Posting mengikut label

Wednesday, December 17, 2008

MEMPERLUASAKAN PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN


Limbaruh Hijau, Ahad- Serombongan daripada ahli dan jawatankusa Ranting Sengkurong B telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perhubungan Daerah Tutong Parti Pembangunan Bangsa kelmarin (Sabtu) 13hb Disember 2008.

Mengetuai rombongan tersebut ialah Naib Ketua Dua Wanita Ranting Sengkurong B Dayang Hajah Siti Jaleha binti Haji Tanjung disertai sama oleh beberapa orang penasihat ranting terdiri daripada Ketua Biro KeKWA Dr Hjh Rayah Haji Mohd Ali, Ketua Biro Keselamatan Mejar (B) Haji Mohd Jaafar dan Pengerusi Biro KeKin Dayang Hajah Armah Othman.
Hadir sama bagi mengalu-alukan rombongan tersebut ialah Naib Presiden Daerah Tutong Ayahanda Haji Hanafi bin Haji Daud serta beberapa orang jawatankuasa perhubungan daerah tersebut. Turut hadir ialah Ketu Hawa Pusat Dyg Hjh Sa’emah.

Naib Presiden NDP Daerah Tutong dalam ucapannya pada majlis Taklimat sebelum rombongan memulakan lawatan menyatakan sedikit sebanyak tentang keahlian daerah tersebut, selain menekanan supaya semangat kesepaduan perlu terus di sematkan di setiap sanubari kalangan anggota NDP di seluruh daerah.

Dalam ucapan Ketua Himpunan Wanita Daerah Tutong Dayang Hajah Asmah binti Haji Pulut pula menyatakan secara rengkas kegiatan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh anggota wanita di daerah tersebut.

Naib Ketua Dua Wanita Ranting Sengkurong B pula ketika berucap berharap supaya aktiviti-aktiviti ranting juga perlu diberikan kerjasama dan sokongan padu oleh semua lapisan pemimpin dalam NDP bagi sama-sama menjayakan apa jua yang ingin di capai oleh setiap ranting terutama dalam sama-sama menggerakkan parti dari aras akar umbi.

Menurutnya lawatan tersebut merupakan salah satu hasrat untuk lebih mengenali ahli-ahli di seluruh negara selain menambahkan kefahaman dalam perjalanan pergerakkan parti.

Ketua HAWA Pusat juga seterusnya merakamkan penghargaan dan syabas kepada ranting berkenaan yang telah menggerakkan perjalanan dalam ranting, terutama sekali di kalangan anggota wanitanya yang telah melakukan inisiatif melakukan berbagai projek baru-baru ini termasuk jualan amal dan sebagainya oleh wanita ranting tersebut.

Taklimat rengkas mengenai perkembangan Perhubungan Daerah Tutong juga telah turut disampaikan oleh Awang Haji Mustafa selaku Ketua Penerangan dan perhubungan hal ehwal awam di perhubungan tersebut.
Program lawatan tersebut telah dimulakan dengan lawatan ke kawasan tanah lapang pengambilan pasir kepunyaan salah seorang Majlis Tertinggi NDP Awang Haji Ismail, kemudian rombongan melawat ke kawasan memproses ambulung yang juga di miliki oleh ahli NDP sebelum turut melawat ke Bukit Kukup merupakan sebuah taman rekreasi yang cukup menarik dan mesra alam yang masih segar.

Rombongan Ranting Sengkurong juga dijangka akan meneruskan program lawatan sambil belajar mereka ke daerah-daerah lainnya termasuk Daerah Belait dan Temburong dalam masa yang terdekat ini.

No comments: