Posting mengikut label

Saturday, July 21, 2012

NDP turut berdukacita atas kemalangan helikopter ABDB yang membabitkan nyawa

Jura, Limbaruh Hijau, 21 Julai 2012

Dalam keghairahan rakyat menyambut dan menantikan ketibaan bulan Ramadhan, Negara dikejutkan dengan satu berita tragedi menyayat hati yang melibatkan sebuah pesawat  helikopter Bell  212 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei  telah jatuh terhempas di Ulu Belait. Kejadian yang berlaku semalam itu melibatkan empatbelas orang anggota ABDB yang mana menurut keterangan akhbar tempatan pagi ini sepuluh orang diantaranya meninggal dunia, dua orang mengalami kecederaan dan dua orang lagi masih belum ditemui.

Keberangkatan Kebawah DYMM Sultah dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama anakda baginda Duli Yang Teramat Mulia Second Lieutenant Pengiran Muda ‘Abdul  Mateen ke Pengkalan Udara ABDB di Kg. Rimba dan seterusnya ke RIPAS tentunya atas rasa kasih dan kebertanggungjawaban seorang raja kepada rakyatnya apa tah lagi dalam suasana baginda dan rakyat baginda sedang meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-66 keputeraan baginda yang baru beberapa hari dilangsungkan.

NDP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut dan berdoa semoga roh mereka yang terkorban dirahmati oleh Allah SWT. Kepada mangsa yang cedera semoga mereka cepat sembuh dan dapat bersama menjalankan ibadah puasa

Dalam kejadian ini, tentunya pihak ABDB akan membentuk satu pasukan penyiasat bagi menyiasat punca kemalangan tersebut daripada berbagai sudut saperti penyelenggaraan, kemahiran, kebolehan, pemeriksaan serta pemasangan alat ganti selain melihat kepada keadaan dan usia helicopter itu  sendiri sama ada ia perlu diganti baru setelah sekian lama beroperasi.

Rekod terbaik tentera udara ABDB sejauh ini amat membanggakan kerana jarang terlibat dalam nahas dan kemalangan saperti ini, walau bagaimanapun kejadian semalam sepatutnya menjadi satu peringatan dan sewajarnya dijadikan iktibar supaya ianya tidak akan berulang lagi. Rakyat terutama keluarga mangsa, setentunya akan menunggu dan mahu mendengar hasil penyiasatan itu bagi mengetahui gambaran sebenar punca nahas berkenaan berlaku.

No comments: