Posting mengikut label

Thursday, November 20, 2008

PENYERTAAN HIMPUNAN PEMUDA DAN WANITA NDP DI MAJLIS UPACARA PENAIKKAN BENDERA SANG SETIA AMAT BERMAKNA


Debaran menjelang hari istiadat mengibarkan bendera Sang Setia kian terasa. Beberapa siri mesyuarat Jawatankuasa Majlis Menaikkan Bendera Sang Setia Tahun 2008 telah diadakan. Hari Isnin, 17 November 2008 yang baru lalu, sekali lagi jawatankuasa ini mengadakan permesyuaratannya buat kali ke-3 di Anjung Syura, Markas Pusat NDP di Limbaruh Hijau Jerudong. 

Mesyuarat yang di pengerusikan bersama oleh Awg Ahmad bin Hj Timpus dan Pg Ismail bin Pg Hj Ali bermula pada jam 10 pagi. Mesyuarat kali ini menyaksikan perbincangan yang lebih terperinci sebagai langkah persiapan awal sebelum menjelang hari yang dinanti-natikan. Seramai lebih 20 orang ahli-ahli jawatankuasa yang hadir dalam permesyuaratan kali ini turut memberikan buah fikiran kearah mengemaskinikan perancangan awal seperti yang telah dibincangkan di mesyuarat-mesyuarat yang lalu. 

Awg Ahmad bin Hj Timpus menyerahkan kad-kad jemputan kepada wakil-wakli badan perhubunan daerah untuk diagihkan ke ranting-ranting

Awg Ahmad bin Hj Timpus dalam ucapan beliau menyeru, agar badan-badan perhubungan daerah akan turut memberikan sokongan padu dalam mempastikan ahli-ahli di peringkat ranting hadir ke majlis upacara penaikan bendera yang akan berlangsung pada 1 Disember yang akan datang, Beliau juga menyeru agar badan perhubungan daerah akan dapat memainkan peranan dalam memastikan penyertaan Himpunan Pemuda dan Wanita dari daerah masing-masing bagi turut menjayakan majlis yang bersejarah ini kerana menurut beliau, sudah tiba masanya bagi NDP mengetengahkan kewibawaan Himpunan Pemuda dan Wanita di majlis dan upacara yang besar seperti ini.

No comments: