanita dalam berpakaian. Kira-kira 20 wanita berjalan tanpa baju di Maine, mendesak masyarakat melihat wanita dan lelaki sebagai setaraf. Isunya jika lelaki boleh keluar di jalanan dengan hanya berseluar tanpa baju, semua orang melihat sebagai perkara biasa. Tetapi kenapa apabila wanita berjalan tanpa baju, semua orang memandang pelik, melihat dengan nafsu dan mentertawakan mereka? Ini adalah satu ketidakadilan, kata mereka dan mendesak layanan adil antara lelaki dan wanita. (Berita Harian)
Brunei punyai hak
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR 3 Mei – Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas dua blok minyak yang diserahkan Malaysia kepada negara itu pada tahun lalu berdasarkan kehendak Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Pertukaran Surat 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei turut melibatkan persetujuan mengenai isu persempadanan maritim dan penentuan kawasan komersial (CAA) bagi sumber minyak dan gas.
Menurut kenyataan itu, ia bagi membolehkan kedua-dua negara berkongsi hasil daripada sumber petroleum itu.
Sehubungan itu, jelas Wisma Putra, penyerahan dua kawasan blok minyak iaitu Blok L dan M kepada Brunei melalui Pertukaran Surat antara Malaysia dan negara itu adalah selari dengan undang-undang antarabangsa.
“Kawasan minyak Malaysia di Blok L dan M secara kebetulan sama dengan kawasan minyak Brunei di Blok J dan K, ia diiktiraf dalam perjanjian tersebut memandangkan kedua-duanya terletak dalam kawasan perairan Brunei, yang membawa maksud negara itu mempunyai kedaulatan terhadapnya mengikut UNCLOS,” katanya.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion yang kini dikatakan menjadi milik Brunei.
Dr. Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran bagi Limbang.
Abdullah yang menandatangani Pertukaran Surat pada Mac 2009 menjelaskan bahawa perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan oleh Kabinet dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usahasama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.
Sementara itu, Petronas pula berkata, ia telah dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir tersebut atas dasar persetujuan komersial.
Petronas berkata, syarikat itu telah menubuhkan sebuah pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu yang kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2.
Sementara itu, kata kenyataan itu, penamatan kontrak perkongsian pengeluaran membabitkan Blok L dan M, yang diberikan Petronas kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Oil pada 2003, adalah selaras dengan pewujudan CAA seperti yang ditetapkan dalam Pertukaran Surat.
Menurut Wisma Putra, selain mendapat kelulusan Kabinet mengenai isi kandungan Pertukaran Surat antara kedua-dua negara, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, tambah kenyataan itu, Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.
Katanya, perkembangan baik yang membuka lembaran baru hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu adalah hasil daripada rundingan sukar selama 20 tahun antara Malaysia dan Brunei mengenai pelbagai isu termasuk maritim dan sempadan. (Dipetik dari Utusan Malaysia)
Tuesday, April 13, 2010
PEMIMPIN ASEAN MENILAI PETA JALAN KOMUNITI ASEAN
Friday, April 2, 2010
Berwaspada dari sendiket pengedaran dadah antarabangsa melalui internet
Pengarah BKN, Awang Haji Abdul Aziz menyampaikan menasihat itu semasa berucap selaku tetamu kehormat Pertandingan Akhir 'Multimedia Presentation' Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Bagi Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Senegara Bagi Tahun 2010 berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, di sini.
Selanjutnya...
Sains, teknologi dalam membina ketamadunan
Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
2010/04/02
KAEDAH saintifik menekankan bagaimana untuk melakukan uji kaji, penyelidikan dan mengesahkan penemuan yang dimulakan saintis Islam dulu menjadi sumbangan besar kepada pembangunan peradaban hingga ke hari ini.
Acuan asas yang diguna pakai oleh saintis dalam pelbagai bidang penyelidikan itu juga bukti kegemilangan umat Islam yang jika tidak disebarkan kepada Barat maka tidak wujud apa yang dinamakan zaman pembaharuan. (Berita Harian Online)
Selanjutnya...
Sunday, March 28, 2010
Ramai tak peka risiko jenayah siber
Oleheh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/03/28
Pengguna internet hari ini turut jadi mangsa peras ugut, bunuhKECANGGIHAN teknologi bukan sekadar memudahkan urusan seharian, ia turut membawa kesan yang perlu dibayar dengan harga mahal. Tidak ramai tahu perbandingan nisbah kebarangkalian jenayah siber kini pada tahap 1:5 berbanding jenayah pecah rumah hanya 1:30. Sememangnya membimbangkan, namun ia tidak diberikan perhatian sepatutnya atas alasan kita tidak melihat penjenayah siber.
Berita Harian -Selanjutnya..
Tuesday, March 16, 2010
Usaha memahami keprihatinan dan keinginan belia
BINCANG ISU BELIA: Panelis forum perbincangan Festival Melayu Ada, (dari kiri) Cik Aidli 'Alin' Mosbit, Encik Noor Effendy Ibrahim dan Encik Sanif Olek, membincangkan peranan belia dalam kemajuan masyarakat di masa depan, di Hajah Esah Cafe, hujung minggu lalu. -- Foto TUNI SHARIFFKUMPULAN Kerja Belia di bawah Latihan Merancang Ke Hadapan (FPE), Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) 2010, sedang mendapatkan maklum balas dan mengkaji keadaan belia sekarang agar dapat memahami lebih mendalam tentang keprihatinan dan keinginan mereka.
Ini sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk mengenal pasti potensi golongan belia bagi melakar strategi-strategi memacu masyarakat di masa hadapan.
Selanjutnya..
Tuesday, March 9, 2010
Himpunan Non Muslim NDP bersiap-siap hadapi Kongres -5
LIMBARUH HIJAU 09 MAC 2010 - JAWATANKUASA Tertinggi Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan mesyuarat pertama sebagai mempersiapkan Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim menghadapi Kongres Agung Tahunan kali ke-5 yang dijangka berlangsung dalam bulan Jun akan datang. Seterusnya...











